Catatan Popular

Jumaat, 30 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 13: ADAB- ADAB HARI JUMAAT

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah HariRaya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telahdikhususkan oleh Allah S.W.T. kepada umat MuhammadS.A.W.. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa.

Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang yang mukmindengan doanya kecuali Allah akan memberi apa sahaja yang iaminta. Maka bersiaplah engkau menghadapi hari Jumaat itumulai dari petang hari Khamis lagi. Maka hendaklah engkaumembersihkan pakaianmu dan memperbanyak mengucap tasbihdan istighfar mulai daripada petang hari khamis kerana masa itusudah menyamai kelebihan hari Jumaat. Dan bemiatlah engkauuntuk berpuasa pada hari Jumaat tetapi hendaklah puasa ituengkau sertakan dengan puasa hari Khamis atau puasa hariSabtu kerana ada larangan bagi mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat sahaja.

Apabila engkau berada di pagi hari Jumaat maka hendaklahengkau mandi kerana mandi Jumaat itu adalah satu kepastian(hukumnya sunat muakkad) atas setiap orang yang baligh{orang yang diwajibkan sembahyang Jumaat) dan bersungguh-sungguhlah engkau di dalam menyucikan badanmu dengan mencukur {bulu ari-ari misalnya) dan mengandam {misai misalnya) dan memotong kuku dan menggunakan sugi (kayu miswak) dan segala cara-cara bersuci. Kemudian ambillah perhiasanmu dengan pakaian yang putih, kerana itu lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi sebaik-baik minyak wangi yang engkau miliki. Setelah itu bersegeralah engkau pergi ke masjid dan beijalanlah dengan perlahan-lahan dan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. bereabda :

Ertinya : Siapayang pergi (ke masjid pada hari Jumaat) padajam yang pertama maka seakan-akan ia berkorban seekor unta Dan siapa yang pergi pada jam yang kedua maka seakan-akan ia berko- rban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam yang ketiga maka seakan-akan ia berkorban seekor kibasy. Dan siapa yang pergi pada jam yang keempat maka seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam yang kelima maka seakan- akan ia berkorban sebiji telur dan apabila Imam sudah keluar {naik ke atas mimbar} maka dilipatlah buku catitan dan diangkat segala para (yang bertugas sebagai pencatit} pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah.  

Dalam riwayat lain disebutkan enam jam, iaitu siapa yang pergi pada masa yang kelima seakan-akan ia berkorban seekor burung dan siapa yang yang pergi pada masa yang keenam seakan-akan ia berkorban 

Berkata Imam lbnu Hajar r.a.: "Semua masa di antara terbit fajar sampai keludaklah dibahagikan kepada enam bahagian, sama ada hari itu pendek atau panjang.

Dan ada diriwayatkan bahawasanya qadar hampir seoranghamba ketika melihat Allah (pada hari kiamat nanti) adalahberdasarkan kepada qadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

Apabila engkau masuk ke dalam masjid maka tuntutlah safyang pertama tetapi jikalau orang sudah ramai jangan engkaumelangkahi bahu-bahu mereka dan jangan engkau lalu di-hadapan orang yang sedang sembahyang dan pilihlah tempatduduk yang berdekatan dengan dinding atau tiang sehinggaorang tidak melintasi dihadapanmu dan jangan engkau duduk(dalam masjid) kecuali setelah engkau kerjakan sembahyangsunat tahiyyatul masjid dan yang lebih baik hendaklah engkaukerjakan sembahyang tahiyyatul masjid itu empat rakaat danengkau baca pada setiap rakaat (selepas surah al Fatihah ) akan surah al Ikhlas lima puluh kali kerana disebutkan di dalamsebuah hadis bahawa siapa yang mengerjakan yang demikianitu maka ia tidak mati kecuali setelah ia melihat akan tempatyang disediakan baginya di dalam syurga atau orang lain akanmelihat tempat yang telah disediakan baginya. Dan janganengkau tinggalkan sembahyang sunat tahiyyatul masjid iniwalaupun imam sedang membaca khutbah.

Dan disunatkan pula engkau sembahyang empat rakaat(sembahyang sunat mutlak) dan engkau baca pada rakaat yangpertama akan surah al An’am dan pada rakaat yang kedua surah al Kahfl dan pada rakaat yang ketiga surah Thaha dan pada rakaat yang keempat surah Yaasin. Dan jikalau engkau tidak mampu membaca surah-surah ini maka hendaklah engkau gantikan dengan surah Yassin, surah ad Dukhan, surah as Sajdah, surah al Mulk . Dan jangan engkau tinggalkan membaca surah-surah ini pada malam Jumaat maka kelebihannya sangat banyak. Dan sesiapa tidak mampu membaca surah ini maka hendaklah ia mengantikannya dengan memperbanyakkan membaca surah al Ikhlas dan memperbanyakkan mengucap selawat ke atas Rasulullah S.A.W.. Dan apabila Imam telah keluar (naik ke atas mimbar) maka putuskanlah segala doa dan perkataan dan hendaklah engkau memberi perhatianmu sepenuhnya untuk menjawab azan dan setelah itu dengarlah khutbah dengan penuh perhatian dan tinggalkan percakapan sama sekali kerana disebutkan di dalam hadis:

Ertinya: "Sesiapa yang bercakap dengan kawannya ketika khatib sedang membaca khutbah "diamlah kamu” maka orang itu telah sia-sia dan sesiapa yang sia-sia bermakna ia tidak mendapat pahala Jumaat."

Kita dilarang mengatakan "diamlah kamu ” kerana perkataan“diamlah kamu ” itu dikira satu percakapan. Dan sebaiknya jikaengkau terpaksa juga menegur orang lain maka cukuplah dengan menggunakan isyarat sahaja bukan dengan perkataan. 

Kemudian sembahyanglah engkau bersama dengan Imamseperti kaifiat sembahyang yang telah disebutkan. Apabilaengkau salam dan selesai daripada sembahyangmu maka sebelum engkau berkata-kata sesuatu, hendaklah engkau bacadahulu surah al Fatihah tujuh kali. Surah al Ikhlas tujuh kali,Surah al Falaq tujuh kali, surah An Nas tujuh kali kerana yangdemikian itu akan memelihara engkau daripada gangguansyaitan sehingga sampai ke minggu hadapan dan ia akan menjadi benteng yang kukuh bagimu untuk menghadapi gangguansyaitan. Setelah itu baca olehmu akan doa : 

Ertinya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Yang Maha TerpujiYang memulakan (ciptaan makhluk) dan Yang mengulangkannya.

Yang sangat kasih sayang dan yang sangat mencintai. Kayakanlah aku dengan rezekiMu yang halal bukan dengan yang haram dan anugerah kepadaku taat kepadaMu bukan maksiat dan berikanlah aku dengan kelebihanMu bukan dengan kelebihan orang lain.

Selepas sembahyang Jumaat hendaklah engkau sembahyangsunat ba'diyah Jumaat dua rakaat atau empat rakaat atau enam rakaat dan engkau perbuat yang demikian itu dua rakaat sekali salam maka telah diriwayatkan yang demikian itu daripada Rasulullah S.A.W. dalam beberapa cara yang berlainan. Kemudian hendaklah engkau duduk di dalam masjid sehingga sampai waktu Maghrib atau sekurang-kurangnya sampai waktu Asar. Dan hendaklah engkau pandai menanti saat yang mustajab doa itu kerana saat itu dirahsiakan oleh Allah pada sepanjang hari Jumaat maka biarlah engkau mendapati masa itu sedangkan engkau di dalam khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah.

Dan janganlah engkau hadir di dalam masjid itu akan majlis atau halaqah (yang tidak berfaedah) ataupun majlis tukang-tukang cerita bahkan hendaklah engkau hadir di dalam majlis ilmu yang bermanfaat iaitulah ilmu yang menambah takutmu kepada Tuhanmu dan mengurangkan gemarmu kepada dunia kerana segala ilmu yang tidak mendorong engkau meninggalkan dunia dan tidak menggemarkan engkau untuk mencapai kebahagiaan yang abadi di akhirat, maka jahil daripada ilmu itu adalah lebih baik bagimu. Oleh itu berlindunglah engkau dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan hendaklah engkau perbanyakkan membaca doa ketika matahari naik dan ketika tergelincir dan ketika tenggelam dan ketika engkau mendengar iqamat dan ketika khatib naik ke atas mimbar dan ketika orang berdiri untuk sembahyang maka barangkali engkau menemui masa yang mustajab doa itu.

Dan berusahalah sehingga engkau dapat bersedekah padahari ini dengan sekadar kemampuanmu walaupun hanya sedikitmaka dengan itu bermakna engkau telah menghimpunkan padahari itu antara sembahyang, puasa, sedekah, membaca Al Quran, zikir, I’tikaf dan Ribat (menunggu sembahyang selepas sembahyang) dan jadikanlah hari ini dalam minggumu sebagai hari yang engkau khususkan bagi akhiratmu. Mudah-mudahan iamenjadi kifarat bagi hari-hari yang lain dalam minggu itu.

Tiada ulasan: