AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
Pertama : Sebaik-baiknya bagi seseorang Imam itu bahawaia meringkaskan sembahyangnya. Dalam hal ini Anas bin MalikR.A. berkata : "Aku tidak pernah bersembahyang di belakangseseorang yang lebih ringkas sembahyangnya tetapi lebih sempurna selain dari Rasulullah S-A.W.
Kedua : Janganlah Imam memulakan dengan takbiratulIhram sebelum muazzin selesai daripada iqamatnya dan sebelum saf dibetulkan.
Ketiga : Imam hendaklah mengangkat suaranya dengantakbir dan makmum pula jangan mengangkat suaranya kecualisekadar untuk mendengarkannya kepada dirinya sendiri.
Keempat: Imam hendaklah berniat menjadi Imam supaya iamendapat pahala beijamaah. Jikalau Imam tidak berniat menjadi Imam dan makmum di belakang berniat mengikut Imam maka sah sembahyang sekalian makmum dan mereka mendapatpahala beijamaah {dan sah juga sembahyang Imam tetapi iatidak mendapat pahala beijamaah)
Kelima : Imam hendaklah merendahkan suaranya ketikamembaca doa iftitah dan seperti halnya orang yang sembahyang sendirian dan hendaklah Imam meninggikan suaranya ketika membaca surah al Fatihah dan surah yang selepasnya pada sembahyang Subuh dan dua rakaat yang permulaan daripada sembahyang Maghrib dan Isyak. Dan begitulah pula orang yang sembahyang sendirian.
Dan hendaklah Imam meninggikan suaranya dengan perkataan"Amin” pada mana-mana rakaat yang dituntutkan meninggikansuaranya dalam bacaan dan hendaklah makmum menyertaiImamnya meninggikan suara dalam bacaan "Amin” dengan tidak terkemudian daripadanya.
Keenam : Hendaklah Imam berdiam sekejap selepas membaca surah Al Fatihah untuk dapat mengambil nafasnya dengansempurna dan hendaklah makmun mengambil peluang masaberdiam Imam ini untuk membaca surah al Fatihah , makadengan demikian makmum akan dapat sepenuhnya mendengarkan bacaan Imam, dan makmum jangan membaca surah kecuali bila ia tidak mendengar bacaan Imamnya.
Ketujuh : Hendaklah Imam jangan membaca tasbih ruku'dan tasbih sujud lebih dari tiga kali dan jangan lebih ketikamembaca tasyahhud awal daripada perkataan:
Kelapan : Hendaklah Imam jangan membaca selain daripadasurah al Fatihah pada dua rakaat yang terakhir pada sembahyang yang tiga rakaat atau empat rakaat dan janganlah ia suka memanjangkan bacaan seperti memanjangkan doa di dalam tasyahhud akhir selepas ia membaca tasyahhud yang wajib dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Kesembilan : Hendaklah Imam berniat ketika memberi .salam itu akan mengucapkan salam kepada ahli jamaah dan ahli jamaah pula berniat dengan salam mereka itu menjawab akan salam Imam.
Kesepuluh: Hendaklah Imam duduk sekejap selepas selesaidaripada salamnya dan hendaklah dia menghadap kepada para makmum dengan mukanya dan jangan ia menoleh {ke kiri atau ke kanan}. Dan jika ada jemaah perempuan di kalanganmakmum itu maka hendaklah mereka bangkit lebih awal. Danjanganlah ada di kalangan para makmum (laki-laki) itu orangyang bangkit meninggalkan tempat duduknya, sebelum Imambangkit daripada tempat duduknya. Dan hendaklah Imambangkit daripada tempat duduknya menuju ke sebelah kananatau kiri tetapi menuju kesebelah kanan itu adalah yang terlebih afdal.
Kesebelas : Janganlah Imam mengkhususkan dirinya ketikamembaca qunut dalam sembahyang Subuh maka hendaklah dia berdoa dengan lafaz:
Ertinya : Ya Allah! Tunjukilah akan kami bersama orang yangtelah Engkau tunjuki dan afiatkanlah kami bersama orangyang telah Engkau cfiatkan dan pimpinlah kami bersama orangyang telah Engkau pimpin dan berkahlah bagi kami pada segala sesuatu yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah kami daripada kejahatan apa-apa yang telah Engkau putuskan.
Dan hendaklah Imam meninggikan suaranya dengan qunutdan para makmum hendaklah mengaminkannya di belakang dan janganlah mereka mengangkat tangan ketika berqunut kerana perkara itu tidak stabit daripada perbuatan Rasulullah S.A.W. Kemudian para makmum hendaklah meneruskan bacaan sendiri sendiri lafaz qunut hingga ke akhirnya. Iaitu;
Kedua belas : Janganlah makmum berdiri sendirian {di-belakang saf} tetapi hendaklah ia masuk kedalam saf atau iamenarik seorang makmum yang ada di hadapan {untuk bersamadengannya di saf yang baru}
Ketiga belas : Janganlah makmum itu mendahului Imamnyapada perbuatan atau menyamainya, bahkan hendaklah ia terkemudian daripada Imamnya maka janganlah makmum ruku' sebelum Imam sampai kepada had ruku' dan jangan makmum turun sujud sebelum dahi Imam tercacak di atas lantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan