Catatan Popular

Khamis, 29 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 4 : ADAB-ADAB MANDI

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Apabila engkau junub, sama ada kerana bermimpi ataujimak maka bawalah sebekas air ke bilik mandi dan mulakandengan membasuh kedua tanganmu tiga kali dan tanggalkansegala kotoran daripada badanmu kemudian hendaklah engkauberwudhuk seperti wudhuk yang engkau buat untuk sembahyangbeserta dengan segala doa-doanya dan kemudiankan membasuh kedua kakimu supaya air tidak jadi sia-sia.

Apabila engkau sudah selesai daripada berwudhuk makatuangkanlah air ke atas kepalamu tiga kali dan engkau berniatmengangkatkan (menghilangkan) hadas junub kemudiantuangkanlah air ke sebelah badanmu yang kanan dan ikutilahdengan sebelah kiri dan gosoklah bahagian hadapan dan belakang daripada badanmu dan selat selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat-tempat yang berlipat-lipat daripada badanmu dan tempat tumbuh rambut,baik yang tipis mahupun yang tebal dan jangan sekali-kali engkau menyentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi danjikalau tersentuh tanganmu dengannya maka ulangi wudhukmu sekali lagi.


Dan perkara-perkara yang wajib dalam mandi ini ialah :

 

1- Niat

 

2- Menghilangkan najis dari badan (jika ada)

 

3- Meratakan air ke seluruh anggota badan

 

Dan perkara yang wajib dalam wudhuk ialah:

 

1- Niat

 

2- Membasuh muka sekali

 

3- Membasuh kedua tangan sampai ke dua siku juga

sekali

 

4- Menyapu sebahagian daripada kepala sekali

 

5- Membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali

 

6 - Tertib.

 

Dan yang lain daripada itu hukumnya adalah sunat muakkaddan kelebihannya sangat banyak, pahalanya sangat besar danorang yang tidak mengambil berat dengan yang sunat ini adalah rugi bahkan boleh membawa yang wajib kepada bahaya, kerana perkara-perkara yang sunat merupakan penampung kepada kekurangan yang ada pada yang wajib.

Tiada ulasan: