Catatan Popular

Ahad, 16 Jun 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (1). Tiga ilmu yang wajib dituntut



Karangan Syeikh Muhamad Salleh Abdullah Al-Minangkabui

1.Soal. Mana ilmu fardhu ain (wajib) menuntut dia?
Jawab: Ilmu fardhu a'in menuntut dia itu ada tiga iaitu pertama ilmu Usuluddin, kedua ilmu fiqh dan ketiga ilmu tasawuf.

2.Soal. Mana had ilmu Usul yang fardhu menuntut dia, mana had ilmu Fiqh, dan mana had ilmu Tasawuf yang fardhu menuntut dia?
Jawab: Had fardhu a'in bagi ilmu usul ialah mengetahui perkara yang wajib, mustahil, dan harus bagi Allah dan bagi semua rasul. Hadfardhu a'in bagi ilmu fiqh sekadar mengetahui segala syarat dan rukun yang mengesah dan membatalkan amal, dan had fardhu a'in bagi ilmu tasawuf ialah mengetahui perkara yang membatalkan pahala amal seperti ria'.

3. Soal: Apa kata kamu pada orang yang beramal tanpa mengetahui tiga ilmu ini?
Jawab: Orang yang tidak mengetahui ilmu yang tiga ini tidak akan diterima segala amal ibadatnya walau mengerjakan haji sekalipun, dan haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui fardhu a'in.

Tiada ulasan: