Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim kepada Rasulullah SAW dan bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan tersebut untuk dimakan.
Kelihatan sekumpulan manusia
mengelilingi seorang lelaki dan pada waktu itu, dia tidak mengetahui bahawa
lelaki tersebut adalah Rasulullah SAW. Setelah itu, Arab Badwi tersebut
mendatangi sekumpulan manusia itu dan mengungkapkan kata-kata yang kesat kepada
Rasulullah SAW apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah Rasulullah SAW
yang menyebabkan saidina Umar bin al-Khattab marah. Kemudian Rasulullah SAW
menenangkan umar, lalu Nabi SAW bertanya kepada Arab Badwi tersebut mengapa
engkau berkata sedemikian. Arab Badwi itu menjawab bahawa dia tidak akan
beriman sehingga biawak yang ada bersamanya turut beriman.
Apabila Nabi SAW mendengar
kata-kata Arab Badwi tersebut, maka Rasulullah SAW memanggil memanggil biawak
itu dan kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan
difahami oleh semua yang hadir. Biawak itu berkata bahawa Allah adalah Tuhan
bagi sekalian alam dan Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang diutuskan oleh Allah
SWT.
Setelah mendengar kata-kata
biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata:
“Demi Allah! Aku datang kepada
engkau dan tidak ada di atas dunia ini orang yang paling aku benci melainkan
engkau, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding
dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku”.
Kemudian dia mengucapkan kalimah
syahadah di hadapan para sahabat yang berada di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan