Catatan Popular

Khamis, 23 Mei 2019

KITAB TUAN TABAL @ TO’ TAKBAI: JALA UL QULUB BI ZIKRILLAH (SIRI 12)


oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal @ To’ Takbai (Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)

Siri - 12

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: hamba Allah yang faqir lagi haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan yang sebenar. Sekian.)

Fashal (فصل) pada menyatakan redha dengan qadha’ Allah

Hai saudaraku! Sucikan olehmu akan ka’batullah daripada marahkan qadha’ Allah. Dan hiasi olehmu akan dia dengan redha bagi hukum Allah. Maka janganlah kamu marahkan bagi qadha’ Allah dan jangan kamu lari daripada bal Allah. Dan redha olehmu akan segala af’al Allah supaya kamu dapat lemah lembut pada qahhar dan dapat manfaat daripada mudharat seperti bunga mawar keluar daripada pohon duri. Seperti sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
مامن شرجزئي الاويتضمن خيرا كليابحكم الله

Tiada daripada kejahatan yang juz’i itu melainkan mengandung ia akan kebajikan yang kulli dengan hikmah Allah.

Maka redhalah olehmu akan qadha’ Allah dan balaNya dan jangan engkau takut daripada luput manfaatnya dan jangan engkau tutupkan dia daripada makhluq dan jangan engkau harap melainkan daripada Allah supaya senang hatimu daripada menanggung kehendak dan ikhtiar dan tutup dan takut. Maka tahqiq olehmu akan maqam redha, nescaya hidupmu dalam senang hati dan rauh [روح – kesenangan; lega; rahmat kesukaan] dan bahgia dan bersamaan atasmu sakit dan sihat pada majlis hudhur kepada Allah dan berjinak-jinak dengan Dia. Maka tiap-tiap nafas sebut olehmu akan Allah dan tinggal olehmu akan marah bagi qadha’ Allah supaya jadi engkau daripada ahlillah, dan kamu rasakan manis redha kepada Allah pada segala perbuatanNya.

Tiada ulasan: