Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
9.Soal. Apa erti percayakan Allah,
Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kemudian dan untung baik dan untung jahat?
Jawab: Erti percayakan Allah ialah percayakan dzat-Nya, sifat-Nya, af'al
(perbuatan)-Nya, dan asma' (nama)-Nya. Percayakan Rasul ialah seperti lahirnya
di Makkah dan wafatnya di Madinah. Percayakan Malai'ikat ialah ianya tubuh
halus, tiada lelaki atau perempuan, tiada makan dan minum, tiada beranak atau
diperanakkan, dan tiada tidur. Percayakan Kitab-Nya sebanyak seratus empat buah
di bawa turun dari langit. Percayakan Hari Kiamat bangkit dari kubur, berhimpun
di Padang Mahsyar, Titian Sirat al-mustaqim, telaga, syurga dan neraka.
Percayakan untung baik ialah iman dan ta'at dan untung jahat ialah kufur dan
ma'siat, keduanya datang dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan