AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
Ketahuilah olehmu bahawa perintah Allah itu ada yangfardhu (wajib) dan ada yang sunnat. Yang fardhu ialah modaliaitu asas perniagaan. Dan dengan modal ini kita akan selamat,sedangkan yang sunnat itu ialah keuntungan dan dengan keuntungan itu kita akan mendapat beberapa darjat kelebihan.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
Ertinya : "Allah Taala telah berfirman (di dalam hadis qudsi)
tidak ada suatu cara yang lebih sesuai untuk hambaKu mengham-
pirkan dirinya kepadaKu dengan seumpama mereka melakukan iba¬ dat yang
Akufardukan ke atas mereka. Dan sentiasa seorang ham¬ ba menghampirkan diri
kepada Aku dengan menambah amalan yang sunat-sunat (setelah mereka melakukan
yangfardhu-fardhu) sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah
mencintainya maka Aku¬
lah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan Akulah penglihatan
yang ia melihat dengannya dan Akulah lidahnya yang ia bencakap dengannya dan
Akulah tangannya yang ia menyentuh dengannya dan Akulah kakinya yang ia
berjalan dengannya.”
(Hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah)
Dan engkau, wahai penuntut - tidak dapat melaksanakansegala perintah Allah Taala kecuali dengan menguasai hati danseluruh anggotamu pada sekalian masa dan nafasmu, bermuladari pagi sampai ke petang.
Dan ketahuilah bahawa Allah Taala itu mengetahui segala
yang ada di dalam hatimu dan Dia menilik segala yang ada pada
zahir dan batinmu. Dan Dia mengetahui segala masamu, lintasan hatimu dan segala
langkah-langkahmu dan segala diammu dan gerakmu. Dan sama ada engkau bergaul
dengan orang ramai atau engkau duduk bersendirian, sebenarnya engkau sentiasa
di dalam perhatian Tuhanmu. Maka tidak diam sesuatu yang diam di alam “Mulk”
(alam yang nampak oleh manusia) dan alam “Malakut” (alam yang tidak nampak oleh
manusia) dan tidak bergerak segala bergerak kecuali Tuhan yang menguasai
sekalian langit dan bumi itu melihat dan megetahuinya seperti firmanNya:
Ertinya : "Dia (Allah) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati."(Surah Al Mukmin, ayat 19)
Dan FirmanNya lagi:
Maka jagalah adab-adabmu di hadapan Tuhanmu, baik zahir ataupun batin seperti beradabnya seseorang hamba yang hina
yang banyak membuat kesalahan di hadapan seorang raja yang gagah perkasa. Dan bersungguh-sungguhlah engkau menjalani adab sehingga Tuhanmu tidak melihat engkau di tempat yang dia larang dan jangan sampai engkau tidak ada di tempat yang dikehendakiNya kehadiranmu.
Dan engkau tidak akan mampu berbuat
demikian kecuali bila engkau atuikan masamu baik-baik dan engkau susunkan
wiridmu (bacaanmu) daripada waktu pagi hingga ke petang. Maka dengarlah
baik-baik, kerana aku akan menyebutkan segala yang disuruh oleh Tuhanmu bermula
dari engkau bangun tidur (di waktu pagi) sampai kepada engkau kembali semula ke
tempat tidurmu pada hari yang berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan