Catatan Popular

Khamis, 15 Ogos 2024

ASAL USUL KEJADIAN BABI, TIKUS, SINGA DAN KUCING DALAM KISAH BAHTERA NABI NUH

Riwayat menyatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak menurunkan Bencana Banjir Besar kepada Kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina sebuah Bahtera Besar bagi mengangkut Pengikut-pengikut-Nya serta bagi menyelamatkan Haiwan-haiwan yang telah sedia wujud pada zaman itu sebelum Bencana tersebut diturunkan.


Maka Allah Azzawajalla memerintahkan Nabi Nuh a.s. agar membawa setiap dari Haiwan itu berpasang-pasangan.
Tatkala bermulanya Azab Banjir Besar itu diturunkan, Iblis laknatullah juga turut menyertai Nabi Nuh a.s yang bagi tujuan-Nya adalah untuk menganggu gugat pelayaran Bahtera itu kelak.


Dan setelah semuanya dapat dikumpulkan masuk ke dalam Bahtera tersebut, maka bermulalah pelayaran Bahtera Nabi Nuh a.s mengelilingi Dunia.


Maka disepanjang pelayaran itu terjadilah beberapa permasalahan serta keajaiban.



KEJADIAN BABI:

Setelah sekian lama berada diperairan Nabi Nuh a.s mula berasa gusar kerana Najis Haiwan dan Manusia telah mula memenuhi Bahtera sehingga menyebabkan timbulnya rasa kurang senang daripada Pengikut-pengikut-Nya.


Maka atas disebabkan itu Nabi Nuh a.s pun berdoa serta memohon pertolongan daripada Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan permasalahan tersebut:


"Ya Tuhan-Ku, Bahtera-Ku telah penuh dengan Najis,
maka berilah petunjuk agar dapat Aku menyelesaikan permasalahan ini?".

Allah Azzawajalla lalu berfirman:


"Wahai Nuh, usapilah Gajah itu, nescaya keluar dari-Nya Haiwan yang akan membersihkan Najis-najis ini".

Setelah itu Nabi Nuh a.s. pun mengusapi Kepala Gajah tersebut sepertimana yang telah diperintahkan.
Maka kemudian melalui Kepala Gajah tersebut telah berpusu-pusu keluar beberapa ekor Haiwan yang dikenali sebagai Babi dan kemudiannya segera membersihkan keseluruhan Najis-najis yang berada di sekitar Bahtera tesebut sehingga bersih tanpa tersisa sedikit pun.



KEJADIAN TIKUS:


Seraya bilamana Iblis menyaksikan kejadian Babi tersebut telah menimbulkan rasa benci serta cemburu-Nya terhadap Mukjizat Nabi Nuh a.s maka Iblis pun turut mencuba untuk mengusapi Gajah itu dibahagian Punggung Gajah tersebut.

Dengan takdir Allah Azzawajallah maka melalui Punggung Gajah itu keluarlah darinya Haiwan yang dinamakan sebagai Tikus dengan banyaknya lalu merosakkan Bahtera Nabi Nuh a.s.


KEJADIAN SINGA:

Dari kejadian sekumpulan Tikus-tikus yang sedang merosakkan Bahtera Nabi Nuh a.s. itu, Syaitan juga telah muncul dalam bentuk Babi Hutan Liar dan masuk ke dalam Bahtera atau yang dipanggil Safina(bahasa Arab).


Dalam beberapa malam, Babi Hutan itu telah membuat kekacauan di dalam Bahtera Nabi Nuh a.s. serta bilamana setiap kali Nabi Nuh a.s. pergi membaiki Bahtera-Nya itu.


Ketika Nabi Nuh a.s. sedang membaiki Bahtera-Nya,
Nabi Nuh a.s. telah terhiris Ibu Jari-Nya sendiri dan akibat dari titisan Darah Beliau yang diberkati itu, Allah Azzawajalla telah menciptakan seekor Singa,  maka keesokan harinya Singa itu datang untuk berkhidmat kepada Nabi Nuh a.s. bagi melindungi Bahtera tersebut.


Pada lewat malam itu apabila Syaitan datang lagi dalam bentuk Babi Hutan Liar dan Syaitan tersebut cuba untuk mengkucar-kacirkan Bahtera supaya menyebabkan lebih banyak kekacauan, namun sebaliknya Singa telah mengawal dan menghentikan masalah kekacauan tersebut pada malam itu.



KEJADIAN KUCING:

Tikus yang banyak itu tidak berhenti untuk melakukan kerosakkan terhadap Bahtera Nabi Nuh a.s. itu sehingga dikhuatiri oleh Nabi Nuh a.s. bahawa Bahtera-Nya akan tenggelam jika kejadian tersebut berterusan.


Maka oleh itu Nabi Nuh a.s pun berdoa serta meminta pertolongan daripada Allah Azzawajalla bagi menangani permasalahan itu:


"Ya Allah, Bahtera-Ku telah dirosakkan oleh Tikus, Aku takuti seandainya karam Bahtera-Ku, maka berilah petunjuk kepada-Ku agar dapat Aku selesaikan permasalahan ini?".



Allah Azzawajalla lalu berfirman:


"Wahai Nuh, usapilah Singa itu, maka akan keluar darinya Haiwan yang akan memusnahkan Tikus-tikus tersebut".

Tatkala kemudian sepertimana yang diperintahkan Nabi Nuh a.s. pun mengusapi belakang Badan Singa tersebut maka keluarlah dari Singa itu beberapa ekor Haiwan yang dikenali sebagai Kucing, dan Kucing-kucing itu terus meluru bahkan mengejar serta memakan Tikus-tikus tersebut sehingga licin tanpa meninggalkan sebarang sisa.

Wallahua'lam Bishawwab 

 

Tiada ulasan: