Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi
Ini bererti Ma’rifat itu ialah Esa pada
penglihatan atau mengenali yang benar dan salah atau yang haq dan yang batil.
Tetapi yang muktamad daripada Ma’rifat itu ialah mengenal tsabit nyata (tetap
tampak nyata), maka Marifat seperti inilah yang dikehendaki pada kalimah
Syahadat itu, bukan nya Ma’rifat seperti orang awam dan orang khas.
Malahan, Ma’rifat yang dikehendaki pada
Syahadat itu ialah seperti Ma’rifat orang Khas al-Khas atau orang akhas
al-Khawas. Ini kerana Ma’rifat orang awam itu adalah mereka yang percaya kepada
Allah lalu ia mengatakan ada Allah, itu saja kepercayaannya tanpa mengetahui
rukun Ma’rifat.
Jadi, ma rifat seperti ini jauh sekali
daripada Allah. Ini kerana ma’rifat sedemikian, iaitu dengan mengatakan ada
Allah yang didengarnya daripada perkhabaran orang lain, lalu dipercayai begitu
sahaja, maka orang seperti ini dinamakan “Taglid” dan tidak sekali-kali
diterima pada Syahadat itu.
Orang Khas yang mempunyai ma’rifat itu
adalah orang yang mengatakan ada Allah serta percaya dengan ma’rifat mereka,
tetapi mereka sentiasa berbeza / bercanggah mengenai benar dan salah. Maka
ma’rifat seperti ini sama seperti ma’rifat kebanyakan orang soleh.
Sementara orang khas al-khas itu ialah
orang yang mempunyai Ma’rifat dan mereka inilah yang mengenal tsabit nyata
(tampak nyata dalam pandangan batin mereka / mata Bashirah mereka). mereka
inilah yang mengatakan:
“Pandang yang banyak di dalam yang satu.”
“Pandang yang satu di dalam yang banyak”
Jadi, Ma’rifat mereka ini adalah Ma’rifat
yang sebenar-benarnya kepada Tuhan dan sebenar-benarnya kepada diri.
Sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Lebih
mengenal kamu dengan KetuhananNya, lebih mengenal kamu dengan diri-Nya”
Maka Marifat seperti ini adalah seperti
Ma’rifat orang-orang Siddiqin dan para Nabi alaihimussalam ..
Marifat orang akhas al-Khas ialah orang
yang tidak terlindung pandangan mereka kepada Tuhan mereka walau sezarah jua
pun.
Sebagaimana firman Allah Taala dalam
surah Saba ‘ayat: 3
“(Dia)
mengetahui perkara ghaib yang tidak tersembunyi (terlindung) daripada
pengetahuan-Nya seberat zarah sekalipun di langit dan di bumi dan tiada ada
yang lebih kecil daripada itu dan tidak pula yang lebih besar melainkan sudah
tertulis di dalam kitab yang terang nyata (diketahui Tuhan)”
Mereka itulah para wali Allah dan para
Syuhada yang mempunyai Ma’rifat kepada Tuhan yang hanya tertentu kepada-Nya
saja. Sebagaimana firman-Nya di dalam hadith Qudsi:
“Aku
adalah perbendaharaan (harta / aset) yang tersembunyi maka Aku suka bahawa Aku
dikenali orang, maka Aku menjadikan makhluk supaya dia mengenali Aku”
Mereka inilah yang tidak ada hijab dan
tidak ada suatu apapun yang dapat melindungi pandangan mereka dari Masyrik
(Timur) hingga ke Maghrib (Barat).
Sebagaimana firman Allah Taala dalam
surah Al-Baqarah ayat: 115
“Allah
jualah yang mempunyai Timur dan Barat. Maka kemana sahaja kamu menghadap diri,
maka di situlah kiblat (Zat) yang disukai Allah.”
Tampak kelihatan Ma’rifat mereka ini
seumpama matahari, iaitu apabila mereka berdiri ke arah Masyrik, maka akan
tampak kelihatan matahari itu ke arah Maghrib seperti matahari itu terbenam
Demikian juga apabila mereka berdiri ke arah Maghrib, maka akan tampak
kelihatan matahari itu ke arah Masyrik seperti terbit matahari.
Sebaliknya, apabila mereka berpaling
daripada Masyrik dan Maghrib, maka akan tampak kelihatan matahari itu sentiasa
tegak, iaitu tiada terbit dan tiada masuk. Ini menyebabkan mereka tidak berdiri
lagi ke arah Masyrik dan Maghrib sehinggalah mereka sendiri diliputi oleh
Masyrik dan Maghrib itu.
Sebagaimana firman Allah Taala dalam
surah Al-Nisa ‘ayat: 126
“Dan Allah meliputi (pengetahuan dan
kekuasan-Nya) akan setiap sesuatu.”
Jadi, Marifat seperti inilah yang
dikehendaki pada Syahadat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan