Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat
Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Hani bin Othman ibnu Affan ra, bahawa ia berkata " Setiap kali berdiri dihadapan pusara Othman ibnu Affan ra akan menangis hingga janggutnya basah kuyup. Seseorang sahabat bertanya "Ketika diingatkan syurga dan neraka tuan tidak menangis. Tetapi kenapa sekarang tuan menangis ?". Ia menjawab " Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda "Sungguh kubur adalah tempat ujian akhirat yang pertama. Jika seseorang selamat darinya, selanjutnya akan lebih mudah daripadanya. Dan jika ia tidak selamat darinya, yang berikutnya akan menjadi lebih sukar lagi". Rasulullah juga bersabda " Aku tidak pernah melihat pemandangan yang lebih mengerikan daripada kubur". Kedua-dua hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dan ath Tarmidzi. Kemudian penambahan dibuat oleh Razin iaitu "Aku pernah mendengar Saidina Othman Affan ra mendindangkan syair tentang kubur ;
"Jika kamu selamat darinya, kamu
selamat dari bahaya yang lebih besar.
Dan jika tidak, aku yakin kamu pasti
celaka."
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari al
Barra' bahawa ia berkata "Kami pernah bersama Rasulullah mengantar
jenazah. Baginda duduk ditepi pusara lalu menangis dan aku pun ikut menangis
sampai air mataku jatuh kebumi. Kemudian Baginda bersabda ' Seperti inilah kamu
akan dikembalikan".
Para Ulama mempunyai pendapat yang
berbeza berkenaan siapakah yang mula-mula sekali membina kubur atau mengali
liang lahad untuk menanam mayat. Ada yang berpendapat iaitu seekor burung gagak
ketika terjadinya peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam as, Habil yang dibunuh
oleh abangnya Qabil. Ada pula yang berpendapat orang-orang bani Israel. Konon
diceritakan bahawa Qabil tahu bagaimana hendak menanam mayat, cuma ia sengaja
membiarkan mayat adeknya dipadang pasir itu, lalu Allah mengutus seekor burung
gagak mencakar-cakar pasir meninbus mayat Habil. Maka Qabil pun berkata seperti
yang telah difirmankan Allah didalam surah al Maaidah ayat 31 yang mafhumnya ;
"Aduhai celakanya aku, mengapa
aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak itu, lalu aku menguburkan mayat
saudaraku ini", Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang
menyesal".
Qabil merasa menyesal sedang Allah
memuliakan Habil dengan menghantar seekor burung gagak untuk menguburkannya.
Tatapi penyesalan Qabil itu bukannya berbentuk taubat. Ada pendapat mengatakan
bahawa penyesalan itu disebabkan kehilangan saudara, bukannya menyesal
disebabkan telah membunuhnya. Kata Ibnu Abbas "Seandainya Qabil menyesali
pembunuhan tersebut, itulah ertinya penyesalan taubat". Diceritakan lagi,
kononnya setelah membunuh adeknya itu, Qabil duduk menangis dekat kepala Habil
adeknya yang telah menjadi mayat. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada dua ekor
burung gagak sedang berkelahi dan kemudian membunuh. Burung gagak yang menang
telah mengali tanah untuk menguburkan burung yang mati itu. Pekara itu
kemudiannya diikuti oleh Qabil terhadap mayat adeknya itu. Inilah yang telah
menjadi sunnah yang terus menerus diikuti hingga kehari ini diseluruh dunia.
Allah berfirman didalam surah Abasa ayat 21 yang mafhumnya ;
"...kemudian Dia mematikannya dan
memasukkannya kedalam kubur".
Allah menjadikan kubur untuknya
sebagai penghormatan bukannya dilimparkan saja diatas tanah sehingga dimakan
oleh binatang buas atau burung pemakan bangkai. Demikianlah penjelasan al Farra.
Kemudian kata Abu Ubaidah "Ketika Umar bin Hubairah membunuh Shalih bin
Abdulrahman, orang-orang dari keluarga besar Bani Tamim segera membuat kubur
dan memasukkan kedalamnya setelah itu mereka berkata "kita baru sahaja
mengebumikan Shalih". Bentuk kubur sebaliknya dibuat rata saja iaitu
membongol sedikit dari permukaan tanah dan tidak dibentuk bangunan baik dari
tanah mahupun batu atau dicat kerana hal itu dilarang oleh syarak. Diriwayatkan
oleh Muslim dari Jabir bahawa ia berkata "Rasulullah melarang mengecat
kubur atau duduk diatasnya atau mendirikan bangunan padanya ". Dari
riwayat ath Tarmidzi dari Jabir bahawa ia berkata "Rasulullah melarang
mengecat kubur, menulisnya, mendirikan bangunan diatasnya dan
menginjak-injaknya". kata Abu Isa hadis ini merupakan hadis sahih.
Menurut para Ulama, Imam Malik tidak
suka kubur dicat kerana hal itu termasuk dari membanggakan dan menonjolkan
perhiasan kehidupan dunia, sedangkan kubur adalah tempat ujian alam akhirat,
sehinggakan ia tidak layak untuk dijadikan kebanggaan. Yang boleh menghiasi
kubur ialah amalannya. Seorang penyair berkata dengan berdendang ;
"Jika kamu menguasi pekara suatu
kaum semalam saja,
Ketahuilah, sesudah itu kamu akan
diminta pertangungjawabkan,
Dan apabila kamu mengusung jenazah
kekubur,
Sedarlah bahawa setelah dia, kamu
pasti yang akan diusung,
Wahai penghuni kubur, bahagian atas
kuburmu bolehlah diukir,
Sedangkan kamu yang didalam mungkin
sedang dibelangu."
Disebut didalam Sahih Muslim sebuah
riwayat dari Abu al Hayyaj al Asadi yang mengatakan bahawa Saidina Ali bin Abi
Talib kwh. berkata "Mahukah kamu aku wasiatkan sesuatu seperti yang pernah
diwasiatkan oleh Rasulullah kepadaku ?. Setiap kali melihat patung kamu harus
rosakkannya dan setiap kali melihat kubur yang tinggi kamu ratakannya".
Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Al Marasil dari Ashim bin Abu Shalih bahawa ia
berkata " Aku melihat kubur Nabi setinggi hanya sejengkal sahaja".
Menurut para Ulama, maksima ketinggian pusara hanyalah setinggi bongolan
belakang unta sekadar untuk tanda pengenalan. Ia tidak boleh terlalu tinggi
seperti yang biasa dibena oleh orang-orang jahiliah dahulu kala. Mereka berbuat
begitu bagi tujuan membangga diri kerana menunjukkan darjat.
"Orang-orang kaya itu jika ada
yang mati mereka membangun istana diatas kuburnya untuk dibanggakan kepada
orang-orang yang miskin...Demi Allah, padahal jika kamu buka kubur-kubur itu,
kamu tidak dapat mengenali mana yang kaya dan mana yang miskin, mana yang
kulitnya ditutup dengan kain biasa atau yang mana ditutup dengan kain sutera.
Semuanya dimakan tanah. Itulah bukti bahawa tiada keutamaan bagi yang kaya atas
yang miskin".
Wahai orang-orang yang tersesat dari
jalan kebenaran, mana perginya harta yang selama ini kamu kumpulkan dan kamu
persiapkan untuk menghadapi huru hara kematian ? Setelah kamu mati, kamu tidak
punya apa-apa. Kamu yang dulu dihormati sekarang menjadi hina sekali. Keluarga
dan rumah-rumah mewah kamu tinggal begitu saja. Mengapa dahulu kamu tidak mahu
menempuh jalan yang benar? Mengapa kamu tidak pentingkan bekalan kenegeri
Akhirat ? Sekarang kamu didalam kedaan yang sangat sukar dan berat.
Wahai orang-orang yang tertipu,
betapapun kamu harus berangkat menjemput hari yang penuh huru hara dan
ketakutan yang mencengkam. Tidak ada yang lebih bermanafaat dihadapan Allah
Yang Mahakuasa. Tanganmu tidak lagi keras, langkah kakimu lumpuh, mulutmu tidak
boleh berkata-kata lagi dan seluruh anggota tubuhmu yang lain juga tidak boleh
bergerak. Jika Allah mengasihani kamu dan mengasihi kamu, beruntunglah kamu
kerana dapat masuk syurga. Jika tidak, musnahlah kamu dihumban kedalam neraka.
Wahai orang yang lalai, berapa kali
telah diingatkan kepadamu, namun kamu masih juga dengan sikap lalai dan lupa.
Kamu ingat ini adalah masaalah kecil ? Kamu anggap ini masaalah lekeh ?. Kamu
ingat ini main-main ?. Semua sudah tidak bererti lagi jika sudah tiba masanya
kamu berangkat kealam akhirat. Kamu fikir harta benda dapat menyelamatkanmu
ketika kamu diporakperandakan oleh amal perbuatan kamu sendiri ?. Kamu ingat
penyesalan kamu berguna lagi dikala itu ? Kamu kira keluargamu dapat menolongmu
ketika kamu dipadang Mahsyar kelak ? Tidak... Demi Allah, fikiranmu menjadi
buntu. Dahulu kamu tidak pernah merasa cukup. Kamu tidak pernah kenyang dengan
duit-duit haram. Kamu tidak mahu dengar segala nasihat. Kamu juga tidak takut
ancaman Allah. Kamu biarkann dirimu tenggelam dengan nafsu, berjalan dengan
bongkak, silau dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Kamu tidak pernah
memikirkan apa yang akan terjadi kepada dirimu akan datang.. setelah matimu.
Wahai orang-orang yang tidur dan
berlengah-lengah, berapa lama masa yang kau ambil untuk dilengahi ? Kamu fikir
kamu akan terlepas begitu saja tampa dapat dihitung ?. Kamu ingat malaikat maut
boleh kamu rasuah ? Tidak... Demi Allah, Tiada harta atau anak-anak atau siapa
juga yang boleh melepaskanmu dari maut. Yang berguna hanyalah amal kebajikan.
Sungguh beruntung orang yang mendengar nasihat, yang mampu sedar, yang mampu
mengawal nafsunya. Firman Allah didalan surah an Najm ayat 39-40 yang mafhumnya
;
"Seseorang manusia tiada
memperoleh selain dari apa yang diusahakannya. Dan bahawa ushanya itu kelak
akan diperlihatkan (kepadanya)".
Bangunlah dari tidurmu yang panjang,
Kumpul amal soleh sebanyak mana yang boleh sebagai bekalan. Jangan mengharap dapat
tinggal bersama-sama orang-orang berbakti disyurga, jika kamu masih terus
melakukan perbuatan zalim. Takutlah kamu kepada Allah, Tuhan yang memiliki
langit dan bumi. Janganlah kamu khayal dengan angan-angan yang panjang hingga
malas beramal, Cubalah kamu dengar baik-baik pesanan Nabi saw sewaktu Baginda
berada dihadapan kubur "Wahai saudara-saudara ku, seperti inilah kamu akan
dikembalikan". Sila simak semula dengan teliti firman Allah didalam surah
al Baqarah ayat 197 yang mafhumnya ;
"...berbekallah, dan sesungguhnya
sebaik-baik bekalan ialah takwa".
Seorang penyair berkata ;
"Carilah bekal dari hidupmu untuk
pulang ketempat kembalimu nanti. Berusahalah mengumpul bekal terbaik untuk
bertemu Allah. Jangan kamu terlalu mengumpul kekayaan dunia kerana harta itu
pasti akan musnah. Adakah kau suka bersama kaum yang banyak bekal sedangkan
kamu pulang dengan tangan kosong ?".
Seorang penyair lain berkata ;
"Jika kau pergi tampa berbekal
takwa dan setelah kau mati, kau bertemu dengan rakan-rakanmu yang banyak bekal,
pasti kau akan menyesal kerana kau tak seperti mereka. Kau tak akan larat
menunggu seperti mereka tunggu..."
Penyair lain juga berkata;
"Kematian adalah samudra yang
bergelora, ombaknya menghanyut segala. Wahai jiwa, aku ingin mengatakan sesuatu,
maka dengarkanlah ucapan dari orang yang sayang dan ingin memberimu nasihat
yang tulus...tiada yang berguna bagimu dialam kubur selain takwa dan amal soleh
!".
Penyair lain pula menyebut ;
"Setelah membaringkan aku diatas
tanah yang sepi dan gelap, mereka pun pulang meninggalkan aku sendiri dan
merana. Hari ini yang ada hanyalah tangisan pilu semua yang pernah ada seperti
tiada sama sekali. Semua yang kamu ingatkan dahulu, kini benar-benar terjadi.
Disini tiada aku temui kawan untuk menghibur dan jika kau dapat lihat keadaan
ku kini pastinya kau akan menangis sedih".
Penyair ini pula bermadah;
"Ketika kau dilahirkan ibumu,
kamu menangis sedangkan orang-orang disekelilingmu tertawa gembira. Maka
buatlah dihari kematian mu mereka semua menangis sedangkan kamu tersenyum
gembira."
Telah diriwayatkan oleh Muhammad al
Qarsyi bahawa ia pernah mendengar gurunya mengatakan "Wahai Manusia, aku
adalah orang yang sayang dan ingin memberikan nasihat yang tulus pada kamu
semua. Solatlah dikegelapan malam untuk kegelapan kubur, berpuasalah sebelum
datangnya hari kebangkitan, pergilah haji dengan bersusah payah dan
bersedakahlah ".
Yazid ar Raqasyi pernah mengatakan
"Wahai orang yang berada didalam kubur sendirian, aku yakin dengan
amal-amal baikmu kau gembira". Kemudian ia menangis hingga air matanya
membasahi sarban yang dipakainya. Dan setiap kali memandang kubur, ia akan
menjerit menangis.
Begitulah sedikit perbahasan yang
dapat dimuatkan didalam bab-bab dikeluaran kali ini. Banyak lagi bab yang
sedang menunggu untuk keluaran akan datang. Semua bab ini adalah penting bagi
mereka yang memahami akan tajuk-tajuk perbincangan, perbahasan dan kupasan
hadis yang cukup jitu dan berilmu yang seharusnya diambil iktibar dan contoh
tauladan bagi kita semua. Sekian dahulu untuk kali ini dan pastinya perlu
dinanti akan keluaran akan datang...wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan