Catatan Popular

Khamis, 23 Mei 2019

KITAB TUAN TABAL @ TO’ TAKBAI: JALA’UL QULUB BI ZIKRILLAH (SIRI 10)


oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal @ To’ Takbai (Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)
 
(Siri - 10)

Fashal (فصل) pada menyatakan serah segala pekerjaan kepada Allah

Hai saudaraku! Sucikan olehmu daripada cemar-cemar i’tibar dan tadbir bagi taqdir Allah dan hiasi olehmu akan baitullah dengan tinggal tadbir bagi taqdir Allah. Dan dengan serahkan sekalian pekerjaan kepada Allah. Maka jangan engkau pilihkan sesuatu pekerjaan hingga memilih bagi engkau oleh Allah. Maka senang olehmu akan hatimu dengan tinggal olehmu akan tadbir dan ikhtiar itu Allah. 

Adapun tadbir hatimu tiada memberi faedah suatu hanya menyusahkan hatimu dan melalaikan dia daripada isytighal dengan Allah yang matlub daripada engkau tiap-tiap ketika kerana kebanyakkan pekerjaan yang kamu tadbir di dalam hatimu itu tiada hasil dan kebanyakkan pekerjaan yang kamu tiada tadbir dan tiada suka itu jatuh atas engkau. Maka apabila terlintas atas hatimu hendak mentadbirkan suatu pekerjaan maka buangkan olehmu akan dia dengan fikir seperti yang tersebut itu. Dan hadapkanlah hatimu dengan tawajuh kepada Allah dan lidah kamu dengan zikrullah dan serahkan pekerjaan itu kepada Tuhannya iaitu Allah. Berlazat-lazat olehmu di dalam ka’batullah dengan berkhalwat dengan Alah dan muraqabah kan Dia dan dengan zikrullah kerana tiada mengetahuikan (عواقب الامور) (akhir segala pekerjaan) melainkan Allah yang (مدبر الامور) yang mentadbir segala pekerjaan. Dan tinggal olehmu akan kehendakmu bagi kehendak Tuhanmu supaya tiada hapus dengan api حرمان - hirmaan (menurut guru saya – ianya bermaksud ketiadaan yakin atas rezqi yang ditaqdirkan – wallahu’alam) dan lalai daripada Allah.

Ketahuilah olehmu! Adalah segala pekerjaan itu digadai (disedia) dengan waktunya di dalam ilmu Allah. Maka janganlah kamu segera akan sesuatu pekerjaan dan jangan dukacita atasnya hingga datang taqdir lah (sampai waktunya) maka jikalau sunyi hatimu daripada melawankan kehendak Allah dan senang ia daripada tadbir dan suka ia dengan mengambil kehendak Allah nescaya dapatlah ruh dengan sebab hina hati itu manis muraqabah dengan Allah dan berjinak-jinak dengan dia atas kadarnya. Maka tiap-tipa ketika sebut olehmu akan Allah dan tinggal olehmu akan tadbir kamu bagi taqdir Allah suapay senang hatimu daripada dukacita dengan hudhur kepada Allah. Maka dapat lazat kamu dengan berjinak-jinak dengan Allah di dalam ka’batullah dan jadi kamu daripada ahlullah

Tiada ulasan: