Catatan Popular

Jumaat, 30 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 14 : ADAB-ADAB PUASA

 AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Tidak sepatutnya kalau engkau hanya puasa pada bulanRamadhan sahaja maka bermakna engkau telah meninggalkanmerebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidakmengambil peluang untuk merebut daijat yang tinggi dalamsyurga Firdaus. Nanti engkau akan menyesal apabila engkaumelihat pahala orang yang banyak puasa sunat seperti hanyaengkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip.

Mereka jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada daijat yang tinggi sekali. 

Di sepanjang tahun ada hari-hari yang mempunyai kelebihanyang telah disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W. danmempunyai ganjaran yang sangat besar bagi orang yangberpuasa pada hari-hari tersebut Hari-hari itu ialah:

1- Hari Arafah (9 Zulhijjah) sunat puasa bagi orangyang tidak mengeijakan haji.

2- Hari Asyura (10 Muharram) {dan juga sunat puasapada hari tasu'a (9 Muharram)}

3- Sepuluh hari yang pertama daripada bulanZulhijjah

4- Sepuluh hari yang pertama daripada bulanMuharram

5- Bulan Rejab

6- Bulan Sya’aban

7- Bulan-bulan haram, iaitu ada empat. Tiga bulanberturut-turut iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah danMuharram, dan satu bulan yang tunggal iaitu bulan Rejab.

Di dalam sebulan pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan beipuasa, iaitu :

1- Awal bulan

2- Tengah bulan

3- Akhir bulan

4- Hari-hari bidh (putih) iaitulah hari tiga belas, empatbelas dan lima belas.

Di dalam seminggu pula ada hari-hari yang mempunyaikelebihan berpuasa iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

Maka puasa pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah mengkifaratkan dosa seminggu dan puasa pada permulaanbulan, pertengahan bulan, akhir bulan dan hari-hari putih adalah menghapuskan dosa sebulan dan dosa setahun pula dihapuskan dengan puasa pada hari-hari yang telah kita sebutkan dalam pusingan tahunan.

Dan janganlah engkau mengganggap bahawa puasa ituhanya meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja tetapipuasa adalah lebih luas daripada itu. Dalam hal ini RasulullahS. A. W. pernah bersabda:

Ertinya : Berapa banyak orang yang puasa, yang ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga.(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad pada musnad 2/373)

Maka kesempurnaan puasa itu bahawa engkau menjagaseluruh anggotamu daripada membuat sesuatu yang dibenci oleh Allah S.W.T. maka engkau mesti menjaga mata daripada melihat perkara-perkara yang yang diharamkan dan mesti menjaga lidah daripada bercakap dengan perkara yang tidak berfaedah dan menjaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang diharamkan kerana orang yang mendengar (orang yang mengumpat) adalah sama dosanya dengan orang yang mengumpat itu dan orang yang mendengar dikira sama hukumnya dengan orang yang mengumpat (kalau dia tidakmengingkari umpatannya itu).

Begitu pula hendaklah engkau menjaga seluruh anggotamuseperti engkau menjaga perut dan kemaluanmu. Dalam hal iniRasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya : Lima perkara yang membatalkan (pahala) puasa, iaitu berbohong, mengumpat, membuat fitnah, melihat {perempuan yang bukan mahram} dengan syahwat dan sumpah palsu.

(Hadis riwayat ad Dilami dalam musnad Firdaus)

 

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda: 

Ertinya : "Hanyasanya puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu puasa maka jangan ia bercakap yang tidak baik {seperti bercakap perkara-perkara yang lucah) dan jangan ia membuat maksiat dan jangan bertindak seperti orang jahil. Oleh kerana itu apabila ada orang lain yang cuba memusuhinya atau memakinya maka hendaklah ia berkata {di dalam hatinya kalau ia puasa sunat, di hati dan mulut kalau dia puasa wajib} : Bahawasanya aku ini berpuasa.”(Hadis riwayat Bukhari)

Ketika berbuka puasa, hendaklah engkau berusaha supayasemua makanan yang engkau makan itu halal. Dan janganengkau memperbanyakkan makan dengan memakan yang lebihdari kebiasaan yang engkau makan pada waktu malam.

Apabila engkau menghimpunkan makanan siang kepada malam untuk engkau makan sekaligus ketika berbuka puasa maka ituhanyalah memindahkan waktu makan sahaja maka tidak adamakna bagi puasamu. Sedangkan yang dimaksudkan daripadapuasa itu ialah memecahkan syahwatmu dan melemahkan kekuatannya supaya engkau dapat lebih berpeluang untuk menambah ketaqwaan tetapi apabila engkau hanya menghimpunkan makan siang kepada makan malam maka apakah maknanya puasamu bahkan perutmu (di waktu malam) akan lebih berat lagi, sedangkan tidak ada sebarang bekas (tempat) yang lebih dimurkai di sisi Allah yang lebih daripada perut yang dipenuhkan dengan makanan yang halal, Maka betapa pula halnya kalau perutmu itu dipenuhi dengan makanan yang haram.

Apabila engkau sudah faham makna puasa ini maka perbanyaklah olehmu daripadanya mengikut kemampuanmu kerana puasa itu adalah asas (yang memudahkan) segala ibadat yang lain dan kunci kepada segala ketaatan. Oleh kerana itu Rasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya : "Allah berfirman (di dalam hadis qudsi) bahawa setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali sehingga sampai tujuh ratus kali ganda (mengikut keikhlasan dan keindahan amalan tersebut) kecuali puasa maka puasa itu untukKu dan Akulah yang akan langsung membalasnya (dengan balasan sangat banyak yang tidak terbilang banyaknya)."

Dan lagi sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya: "Demi Allah yang diriku di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya bau mulut orang yang puasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Allah berfirman: Hambaku rela meninggalkan syahwatnya, makanan dan minuman kerana semata-mata mencari keredhaanKu maka puasanya adalah untukKu dan Aku lah yang akan terus membalasnya."

Dan lagi sabda Rasulullah S.A.W.: 

Ertinya: "Di dalam syurga itu ada satu pintu yang bernama “ArRayyan" di mana pintu itu tidak dapat dimasuki kecuali oleh orang yang berpuasa sahaja." 

Maka cukupkanlah bagimu- wahai thalib (penuntut) sampai di sini huraian bermacam-macan jenis ketaatan, yangmerupakan panduan bagi permulaan engkau menjalani akanjalan hidayah. Apabila engkau berhajat kepada keterangan tentang cara mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji atau engkau berhajat kepada keterangan yang lebih luas lagi berkenaan dengan sembahyang, puasa dan lain-lain maka hendaklah engkau rujuk kepada apa yang telah kami sebutkan di dalam kitab Ihya Ulumiddin.

 

Tiada ulasan: