Catatan Popular

Jumaat, 6 Mei 2011

AKHIRNYA….AHLI TASAWWUF, AHLI MAKRIFAT


Perselisihan terhadap perjalanan ahli ma'rifat, ahli tasawwuf dan Aulia' Allah telah berlaku sekian lama dikalangan Ummat Islam. Ada yang mencemuh, ada yang caci maki dan tidak kurang yang terang-terangan menentang.

Dikalangan mereka (yang menyanggah Ahli Ma'rifat atau Ahli Tasawwuf) ada yang mendapat petunjuk akhirnya, seperti Imam Ghazali, Imam Ahmad Ibnu Hanbal, Ibnu Ata'Illah dan lain-lainnya. Pada awalnya mereka meragui Toriqat Sufiyyah, Shaikh2 Sufiyyah dan Ilmu Ma'rifat ketuhanan. Mereka menganggap Ahli2 Sufi atau Ahli Ma'rifat ini adalah orang2 yang tiada ilmu dan cuma pandai menggunakan istilah2 yang sukar difahami.

Tetapi akhirnya mereka mengakui kebenaran Ahli Tasawwuf dan Ilmu Ma'rifat Ketuhanan. Bahkan mereka mengakui Shaikh2 Sufiyyah adalah sebaik2 manusia yang mewarisi Ilmu Nabi dan Toriqat Sufiyyah adalah jalan terbaik yang dikehendaki Allah Ta'ala.
 Seperti kata Imam Ghazali Radhiallahu 'Anh :

“Selama waktu berkhalwah itu, terbukalah bagiku rahsia yang terhitung banyaknya, tak mungkin di istiqsa (membahas jauh dan dalam). Yang aku katakan untuk mengambil manfaatnya ialah, aku benar-benar yakin, kaum Sufiyyah itulah yang sebenarnya telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Taala. Merekalah yang paling utama cara-cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinyA.
(Munqiz 'Aladh-dholal)

Sebelum mendapat petunjuk Allah Ta'ala untuk mengikuti Toriqat Sufiyyah, Imam Ghazali adalah diantara orang yang meragui ahli2 Tasawwuf dan Ahli2 Ma'rifat. Kata beliau :

"Aku pada permulaan urusanku(perjalanan ku kepada Allah) adalah merupakan orang yang mengingkarkan tentang istilah2/ ahwal bagi orang2 yang soleh dan juga maqam2 bagi golongan Arifin, sehinggalah aku bersahabat (berguru) dengan Shaikh aku yang bernama Shaikh Yusuf An-Nassaj. Guruku itu sentiasa menggesa aku untuk terus mujahadah sehingga aku dikurniakan oleh Allah akan berbagai kurnia kerohanian." (Al-Munqiz)

Setelah menjalani Toriqat Sufiyyah di bawah bimbingan Shaikh beliau sehingga dikurniakan Allah Ta'ala Ilmu Ma'rifat, Ilmu Hikmah dan Ilmu Kasyaf beliau mengakui, Ahli Tasawwuf atau Ahli Ma'rifat adalah sebaik-baik manusia yang mewarisi Ilmu Nabi dan jalan mereka adalah jalan terbaik bagi mendapat keredhaan Allah Ta'ala.
Imam Ahmad bin Hanbal Radhiallahu 'Anhu (yang mengijtihadkan Mazhab Hanbali) adalah seorang faqih yang terkenal. Beliau sangat mahir dalam Ilmu Fiqh dan menghafal beratus ribu hadis, tetapi beliau juga tidak menyukai Ahli-Ahli Tasawwuf pada awalnya. Salah seorang ahli Tasawwuf yang tidak disenanginya ialah As-Shaikhul Shabani Ar-Rai' yang terkenal dizaman itu. Pada sangkaan beliau Shaikhul Sabani adalah seorang yang jahil yang bercakap dengan menggunakan istilah-istilah tasawwuf yang sukar difahami yang direka-reka saja.

Suatu hari Imam Ahmad bertanya satu soalan yang sukar dijawab kepada Shaikh Sabani, disangkanya Shaikh Shabani tidak dapat menjawabnya. 

Soalannya;
"Seseorang telah meninggalkan satu solat Fardu daripada Fardhu solat Fardhu lima waktu. Tetapi orang tersebut tidak tahu solat apa yang ditinggalkannya; samada zohor, asar. maghrib, isya atau subuh. Bagaimana orang itu dapat menyelesaikan masalahnya.?"

Shaikh Sabani menjawab :

"Orang itu ghaflah (lalai), maka wajiblah ia mendidik dirinya supaya ghaflah nya hilang."

Mendengarkan jawapan ini Imam Ahmad jatuh pengsan. Selepas bangun dari pengsannya maka beliau segera memeluk Shaikh Sabani. Peristiwa ini telah memberi keinsafan tentang kebenaran dan ketinggian Ahli Tasawwuf.

Beliau seterusnya menuntut Ilmu Toriqat Sufiyyah dan Tasawwuf daripada As-Shaikh Abu Hamzah Al-Bghadadi. 

Kemudian nasihat beliau kepada anak beliau adalah berlainan dari sebelumnya :

"Wahai anakku wajiblah diatas engkau mendampingi Ahli-Ahli Tasawwuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."

(Risalah Qushairiyyah - Shaikh Abu Al-Qasim Al-Qushairi)

Tiada ulasan: