AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
Apabila engkau hendak tidur maka hamparlah hamparanmudalam keadaan menghadap qiblat dan tidurlah dalam keadaan mengiringkan badan ke sebelah kanan seperti berbaring orang yang mati di liang lahat dan ketahuilah bahawasanya tidur itu seumpama mati dan bangkit daripada tidur itu seumpama bangkit daripada kubur pada hari kiamat nanti. Siapa tahu, barang kali rohmu dicabut oleh Allah S.W.T. ketika engkau tidur pada suatu malam. Oleh kerana itu bersedialah engkau untuk menemui Tuhanmu dengan engkau tidur dalam keadaan suci dan wasiatmu ada tersimpan di bawah bantalmu.
Hendaklah engkau tidur di dalam keadaan bertaubat kepada Allah daripada segala dosa dan meminta ampun daripada segala kesalahan dan dalam keadaan engkau berazam bahawa engkau tidak akan mengulangi lagi sebarang maksiat yang pernah engkau kerjakan dan berazamlah untuk membuat kebaikan kepada seluruh orang Islam jikalau Allah membangkitkan engkau pada pagi esok.
Hendaklah engkau ingat bahawasanya pada suatu masa nantijasadmu akan terbujur sejuk di liang lahat. Engkau akan tinggaldi sana bersendirian, tiada siapa yang mahu bersamamu kecuali hanya amalanmu dan tiada yang berfaedah di kala itu kecuali hanya usahamu. Dan janganlah engkau merangsang nafsumu untuk tidur lebih awal dengan mempersiapkan hamparan yang empuk-empuk kerana tidur adalah mengosongkan bagi makna kehidupanmu kecuali apabila engkau melihat bahawa jagamu itu merosak akan agamamu maka ketika itu tidurmu adalah lebih selamat bagi agamamu dan ketahuilah bahawasanya siang dan malam itu hanya dua puluh empat jam sahaja maka janganlah engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada lapan jam kerana jikalau engkau berumur enam puluh tahun maka memadailah engkau telah mensia-siakan daripada umurmu itu sebanyak dua puluh tahun iaitu sepertiga daripada umurmu.
Sebelum engkau tidur hendaklah engkau persiapkan miswakmu (alat bersiwak seperti berus gigi dan seumpamanya) dan hendaklah engkau siapkan air untuk engkau bersuci dan berazamlah ketika hendak tidur itu untuk engkau bangkit di tengah malam atau sekurang-kurangnya di akhir malam sebelum waktu subuh kerana dua rakaat di tengah malam itu merupakan satu perbendaharaan daripada perbendaharaan kebaikan, maka hendaklah engkau membanyakkan perbendaharaanmu untuk menghadapi hari kefaqiranmu dan harta benda dunia ini sedikit pun tidak akan beiguna bagimu apabila engkau telah mati. Dan baca olehmu ketika hendak tidur akan doa:
Ertinya: Ya Allah! Dengan na- maMu aku letakkan lambungku ini dan dengan namaMu pula aku akan mengangkatnya maka ampunilah dosa-dosaku. Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sek- saanMu di hari Engkau membangkitkan hamba-hambamMu, Ya Allah! Dengan namaMu aku hidup dan dengan namaMu aku mati. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan segala yang mempunyai kejahatan dan daripada kejahatan segala makhluk yang melata di atas muka bumi , ini yang Engkau menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus.
Ya Allah! Engkaulah yang permulaan maka tidak ada sesuatusebelumMu. Dan Engkaulah yang akhir maka tidak sesuatu selepasMu dan Engkaulah yang za- hir maka tidak ada sesuatu diatasmu dan Engkaulah yang batin maka tidak ada sesuatu dibawahMu Ya Allah! Engkaulah yang men- ciptakan diriku dan Engkau pu¬ la yang berkuasa mematikannya maka terserahlah kepadaMu tuk mematikannya atau meng- hidupkannya. Jikalau Engkau mahu mematikannya maka am- punkanlah baginya, dan jika Engkau mahu menghidupkanya maka peliharalah akan dia seper¬ ti engkau memelihara hamba- hambaMu yang soleh. Ya Allah! Aku memohon akan Engkau akan kemaafan dan keafiatan. Ya Allah! Kejutkanlah aku pada sebmk-baik masa kepadamu dan pergunakanlah diriku pada sebaik-baik amalan di sisiMu sehingga Engkau hampirkan kepada aku kepadaMu dan engkau jauhkan aku daripada kemara hanMu. Ya Allah! Aku meminta akan Dikau maka Engkau memberi akan daku dan aku meminta ampun akan Dikau maka Engkau pun mengampuni akan dosa- dosaku dan aku berdoa akan Dikau maka Engkau perkenankan segala doaku.
Setelah itu hendaklah engkau membaca Ayatul Kursi danAmanar Rasul sampai ke akhir dan surah al Baqarah dan surahal Ikh las dan surah al Falaq dan surah anNas dan surah al Mulkdan berusahalah supaya engkau tidur di dalam keadaan berzikir dan dalam keadaan suci maka siapa yang mengerjakan yang demikian itu nescaya naik rohnya ke atas arasy dan akan ditulis seperti orang yang bersembahyang sampai masa ia bangun dari tidurnya itu.
Apabila engkau bangun dari tidur maka keijakanlah sepertiapa yang telah disebutkan sebelum ini dan kekali olehmumengikut tertib amalan yang telah disebutkan ini sehinggasampai ke akhir hayatmu dan apabila engkau merasa payahuntuk mengekali tertib amalan-amalan ini maka bersabarlahengkau seperti sabarnya orang yang sakit menelan ubat yangpahit kerana mengharapkan sembuh dan renungkanlah betapa pendeknya umurmu walaupun engkau terpaksa hidup di dalam keadaan susah selama seratus tahun maka itu adalah masa yang singkat bila dibanding dengan kehidupanmu yang kekal abadi di negeri akhirat kelak dan engkau fikirkan betapa engkau boleh bersabar di dunia ini menahan derita dan kesusahan serta kehinaan berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun kerana hanya menghendaki kerehatan dua puluh tahun misalnya maka betapa engkau tidak sabar menahan sedikit kesusahan yang akan menghasilkan kebahagiaan yang abadi yang tiada ada kesudahannya itu.
"Bersabarlah engkau hari ini mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada besok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan atau pun pada umurmu yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap- siap untuk menghadapinya adalah satu kepastian pula dan bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini. Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi."
Begitulah hendaknya engkau menasihati dirimu setiap harikerana jikalau engkau tidak mengandaikan mati itu dekatkepadamu bahkan engkau mentakdirkan bahawa mungkinengkau akan hidup lima puluh tahun lagi, lalu engkau mahumenyuruh dirimu berbuat taat, sudah pasti dirimu tidak akanpatuh kepadamu dan pasti ia akan menolak nasihatmu danmerasa berat untuk mengeijakan ketaatan. Maka paksakanlahdirimu untuk mengerjakan ketaatan nescaya engkau akanbergembira ketika engkau mati nanti dengan kegembiraan yang tidak ada kesudahannya tetapi jika engkau suka menangguhkannya ketaatan dan tidak mengambil berat dalam masalahini pasti engkau akan menyesal kerana kematian akan datangmenemuimu pada masa yang tidak disangka-sangka. Ketika itu,engkau pasti akan menyesal dengan penyesalan yang tiada ada kesudahannya dan hendaklah engkau selalu mengingati satu pepatah Arab:
Ertinya : "Dan di waktu pagi akan dipuji kumpulan yang telahberjaya berjalan pada malamnya."
Dan apabila engkau sudah mati barulah segala apa yang akusebutkan ini menjadi suatu kenyataan seperti firman Allah Taala:
Maksudnya: "Dan selagi akan kamu ketahui kebenaran apa yang dikhabarkan kepadamu pada suatu masa kelak."(Surah Shaad, ayat 88)
Setelah kami selesai menyebutkan susunan wiridmu inimaka akan kami sebutkan pula kaifiat untuk engkau sembahyang, puasa dan adab-adabnya dan sembahyang berjamaah serta adab-adab sembahyang beijamaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan