Catatan Popular

Khamis, 29 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH : 7 : ADAB-ADAB MASUK KE DALAM MASJID

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Apabila engkau hendak masuk ke dalam masjid maka dahulukanlah kakimu yang kanan dan baca olehmu:

Ertinya : Ya Allah! Berikanlah rahmatMu dan salam sejahtera kepada penghulu kami Nabi Muhammad SA.W. dan kepada keluarga serta sahabat baginda. Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu rahmatMu.

Apabila engkau melihat di dalam masjid orang yang menjual sesuatu maka kata olehmu : "Mudah-mudahan Allah tidakmemberi keuntungan kepada perniagaanmu.” Dan apabilaengkau melihat orang yang mencari sesuatu harta yang hilangmaka kata olehmu: "Mudah-mudahan Allah tidak mengembalikan kepadamu harta yang hilang itu.” Begitulah kita disuruh oleh Rasulullah S.A.W.

Apabila engkau masuk ke dalam masjid maka janganengkau duduk sehingga engkau sembahyang dahulu dua rakaattahiyyatul masjid. Dan jikalau engkau bukan dalam keadaan sucidaripada hadas kecil atau engkau tidak bermaksud mengetjakan sembahyang tahiyyatul masjid itu (oleh kerana ada majlis ilmu yang sedang beijalan misalnya) maka cukuplah engkau membaca al baqiyatus shalihat tiga kali. Dan mengikut pendapat sebahagian ulama empat kali.

Dan ada pula yang berpendapat hendaklah dibaca tiga kali bagi orang yang tidak ada air sembahyang dan sekali sahaja bagi orang yang ada air sembahyang. Dan apabila engkau belum lagi sembahyang sunat (qabliyah) subuh maka buatlah dan memadailah sembahyang sunat Subuh itu untuk menjadi sembahyang tahiyyatul masjid dan apabila engkau selesai daripada yang demikian itu, maka hendaklah engkau berniat iktikaf di dalam masjid dan bacalah doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah S.A.W. selepas sembahyang sunat Subuh, iaitu:

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat yang turun dari sisiMu yang dengannya Engkau memberi hidayah di dalam hatiku, dan dengannya Engkau himpunkan yang bercerai-cerai daripada segala urusanku, dan dengarnya Engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada segala pemikiranku, dan dengannya Engkau pulangkan segala yang menjinakkan hatiku, dan dengannya Engkau perbaikkan akan agamaku, dan dengannya Engkau peliharakan segala sesuatu yang ghaib daripada pan¬ danganku, dan dengannya Engkau terima syahadahku (persaksianku) dan dengannya Engkau bersihkan segala amalanku  dan dengannya Engkau putihkan  akan mukaku dan dengannya

Engkau ilhamkan kepadaku akan pertunjukku dan dengannya Eng kau tunaikan segala hajatku dan dengannya pula Engkau peli- ’ harakan aku daripada segala ke jahatan.

Ya Allah! Aku meminta ke padaMu akan iman yang mumi,yang memenuhi lembaran hatiku dan meminta kepadaMu akan ‘yakin yang sebenar sehingga aku menyedari bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku terhadap  diriku kecuatiapa-apayang telah Engkau putuskan ke atasku dan :

meminta supaya aku redha dengan segala pemberian yang Engkau bahagikan kepadaku. Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaM u akan iman yang benar danyakinyang tidak ada lagi selepasnya dan meminta akan rahmatMu yang dengan rahmat itu aku akan mendapat kemuliaan di dunia ini dan akhirat kelak. , . .

Ka Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan keredhaan untuk menerima kepu- tusanmu dan keuntungan ketikaaku berjumpa dengartMu. Dan aku memohon supaya diberikankepadaku kedudukan para syuha- da dan kehidupan orang-orang yang bahagia dan aku memohon kemenangan terhadap segala musuh-musuh dan memohon supaya aku dikumpulkan bersama- sama dengan para Anbia (pada hari kiamat nanti)

 

Kz Allah! Hanya kepadaMu aku persembahkan segala hajatkuwalaupun lemah pemikiranku dan kurang amalanku. Aku sangatberharap kepada limpahan rahmatMu maka aku memintakepadaMu wahai Tuhan yang memutuskan segala perkara danyang menyembuhkan segala penyakit yang ada di dalam dada. Ya Allah! Seperti mana Engkau pisahkan di antara segalalautan maka engkau pisahkan aku daripada seksaan neraka Sair dan daripada seksaan kubur dan daripada laungan penyesalan. 

Ya AUah! Apa jua kebaikan yang lemah fikiranku daripada men capainya dan kurang daripadanya amalanku dan tidak sampai kepadanya niatku dan cita- citaku sama ada daripada kebaikan yang pernah Engkau janjikan untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja daripada hambaMu atau daripada kebaikan yang telah Engkau kurniakan kepada sesiapa sahaja daripada hambaMu, maka sebenarnya Ya Allah! Aku sangat berharap supaya engkau mengumiakan kebaikan yang seperti itu kepadaku dan aku sangat memohonnya bagi diriku wahai Tuhan sekalian alam.

Ko Allah! Jadikanlah kami ini daripada golongan hambaMuyang mendapat pertunjuk dan memberi pertunjuk kepada oranglain, bukan daripada golongan yang sesat dan bukan pula daripada mereka yang menyesatkan orang lain. Jadikanlah kami memusuhi akan orang yang memusuhi Engkau dan berdamai dengan seluruh penolongMu.

Jadikanlah kan mencintai manusia dengan kecintaanMu dan - memusuhi dengan permusuhan- Mu siapa sahaja yang engkar kepadaMu daripada makhlukMu. fa Allah! Inilah doa kami dan  kepadaM u diharapkan untuk terima dan hanya sekadar ini sahaja , usaha kami dan kepadaMu kami berserah diri. Dan sesungguhnya kami datang daripadaMu kepadaMu kami akan dikembalikan dan tidak ada daya dan upaya kecuali hanya dengan per- tolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

 

Ya Allah! Tuhan yang memiliki tali (agama) yang kukuh dan perintah yang bijak. Aku memohon keamanan di hari pembalasan dan memohon syurga di hari yang kekal, bersama-sama dengan hambaMu yang muqar- rabin yang akan melihat kepada wajahMu, di mana mereka sentiasa ruku' dan sujud kepadaMu dan menunaikan segala janji mereka kepadaMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang

 

Maha Mengasihani dan Maha Pemurah dan Engkau dapatberbuat apa sahaja yang Engkau kehendaki.

Maha suci Tuhan yang bersifat dengan kemuliaan dan berkatadengannya, Maha suci Tuhan yang memakai segala keagungan dan bermurah dengannya. Maha suci Tuhan yang tidaklayak dipersembahkan tasbih kecuali hanya bagiNya,Maha suci Tuhan yang memiliki kekuasaan dan kemurahan. Maha suci Tuhan yang menghinggakan segala sesuatu dengan ilmuNya.

Ya Allah! Jadikanlah bagiku nur (cahaya) di dalam hatiku dan nur di kuburku dan nur pada pendengaranku dan nur pada penglihatanku dan nur di rambutku dan nur pada kulitku dan nur pada dagingku dan nur pada darahku dan nur pada tulangku dan nur di hadapanku dan nur di belakangku dan nur di kananku dan nur di kiriku dan nur di atasku dan nur di bawahku. Ya Allah! tambahkanlah aku nur dan berikanlah kepadaku sebesar-besar nur dan jadikanlah bagikunur dengan kemurahanMu Ya Allah! Yang Maha Pemurah dari segala yang pemurah.

Apabila engkau selesai mambaca doa maka janganlahengkau sibuk kecuali hanya dengan menunaikan sembahyangyang fardhu atau berzikir atau bertasbih atau membaca Al Quran dan apabila engkau mendengar panggilan azan di ketika itu maka berhentilah dan berikanlah penumpuanmu untuk menjawab azan.

Apabila muazzin berkata "Allahu akbar" maka jawab olehmu seperti perkataannnya juga. Dan begitulah seterusnya engkau jawab kalimah azan itu, kecuali kalimat " dan " maka hendaklah engkau jawab dengan pericataan “

Dan apabila muazzin melaungkan (di dalam azan sembahyang Subuh} maka hendaklah engkau jawab dengan pericataan: 

Ertinya : Engkau benar dan engkau telah berbuat baik dan sesungguhnya aku bersaksi atas yang demikian itu. Dan apabila engkau mendengar iqamat maka jawablahdengan seumpama yang diucapkan oleh muazzin kecuali padaperkataan (Ertinya : Telah didirikan sembahyang) maka jawab olehmu dengan peikataan:

Ertinya : Mudah-mudahan Allah mendirikannya (sembahyang)dan mengekalkannya selama masih kekal lagi segala langit dan bumi.

 Apabila engkau selesai menjawab azan {azan Subuh} makabaca olehmu akan doa ini:

Ertinya : Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ketika hadir waktu solatMu ini dan ketika {terdengar} suara pemanggilMu dan ketika lenyapnya malam dan datangnya siang supaya engkau memberikan kepada penghulu ka mi Nabi Muhammad SA.W. akan wasilah (jalan kebaikan) dan kelebihan serta darjat yang tinggi dan Engkau kurniakan kepada baginda maqam (tempat) yang terpuji yang telah engkau janjikan kepadanya, wahai Tuhan yang Maha pemurah daripada segala yang pemurah

 

Apabila engkau mendengar azan sedangkan engkau didalam keadaan sembahyang maka sempurnakanlah sembahyangmu kemudian jawablah azan seperti susunannya yang termaklum tadi.

Apabila Imam mulai takbiratul ihram dalam sembahyangfardhu (Subuh) maka jangan engkau melakukan sesuatu kecualimengikut perbuatannya sahaja dan sembahyanglah engkauseperti yang akan diterangkan kaifiat dan adab-adabnya sekejap lagi.

 

Apabila engkau selesai sembahyang maka baca olehmu:

 

Ertinya : Ya Allah berikanlah rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SA.W. dan ke atas keluarga baginda. Ya Allah, Engkau sejahtera dan daripada Engkau datang kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam ne- garaMu syurga Darus Salam.

Bertambah-tambah berkatMu Ya Allah! Tuhan yang memilikisegala kebesaran dan kemuliaan. 

Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Tidakada Tuhan yang disembah melainkan hanya Allah, tiadasekutu baginya, bagi Allah seluruh pemerintahan dan baginyapula segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan Dia yangmematikan dan Dia yang hidup tiada mati dan Dialah yangamat menguasai segala sesuatu.

Tiada Tuhan yang patut disem- bah dengan sebenarnya melain- kan hanya Allah, Tuhan yang sangat banyak nikmat dan kelebihan, yang memiliki segala puji- ang baik, tidak ada TUhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan hanya Allahdan kami tidak menyembah kecuali akan Dia. Dengan ikhlas -kami beragama bagiNya walau- pun dibenci oleh orang-orang kafir. 

Selepas ini hendaklah engkau membaca doa yang singkattetapi penuh makna. Iaitu doa yang diajarkan oleh RasulullahS.A.W. kepada Siti Aisyah R.A. iaitu: 

Ertinya : Ya Allah! Aku memo hon kepadaMu akan segala kebaikan di negeri dunia dan negeri akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ‘ketahui. Dan aku berlindung de- nganMu daripada segala kejahatan di dunia ini dan di akhirar, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui, Dan aku memohon kepadaMu akan syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku , kepadanya, baik perkataan, perbuatan, niat dan i'tiqad. Dan akuberlindung denganMu daripada api neraka dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku ke dalam api neraka, baik perkataan, perbuatan, niat dan i’tiaad. Aku memohon kepadaMu akan segala kebaikan yang telah dipohon oleh hambaMu dan RasulMu Muhammad S A.W. dan aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang telah berlindung daripadanya oleh hambaMu dan RasulMu Muhamad Ya Allah! Apa jua keputusan yang engkau berikan kepadaku daripada segala urusanku, maka jadikanlah akibatnya membawa aku mendapat petunKemudian hendaklah engkau baca doa yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah S. A.W. kepada anakandanya Siti Fatimah .A., iaitu: 

Ertinya : Wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri sendiri, yangmempunyai kebesaran dan kemuliaan, tidak ada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya kecuali hanya Engkau. Dengan rah- matMu aku meminta tolong, dan daripada seksaanMu aku berlin dung, janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun hanya sekejap di mata. Dan perbaikkanlah segala urusanku seperti mana engkau perbaiki urusan hamba- hambaMu yang soleh.

 

Kemudian baca olehmu akan doa Nabi Isa A.S. iaitu. Eranya : Ya Allah! Sesungguhnya jadilah aku tidak dapat menolak apa-apa yang aku membenci akan dia dan aku tidak memiliki kemanfaatan daripada apa yang aku harapkan. Dan jadilah segala urusanku di tanganmu, bukan di tangan orang lain dan jadilah aku terikat dengan amalanku sendiri. Maka tidak ada orang yang fakir yang lebih fakir daripada aku. Dan tidak ada orang yang kaya yang lebih kaya dari pada Engkau. Ya Allah! Jan¬ ganlah Engkau sukakan akan musuhku dan janganlah Engkau jahatkan akan kawanku dan jan- ganlah Engkau jadikan musibahku pada agamaku dan jangan Engkau jadikan dunia ini sebesar-esar cita-citaku dan jangan pula Engkau jadikan dunia ini kesudahan daripada ilmuku  dan jangan Engkau kuasakan ke atasku dengan sebab dosaku akan orang yang tidak menaruh kasihan kepadaku.

 

Kemudian setelah itu hendaklah engkau berdoa dengan apasahaja doa yang engkau kehendaki daripada segala doa yangmasyhur dan hendaklah engkau hafaz (hafal) doa yang telahkami tuliskan di dalam fasal "Al Daawat ” di dalam kitab IhyaUlumiddin.

 

Dan hendaklah engkau bahagikan masamu dari selepas sembahyang Subuh tadi sampai kepada masa terbit matahari kepada empat bahagian:

 

Pertama: Berdoa.

 

Kedua : berzikir dan bertasbih dan hendaklah engkau hilangkan zikirmu itu dengan seutas tasbih.

 

Ketiga : Membaca Al Quran.

 

Keempat : Bertaffakur.

 

Maka hendaklah engkau memikirkan betapa banyak dosa-dosa dan ketaksiranmu di dalam berbuat ibadat terhadapTuhanmu danengkau fikirkan pula betapa engkau beranimendedahkan dirimu menghadapi seksaan Tuhanmu yang pedih dan kemuikaanNya yang sangat besar.

 

Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumudengan menentukan wirid yang akan engkau baca di sepanjanghari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wiridyang luput dari sebab ketaksiranmu dan hendaklah engkaufikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat sebarang kebaikan kepada orang-orang Islam dan hendaklah engkau berazam bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak akan membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Allah dan hendaklah engkau niatkan membuat ketaatan yang termampu engkau membuatnya dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdal di antara segala ketaatan dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan pelaksanaan ketaatan tersebut dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu dan bahawa kematian itu bila- bila masa boleh datang memutuskan segala rancanganmu dan bahawa kematian itu di luar daripada ikhtiarmu dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.

 

Dan hendaklah tasbih dan zikirmu itu dibahagikan kepadasepuluh bahagian.

 

Pertama:

 

Ertinya : Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnyakecuali hanya Allah yang bersendirian. Tidak ada sekutu bagiNyaDitanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu

 

Kedua :

 

Ertinya: Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnyakecuali hanya Allah yang memiliki segala kerajaan dan kebenaran dan yang menampakkan {jalan yang lurus}.

 

Ketiga :

 

Ertinya : Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnyakecuali hanya Allah yang Maha Esa, lagi Maha Gagah, Tuhan yang memiliki segala langit dan bumi dan barang yang antara keduanya Tuhan yang Maha Gagah lagi Mengampuni.

 

Keempat:

Ertinya : Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tidakada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Allah dan Allah Maha Besar dan tidak ada daya dan upaya kecuali hanya dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

 

Kelima :

 

Ertinya : Maha Suci Allah lagi Maha Bersih {Tuhan kami} danTuhan Malaikat dan Jibril

 

Keenam:

 

Ertinya : Maha Suci Allah dengan segala pujian, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

 

Ketujuh:

 

Ertinya : Aku meminta ampun akan Allah yang Maha Agung,yang tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya kecuali hanya Dia, iaitu Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri. Aku memo¬ hon kepadaNya akan taubat dan Iceampunan dosa.

 

Kelapan:

 

Ertinya : Ya Allah! Tidak ada yang menghalang bagi apa yangEngkau berikan kumia dan tidak ada yang memberi kumia bagi apa yang Engkau halangkan dan tidak ada yang dapat menolak bagi apa sahaja yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat akan sesu¬ atu kekayaan di sisimu oleh orang yang kaya.

 

Kesembilan:

 

Ertinya: Ya Allah! Cucurilah rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya dan para sahabatnya.

 

Kesepuluh:

 

Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak dapat memberi mudarat dengan berkat disebut namaNya oleh sesuatu yang ada di bumi ataupun di langit dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

 

Maka hendaklah engkau baca setiap bahagian daripada zikirni seratus kali atau tujuh puluh kali atau sepuluh kali. Dansepuluh kali adalah bilangan yang paling sedikit supaya semuanya beijumlah tidak kurang daripada seratus zikir dan hendaklah engkau lazimkan (mengekali) akan zikir ini. Dan jangan engkau bercakap-cakap sebelum terbit matahari kerana disebutkan di dalam hadis bahawa amalan seperti ini {iaitu beizikirselepas sembahyang Subuh sampai terbit matahari dengan tidak di celah oleh sebarang percakapan} adalah lebih afdal daripada memerdekakan lapan orang hamba daripada keturunan Nabi yang sangat besar bagi amalan tersebut).

 

Tiada ulasan: