oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif
al-Fathani atau lebih dikenali dengan
nama Tuan Tabal @ To’ Takbai (Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di
Nusantara)
(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh al-Haqir al-Faqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian.
Fashal (فصل) pada menyatakan faqir haqiqi kepada Allah
Hai saudaraku! Sucikanlah olehmu akan hatimu bagi Allah daripada mensertakan amanah Allah. Dan rahsia olehmu akan dia dengan faqir haqiqi kepada Allah dan buang olehmu akan dakwa kerana sekalian barang yang dalam tujuh petala langit dan tujuh petala bumi itu milik bagi Allah.
Adapun barang yang ada pada engkau daripada segala hamba sahaya dan harta dan anak dan jasad dan ruh dan sekalian hawas [panceindera] dan kuat, maka sekeliannya itu bagi Allah beri pinjam kan dikau jua. Maka janganlah engkau bangsakan sekeliannya itu bagi engkau dan jangan dakwa akan dia kerana sekeliannya amanah Allah pada hal engkau menangungkan dia sekeliannya amanah Allah yang berat serta kamu dakwakan dia dan menaruh kasih-sayang kan dia di dalam hatimu.
Maka merasai engkau akan kesusahan dan kesakitan dan membimbangkan dengan dia daripada berhadap dengan Allah yang ditutupkan atas kamu tiap-tiap ketika. Maka jika engkau serahkan segala amanah ini kepada empunyanya dahulu daripada sampai ketika ambilnya nescaya senanglah kamu daripada berat menanggung dia, dan daripada dukacita dunia dan jadi engkau suci hati serta Allah. Dan putuslah engkau daripada segala was-was dan kerungsingan dan lepas daripada segala percubaan dan fitnah dunia dan segala keluh-kesah yang jadi daripada menanggung akan amanah Allah. Maka hendaklah kamu banyakkan fikir akanperkataan.
Dan pada tiap-tiap ketika kamu sebut akan Tuhanmu dan kembali kepadaNya, supaya jadi engkau daripada ahlillah. Dan sucilah hatimu kepada menilik Allah dan mabuklah kamu di dalam ka’batullah dengan arak berjinak-jinak dengan Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan