Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
10. Soal. Bitapa mentauhidkan (mengesakan) dzat Allah, sifat Allah, Af’al Allah? Jawab: (a) Maksud mengesakan dzat Allah ialah tiada yang maujud dalam alam hanya Allah. Wujud selain Allah itu tiada hakikat tetapi hanya seperti wujud bayang-bayang yang tiada hakikat baginya. (b) Maksud esa sifat-Nya ertinya tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allah. Sifat ini ada pada makhluk adalah semata-mata bayang-bayang bagi wujud Allah jua. Makhluk diumpamakan seperti cahaya matahari dan Allah adalah seperti matahari. (c) Maksud mengesakan afal (perbuatan) iaitu taida yang mempunyai perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah bukan perbuatan makhluk walau seberat zarah sekalipun. Jika engkau percaya ada perbuatan makhluk walau seberat zarrah sekalipun, maka engkau syirik. (d) Yang dimaksudkan dengan ma'rifat itu ialah membezakan di antara hadith dengan qadim. |
Jawab: Mengenal diri itu pula berta'alluq kepada mengenal Allah. Mengenal Allah itu pula ta'alluq kepada binasa diri. Sabda Nabi, terjemahnya: Sesiapa mengenal dirinya, mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal Tuhannya, binasa dirinya. Maka jadilah satu tiada beza di antara yang mengenal dengan yang dikenal. Yang dikenal itulah yang mengenal dan yang mengenal itulah yang dikenal, seperti sabda Nabi terjemahnya, Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku.
13.Soal. Bagaimana kita mengenal Tuhan
sedangkan Dia tiada 'ain bagi-Nya?
|
Jawab: Kita mengenal Tuhan itu dengan sifatnya ya'ni bekas sifatnya
seperti firman-Nya "Aku jadikan tiap-tiap sesuatu kerana hendak mengenal
akandaku pada tiap-tiap suatu itu".
14 Soal: Di atas ada menyebut sifat. Maka apakah yang dinamai sifat?
Jawab:
Yang dinamai sifat ialah sesuatu yang za'idah (lebih) ke atas dzat.
15.Soal.
Apakah erti sifat, dzat, af’al dan asma'?
Jawab:Tentang pengertian dzat sifat, asma', dan af'al piila ialah sifat itu kelakuan-Nya, dzat itu diri-Nya, afa'al itu perbuatan-Nya, dan asma itu nama-Nya, yang menunjukkan di atas sesuatu maka iaitu asma' namanya.
16.Soal:
Allah itu siapakah yang memberi nama?
Jawab:Asma' atau nama Allah itu adalah Allah sendiri yang memberi nama bukan makhluk meletakkan nama "Allah" itu. Dan nama Allah qadim bukan hadith.
17 Soal:
Bagaimana hendak beri hukum ada Allah Ta'ala?
Jawab: Allah itu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu
binafsihi Wahdaniyat. (Sedia, Kekal, berlainan dengan yang baharu,
Berdiri dengan sendiri dan tunggal)
|
19 Soal: Sifat (Allah) dengan dzat (Allah) itu bersekutu atau bercerai? Jawab: Sifat dengan dzat itu tiada bersekutu dan tiada bercerai dan kita tiada ketahui
kaifiyatnya.
20 Soal:
Sifat dengan dzat itu satu syai’(sesuatu) atau dua syai’(sesuatu)?
Jawab: Sifat dengan dzat itu dua sya,i' pun kita tidak boleh kata dan
satu syai' pun kita tidak
boleh kata kerana kita tidak ketahui kaifiyatnya. 21 Soal: Apakah beza di antara dzat dengan sifat?
Jawab: Bezanya ialah dzat itu ialah diri-Nya dan sifat itu kelakuan-Nya.
|
22 Soal: Apa sebab sifat dua puluh
terbahagi kepada empat iaitu sifat nafsiyah, salbiyah, ma'ani,
da ma'nawiyah?
Jawab: Nafsiyah ialah jenis
atau bangsa wujud (ada), salbiyah bangsa 'adam (tiada),
ma'ani bangsa hal, dan ma'nawiyah itu
bangsa i'tibar.
24 Soal: Mana
bangsa wujud, mana bangsa adam, mana bangsa hal, mana bangsa i'tibar?
Jawab:
(a) Bangsa wujudiaiah sifat ma'ani kerana sifat ma'ani itu maujud pada zihin (fikiran) dan pada kharij (di luar). (b) Adapun 'adam itu sifat salbiyah yang keadaannya tiada maujud pada zihin dan tiada maujud pada kharij, (c) Adapun bangsa halitu sifat nafsiyah kerana sifat nafsiyah ini kelakuan maujud.
(d) Adapun bangsa i'tibar itu ialah sifat
ma'nawiyah kerana sifat ma'nawiyah ini nama bagi
dibilangkan sifat seperti dzat itu bernama Hayy Yang Hidup kerana berdiri sifat hayat itu pada dzat. Inilah era dikerana dengan suatu kerana. |
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan