Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
4. Soal: Mana asal amal dan mana asal ma'rifat?
Jawab: Asal
amal dan asal ma'rifat itu ilmu. Sebab itulah wajib menuntut ilmu.
5. Soal: Mana asal ilmu?
Jawab: Asal
ilmu itu Qur'an dan Hadith. Perkara yang tiada muafakat dengan Qur'an dan
Hadith itu ditolak.
6. Soal: Mana awal-awal agama dan mana yang dinamakan agama?
Jawab: Awal agama ialah mengenal Allah seperti sabda Nabi, Bermula awal-awal agama itu mengenal Allah.
Jawab: Awal agama ialah mengenal Allah seperti sabda Nabi, Bermula awal-awal agama itu mengenal Allah.
7. Soal: Mana asal mengenai (ma'rifat) Allah?
Jawab: Asal mengenai (ma'rifat) Allah ialah mengenai diri. Yang dinamai agama itu ialah Iman, Islam, Tauhid, dan Ma'rifat.
Jawab: Asal mengenai (ma'rifat) Allah ialah mengenai diri. Yang dinamai agama itu ialah Iman, Islam, Tauhid, dan Ma'rifat.
8. Soal: Apa erti Iman, Islam, tauhid, dan ma'rifat?
Jawab: Erti
Iman ialah percayakan Allah, Rasul-rasul, malai'ikat, kitab-kitab, Hari
Kemudian, dan untung baik dan untung jahat. Erti' Islam mengerjakan segala yang
disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Erti tauhid ialah mengesakan (a)
dzat Allah, (b) sifat Allah, dan (c) afal (perbuatan) Allah. Erti ma'rifat
ialah membezakan di antara yang qadim dan yang muhdath (baru).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan