Catatan Popular

Khamis, 28 Mac 2024

BAHAGIAN 5 WAHDATUL-WUJUD DALAM HURAIAN YANG SIHAT : 5.5) Analisa Huraian.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.


1. Yang melihat itu Nabi sendiri (perkara asing).

2. Yang kena lihat ialah Tuhan.

3. Tempat dilihat ibarat cermin (mazhar) ialah rupa seorang yang muda belia.


Ketiga-tiga perkara itu ialah benda-benda lain belaka. Yang pertama tubuh Nabi sendiri yang mana ia adalah makhluk kejadian Allah. Yang kedua Allah yaitu zat yang Wajibul-Wajib yang tiada serupa ia dengan suatu. Dan yang ketiga ialah tempat dilihat. Dan tempat dilihat itu ialah pada rupa seorang muda yang mana iapun makhluk kejadian Allah. Orang sufi menamakan rupa demikian sebagai mazhar ibarat cermin yang ia nampak Allah padanya. Bukan rupa itu Tuhan atau Tuhan itu rupa. Cuma rupa orang muda itu seolah-olah jadi cermin yang Nabi nampak Tuhan dengan mata hati padanya. Jadi pada ketika itu Nabi tumpukan mata kasarnya pada rupa orang itu dan mata hatinya ditumpukan pada Allah Taala sepenuhnya. Setelah itu iapun berucaplah dengan demikian bunyi:

Kerana hatinya telah dizuqqkan oleh pemandangan yang menjadi satu pada ketika itu. Pendek kata, jika dipandang dan dihurai Wahdatul-Wujud itu sebagai suatu falsafah maka akan bertemulah dia dengan berbagai fahaman karut dan sebaliknya jika ia dipandang dan dihurai sebagai
suatu adirasa atau zuqq hati seorang sufi nescaya amanlah dia dari fahaman kelabu, keliru dan karut-marut itu.


Penulis terpaksa menegaskan dengan demikian cara dan rupa adalah dari kerana rasa bertanggung-jawab dan dikhuatiri timbul kejejasan iman orang ramai manakala mereka membaca bahan-bahan huraian Wahdatul-Wujud atau sebagainya dan tersalah ambil pengertian. Bukan sedikit orang-orang kita di kampung-kampung dan juga di tempat-tempat lain tersalah ambil pengertian dalam hal ini, hingga menyebabkan mereka jadi murtad dan zindiq dalam ramai-ramai dan senyap-senyap dan timbul ilmu yang karut-karut dan sesat. Dengan hal demikian maka siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara itu? Penulis insaf dalam hal ini. Dan dengan huraian lanjut demikian kita berharap dan bermohon
kepada Allah moga-moga akan tamatlah riwayat hidup karut-marut yang ditimbul dari Wahdatul-Wujud.

Demikian keterangan Wahdatul-Wujud dalam huraian yang sihat.

Sekian Wabillahi Taufiq.

 

SELESAI

Selesai sudah saya menyemakkan buku ini jam 5.00 pagi, Rabu 27 Rabiul Thani (Akhir) 1398 bersamaan 5 hb April 1976 M.

Tiada ulasan: