Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi
Wahai Penuntut ! Ketahuilah bahawa
kalimah Laa ilaha illa Allah itu mengandungi Agama seperti Iman dengan
sebenar-benar Iman, Islam dengan sebenar-benar Islam, Tauhid dengan
sebenar-benar Tauhid dan Ma’rifat dengan sebenar benar Ma’rifatnya. Inilah yang
dikatakan Laa ilaha illa Allah. Maka sebab itulah Allah Taala berfirman di
dalam hadith Qudsi
“Laa
ilha illa Allah itu benteng Aku dan barangsiapa memasuki benteng-Ku, nescaya
dia akan berasa aman sentosa (selamat) daripada azab-Ku”
Ada orang Arif berkata:” Orang yang
berkata dengan ucapan Laa ilaha illa Allah tanpa ikhlas dan benar, maka akan
kena azab. ”
Ini kerana mereka menyembunyikan Syahadat
itu daripada diri mereka sendiri, sebagaimana firman Allah Taala dalam surah
Al-Baqarah ayat: 283
“Janganlah
kamu (wahai orang yang menjadi saksi) menyembunyikan Syahadat (perkara yang
disaksikan itu) Sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah
orang yang berdosa hatinya.”
Apa yang dimaksudkan dengan
menyembunyikan Syahadat itu ialah mereka yang tiada mengetahui asal Syahadat.
Oleh sebab ikrar dengan niat maka perbuatan si hamba bersama-sama dengan
perbuatan kedua duanya (ikrar dan niat) itu baharu jua.
Ada orang Arif berkata: Kesemua mereka
pada Syahadat itu terbahagi kepada tujuh bahagian:
Pertama: mereka yang mengucap Syahadat
dan beriman tanpa Islam.
Kedua: mereka yang mengucap Syahadat dan
berislam tanpa beriman.
Ketiga: mereka yang mengucap Syahadat dan
beriman, tetapi mereka Tauhid tanpa Ma’rifat.
Keempat: Mereka mengucap Syahadat, tetapi
Ma’rifat mereka tanpa Tauhid lantaran Tauhid mereka tanpa ikhlas dan benar.
Sehingga mereka tidak tahu membezakan antara yang benar dan salah, antara
Syariat dengan Hakikat dan antara sesuatu dengan yang lain. Mereka inilah yang
bergelumang di dalam lautan perbalahan perselisihan
Kelima: Mereka mengucap Syahadat serta
mengakui Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya sedang dalam masa yang
sama mereka masih menyimpan di dalam hati perasaan hasad dengki, riya’, takbur,
sum’ah, tamak, mengadu domba dan membuat fitnah dengan manusia sama ada Islam
atau kafir. Maka itulah dinamakan Munafiq pada Syahadat itu.
Keenam: Mereka mengucap Syahadat dan
mengakui Allah Taala saja yang disembah dengan sebenar-benarnya, tetapi mereka
masih meringan-ringankan Syariat Nabi SAW dengan mengingkari pekerjaan Syara’
tanpa menzahirkan amal berupa anggota. Maka itulah dinamakan Zindiq batin
Ketujuh: Mereka itulah yang dinamakan
Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah yang mengucap Syahadat, yang arif tentang Allah.
Namun, mereka tetap melaksanakan Syariat yang Zahir dan batin. Bahkan pada
Syariat yang zahir mereka menampakkan nyatakan amal dengan anggota zahir
seperti amar bil-ma’ruf (suruhan dengan mengerjakan perkara kebaikan dan nahi
anil munkar (dirantai / tegahan daripada perkara yang dilarang)
Adapun Syariat yang batin itu ialah haal
keadaan di antara diri mereka dengan Tuhan mereka sehingga mereka suci bersih
daripada segala perkara yang mengotorkan hati mereka di mana keadaannya seperti
kanak-kanak yang sentiasa tetap bersama dengan nafi dan itsbat.
Sebagaimana firman Allah Taala dalam
surah Ali Imran ayat: 18
“Allah
Taala sendiri naik saksi (menyatakan menerangkan) kepada sekalian makhluk-Nya
dengan dalil dan bukti bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Dia
Saja.”
Mereka itulah akhir kesudahan Syahadat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan