Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.
Berdasarkan
keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang
berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan
pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh
harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih
dalam ilmu agama.
Sehinggalah
pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal
jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik
jauh lebih kehadapan berbandingnya.
Ayahnya
tersenyum melihatnya sambil berkata:
“Burung
merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”
Perkataan
itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan.
Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu
Imam Malik pun berkata:
“Aku
berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk
menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan
untuk berjaya dalam nyanyian.”
Disinilah
pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya
ketika ia berkata:
“Wahai
Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik
paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”
Ibunya
tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa
suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang
hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.
“Pergi
minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”
Ini
bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak.
Kemudian Imam Malik berkata:
“Habis,
apa yang patut saya lakukan?”
“Kamu
tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalan
ilmu.” kata ibunya.
Pada
malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya
datang.
“Nak.
Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”
Ibunya
menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan
meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.
“Apabila
aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat
pada ketika itu.”
Terus
Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:
“Aku
mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.
Lihatlah!
Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas
kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul
dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan
faqih dalam bidangnya.
“Pergilah
kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu
sebelum ilmunya.” Kata ibunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan