AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
Apabila engkau telah selesai bersuci daripada najis padabadan, pakaian dan tempatmu dan engkau telah suci daripadahadas dan setelah engkau menutup aurat daripada lutut sampaike pusat {bagi lelaki dan seluruh badan kecuali muka dan tapaktangan bagi perempuan) maka hendaklah engkau menghadapqiblat dalam keadaan berdiri dan merenggangkan sedikit diantara dua kaki dan berdirilah dengan tegak kemudian bacaolehmu surah an Nas sampai akhirnya.
Engkau baca surah tersebut dengan niat untuk membentengi dirimu
daripada godaan syaitan yang terkutuk kemudian hadirkan hatimu dan kosongkan jiwamu
daripada sebarang was-was dan hendaklah engkau fiirirkan bahawa engkau sedang
berdiri di hadapan Tuhanmu dan engkau bermunajat dengaNnya maka hendaklah
engkau malu sekiranya engkau bermunajat kepadaNya dengan hati yang lalai dan
dada yang penuh berserabut dengan was-was dunia, bisikan syahwat dan hawa
nafsu. Dan ketahuilah bahawa Allah Taala mengetahui segala rahsiamu dan melihat
ke dalam hatimu dan Ia hanya menerima sembahyangmu yang khusyu’ dan penuh rendah
diri. Maka sembahlah Tuhanmu seakan-akan engkau melihatNya dan jikalau engkau
belum mampu berbuat demikian maka tanamkanlah di dalam hatimu bahawa sebenarnya
Tuhanmu melihat segala perbuatanmu.
Apabila hatimu masih tidak mahu hadir dan anggotamutidak tenang maka ini adalah berpunca daripada kurangnyamakrifatmu terhadap kebesaran dan keagungan Tuhanmu. Cubaengkau bayangkan jika ada orang yang soleh daripada keluargamu yang sedang memperhatikan dan meneliti sembahyangmu pasti ketika itu engkau akan mendapati hatimu menjadi khusyu' kepadanya dan segala anggotamu menjadi tenang di hadapannya. Oleh itu, kembalilah engkau menasihati dirimu dan katakan padanya:
Maka rawatlah hatimu dengan cara-cara yang seperti ini,barangkali pada suatu masa nanti ia akan khusyu' juga. Dansebenarnya engkau tidak akan memperolehi apa-apa yang didalam sembahyangmu kecuali sekadar mana yang engkaukhusyu' padanya. Adapun sembahyang yang dikerjakan dalamkeadaan lalai dan lupa maka sebenarnya sembahyang itu sendiri masih perlu kepada istighfar dan kifarah bagi menyempurnakannya.
Apabila hatimu telah hadir maka jangan lupa engkau membaca iqamat walaupun jikalau engkau hanya sembahyang sendirian. Dan apabila engkau sembahyang beijamaah maka hendaklah engkau azankan kemudian diikuti dengan iqamat lalu engkau berniat maka kata olehmu di dalam hatimu :
Dan hendaklah niat ini hadir di hatimu ketika engkau takbirdan jangan sampai niat itu hilang sebelum engkau selesai daripada lafaz takbir. Dan angkatlah kedua tanganmu ketika takbiritu sehingga sampai membetuli kedua bahumu sedangkan tanganmu itu terbuka dan jari-jarinya terhurai. Dan janganlahengkau memberatkan dirimu untuk menghimpunkan jari-jarimuatau memisahkannya. Dan angkatlah kedua tanganmu sehinggakedua ibu jarimu membetuli bahagian bawah daripada keduatelingamu dan hujung-hujung jarimu membetuli bahagian atasdaripada kedua telingamu dan engkau betulkan kedua tanganmu dengan kedua bahumu. Apabila tanganmu telah diletakkan di tempat yang telah disebutkan tadi maka baru engkau bertakbir kemudian lalu engkau turunkan kedua tanganmu dengan perlahan-lahan dan jangan engkau tekan kedua tanganmu ketika engkau menggangkat dan menurunkannya dan jangan pula engkau tekan kedua tanganmu ke belakang dan jangan pula engkau tolakkan dia kesebelah kanan atau kiri. Dan apabila engkau telah turunkan kedua tanganmu ke bawah maka hendaklah engkau menggangkatnya semula untuk meletakkannya di bawah dadamu dan hormatilah tanganmu yang karian dengan meletakkannya di atas tangan kiri dan buka jari-jarimu yang kanan, dengan engkau meletakkannya membujuri hasta tanganmu yang kiri dan pegangkan tanganmu yang kanan itu ke pergelangan tangan kiri dan baca olehmu selepas takbir itu akan doa iftitah :
Ertinya : Allah Maha besar.
Segala pujian yang banyak bagi Allah, Maha suci Allah di wak tu pagi dan petang. Aku hadapkan diriku kepada Tuhan yang ntenciptakan segala langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan bukanlah aku termasuk dalam golongan orang yang mempersekutukan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu baginya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah termasuk di dalam golongan orang-orang Islam.
Kemudian baca olehmu ldan seterusnya bacalah surah al-Fatihah dengan memperhatikan tempat-tempat tasydidnya dan berhati-hatilah membezakan antara huruf dhad dengan huruf zha’ dalam bacaanmu dan katakanlah “Amin" selepas membaca surah al-Fatihah itu dan janganlah engkau sambungkan kalimat Amin dengan kalimat ” dan nyaringkanlah bacaanmu {pada surah al Fatihah dan surah yang mengikutinya} pada sembahyang Subuh, Maghrib dan Isyak iaitu pada dua rakaat yang permulaan kecuali bila engkau seorang makmum. Dan nyaringkan dengan kalimat “Amin”
Dan hendaklah engkau baca selepas surah al Fatihah padasembahyang Subuh akan surah-surah yang dinamakan"thiwalul mufasshal" dan pada sembahyang Maghrib akansurah-surah yang dinamakan “ qisharul mufasshal" dan padasembahyang Zuhur, Asar dan Isyak akan surah-surah yang dinamakan "Ausatul mufasshar m dan engkau baca pada sembahyang Subuh dalam pelayaran akan surah al Kafirun{ padarakaat yang pertama} dan surah al Ikhlas [pada rakaat yangkedua} dan janganlah engkau sambungkan bacaan akhir surahdengan takbir ruku' tetapi hendaklah engkau pisahkan antara keduanya dengan sekadar membaca Subhanallah.
Dan ketika engkau berdiri hendaklah engkau menundukkanpandanganmu ke tempat sujudmu kerana yang demikian itulebih menumpukan perhatianmu dan lebih hampir kepadakhusyu' hatimu. Dan jangan sekali-kali engkau menoleh ke kiriatau ke kanan di dalam sembahyangmu.
Setelah itu hendaklah engkau mengucapkan takbir ruku' danangkatkan tanganmu seperti cara yang telah disebutkan (dalamkaifiat mengangkat kedua tangan pada takbiratul ihram} danpanjangkanlah bacaan takbir itu sehingga engkau sampai berada dalam keadaan ruku' yang sempurna, maka letaklah kedua telapak tanganmu di atas kedua lututmu sedangkan jari-jarimu terhurai dan tegakkan lututmu baik-baik. Dan r atakan belakang lehermu dan kepala sehingga semuanya kelihatan seperti sekeping papan. Dan renggangkan kedua sikumu daripada lambungmu sedangkan perempuan tidak berbuat demikian bahkan ia merapatkan sebahagian anggota kepada bahagian yang lain dan baca olehmu ketika ruku' itu tiga kali:
Ertinya : Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung dengan segalapujiannya.
Dan jikalau engkau sembahyang sendirian maka lebih baikengkau tambahkan bacaan tasbih itu sampai tujuh kali atausepuluh kali.
Kemudian engkau angkat kepala sampai engkau kembalitegak seperti sebelum ruku' dan angkatlah kedua tanganmusambil engkau membaca:
Ertinya : Allah mendengar sesiapa yang memujinya.
Apabila engkau berdiri tegak maka baca olehmu:
Ertinya : "Wahai Tuhan kami! Bagimu segala pujian sepenuh
segala langit dan bumi dan sepenuh apa jua suatu yang Engkau kehendaki
selepas itu."
Dan jikalau engkau sembahyang Subuh maka bacalah qunutketika engkau i’tidal pada rakaat yang kedua. Kemudian hendaklah engkau turun untuk sujud sambil mengucap Allahu akbartanpa menggangkat kedua tangan. Dan pertama kali letakkandahulu lututmu, setelah itu baru letakkan kedua tanganmu dandiiringi dengan dahimu pada hal dahi itu terbuka dan letakkanhidungmu bersama dengan dahimu dan renggangkan keduasikumu daripada lambungmu dan renggangkan pula perutmudaripada kedua-dua pahamu. Dan perempuan tidak berbuat
demikian. {Ia hendaklah merapatkan sebahagian anggota kepada sebahagian
yang lain} dan letakkan kedua tanganmu di atas lantai berbetulan dengan kedua
bahumu dan janganlah engkau hamparkan kedua hastamu di atas lantai {seperti
perbuatan anjing) dan baca olehmu ketika sujud itu akan tasbih ini:
Ertinya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.
Engkau baca tasbih ini tiga kali {apabila engkau sembahyang beijamaah} dan tujuh atau sepuluh kali apabila engkausembahyang sendirian. Kemudian engkau bangkit dari sujudmusambil mengucapkan " Allahu akbar" sehingga engkau dudukdengan sempurna dan duduklah di atas telapak kakimu yang kiri dan tegakkan telapak kakimu yang kanan dan letakkan kedua tanganmu di atas kedua pahamu sedangkan jari-jarimu dalam keadaan terhurai {tidak digenggam} dan baca olehmu:
Ertinya: Wahai Tuhanku! Ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah
rezeki kepadaku, berikanlah hidayah kepadaku dan tampunglah (kekurangan) ku,
dan a’fiatkanku (badanku) dan maafkan dosaku.
Kemudian lalu engkau sujud kali yang kedua seperti kaifiatsujud yang pertama kemudian engkau bangkit pula untuk“duduk istirahat" pada setiap rakaat yang tidak diiringi dengantasyahhud. Dan hendaklah engkau duduk istirahat ini sekejapsahaja kemudian engkau berdiri dan engkau letakkan kedua tanganmu di atas lantai dan jangan engkau mendahulukan sebelahkaki ketika berdiri dan hendaklah engkau mengucapkan Allahuakbar ketika engkau hampir ke tempat duduk istirahah makaterus takbir itu engkau panjangkan sehingga sampai lebih kurang separuh berdirimu.
Dalam rakaat kedua hendaklah engkau ulangi seperti kaifiat rakaat yang pertama bermula daripada perkataan "A’u zu billahi minas syaithonir rajim" {sampai kepada sujud yang kedua} kemudian hendaklah engkau duduk untuk tasyahhud pertama dan hendaklah engkau letakkan tangan kanan di atas paha kanan dengan menggenggamkan jari-jarimu kecuali jari telunjuk dan ibu jari maka engkau biaikan keduanya {tanpa digenggam) dan hendaklah engkau mengisyaratkan dengan telunjuk yang kanan ketika engkau mengatakan illalUth bukan ketika mengatakan la illaha dan letakkan tangan kirimu dalam keadaan terhurai (tidak digenggam) di atas paha kiri dan hendaklah engkau duduk di atas kakimu yang kiri pada tasyahhud ini (tasyahhud awal) seperti engkau duduk antara dua sujud dahulu.
Dan hendaklah engkau duduk "tawarruk" pada tasyahhudakhir, iaitu dengan mendudukkan punggungmu yang kiri danmendirikan telapak kaki kanan dan meletakkan kaki kiri dibawah kaki kanan dengan dikeluarkan sedikit hujung kaki kiriitu di bawah kaki kanan. Dan hendaklah engkau sempurnakanmembaca doa yang makstur daripada Rasulullah S.A.W. pada tasyahhud akhir ini kemudian kata olehmu selepas selesai daripada segala doa itu akan “Assalamu 'alaikum warahmatullah"
dua kali, sekali ke kanan dan sekali ke kiri dan hendaklahengkau menoleh {ketika memberi salam itu) sekira-kira dapatdilihat putihnya pipimu dari sebelah tepimu dan niatkan olehmu
akan keluar daripada sembahyang dan hendaklah engkau niatkan memberi
salam kepada orang-orang yang ada di kanan dan kiri daripada segala malaikat
dan manusia.
Dan apa yang telah disebutkan ini ialah cara sembahyangdengan sendirian {dan akan disebutkan cara sembahyang beijamaah pada fasal akan datang) dan yang paling penting diberiperhatian di dalam sembahyang ini ialah khusyu' atau hadir hatibersama dengan bacaan dan zikir. Di dalam hal ini Imam Hassan Basri R. A. pernah berkata :
Ertinya: "Setiap sembahyang yang tidak hadir had padanya maka
sembahyang itu lebih dekat kepada seksaan {daripada rahmat}."
Dan Rasulullah S. A. W. bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya seorang hamba itu mengerjakan sembahyang pada hal tidak dituliskan ganjaran sembahyangnya itumelainkan hanya seper-enamnya, atau seper-sepuluhnya sahaja. Dan hanya sanya ditulis ganjaran sembahyang seorang itu mengikut banyak mana yang dia khusyu' di dalamnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan