NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT
TOK KENALI KELANTAN)
Betapa ramainya
orang diluar sana yang mengkagumi dan menilai secara diam ilmu makrifat Tok
Kenali!. Tok Kenali adalah dikenali melalui ilmu makrifatnya bukan dari ilmu
kekuatan berjalan atas air, tembak tak meletup atau keretapi tak boleh berjalan
selagi beliau tidak naik atau kekuatan memasukkan kembali ulat yang jatuh dari
daging kakinya!. Kekuatan atau kehebatan Tok kenali itu, adalah ada pada ilmu
makrifatnya!.
Ilmu makrifat
itu, bukannya harta pusaka, yang boleh diturunkan kepada anak cucu!. Ilmu
makrifat itu, adalah milik Allah, yang diturunkan kepada sesiapa yang
dikehendaki Nya!. Biarpun muridnya ramai,anak atau cucu serta keturunannya
ramai, namun belum tentu mendapat bahagian dalam ilmu ini!.
Alhamdullilah,
seorang putera yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook, peranakan Banggol Cica
Pasir Mas Kelantan, yang membesar dan menetap di Tumpat Kelantan, berkesempatan
menuntut ilmu dengan beliau (Awang Mohd Yusuf Kenali) sesudah sedari kecil
menuntut ilmu dengan Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman nama asalnya).
Saya Hj, Shaari
yang sedang berada dihadapan hati tuan-tuan sekarang, adalah anak kepada Hj.
Mohd Yusof Cik Wook, generasi ketiga ilmu makrifat Tok Kenali kelantan. Namun
ilmu saya, tidak hebat sebagaimana ilmu tuan-tuan, melainkan ilmu saya itu,
hanya sekadar ilmu perumpamaan tin yang kosong!.
Tuan-tuan dan
puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab satu nama Allah yang
tersembunyi itu, izinkan saya untuk bertanya beberapa soalan?.
1) Soalan
pertama: Manakah lebih besar dan manakah yang lebih afdal, antara nama Allah
yang teresmbunyi berbanding dengan Allah itu sendiri?.
Saya mohon dan
minta sangat-sangat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian menjawab soalan
saya. Sesiapa yang sedang membaca blog ini, supaya jawab terlebih dahulu soalan
yang saya kemukan, sebelum meneruskan bacaan karangan ini!. Jika tuan-tuan
inginkan keberkatan ilmu dan barokah guru-guru terdahulu, sila patuh dan ikut
apa yang saya sarankan ini!. Barulah mendapat barokah dan barulah beroleh
kefahaman ilmu makrifat dengan izin Allah!.
Selalu kita
dengar orang mengadu, bahawa mereka tidak faham bilamana mempelajari ilmu
makrifat. Sebab apa setengah dari setengahnya mengadu tidak faham, sedangkan
orang lain boleh faham?. Sebab mereka tidak faham adalah kerana mereka tidak
patuh kepada saranan guru!. Untuk itu, bagi mendapat barokah faham, ikut dan
patuhlah setiap apa yang saya sarankan. Itulah cara guru-guru terdahulu
mengajar anak muridnya. Inilah cara, kaedah atau berfatonahnya guru-guru
terdahulu dalam mendidik anak muridnya. Sedari kecil saya mengikuti syarahan
atau ceraman ayahnda saya, beliau juga sebelum berceramah bab ini, beliau
bertanyakan soalan yang sama sebagaimana saya tanya kepada tuan-tuan sidang
pembaca yang budian sekalian!. Oleh itu, sila jawab setiap pertanyaan saya.
Sekarang saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, mana lebih besar
antara nama Allah yang tersembunyi dengan Allah itu sendiri?. Jawab………
Seandainya
jawapan tuan-tuan itu, memihak kepada Allah itu sendiri lebih besar berbanding
nama yang tersembunyi, kenapa dahulukan nama berbanding tuan yang
empunya nama?. Untuk itu, sepatutnya kita pelajari dulu tuan yang
empunya nama. Dengan mempelajari dan mengenali tuan yang empunya nama,
dengan sendirinya nama yang tersembunyi itu, tidak lagi bersembunyi!.
Seandainya kita kenal kepada tuan yang empunya badan, dengnan sendirinya
samaada nama yang tersembunyi, mahupun nama yang nyata, pasti akan datang
sendiri!…………….
SEUMPAMA
PERUMPAMAAN API!
2) Persoalan
kedua: Sekarang saya mahu tuan-tuan sebut perkataan api!. Dengan menyebut nama
api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Cuba jawab pertanyaan saya?……………………….
Sebut perkataan tajam, apakah dengan sebutan nama tajam itu, ianya boleh
mendatangkan luka?, Cuba jawab pertanyaan saya?…………………………..
Apakah yang
besar, apakah yang lebih dan apakah yang ada pada nama?. Nama tidak boleh
mendatangkan bekas?. Begitu juga dengan nama Allah, baik nama nyata, apa lagi
nama Allah yang tersembunyi!. Apa ada pada nama, nama bagi Allah itu,
tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas dan tidak boleh mendatangkan apa-apa
kesan!, melainkan Allah itu sendiri!. Saya bertanya lagi, apakah tuan-tuan
ingin mengejar nama atau tuan-tuan ingin mengejar tuan yang empunya nama?. Sila
jawab?………………………
Baiklah,
sekarang bagi sesiapa yang ada mancis api, saya minta tuan-tuan nyalakan dan
cuba tuan-tuan sentuh, apakah tuan-tuan merasa panasnya api?. Semasa tuan-tuan
sebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Ini bagi menunjuk dan
membuktikan kepada kita bahawa, apa yang ada pada nama. Cuba jawab, apa ada
pada nama?. ………………Itulah makanya, saya sarankan supaya tuan-tuan mengenal panasnya
terlebih dahulu, baru nama api itu menyusul sendiri.
Bukan panas
yang tersembunyi disebalik nama api, sesungguhnya nama apilah yang tersembunyi
disebalik panas!. Kita nak kenal api, mari kita kenal panasnya dulu. Sebelum
mengenal nama, mari kita kenal orangnya terlebih dahulu!. Sesudah mengenal
sifat panas, nama api itu, akan menyusul dengan sendiri. Mari kita kenal Allah
terlebih dahulu, baru satu nama Allah yang tersembunyi akan menyusul dengan
sendiri!.
3)Pertanyaan
ketiga: Cuba sebut perkataan kaya, apakah dengan menyebut perkataan kaya,
bermakna duit sudah bertaburan dihadapan mata kita?.
Cuba sebut nama
harimau, apakah dengan menyebut nama harimau itu, mendatangkan hati tuan-tuan
merasa takut?. Cuba sekiranya tuan-tuan berdiri dihadapan harimau, biarpun
tuan-tuan tidak menyebut nama harimau, beranikah tuan-tuan berdiri dihadapan
harimau dan berdiri dihadapan tuan yang empunya nama (iaitu berdiri
dihadapan harimau itu sendiri)?. Mana lebih besar, mana lebih afdal dan
mana lebih berfungsi diantara nama dengan tuan yang empunya nama!. cuba
jawab…………………………………….
Makanya, apalah
yang ada pada nama!………………………………………..Semua orang berkejar-kejar mencari nama
yang tersembunyi!. Sedangkan tidak ramai yang menilik bahawa terlindungnya nama
yang tersembunyi itu, hanya desebalik tubuh tuan-tuan sendiri. Sayangnya
tidak ada orang yang mahu melihatnya!.
Seumpama saya
yang bernama Hj. Shaari, kebanyakkannya orang-orang diluar sana hanya mengenal
saya melalui nama. Sekiranya saya berdiri dihadapan tuan-tuan sekalipun,
tuan-tuan tidak dapat menyedari kehadiran saya. Sekiranya tuan-tuan kenal tuan
yang empunya nama, sesungguhnya tuan-tuan tidak lagi perlu kepada menyebut
nama. Tak tahu nama saya sekalipun, tuan-tuan boleh tahu yang saya itu hj.
Shaari. Begitu juga diri Allah berbanding nama Nya, Betul tak?, sila
jawab………………………
Untuk megetahui
satu nama Allah yang tersembunyi, mari kita belajar terlebih dahulu mengenal
tuan yang empunya nama, barulah satu nama Allah yang tersembunyi itu, tidak
lagi akan teresmbunyi, malahan ianya akan menyusul sendiri dengan nyata. Betul
tak?……………………………
Sebelum
mengenal satu nama Allah yang tersembunyi, apa kata kita timbulkan kembali
terlebih dahulu batu yang tengelam!. Kita belajar terlebih dahulu
cara-cara memotong batang pokok didalam benih!. Mahu tak!.sila
jawab?…………………………..saya tidak lagi mahu berahsia dengan tuan-tuan, kali ini saya
akan jawab, manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!. Tetapi
dengan syarat. Syaratnya, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu mempelajari ilmu
menimbulkan kembali batu yang dicampak kedalam air, supaya ianya dapat kembali
timbul dipermukaan air dan mempelajari ilmu menebang batang pokok didalam
benih?………………………
Apakah
tuan-tuan nak tahu, bagaimanakah caranya untuk menimbulkan batu yang tegelam?.
Apakah tuan-tuan mahu tahu cara-cara menebang batang pokok didalam
benih?……………Ayoh mari kita sama-sama ikuti cerita seterusnya.
Bukan mudah nak
saya lepaskan satu nama Allah yang tersembunyi, melainkan tuan-tuan terlebih
dahulu melalui proses-proses berikut;
BAGAIMANA CARA
UNTUK MENIMBULKAN BATU YANG SUDAH TENGELAM
Bagaimanakah
caranya untuk menimbulkan batu yang telah dicampakkan kedalam sungai?.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab soalan
ini, terlebih dahulu ingin saya ajar tuan-tuan cara-cara, kaedah atau langkah
pertama untuk menimbulkan batu!. Cara atau kaedah pertama untuk menimbulkan
batu, tuan-tuan kena jawab terlebih dahulu persoalan berikut!.
“Diantara
penadol dan Allah, siapakah yang meyembuhkan penyakit dan siapakah yang
melegakan penyakit sakit kepala?. Cuba jawab…………………
Sudah tentu
sebagai umat Islam, jawaban kita itu memihak kepada Allah!. Sebagai umat Islam,
sudah barang tentu, kita akan menjawab yang bahawasanya Allahlah yang meyembuh
dan menghilangkan rasa sakit kepala. Jika itulah jawapan serta keputusan
tuan-tuan, saya ingin ajukan satu lagi persoalan,
Saya ingin
bertanya kepada tuan-tuan yang budiman serta yang bijak pandai sekalian.
Seandainya tuan-tuan tidak menelah penadol, apakah sakit kepada kita itu, boleh
hilang?. Cuba jawab………………………………
Setelah kita
menelan ubat penadol, barulah sakit kepada kita itu, akan mula beransur pulih.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, apakah sakit kepala kita itu, boleh
hilang sekiranya kita tidak menelan penadol?. Hilangnya sakit kepala kita itu,
disebabkan kerana Allah atau kerana penadol?. Cuba jawab secara jujur
dan secara rasional?. Jika kita tidak menelan penadol, apakah sakit kepala kita
itu boleh hilang?. Kenapa setelah kita menelan penadol atau ubat pain keller,
penyakit atau kesakitan kita itu boleh beransur pulih?. Cuba jawab?……………
Setelah menelan
penadol, sakit kepala kita boleh hilang, apakah hilangnnya sakit kepala kita
itu, kerana ubat penadol atau kerana Allah?. Hukum akal yang waras, semua orang
akan mengatakan yang menghilankan sakit kepala kita itu, adalah penadol!.
Bilamana kita mengatakan penadol yang boleh menyembohkan sakit kepala, bererti
kita sebagai umat Islam, telah membelakangi Allah dan telah mensyirikan Allah!.
Sekarang kita
sedang berada di dua persimpangan!. Nak kata Allah yang meyembuhkan, ternyata
yang meyemboh dan yang menghilangkan penyakit pening kepala kita itu, adalah
penadol. Nak kata penadol salah dan tak kata penadol pun salah!. Kita sekarang
dalam keadaan serba salah!. Mempercayai penadol mengatasi kuasa Allah, sebagai
umat Islam ianya salah dari segi hukum!. Jika nak kata Allah yang menyembohkan,
jika tidak menelan penadol, sakit kepala tidak boleh hilang!. Sudahnya
kemanakah pegangan serta iktikad kita?. Cuba jawab?……………………………
Sebab apa
penadol boleh meyembohkan sakit kepala?. Sedangkan penadol itu, bukan Tuhan dan
penadol itu, bukan Allah. Sungguhpun penadol itu bukan Tuhan dan bukan Allah,
tetapi kuasa yang ada pada penadol itu, sesungguhnya sekarang ini, boleh
mengatasi kuasa Allah!. Mana satu keyakinan yang hendak kita tunjangi?, sila
jawab?………………………………..
Sebagai orang
Islam, kita mengaku yang menghilangkan sakit itu, adalah Allah, biarpun
pengakuan kita itu, adalah pengakuan yang tidak kukuh. Namun sebagai umat
Islam, kita harus mengakui kuasa Allah, biarpun keyakinan kita itu berada pada
taraf yang tidak berapa yakin atau keyakinan yang samar-samar (separuh yakin).
Cuba tuan-tuan lihat orang yang menjalani pembedahan, sekiranya tidak ada ubat
bius, apakah sakit itu boleh hilang?. Hilangnya rasa sakit diketika pembedahan
itu, dikeranakan ubat bius atau dikerakan Allah?. sila jawab…………………… Hilangnya
sakit itu, kerana Allah atau kerana ubat bius?. Cuba jawab?……………………………..jawab,
jawab dan jawab secara jujur!. Inilah kaedah untuk kita mengetahui satu nama
Allah yang tersembunyi!. Tanpa persoalan sebegini, kita tidak dapat lalui jalan
makrifat dengan mudah!.
Jalan makrifat
atau jalan ilmu tasauf itu, bukan mudah untuk difahami. Sungguhpun ianya bukan
mudah atau bukan senang. Sebagai seorang cikgu (bukan guru), saya akan cari
jalan penyelesaian dengan kaedah yang mudah difahami. Cara untuk memahaminya
ilmu ini, adalah melalui kaedah yang saya paparkan sekaranng ini. Sebelum kita
sampai kepada satu nama Allah yang teresmbunyi, kita harus atau wajib terlebih
dahulu menyelusuri terlebih dahulu kaedah ini.
Sebab apa ubat
bius itu, boleh menyamai atau boleh mengatasi kuasa Allah?. Sebelum saya jawab
soalan untuk menimbulkan batu yang tengelam didasar lautan dan sebelum menjawab
satu nama Allah yang tersembunyi, terlebih dahulu saya ingin mendapat pandangan
serta komen dari tuan-tuan!.
Setelah saya
ukur kefahaman dari kalangan tuan-tuan barulah nama Allah yang tersembunyi itu
boleh diberi. Saya bukan tidak boleh untuk menceritakannya ilmu ini secara
terus terang. Kebimbangan takut-takut nanti terkeliru, tidak pasal-pasal ada
pula yang menuduh saya sesat?.
Orang yang
tidak faham, nanti mereka akan menuduh sesat, itu makanya membuat saya
berhati-hati dalam menjawab persoalan makrifat!. Jika saya mendapat respont
kefahaman yang baik dan maklum balas kefahaman yang boleh diterima, akan saya
buka ilmu ini. Ilmu ini bukannya susah atau payah sangat!. Ilmu ini bukan ilmu
rahsia, malahan dikehendaki semua orang tahu!.Itu adalah tujuan utama saya mengarang
tajuk ini.
Faham
baik-baik, siapakah yang meyembuhkan pening kepala sekiranya kita tidak menelan
penadol dan siapakah yang boleh menahan daripada kesakitan bila mana kita tidak
dibius semasa pembedahan?. Kita kata semuanya Allah. Jawapan tuan-tuan itu benar,
tidak lain dari benar belaka adanya!. Tetapi persoalannya disini, apakah sembuh
kiranya tidak telan penadol dan apakah tidak sakit kiranya tidak dibius?. Cuba
jawab, saya nak ukur kefahaman tuan-tuan!. Kiranya sudah jelas dan sudah dapat
menerima hakikat penadol dan hakikat ubat bius. Barulah hakikat satu nama Allah
yang tersembuyi itu, dapat saya ceritadan saya jelaskan dengan mudah. Kiranya
hakikat penadol dan hakikat ubat bius dan hakikat batu tengelam, tidak dapat
tuan-tuan memahaminya. Apal lagi berkenaan hakikat satu nama Allah yang
tersembunyi, akan betambah-tambah lah tidak fahamnya!…………………. Cuba
masing-masing jawab………..
Terima kasih
kepada para pembaca blog. Sudah banyak kaedah dan banyak cara yang telah saya
terima dari peminat.
Sebelum jawab
bab penadol, saya jawab dulu berkenaan timbulkan batu yang tenggelam dari dalam
sungai. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Dalam
banyak-banyak pembaca blog, ada dua pembaca yang telah memberi jawapan yang
baik, ini saya coppykan untuk para pembaca. Dengan membaca jawapan dari
sahabat-sahabat diluar sana, bermakna saya tidak bersendiri dalam memberi
jawapan!. Salah satunya dari blog;
(Huraian saya
bagi tajuk diatas adalah begini…….Nama Allah tidak hanya 99 tetapi tdk
terbilang dan tdk tersebut oleh lidah.Yg tinggal dan belum disebut itu (
katanya ke100) itu adalah sebenarnya Ilmu semata2 berpaksikan nombor.Tidak ada
lagi satu sebenarnya..krn Ianya meliputi segala nama dlm AsmauLLahul Husna.
Maka jgnlah dibilang2 nama Tuhan dgn nombor krn keujudanNya tdk
bersempadan…tiada awal dan tiada akhir).
Tetapi jika
tuan-tuan nak lagi jelas dan lagi mentap, mari kita ikuti kupasan dari seorang
perempuan dari blog yang bernama QASEH. Seorang suri dari bumi di Bawah Bayu,
Sabah!,
Salam kemulian
kepada tuan Hj. Shaari dan teman2 yg melayari blog Makrifat Tok Kenali.
Terlebihi dahulu sy dan keluarga mengucapkan kepada Tn. Hj. Kerana
kedatangannya ke negeri bayu telah membuka byk pertanyaan2 dan telah terjawab,
terutamanya Nama Allah Satu dan tersembunyi. Pada malam kuliah Tn. Hj. Shaari
telah menjawab dgn panjang lebar bagaimana untuk mengetahui nama Allah SWT yg
tersembunyi itu, dan kami tidak sabar2 adakah penjelasaan nama yg satu itu sama
seperti yg kami ketahui…..ya memang itulah namanya…… namun sebelum saya menulis
bagaimana untuk mengetahui nama Allah SWT yg satu itu, sy harap Tn. Hj. Shaari
dapat memperbetulkan jika ada kesilapan dalam tulisan sy ini….sy akan menulis
sebagaimana dalam rakaman suara Tn. Hj. Shaari …..
Kata Tn. Hj.
Shaari “ Barang siapa mengenal nama Allah yang satu maka mengenallah ia akan
Allah SWT”…. Untuk mengenal nama yg satu Allah SWT..Tn. Hj. Telah memberikan
satu kiasan iaitu ….barang siapa yg dapat menimbulkan semula batu yang
dicampakkan ke dalam air, maka mengenallah ia akan nama Allah yang satu…
(sebelum itu pd pendpt sy untuk menimbulkan batu yg dicampakkan kedlm air, sy
perumpamakan batu sbg jasad/mahluk lalu jalanilah proses ‘Fana” iaitu matikan
diri kamu sebelum mati …dan..biarlah anda ikuti tulisan ini selanjutnya….). Untuk
lebih memahami lagi Tn. Hj. Shaari membawa kami mendalami kisah Nabi Musa AS,
dimana pada suatu hari Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, ya
tuhanku perzahirkanlah rupa paras mu, ya Allah aku nak tengok, aku nak lihat
dan aku nak tilik wajah mu ya Allah. Kata Allah SWT,”Tidak boleh ya Musa, kamu
tidak mampu untuk melihat aku.” Namun Nabi Musa tidak berhenti bermunajat
sampai tiga kali kepada Allah SWT.
Kata Allah, Ya
Musa aku bukan mahluk, aku bukan ain, aku bukan sesuatu, aku bukan benda macam
mana aku nak tunjukkan wajahku kepada mu, macam mana aku nak tunjuk wajahku
kepada engkau ya Musa. aku ini tidak bersifat dan tidak berain…. Laisa
kamislihi syaiun ……, apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau
gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu pandang itu, bukan aku, bukan
aku, bukan aku, macam mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya Musa.
Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku ini seorang nabi, sedangkan
orang bukan nabi boleh tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan
mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa kesana kemari, sedangkan
mereka itu bukan nabi, boleh tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang
nabi, usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak reti, oleh itu
bagaimanakah org nak percaya kepada aku, ya Allah , kata Nabi Musa.
Jadi ya Allah
perzahirkanlah wajah mu, aku nak tengok, aku nak lihat, aku nak tilik, semoga
boleh lah aku menceritakannya semula kepada kaum aku.” Lalu dgn kasih sayang
Allah SWT berkatalah Allah kepada Musa, Ya Musa, sekiranya benar engkau nak
melihat wajah ku, Aku bagi kau mengenal aku, hanya melalui satu kiasan sahaja
(yakni satu perumpamaan). Jika kau tahu akan kiasan atau perumpamaan ku ini,
maka engkau akan dapat mengenal aku dan akan dapat melihat aku pada jam ini,
pada hari ini dan pada saat ini ya Musa.
Ya Musa, Aku
tidak perlu tunjukkan wajah aku yang asli kepadamu, cukup dengan hanya melalui
kiasan sahaja kamu akan dapat mengenal dan melihat Aku Allah swt. Lalu Allah
berkata, ya Musa kau tengok bukit Tursina itu, jika engkau masih lagi melihat
sifat bukit Tursina itu berdiri di tapaknya, kau tidak akan dapat melihat aku,
tetapi jika sekiranya engkau tidak melihat lagi sifat bukit Tursina itu, maka
disitulah engkau akan dapat melihat aku.
Bahasa mudahnya
(kata tn. Haji Shaari). Allah berkata, jika engkau nampak bukit, engkau tidak
akan nampak aku, jika engkau tidak melihat lagi sifat bukit, maka disitulah
engkau akan dapat melihat aku.
Lalu Nabi Musa pun pandang bukit, setelah dipandangh, ditilik dan dilihat akan bukit Thursina itu, maka karamlah bukit dalam pandangannya.
Lalu Nabi Musa pun pandang bukit, setelah dipandangh, ditilik dan dilihat akan bukit Thursina itu, maka karamlah bukit dalam pandangannya.
Untuk
mempermudahkan faham, Tn, Hj,Shaari mengumpamakan “menimbulkan semula batu yang
ditenggelamkan”, Sekali fikir dengan akal yang lemah ini, mana mungkin batu yg
dicampakkan ke dlm sungai boleh timbul balik. Begitu juga dgn bukit Tursina
macamana untuk tidak ternampak bukit, sedangkan bukit tersergam ditapaknya.
Nabi Musa pun pandang bukit Tursina..dan berfikir “Jika ada bukit aku tidak
nampak Allah, setelah tidak terlihat bukit, barulah aku akan dapat melihat
Allah.
Lalu Allah pun
bertajalilah Nur Nya keatas bukit. Bertajali disini, bermaksud atau bermakna
“menyatakan”, manakala makna atau maksud perkataan Nur itu pula, bukan
bermaksud terang atau gelap (kata Tn. Hj. Shaari). Nur atau cahaya itu,
bermakna atau bermaksud terang cahaya wajah Allah. Bilamana Allah menyatakan
diri Nya atau mempernampakkan kenyataan diri Nya keatas Bukit Thursina, Pada
saat itu, leburlah segala sifat, afaal, asma dan zat bukit!. Nabi Allah Musa diketika
itu, bukan lagi terlihat atau terpandang bukit, malahan setelah lebur, hancur
atau karam sifat, afaal, asma dan zat Bukit Thursina, maka disitulah wajah
Allahlah yang terlihat dan terpandangn oleh Nabi Allah Musa!.
Nabi Musa bukan
melihat Allah dalam bentuk sifat, malahan Nabi Musa melihat Allah dalam bentuk
kiasan sahaja!. Hanya dgn melalui satu kiasan bukit sahaja, Nabi Musa sudah
dapat memandang dan melilhat Allah!.
Setelah Allah
mentajalikan (menyatakan) diri Nya keatas bukit itu, maka bukit itu pun
meletup. Erti, makna atau maksud meletup itu pula, bukan membawa hancur atau
pecah menjadi debu spt dinyatakan dlm Al-Quran. Meletup disini, adalah membawa
maksud lebur dalam pandangan Nabi Musa!. Jadi Nabi Musa pun faham akan kiasan
Allah itu.
Setelah Allah
mentajalikan (menyatakan) pula Nur nya keatas Musa, lalu Musa pun pengsan,
betulkah nabi Musa pengsan dan apakah betulkah Bukit Thursina meletup?. Maksud
Nabi Musa pengsan dan maksud meletupnya Bukit Thursina itu, adalah bagi
mengambarkan karam, lebur, binasa dan terkuburnya Nabu Musa dan Bukit Thursina
dalam wajah Allah. Maka sedar, faham, maklum dan mengertilah Nabi Musa akan
kiasa Allah SWT, melalui kisah Bukit Thursina itu!..
Jadi kata Hj.
Shaari dgn menghayati kisah ini maka kenallah kita akan satu nama Allah SWT
yang tersembunyi!. Jadi kisah ini amat dalam maksudnya…kata Hj. Shaari
..(jangan pandang pada huruf, tetapi pandanglah disebalik huruf)… Tn. Hj.
Shaari menjelaskan bagaimana nak pandang di sebalik huruf pada kisah Nabi Musa
tadi?.
Begini
maksudnya kata hj Shaari, Kiasan kepada perkataan bukit meletup itu, bukannya
bererti bukit itu, meletup hancur sampai menjadi debu (seumpama kena bom).
Maksudnya disebalik Bukit Thursina itu, kata hj shaari. Bukit Tursina itu,
adalah hanya nama, jadi hendaklah kita kembalilakan nama Tursina itu kepada
Allah, setelah nama dikembalikan kepada Allah, bukit itu sudah tidak lagi
bernama dan tidak lagi boleh terpanggil “Thur Sina!”, Sesudah dikembalilkan
nama kepada Allah!, apa lagi yang hendak dipanggil?.
Setelah faham
kiasan Allah pada bukit thursina, lalu nabi Musa megalihkan perhatiannya kepada
dirinya. Dengan megambil iktibar, megambil faham dan megambil kiasan dari kisah
bukit thursina, nabi Musa kiaskan cerita bukit thursina kepada dirinya
sendiri!. Berkata Nabi Musa, sebagaimana aku kembalikan sifat, affal, asma dan
zat bukit thursina kepada Allah, sebegitulah akan kukembalikan sifat diri aku
kepada Allah……………..
Dari cerita
kiasan bukit thursina, Nabi Musa kembalikan sekalian sifat bukit, sifat
lonjong, sifat batu, sifat pasir, sifat pokok dan semua sifat yang ada pada
bukit itu, kepada Allah, maka kembalilah bukit itu kepada wajah Allah dan
tidaklah lagi terpandangn bukut!.
Sebagimana
kiasan bukit, sebegitulah nak ku kembalilkan sifat diri aku kepada Allah.
Sebagaimana kembalinya sifat bukit thursina kepadawajah Allah!. Sebegitujuga
akan aku kembalikan sifat, asma’, afaal dan zat aku kepada Allah SWT (kata Nabi
Musa). Jadi apabila semuanya telah dikembalikan segala segala nama, sifat,
afaal dan zat kepada Allah, apa lagi yg tinggal, tersisa dan apa lagi yang
terbaki?.
Setelah
segalanya sudah lebur dan sudah kemballi kepada wajah Allah, maka apa yg
dilihat, itulah Allah?. Apa yang dipandang, itulah Allah dan apa yang ditilik,
itulah Allah!. Itulah cara Allah mengajar Nabi musa melalui kiasan bukit
thursina. Yang mana dengan cerita kiasan Allah itu, Nabi Musa bawa kepada
dirinya!. Sehingga Nabi musa juga karam, lebur dan binasa sebagaimana karam,
lebur dan binasanya bukit thursina!.
Maka dari
kiasan itu, dapatlah Nabi musa melihat Allah. Iaitu dengan cara mengembalikan
segala nama kepada pemiliknya “Allah”. Nabi Musa kembalikan segala sifat kepada
pemiliknya. Maka nyatalah Allah itu, setelah semua tidak ada (dikembalikan
kepada Allah), sifat makhluk atau sifat apa yg ku pandang kini, sudah menjadi
milik Allah.Yang memandangnpun milik Allah, yang dipandangpun milik Allah!.
Kini Nabi Musa
sudah faham akan kiasan Allah SWT. Lalu Nabi Musapun bawa kiasan bukit Tursina
itu dan letak kepada dirinya, jikalau Tursina bukit yang besar itu, boleh aku
leburkan, inikan pula diri aku, lalu Nabi Musapun pandang dirinya. Bilamana
memandang ia kepada sifat tangan, tangan Musa sudah menjadi milik Allah dan
pandang kaki, sifat kaki sudah juga menjadi milik Allah!. Lalu bertanya Nabi
Musa kepada dirinya sensdiri, “mana aku, mana aku dan mana aku” tangan milik
Allah, kaki milik Allah jadi Nabi Musa pun pengsan, Kata hj Shaari, pengsan itu
bukan maksudnya koma, bukan ertinya tidak sedar diri dan bukan bermaksdu
pengsan. Maksudnya disini adalah bererti Nabi Musa itu juga karam dalam wajah
Allah, setelah aku mengemblikan sifat diriku kepada mu ya Allah, jadi mana aku,
aku sudah tidak ada kata Musa seperti tiadanya bukit Tursina.
Itulah maksud
kata Allah, jika kau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika kau tidak
nampak bukit, barulah nampak akan nampak aku Allah swt. Kata hj, shaari, jika
kita masih nampak kita gagah engkau tidakakan nampak yang gagah itu Allah. Jika
kita masih nampak kita kaya, kita tidak nampak yang kaya itu Allah. Jadi
sekarang aku tidak nampak diri aku lagi, yang kaya itu Allah, yang gagah itu
Allah, yg besar itu Allah. Jadi mana diri aku, itulah maksud atau erti Nabi
Musa pengsan.Pengsan itu membawa maksdu Nabi Musa karam “FANA” dalam wajah
Allah sebagaimana karam dan fananya bukit Tursina, maka kenallah Nabi Musa akan
wajah Allah.
Melalui cerita
bukit thursina itu, mengerti dan fahamlah Nabi Musa akan bagaimana caranya Nabi
Musa mengenal Allah!. Benarlah sebagaimana firman Allah, “dimana aku hadapkan
wajahku di disitulah wajah Allah”. Kenallah ia akan Allah sesudah mengenal
mahluk!.
Begitulah juga,
jika kita hendak mengenal Allah melalui kiasan Nabi Musa dengan Bukit
Thursina!. Dgn cara mengenal diri sendiri, maka akan kenallah kita kepada Allah
Taala. Jika kita hayati betul-betul kisah bukit thursina, kita juga akan dapat
menimbulkan batu yang sudah tengelam didasar sungai, kata hj shaari!.
Timbulnya itu
bukan batu, bukan bererti batu yang timbul, yang timbul itu Allah, setelah batu
sudah tidak lagi bersifgat batu!. Maka yg timbul itu adalah Allah, batu itu
makhluk, sifat makhluk tetap akan tenggelam. Jadi yg timbul itu, adalah Allah.
Satu nama Allah
tersembunyi itu, bilamana kita sudah karam dalam wajah Allah, segala-galanya
sudah lebur, bilamana sudah lebur, boleh tak lagi sebut nama. Seumpama orang
mati, boleh tak lagi sebut nama!, boleh tak lagi dengar.
Setelah
segalanya binasa, tidak ada lagi yang menyebut dan tidak lagi ada yang
melihat!. Setelah segalanya tidak terdengar dan tidak lagi terlihat, maka benarlah
Allah itu tidak berguruf dan tidak bersuara!.
Yang tidak
menyebut dan yang tidak mendengar itulah, yang dikatakan satu nama Allah yang
tersembunyi! Tidak lagi terkata nama, nak kata apa lagi bilamana mulut dah tak
ada, nak dengar apalagi bilamana telinga dah tak ada. Jadi nama Allah yang
tersembunyi itu, adalah nama yg tidak berhuruf, nama tidak bersuara, nama tidak
berjirim, nama yang tidak berjisim, jadi namanya apa???????????????
Nama Allah yang
tersembunyi itu, adalah mana-mana nama yg tidak boleh di SEBUT (sesudah mulut
tidak ada). Nak sebut apa lagi, dah mulut tak ada, itulah tersembunyinya nama
Allah itu setelah karamnya segala sifat dalam wajah Allah!. Melainkan semuanya
“Allah meliputi Allah”, Allah, Allah,Allah ………………. Nama Allah itupun, sebab
masih boleh disebut!. Setelah ada sifat Nur Muhamad barulah Allah itu, bernama
Allah. Pada asalnya Allah itu tidak bernama. Untuk memperkenalkan yang diriNya
Allah, maka diberilah nama!. Kalau tidak ada nama, siapa nak panggil aku!.
Seumpama Raja tidak ada rakyat, siapa nak mengatakan yang dia itu Raja!.
Biarpun aku perkenalkan yang aku ini raja, Aku raja, aku raja, jadi siapa nak
kata yang aku ini raja, jika tidak ada rakyat!.
Maka setelah
adanya Nur Muhamad, barulah Aku itu bernama Allah. Jadi nama Allah yang
tersembunyi itu, setelah lebur seluruh mahluk yang ada. Yang ada hanya Ahad,
Ahad, Ahad. Mana ada lagi nama yang tersembunyi, setelah semuanya leburnya,
setelah leburnya mahluk, apa lagi yang hendak dipanggil?.
Begitulah
tuan/puan dan para pembaca dan para pencari nama Allah SWT yg Satu itu, harap
dari penjelasan diatas dapatlah kita mengenal nama Allah yg tersembunyi itu.
Saya tulis didalam blog ini pun atas izin Tn. Hj. Shaari dan mengikut rakaman
suara tuan Hj. Sendiri.
Pada pendapat
sy, nama Allah itu tidak ada yang tersembunyi, yang teresmbunyi itu, hanya
sekadar istilah atau sekadar suatu usul!. Maksud pendapat saya ini, hanya akan
dimengerti oleh sesiapa yang dianugerah Allah, akan penglihatan khasyaf. Hanya
orang khasyaf dan yang dikehendaki Allah sahaja, yg akan mendapat nama Allah yg
Satu itu. Moga-moga ianya memberi manaafat…amin….sekian wasalamualaikum…..dari
saya Qaseh Negeri Dibawwah Bayu.
JAWAPAN !
Nak cari satu
nama Allah yang tersembunyi itu, karamkan penadol dan karamkan batu!. Karamkan
mulut dari berkata-kata dan karamkan mata dari melihat!. Setelah segala-galanya
karam, apa lagi yang tinggal?, cuba jawab?……………Hendaklah kita kembalikan sifat,
batu, sifat panadol, sifat Bukit Thursina dan kembalilkan sifat diri kepada
Allah. Setelah semuanya kita kembali, tenggelam, karam, fana’ dan baqokan diri
kepada Allah secara total, secara mutlak, apa lagi yang tinggal pada kita?,
Cuba jawab?…………… Jika segala-galanya sudah tidak ada, apa lagi yang tinggal
untuk disebut, untuk diucap, untuk dibawa, untuk ditunjuk dan apa lagi yang
hendak diperlihat lagi?………………………..Belajar ilmu makrifat itu, biarlah sampai
kepada tempat letak, seumpama paking kereta itu, biar betul-betul pada tempat
petak parkingnya dan belajar itu biar sampai kepada garisan penamat!.
Penamatnya ilmu makrifat itu, bilamana karam, lebur, mati, binasa, ghaib, fana’
dan baqo’!. Sehingga lemah akal untuk menyatakan Allah……………………………..!
SEBAGAIMANA
KARAMNYA BUKIT THURSINA DARI PANDANGAN NABI MUSA, sebegitulah hendaknya
karamkam diri kita. BUKIT THURSINA ITU, TETAP BUKIT SEBAGAIMAN BERADA
DITEMPATNYA SEKARANG INI!.
Meletup Bukit
Thursina itu, bukan bermaksud berpindah tempat, hilang atau hancur lebur jadi
debu, kiasan perkataan meletup itu, adalah bagi menunjukan makna meleburkan
diri!. Bilamana kita sudah lebur dalam wajah Allah, boleh tak lagi kita
berkata-kata? cuba jawab…………….., melainkan kata-kata kita itu, adalah kata-kata
Allah. Itulah makanya turun ayat, “tidaklah yang memanah itu engkau ya Muhamad,
melainkan Aku (Allah) yang memanah diketika memanahnya engkau ya Muhamad”.
Kerana apa, kerana sifat Muhamad itu, sudak karam, fana’ dan baqo dalam wajah
Allah!.
Disini bukan
bererti bersatu atau bercantum dengan Allah. Disini bukan bermakna jabarian,
muktazilah, kodariah, hulul atau wahdatu wujud?. Jika saudara dan saudari
belajar sifat 20 dengan cermat, cuba tafsirkan kepada saya yang bodoh ini,
apakah erti sifat wujud?.. Yang suka menuduh sesat itu, cuba tuan-tuan suruh
mereka itu tafsir makna, maksud, atau erti sifat wujud!. Tidakkah wujud (ada)
itu hanya sifat Allah!. Bilamana “ada” itu sifat bagi Allah, bermakna,
bermaksud atau bererti, sifat bagi makhluk manusia itu, “tidak ada“.
Jika kita sebagai makhluk manusia itu bersifat dengan sifat tidak ada, siapakah
sepatutnya yang bersifat ada, jika tidak Allah………………. Yang ada itu, hanya sifat
Allah, hanya sifat Allah dan hanya sifat Allah dan yangbersifat tidak ada itu,
adalah sifat diri kita!…………….
Bilamana diri
kita sudah tidak ada (tidak wujud), apa lagi yang hendak kita “sebut”
dan apa lagi yang hendak kita “tengok!“. Jika mata ditutup atau tidak
ada, apakah lagi kelihatan adanya sifat penadol dan apakah lagi kelihatan
adanya sifat batu, samaada ianya tenggelam atau timbul? ?. Cuba jawab?………………………
Yang menjadi
sifat batu itu timbul atau tenggelam dan yang menjadi sifat penadol itu
meyembuhkan itu, adalah kerana tuan-tuan adakan sifat diri dan tuan-tuan masih
tertilik adanya sifat makhluk. Cuba diri kita itu kita hilangkan, cuba kita
hilangkan sifat batu dan cuba kita hilagkan sifat penadol!. Bilamana diri dan
penadol kita hilangkan, leburkan dan kuburkan, mana lagi ada sifat penadol dan
mana lagi ada sifat menyembuhkan ?. Mana ada lagi sifat tengelam dan mana lagi
ada sifat timbul?
Sesudah diri
kita tidak ada, apa lagi, apa lagi dan apa lagi yang hendak disembohkan oleh
penadol dan apa lagi yang hendak ditimbukan oleh batu? Cuba jawab?…………….nak
sembuh dan nak timbulkan siapa lagi, jika diri sudah tidak ada?. Jika sekiranya
diri tidak ada, mana mungkin adanya sifat penadol dan mana mungkin adanya sifat
batu?. Sesungguhnya Penadol tidak ada, batu tidak ada, benih tidak ada dan
diripun tidak ada. Yang bersifat ada itu, hanya siapa?, cuba jawab?…………….
Kefaham ilmu,
hendak disalinkan kedalam bentuk ayat, bukan perkara mudah dan bukan suatu
kerja senang. Jika senang, sudah ramai profesur dan pengarang yang mengarang
tentang ilmu makrifat!. Apa lagi ilmu makrifat yang menggunakan bahasa roh,
bahasa hati dan bahasa jiwa!. Ini bahasa makrifat atau bahasa rohani yang hanya
dimengerti oleh meraka yang bermakrifat!. Jika dibaca atau ditelaah oleh
golongan yang pengajian atau yang berpendidikan ilmu feqah atau orang syariaat,
maka sesatlah yang dapat mereka perkatakan. Sedangkan bilamana kita minta
tunjuk ajar mana ilmu yang tidak sesat, merekapun sesat untuk menceritakan!.
Sebenarnya siapa yang sesat, cuba tuan-tuan jawab……………..Saya sudah masak dengan
tuduhan sesat, wahbi, syeah, hulul, wahdatul wujud, Syek siri Jenar, Al-halaj
dan sebagainya.
Tidak kurang,
selepas dari saya mengarang ini, ada suara-suara sumbang yang mengata dan yang
akan menuduhkan bahawa karangan saya ini, adalah fahaman syek Siti Jenar,
Al-Halaj, Wahdatul wujud dan hulul dan sebagainya.
Sebab yang
menuduh itu, orang yang belum mengenal diri dan orang yang belum karam dalam
lautan makrifat! dan belum binasa diri!. Cuba jawab pertanyaan saya dengan
jujur, sebelum mengeluarkan tuduhan. Jika diri kita sudah tidak ada, apakah ada
lagi perkataan hulul, wahdatul wujud?. Wahdatul wujud, hulul, jabariah atau
kodarian itu, bilamana masih ada diri. Sesudah ketiadaan diri, apa lagi yang
hendak dibahasakan, melainkan itulah yang dikatakan tidak berhuruf dan tidak
bersuara!.
Yang dikatakan
tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim itu, setelah
ketiadaan diri, lebur, lenyap, hancur, terkubur, terbakar dan setelah
terkaramnya diri kita dalam wajah Allah!. Sesudah terkaram, bolehkan lagi kita
berkata-kata?. Itulah maksudnya PENGNSANNYA NABI MUSA!. Pengsan itu, bukan
bererti koma atau tak sedarkan diri, pengsan disitu, adalah memberi maksud
karam, fana dan baqa Nabi Musa dalam wajah Allah!.
Kepada pengemar
ilmu tuduh menuduh dan pencinta tomah menomah itu, jangan lah ada lagi
diri kamu, baru tidak ada tuduh menuduh dan baru tidak ada sifat dakwa mendakwa
sesat atau salah. Sebanarnya orang yang tidak belajar ilmu mati dan tidak
belajar ilmu karam itu, tidak mengerti akan apa maksud yang saya perkatakan!.
Berulamg kali
saya nyatakan bahawa belajar ilmu makrifat itu, JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA
DIRI! . Ingat, ingat, ingat………………….. pesan saya ini……………..
Jangan sampai
terlihat adanya diri!. Ambil contoh Nabi Musa, bilamana Nabi Musa karam, bukit
Thursina tidak lagi kelihatan dan Thursina tidak lagi terpandang. Yang meletup
atau pengsan itu, adalah kiasan kepada sifat kewujudan diri Nabi Musa. Bukannya
bukit, sedangkan Bukit Thursina itu, masih tetap berdiri disitu sedari dulu
sampai sekarang, tidak pernah berubah sedikitpun. Tamsil, kiasan, kiasan bukit
itu, hendaklah kita bawa kepada diri.
Begitu juga
dengan batu yang kita campakkan kedalam sungai, yang timbul itu, Allah, yang
tenggelam itu Allah, yang mencampakkan itu Allah, yang dicampkan itu adalah
juga Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah, yang awal itu Allah dan
yang akhir itu juga adalah Allah. Setelah segala-galanya Allah, mana ada lagi
sifat batu, mana ada lagi sifat penadol dan mana lagi adanya sifat Bukit
Thursina!. Yang adaawal dan akhir itu adalah Allah, Allah, Allah dan
Allah………………………………….
Disini
terjawablah sudah maksud batu hendaklah ditimbulkan kembali itu, bukan bermaksud
menimbul sifatnya batu, tetapi sebenarnya adalah bertujuan bagi menimbul sifat
Allah. menimbulkan batu itu, adalah suatu kiasan bahasa atau suatu istilah
makrifat! semata-mata. Itulah cara guru-guru terdahulu memberi faham kepada
anak muridnya supaya anak muridnya berfikir!. Jika tidak buat begitu, anak-anak
muridnya tidak berfikir!. Jadi dengan cara itu, ilmu ini akan lebih berkesan,
lebih diingati! dan lebih tersemat didalam hati!. Itulah cantik dan fatonahnya
guru-guru terdahulu!.
Yang
meyembuhkan itu Allah, sebab apa Allah yang meyembuhkan pening setelah kita
makan penadol, sebabnya adalah kerana “penadol itu pun Allah“. Itu
makanya bilamana tuan-tuan makan penadol, ianya boleh meyembohkan pening.
Kerana sifat penadol itu sendiri, adalah tidak lain dari Allah jua!.
Sebab apa
guru-guru terdahulu mengatakan penadol itu tidak lain dari Allah, sebabnya
adalah kerana sifat penadol itu, sifatnya sudah binasa!. Setelah sifat panadol
itu dibinasa, maka sifat yang meyembuh itu, adalah sifat Allah!. Penadol tidak
ada, yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah Allah!.
Tidakkah yang wujud itu hanya sifat bagi Allah?. Mana ada lagi wujud, ujud atau
maujud penadol. Penadol, batu, benih atau bukit itu, hanya satu kiasan, satu
dalil dan satu istilah semata-mata.
Bahasa makrifat
ini, adalah bahasa halus, bahasa dalam atau bahasa rohani, itulah makanya tidak
ramai yang memiliki kepakaran dalam menghujahkan ilmu ini!. Saya pun tidak
pakar, hanya sekadar ajok-ajok, tiru-tiru atau pinjam pakai mulut ayahnda saya
Mohd Yusof Cik Wook!. Orang mati sahaja yang tahu berbahasa makrifat!.
Memandangkan saya masih hidup, tidak layaklah saya memperdagangkan ilmu
makrifat!. Ilmu Makrifat itu, adalah ilmu bagi mereka-mereka yang “mati
sebelum mati!”.
Saya ini hanya
berpura-pura mati, sebenarnya saya tak mati diri lagi. kalau saya mati, masakan
saya boleh menullis!. jadi bermaknanya disini ilmu saya masih cetek dan masih
rendah berbanding dengan ilmu tuan-tuan!. Makanya patutlah saya dituduh dan
ditomah, kerana ilmu saya cetek berbanding tuan-tuan!. Saya tidak pandai
sebagaimana para pengkeritik!. Pengkeritik terlebih pandai berbanding saya.
Saya hanya sekadar penonton bola diluar padang, sedangkan tuan-tuan adalah
pemain bola, jadi saya hanya berilmu cakap ditepi longkang, tetapi tidak pandai
main sebagaimana tuan-tuan pengkeritik!.
Akhir sekali,
apa yang hendak saya perkatakan disini, saya memang bodoh, tolol dan jahil
ilmu, jadi ajarlah saya, pandulah saya dan perbaikilah saya. Apa-apa ilmu yang
saya curahkan itu, tidak perlu tuan-tuan ambil sebagai ilmu, anggplah sekadar
kita berbual-bual dikedai kopi!. Ini adalah ilmu yang tidak berguna dan ilmu
yang tidak boleh dibuat ikutan. Saya minta, tuan-tuan lupakan sesudah baca!.
Ingat lupakan, lupakan dan lupakan ilmu yang sesat dan salah ini. Saya cuma
sekadar menguji minda dan membuka ruang berfikir!.
Tok Kenali
selalu berpesan kepada anak muridnya. “jangan kamu megambil faham akan ilmu
yanng aku ajar ini”. “Aku suruh kamu dengar sahaja, jangan mengambil
faham atas ilmu yang aku ajar”. Tok kenali tidak ada kuasa untuk memberi faham,
yang memberi fahan itu Allah swt!………………………………….
Tuan-tuan dan
puan-puan yang saya hormati lagi yang dirahmati Allah sekalian.Dalam kegairahan
kita mencari satu nama Allah yang tersembunyi, jangan kita lupa bahawa nama
Allah itu, sesungguhnya tidak tersembunyi, yag meyembuyikan nama Allah itu,
adalah diri kita sendiri!.
Seperkara lagi,
nama Allah itu, bukan sahaja anggka satu, 100, 1000, 3000 atau 5000.
Sesungguhnya nama Allah itu tidak terbilang, terhitung dan tak terkira!. Hanya
nak bagi sedap, nak bagi nampak bersungguh-sungguh dan nak menunjukkan yang
Allah itu nama yangsebenar-benar tidak berhurf dan tidak bersuara, diletak atau
dinamaknnya satu nama Allah yang tersembunyi. Satu nama Allah yang tersembunyi
itu, bagi mengambarkan yang nama Allah itu sebenar-benarnya tidak berhuruf dan
tidak bersuara!.
Sebenarnya nama
Allah itu tidak terbilang, tujuh lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi tujuh
lautan sekalipun, untuk menulis nama Allah itu, tidaklah tertulis. Seperkara
lagi, sekiranya kita ingin mengenal nama Allah, wajah Allah, menyatakan Allah
dan meyembah Allah, jangan sekali-kali bergantung kepada dalil sifat, dalil
asma’, dalil afaal atau dalil zat!. Selagi itulah kita dikatakan golongan orang
yang tidak mengenal Allah!. Mengenal Allah, ingat Allah dan memandang Allah
itu, tidak lagi perlu kepada dalil. Dalil Allah itu, adalah Allah itu sendiri!.
Allah itu,
adalah Allah, kenapa perlu lagi kepada dalil?. Allah itu, tidak lagi perlu
kepada dalil!. Jika masih berdalil untuk mengigati dan mengenal Allah melalui
ibadah, melalui zikir, melalui puasa, dengan melalui alam, melalui ibadah atau
dengan mendalilkan Allah dengan makhluk, sesungguhnya mereka itu adalah
mereka-mereka yang rendah martabat makrifatnya!.
Kiranya kita
masih mencari dalil untuk ingat kepada Allah, bererti kita masih meraba-raba,
mencari-cari dan masih bersangka-sangka terhadap Allah. Bermakna tuan-tuan
masih belum pasti, belum yakin dan belum percaya kepada Allah. Masih didalam
peringkat mencari, sedangkan peringkat mencari itu, adalah bagi mereka yang
belum berjumpa!.
Seumpama cincin
yang hilang, bilamana sudah berjumpa, masakan masih mahu lagi mencari. Cincin
yang sudah berada dijari, apakah perlu lagi tuan mencari ?. Allah beserta sifat
dan berserta namaNya tidak tersembunyi, maksud atau erti tersembunyi itu, bagi
mengambarkan sesuatu yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Bukannya perkataan
tersembunyi itu, untuk menunjukkan kepada makna tersembunyi tetapi bagi
menunjukkan bahawasanya Allah itu, tidak berhurf dan bersuara!.
Anggaplah kita
itu, hanya kiasan kepada batu, kiasan kepada penadol, kiasana kepada air teh
susu dan anggaplah kita itu, hanya kiasan kepada bukit thursina. Yang tidak
ada, melainkan yang ada itu hanya Allah Taala!……………………..
Mana mungkin
nama Allah itu tersembunyi, sedangkan Allah itu sendiri tidak tersembunyi,
masakan namaNya pula tersembunyi?. Bilamana kita lihat alam, tidakkah terlihat
Allah sebelum alam dan sesudah alam?. Bilamana kita lihat makhluk manusia
(termasuk kita), tidakkah kita nampak Allah sebelum dan sesudah kita?.
Bilamana Allah
sebelum dan Allahlah susudah kita, apakah ditengah-tengah masa itu atau
diantarnya kita nampak makhluk (kita)?. Jika awal itu Allah, maka akhirnyapun
hendaklah juga Allah. Bilamana tidak ada ruang untuk kita ditengah-tengahnya,
bermakna kita sesungguhnya tidak ada!, yang ada awal dan yang ada akhir itu,
adalah hanya Allah!…………………
Jika tidak ada
makhkuk diawal, tidak ada makhluk ditengah-tengah (diantara keduanya) dan tidak
ada makhluk di akhirnya, bermaknanya disini, tidak ada ruang untuk adanya
makhluk!. Oleh itu, mana adanya lagi sifat penadol, batu, bukit dan kita?. Yang
ada itu Allah. Oleh itu manakah yang dikatakan Allah dan namaNya itu
tersembunyi!. faham dan camkan baik-baik…………………..
Tuan-tuan yang
saya hormati, kiranya tuan-tuan ingin mendapat jawapan yang elok dan tepat,
selain Qaseh, tuan-tuan bacalah blog yang bernama ishakahmad dan latifah harun.
Blog ishakahmad banyak membicarakan ilmu yang baik untuk kita pelajari. Beliau
juga seorang guru makrifat.
Tuan-tuan dan
puan-puan yang dirahmati Allah, permasalahan satu nama Allah yang tersembunyi
itu, bukannya habis disitu sahaja jika hendak diperkhabarkan. Ada juga
guru-guru terdahulu menghubung kaitkannya dengan roh atau Nur Muhamad!.
Tersembunyinya
satu nama Allah itu, ada setengahnya yang mengatakan tersembunyi ia didalam
sifat Nur Muhamad (roh).
Semasa dialam
la takyin, iaitu semasa Allah bersendirian, inginlah Allah memperkenalkan
dirinya itu Allah, lalu Allah jadikan sifat Nur Muhamad. Didalam sifat Nur
Muhamad itulah tersembunyinya nama Allah!. Allah sembunyilkan namanya didalam
sifat Nur Muhamad!. Setelah diperzahirkan Nur Muhamad, nama Allah tidak lagi
terpanggil kerana tersembunyi dalam nama Nur Muhamad.
Seumpama kita
makan rati canai. Asal mulanya rati canai itu, adalah dari yang bernama
tepong!. Setelah terbentuk atau terzahirnya sifat roti, nama tepong sudah
tersembunyi disebalik nama roti (nama tepong tidak lagi dikenali). Maka
tersembunyilah nama tepong didalam sifat roti canai!.
Begitu juga
seumpama kita minum susu. Asalnya susu itu, adalah daripada lembu, tetapi
setelah terzahirnya susu, nama lembu sudah tersembunyi didalam nama susu!.
Didalam bab
“satu nama Allah yang tersembunyi” itu, pada asal mulanya tersembunyi nama
Allah yang satu itu, adalah didalam nama Nur Muhamad. Sesudah itu,
berturut-turutanlah tersembunyinya!. Pertamanya tersembunyi Allah itu didalan
nama Nur Muhamad, kemudian Nur Muhamad itu pula tersembunyi didalam nama roh.
Roh, tersembunyi didalam nama nyawa. Nyawa tersembunyi didalam nama gerak dan
gerak itu pula tersembunyi didalam nama tubuh (anggota). Manakala
anggota-anggota tubuh itu pula, tersembunyi didalam nama-nama yang banyak!.
Nama yang satu
itu, sebenarnya tersembunyi ia didalam nama-nama yang banyak!. Nama yang satu
itu hilang didalam nama-nama yang banyak!. Cuba kita hilangkan nama-nama yang
banyak itu, maka timbullah nama yang satu!. Seumpama hilangkan nama roti, nama
kek, nama lempeng atau nama biskut didalam tepong!. Hilangkan nama susu kedalam
lembu!
Kita tidak
boleh pandang wajah diri kita sendiri, wajah diri kita sendiri itu, boleh
dilihat, dipandang dan ditilik, setelah adanya cermin. Tersembunyilah rupa
paras kita yang asal didalam cermin!. Setelah minilik cermin, maka terlupalah
kita akan diri kita yang asal. Sedangkan wajah diri kita yang didalam cermin
itu, sebenarnya diri yang palsu. Sungguhpun palsu, diri yang didalam cermin
itulah yang selalu dilihat, ditilik dan diingatai orang!.
Mata kita tidak
dapat untuk melilhat diri yang asal, diri kita yang asal tidak terlihat dan
tidak tertilik oleh mata. Lalu kita ambil cermin, setelah diletak dan ditilik
cermin, barulah tertilik dan barulah kelihatannya diri. Setelah menilik rupa
diri yang palsu didalam cermin, selalunya kita lupa kepada diri yang asal. Maka
itulah yang dikatakan tersembunyinya diri yang asal didalam cermin!.
Setelah menilik
cermin, kita tidak lagi ingat kepada diri yang asal. Kita asyik melihat cermin.
maka tersembunyilah diri yang asal didalam sifat cermin.
Beggitulah
kiasan tersembunyinya nama Allah yang satu itu didalam nama-nama yang banyak.
Sebenarnya telah tersembunyi nama Allah yang satu itu, didalam nama-nama yang
banyak, setelah kita tidak lagi terlihat diri yang satu. Untuk meyingkap satu
nama yang tersembunyi itu, hendaklah kita fana, baqa, lebur, buang, kubur dan
tinggalkanlah diri yang zahir ini kepada Allah. Simpanlah diri yang zahir ini
kedalam rumah Allah yang bernama QALBU. Tinggalkanlah diri zahir ini, didalam
rumah Allah yang bernama Qalbu. Setelah ditinggal, hendaklah jangan lagi dibawa
keluar!. Buang cermin, jangan lagi tilik cermin, kerana cerminlah membuatkan
kita terlupa dan terlepas pandang untuk melihat kepada nama diri kita yang
sebenar-benar diri!. Tinggalkan cermin diri yang palsu itu kedalam rumah Allah
(Qalbu). Biarlah Allah yang jaga, kerana rumah Allah yang satu ini, terkawal
dan dijaga sendiri oleh Allah, ianya pasti selamat!.
Setelah kita
simpan diri beserta dengan nama-nama kita yang banyak, didalam rumah Allah,
pastinya terbela, terkawal dan pasti selamat. Simpanan kita itupun juga akan
berganda untungnya. Pelaburan itu, adalah pelaburan yang tidak akan pernah
rugi. Bank simpanan yang bernama Qalbu itu, adalah bank yang tidak akan ada
istilah susut nilai!. Mari kita campakkan nama-nama diri yang banyak ini sekali
dengan sifat diri yang zahir , kedalam pelaburan bank Allah yang bernama Qalbu,
barulah pelaburan itu, terlihat akan nama yang satu. Nama yang satu itu,
sebenarnya tersembunyi disebalik cermin diri sendiri!. Mari kita sama-sama
pecahkan cermin yang palsu itu, barulah terlihat nama yang satu!. Sama-samalah
kita pakai nama diri yang asal………………
Buang cermin,
kuburkan, binasakan dan matikan cermin, barulah tuan-tuan terlihat yang
bahawasanya tersembunyinya diri kita yang asal itu, disebalik cermin!. Buangkan
segala yang bernama, tinggalkan segala nama dan campakkan ia kedalam rumah
Allah(Qalbu). “Qalbu mukmin Baitullah” kalbu mukmin itulah sebenar-benar rumah
Allah. Rumah Allah yang tidak pernah terbakar, tidak pernah dilanda banjir,
tidak pernah dicuri orang, tidak pernah dicemari najis!. Rumah Allah di Kota
Mekkah, pernah terbakar, pernah diruntuhkan beberapa kali, pernah dilanda
banjir, pernah dicuri dan hilang. Tetapi rumah Allah yang bernama Qalbu itu,
tidak pernah terusik, tidak pernah tercuri, terbakar atau terhilang!. Ianya
adalah tempat rumah yang selamat dari diceroboh orang. Percayalah bahawasanya
rumah Allah yang bernama Qalbu itu, tebal dindingnya kalis dari dimasuki
pencuri. Jadi, mari kita beramai-ramai berpakat sesama kita supaya menyimpan
barang disana. Simpanlah diri kita disana, pasti selamat dan pasti tertitik
satu nama Allah yang tersembunyi!.
Barang yang
patut kita simpan itu, bukan emas, bukan permata atau bukan wang ringgit,
tetapi yang patut kita simpan itu, adalah nama-nama diri termasuk diri jasad.
Campakkan diri kedalam rumah Allah, supaya kita tidak lagi terpandang nama-nama
yang banyak, sifat-sifat yang banyak, afaal-afaal yang banyak dan zat yang
banyak. Nama-nama yang banyak itu, mari kita sama-sama kuburkan ia didalam
rumah Allah yang bernama Qalbu. Setelah tersimpannya nama-nama yang banyak
didalam Qalbu, maka tidaklah lagi terpanggil nama-nama yang banyak. Setelah
nama-nama yang banyak itu tidak lagi terpanggil dan setelah tersembunyi nama-nama
yang banyak itu, maka terzahirlah nama Allah yang satu!.
AYAT-AYAT
TERAKHIR
Ini adalah ayat
terakhir bagi satu nama Allah yang tersembunyi, selepas ini jangan lagi ada
yang mendakwa tidak tahu!. Sudah panjang lebar saya kupaskan. Kiasan terakhir
saya dalam bab ini, adalah perumpaan TITIK.
Bermulanya
huruf alif itu, adalah asalnya dari satu titik. Dari huruf alif sampailah
membawa kepada huruf ya, semua itu, asalnya adalah dari titik yang satu!.
Sesudah berhuruf alif, kita lupa bahawasanya bermulanya huruf alif itu, adalah
dari titk yang satu. Setelah berhuruf alif, maka tersembunyilah titik didalam
huruf alif dan tersembunyilah titik dalam huruf-huruf yang banyak.
tersembunyilah titik bermula dari huruf alif sampai kepada huruf ya.
Begitu juga
dengan nama Allah yang satu , nama Allah yang satu itu, tersembunyi disebalik
keberadaan diri. Setelah terdirinya diri kita, maka nama Allah yang satu itu,
tersembunyi disebaliknya!.
Sebenar-benarnya
titik itu, tidak terhijab, tidak terlindung, tidak terdinding dan tidak
tersembunyi. Titik atau nama yang satu itu, sebenar-benarnya terzahir ia pada
tiap-tiap sesuatu dan ternyata pada sekalian yang zahir, terlihat, terpandang
dan tertilik pada sekalian yang nyata!. Titik itu, sebenarnya tetap terzahir
pada sekalian huruf, tinggal lagi ianya dikatakan tersembunyi disebalik
huruf-huruf itu sendiri!.
Sebenarnya
untuk melihat dan untuk menilik Allah itu, tiliklah makhluk dan tiliklah diri
mu, kerana Allah itu terzahir pada sekalian yang zahir. Seumpama kiasan titik
dengan huruf. Sebenarnya titik itu, tidak tersembunyi atau terlindung. Ianya
terzahir dan terpapar pada setiap huruf, hanya kita yang terlepas pandang.
Allah bukan
sesuatu tetapi zahir pada tiap-tiap sesuatu. Titik bukan huruf, tetapi terzahir
pada tiap-tiap huruf. Nak cari titik, lihat, tilik, pandanglah huruf. Setelah
tertilik huruf, maka akan dengan sendirinya tertiliklah titik. Tetapi sekiranya
tertilik titik, ianya tidak lagi tertilik huruf!. cam baik-baik kata yang
sedikit itu!……………….
Bilamana
tuan-tuan tertilik diri atau tertilik nama-nama yang banyak itu, sebenarnya
tuan-tuan sudahpun dengan sendirinya tertilik Allah!. Tetapi tuan-tuan buta
mata hati dan buta mata zahir, sehingga terangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu
itu, tidak tertilik oleh pandangan. Setelah tertilik Allah dalam tiap-tiap
sesuatu itu, maka tidak lagi akan tertilik makhluk atau tidak lagi akan
tertilik diri!.
Nama titik
tersembunyi disebalik huruf, manakala nama Allah pula tersembunyi Ia, disebalik
makhluk. Untuk itu, selepas dari ini jangan lagi ada pertelingkahan dan jangan
lagi ada perdebatan tentang nama Allah yang tersembunyi!. Tersembunyi nama
Allah itu, hanya pada istilah mata zahir semata-mata. Sebenarnya Allah dan nama
Nya, tidak pernah tersembunyi!. Sedang Allah lagikan zahir dan
nyata-senyatanya, masakan nama pula boleh tersembunyi?. Tersembunyinya nama
itu, adalah hanya disebalik nama-nama diri mu sahaja!.
Kita baca
kitab, kita baca buku dan kita baca tulisan saya, tetapi tuan-tuan terlupa
semasa membaca itu, bahawasanya bacaan huruf itu, tersembunyinya satu titik!.
Tersembunyinya satu titik itu, sebenarnya hanya didalam huruf-huruf yang tuan
-tuan baca. Hanya kita yang tidak mahu menilik!. Sedangkan titik itu, tidak
sedikitpun meyembunyikan diri, malahan titik itu sebolah-boleh dan seolah-olah
ingin memperlihat, ingin mempamir dan ingin memperkenalkan sifat dirinya
melalui huruf-huruf yang sedang tuan-tuan baca!. Malangnya biarpun telah dalam
berbagai-bagai bentuk, titik dan Allah memperkenalkan sifat dirinya, malangnya
makhluk manusia tetap dalam berkeadaan buta.
Sehingga tidak
tertilik Allah dalam yang banyak. Aku jadikan jin dan manusia dan Aku jadikan
yang banyak itu, sesungguhnya supaya tertilik dan terllihat Aku, tetapi
sebalilknya lagi menjauh hamba ku dengan Aku. Titik yang satu tidak
tersembunyi, tersembunyinya titik yang satu itu, adalah hanya disebalilk huruf
yang banyak!.
Dengan
banyaknya huruf, ku kira kamu ingat dan kamu tidak lupa kepada titik, malangnya
lagi banyak huruf, lagi banyak yang lupa kepada titik. Lagi banyak sifat
makhluk ku ciptaan, lagi banyak orang terlupaka kepada aku itu adalah Allah
swt. Kenapa, kenapa dan kenapa……………………………………
Sebabnya adalah
kerana tuan-tuan tidak matikan diri, sebabnya tuan-tuan tidak simpan nama-nama
yang banyak itu kedalam perbendaharaan Allah yang bernama Qalbu!. Tuan-tuan
masih melihat adanya “aku” dan adanya diri!. Tuan-tuan masih ada sifat
keakuan!, Itu makanya tuan-tuan asyik menuduh orang itu salah dan menuduh orang
ini sesat, sedangkan yang sebenar-benar sesat dan yang sebenar-benar salah itu,
adalah diri kita sendiri.
Bilamana kita
bagi tahu, selalu menafikan kebolehan orang dan selalu memperkecil-kecilkan
kepakaran orang. Inilah hijab ulamak zaman sekarang, tidak mahu mengaku
kelemahan diri sendiri dan menebalnya beranggapan yang diri itulah yang pandai
dan hebat. Orang yang sebegini, adalah orang-orang yang tidak dapat menerima
kenyataan titik!. Meraka hanya nampak diri, sedangkan diri itu, adalah tipu
daya semata-mata. Sedangkan diri mereka itulah huruf-huruf yang membuta dan
yang membatukan mata kita dari melihat kehadiran titik dan dari melihat
kehadiran Allah pada setiap sesuatu!.
2 ulasan:
ini yang dinamakan proses penafian diri......aku ada Aku tiada,Aku ada aku tiada......
Tuan, hamba yang sering terlupa ini mohon untuk menyalin tulisan-tulisan tuan sebagai rujukan dan pedoman...
Catat Ulasan