Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi
“Pelbagai pujian itu hanya untuk Allah
Taala sahaja yang memberi petunjuk kepada kami jalan Agama ini dan kami tidak
akan mendapat petunjuk jika tidak ditunjukkan kepada kami oleh Allah. Selawat
dan salam itu ke atas Saiyyidina Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat. nya
dan orang-orang yang mengikutnya”.
Sebagai pembuka tirai Risalah ini, kami
memulakannya dengan perbicaraan dua kalimah syahadah, iaitu:
“Aku naik saksi (pada awal permulaan
wujud) bahawa tiada yang lain disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
(itu Tuhan yang mengadakan sekalian alam)”
“Dan aku naik saksi (pada awal permulaan
sifat) bahawa Nabi Muhammad SAW sebenar-benar hambaNya dan pesuruhNya (Sayyid
al-‘Arab wal ‘Ajam | Penghulu segala Arab dan Ajam) . “
Setiap kejadian daripada alam ini sama
ada jamadat (benda keras yang tidak
bernyawa), nabatat (tumbuh-tumbuhan) dan hayawanat (binatang) kesemuanya
itu pada awal permulaan dijadikan adalah dengan mengucap dua kalimah syahadat
sehingga hari kiamat tanpa Ma’rifat sesuatu apa pun.
Demikian juga apabila dijadikan empat
anasir pun mengucap pada awal permulaan kalam tatkala beriman kepada Tuhan dan
kepada Rasul sehingga sampai sekarang ini. Sebab itulah datang perintah (amar)
daripada Tuhan seru sekalian alam, diarahkan supaya mengucap dua kalimah
syahadat pada rukun Islam yang pertama agar memperoleh haluan Islam serta tetap
teguh kemudi di dalam hati mereka.
Ini bukan bererti menyempurnakan tanpa
menghiraukan pengambilan Mafhum kepada kalimah itu hanya semata-mata untuk
menyempurnakan rukun sahaja. Jika demikian jadinya,sudah tentu mereka akan hanyut
(tergelincir) daripada haluan dan arah tuju Islam sampai patah kemudi di hati
mereka sehingga kalimah itu menjadi permainan kepada kebanyakan orang-orang
Islam pada zaman ini.
Ketahuilah
bahawa kalimah syahadat yang pertama itu mengandungi Iman, Islam, Tauhid dan
Ma’rifat.
Sedang
kalimah syahadat yang kedua itu mengandungi enam rukun Iman.
Oleh itu, hendaklah dihimpunkan kedua-dua
kalimah tersebut sebagai mana yang terkandung dalam kedua-dua kalimah itu
dengan pengertian dan pemahaman yang sempurna, luar dan dalamnya.
Ketahuilah
bahawa pengertian Iman itu ialah ia mengenal di dalam hati sama seperti
yang disembah dengan sebenar-benarnya. Jika tidak ada pengetahuan sedemikian,
maka dia akan menjadi orang yang dusta dan pembohong kerana mengatakan naik saksi
pada awal permulaan wujud itu.
Sebab itu bagi ucapan seperti ini, jika
percaya kepada yang disembah dengan sebenar-benarnya tanpa ada pengetahuan
Tauhid padanya, maka itu dinama kan dusta bohong juga, atau dinamakan Munafik,
Jika terpakai di sisi Allah Taala hanya dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadat
itu sahaja tanpa Ma’rifat dan Tauhid, sudah tentu tidak wajib ke atas kita
menuntut ilmu Usuluddin.
Sabda Nabi SAW ;
“Iman
itu ialah simpulan tali (mengenal) dengan hati, berikrar dengan lidah dan beramal
dengan anggota”.
Jadi, ini menunjukkan jika iman pada
kalimah yang pertama itu tidak sama seperti di dalam hadith ini, maka samalah
seperti air yang dicincang tidak memberi apa-apa kesan, begitulah ibaratnya.
Mengenai
Islam itu pula,
apa yang dikehendaki tentang Islam itu sendiri ialah yang asal, bukannya Islam
itu sendiri yang merujuk kepadanya, seperti empat anasir itu adalah asal mereka
bukannya lslam.
Tetapi apa yang dikehendaki dengan Islam
itu ialah pada Syahadat yang pertama, iaitu sebagaimana firman Allah Taala
dalam surah Al-A’raf ayat 172:
“Dan ingatlah wahai Muhammad) ketika
Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada belakang (tulang salbi)
mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil
bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku Tuhan kamu Mereka semua menjawab:”
Benar Engkaulah Tuhan kami), kami sendiri men- jadi saksi. Yang demikian supaya
kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, “Sesungguhnya kami adalah orang yang
lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat Tauhid) ini”.
Itulah Islam yang sejati. Islam seperti
inilah yang dikehendaki pada Syahadat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan