AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
Apabila matahari telah terbit sekadar satu galah maka sembahyanglah engkau dua rakaat, engkau lakukan sembahyang ini selepas habis waktu yang dimakruhkan sembahyang, iaitu masa yang antara selepas sembahyang subuh sampai naik matahari sekadar satu galah.
Apabila matahari telah naik sampai ke waktu dhuha iaituapabila telah berlalu lebih kurang satu perempat siang makahendaklah engkau mengerjakan sembahyang sunat dhuha {duarakaat) atau empat, atau enam, atau lapan rakaat. Engkau buatsembahyang ini dua rakaat, dua rakaat {dua rakaat sekali salam) seperti apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W.
dan sebenarnya sembahyang ini sangat baik dan sangat besar pahalanya
oleh itu terserahlah kepada seseorang apakah dia hendak mempertanyakannya atau
mengurangkannya.
Dan tidak ada di antara masa terbit matahari sampai masatergelincirnya kecuali hanya sembahyang ini sahaja {sembahyang sunat Isyraq dan sembahyang sunat Dhuha ) maka waktumu yang selebihnya hendaklah engkau isikan dengan salah satu di antara empat perkara di bawah ini.
Pertama : Yang terlebih afdal bahawa engkau habiskanwaktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat bukan ilmuyang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini yangmereka menamakannya ilmu manfaat (pada hal ia bukan ilmuyang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yangmenambah takut dirimu kepada Allah dan menambah penglihatanmu terhadap aib dirimu dan menambah makrifatmu dalamengkau beribadat akan Tuhan dan menyedikitkan kegemaranmuterhadap negeri dunia dan menambah kegemaranmu terhadapnegeri akhirat dan membukakan pintu hatimu untuk mengenalibermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia mengoda ulama Su’ dan berjaya menjadikan mereka sebagaisasaran kemurkaan Allah dan kemarahanNya, kerana merekatelah membeli dunia dengan agama dan menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk mengambil harta sultan,memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Di sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan di hatimanusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan mempelihatkan kefasihanlidah mereka dalam berbahas dan berbincang.
Semua ilmu yang bermanfaat itu telah kami sebutkan didalam kitab Ihya Ulumiddin maka jika engkau tergolong daripada ahlinya maka hasilkanlah olehmu akan dia dan amalkandengan isi dan kandungannya. Kemudian setelah itu engkauajarkan pula kepada orang lain dan engkau ajak mereka untukmenuntutnya maka sesiapa yang mencari ilmu yang bermanfaatlalu ia mengamalkan dengannya kemudian ia mengajak oranglain untuk mencari ilmu tersebut maka orang itu akan dipanggil'Azim (orang yang besar) di alam Malakut seperti apa yang telah diperkatakan oleh Nabi Isa A.S.
Apabila engkau selesai daripada mencari ilmu yang bermanfaat dan selesai daripada memperbaiki dirimu pada zahir danbatin dan masih lagi ada baki daripada waktumu maka tidakmengapa waktu yang baki itu engkau gunakan untuk menuntutilmu mazhab {Ilmu Masail Khilafiah) supaya engkau juga mengenali cabang-cabang ilmu fekah dan permasalahannya yangjuga terkadang timbul di waktu engkau berbuat ibadat dan supaya engkau mengetahui jalan tengah di antara segala permasalahan yang diperselisihkan oleh orang ramai ketika mereka sedang dikuasai oleh hawa nafsu di dalam pertengkaran mereka.
Ini pun dengan syarat adanya kelapangan masa selepas engkau menuntut ilmu yang fardhu kifayah. Tetapi jika nafsumu selalu mendorongmu meninggalkan membaca wirid dan zikir yang telah kami sebutkan dan merasa berat untuk melaksanakannya {dan ia sangat cenderung untuk menghabiskan masa menuntut ilmu Masail Khilafiah tadi) maka ketahuilah bahawa sebenarnya syaitan telah berjaya mempermainkan engkau dan ia telafi berjaya menanamkan suatu penyakit yang sangat berbahaya di dalam hatimu iaitulah cinta pangkat dan hartabenda. Oleh itu hendaklah engkau berhati-hati supaya engkau tidak tertipu dengan godaan syaitan lalu nantinya engkau akan menjadi alat tertawan syaitan maka ia membinasakan akan dikau dan akan mengolok-olok engkau.
Apabila engkau telah mencuba mengamalkan wirid-wiriddan ibadat {yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akandirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasamalas melaksanakannya, bahkan nampak pada dirimu minatyang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmu yangbermanfaat dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdal daripada ibadat-ibadat sunat.
Dan yang paling penting hendaklah engkau memastikankeikhlasan niatmu {kerana niatlah yang menentukan nilaiamalan-mu}. Dan apabila niatmu tidak ikhlas maka di sinilahtempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan di sini pulatempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.
Kedua : Bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmuyang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat sepertiberzikir, membaca Al Quran, bertasbih dan sembahyang makaini adalah daijat orang yang Abid dan cara hidup orang yangsoleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalamkumpulan orang yang beruntung.
Ketiga : Bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yangdapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dandapatmenggembirakan hati orang-orang yang beriman atau engkaumenolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka sepertiberkhidmat kepada para ulama dan ahli Sufi dan ahh-ahh agama dan berulang alik di dalam menunaikan hajat-hajat mereka atau berusaha untuk’memberi makanan kepada fakir dan miskin atau menziarahi orang sakit atau menghantar jenazah, maka semuanya ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja kerana amalan yang seperti ini, selain sebagai satu ibadat, juga ia merupakan pertolongan kepada orang yang lain.
Keempat : Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satudaripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan maka dengan itu engkau akan dapat mencapai daijat Ash-habul Yamin sekiranya engkau tidak dapat mencapai daijat As Sabiqin.
Maka empat perkara inilah segala daijat di dalam agamamu.Selain daripada empat darjat ini hanyalah tempat permainansyaitan iaitu bahawa engkau mengeijakan sesuatu yang dapatmeruntuhkan agamamu - Wal Iyazubillah -, atau menyakitihamba daripada hamba-hamba Allah maka ini adalah perbuatan golongan yang binasa dan hendaklah engkau menghindarkan diri daripada mereka.
Dan ketahuilah bahawasanya seorang hamba itu dipandangdari sudut agama terbahagi kepada tiga daijat:
Pertama : “ Salim" ertinya orang yang selamat iaitu orangyang hanya menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat.
Kedua : “ Rabih ” Ertinya : orang yang beruntung iaituorang yang menunaikan yang fardhu dan meninggalkan maksiat dan menambah pula dengan membuat bermacam-macam ketaatan yang sunat.
Ketiga : “ Khasir" Ertinya : orang yang rugi iaitu orangyang taksir atau cuai daripada membuat sesuatuyang fardhu.
Maka jikalau engkau tidak dapat menjadi orang yang“rabih” maka berusahalah supaya menjadi orang yang “ salim"dan janganlah sekali-kali menjadi orang yang “khasir
Dan seorang hamba itu dipandang dari sudut pergaulandengan orang lain terbahagi kepada tiga daijat pula.
Pertama : Laksana Malaikat yang mulia yang suka berbuat baik kepada orang lain iaitu seseorang yang berusaha menunaikan hajat orang lain dengan cara yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dan senti asa melakukan perkarayang dapat menggembirakan hati mereka.
Kedua : Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yang tidak memberi kebaikan kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.
Ketiga : Laksana kala jengking, ular dah binatang buasiaitu seseorang yang tidak diharapkan kebaikannya dan dijauhi kejahatannya.
Oleh kerana itu, apabila engkau tidak mampu mencapai ketinggian daijat Malaikat maka janganlah engkau menjadi lebihrendah daripada daijat binatang dan benda-benda yang kerasiaitu turun kepada daijat kala jengking, ular dan binatang buasyang suka menyakitkan orang lain. Jadi jikalau engkau redhabagi dirimu untuk berada di bawah daripada darjat “A 'laIlliyyin" (daijat yang paling tinggi daripada segala yang tinggi)maka janganlah engkau redha bagi dirimu dengan daijat “Asfala safilin ” (Daijat yang lebih rendah daripada segala yang rendah) dan jikalau engkau tidak mampu membuat perkara yang dapat me-nguntungkan, maka janganlah engkau membuat perkara yang merugikan.
Di sepanjang hari janganlah engkau melakukan sesuatu kecuali perkara yang dapat memberi manfaat bagi akhiratmu atau sekurang-kurangnya melakukan perkara yang bermanfaat bagi kehidupanmu di dunia ini yang engkau tidak dapat lari daripadanya dan engkau berhajat kepada menggunakan manfaat dunia ini untuk mencari pahala akhirat.
Apabila engkau tidak mampu melaksanakan kewajipanmuterhadap agamamu ketika engkau bergaul dengan manusia atau engkau tidak selamat daripada membuat maksiat maka hendaklah engkau beruzlah (iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai) dan itu adalah yang terlebih baik bagimu, maka di situlah letaknya keselamatanmu. Dan apabila was-was selalu datang menarik hatimu untuk membuat perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah ketika engkau beruzlah maka hendaklah engkau tidur dan inilah sebaik-baik keadaanmu kerana sudah menjadi pegangan kita di dalam kehidupan ini, apabila kita tidak mampu mendapatkan keuntungan dan kemenangan maka biarlah kita redha dengan lari dalam mencari keselamatan. Maka alangkah hinanya orang yang dapat menyelamatkan agamanya dengan menganggutkan dirinya kerana tidur adalah saudara mati yang bermakna pengangguran hidup dan mencontohi benda- benda yang jamid (yang tidak bergerak).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan