Kitab Risalah Tasawuf
KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL.
DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI
بسم الله الرحمن الرحيم
Matan: Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman.
Syarah MH
Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:-
عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: ” يا محمد أخبرني عن الإسلام “.فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ، يسأله ويصدقه ؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : صدقت .قال : فأخبرني عن الإحسان .قال : ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال : فأخبرني عن الساعة .قال : “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل “قال : فأخبرني عن أماراتها .قال : ” أن تلد الأم ربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان”ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :” يا عمر أتدري من السائل ؟”قلت : “الله ورسوله أعلم “.قال : فإنه جبريل ، اتاكم يعلمكم دينكم “رواه مسلم [ رقم 8 ].
Maksudnya:- Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, lantas ia berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu persuruh Allah, dan kamu mendirikan sembahyang, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa dibulan Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku tentanh iman. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal ihsan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya. Lelaki itu berkata lagi: Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan. Kemudian dia pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu? Aku menjawab: Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu. (Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith nombor 8 )
Tok guru kata, IMAN itu amalan dalam yakni hati. Kenapakah perkara akidah dipanggil sebagai amalan hati. Ianya adalah kerana termasuk dalam kategori TAKWA juga. MH rujuk kitab karangan Dr. Jahid Sidek bertajuk Syeikh Dalam Tareqah. Dr Jahid mengatakan bahawa salah satu daropada ciri-ciri orang TAKWA ialah benar IKTIKADnya. Jadi ia adalah amalan hati. Kita tak nampak dalam hati seseorang itu, tapi sesiapa yang betul akidahnya, bererti di sedang beramal batin. Oleh sebab itulah tok guru kata AMALAN HATI.
Matan: Dan adakalanya amalan anggota luar yakni mulut, mata, telinga kaki, tangan dan lain-lain. Maka dinamakan ia ISLAM.
Syarah MH
Ini tok guru maksudkan, amalan-amalan syariat yang boleh kita nampak orang buat seperti solat, baca quran, dengan menggunakan anggota-anggota kita. Digelar Islam sebab ia adalah untuk keselamatan kita. Anggota zahir juga dikira dalam syariat dari segi dosa dan pahalanya.
Matan: Dan adakalanya amalan hendak mengelokkan dan membersih dan menyuci akan anggota luar dan dalam, maka dinamakan IHSAN
Syarah MH
IHSAN ini adalah “gantinama” bagi iman dan islam. Bila kita sebut IHSAN, sebenarnya kita memperkatakan hal iman dan islam di peringkat yang lebih sempurna. IHSAN itu adalah TAUHID SYUHUDI.
IHSAN itu hendaklah ibadat seolah-seolah melihat Allah swt, jika kamu tak lihat Allah, Allah swt melihat kamu. Dari hadith Jibril ini sumber ilmu. Walaupun TIGA tapi macam-macam ilmu keluar dari kefahaman ketiga-tiga itu seperti ilmu usuluddin, feqah, tasauf, tafsir, hadis dan lain-lain. Hendaklah IBADAT. Disini melibatkan IMAN dan ISLAM yakni ilmu usuluddin dan Feqah. Sebab sah ibadat itu dengan adanya akidah yang betul dan ikut tatacara SYARIAT ISLAM.
SEOLAH-OLAH itu….. Adalah MUSYAHADAH.Ini melibatkan ilmu Tasauf. Seolah-olah lihat. Bila seseorang itu MUSYAHADAH ia merasakan dia telah melihat Allah swt. Padahal tidak, sebab tahqiqlah,dikatakan LIHAT. Basirah menangkap ZAUK ketuhanan, lantas dirasakan LIHAT.Sebab tahqiq. Macam mana RASA boleh dikatakan lebih jelas dari MATA LUAR melihat alam MULKI. Atau MATA DALAM melihat alam MALAKUT. Kedua-dua alam itu nampak dengan mata luar dan dalam TAPI Allah swt tak dapat dengan kedua-dua mata itu,TAPI hanya ZAUKI. Dan ZAUKI ini lebih tahqiq lagi dengan kedua-dua mata itu lihat objek. Bagaimana ya?
Matan: Makna iman itu, kepercayaan hati yakni akuan hati dengan apa-apa perkara ugama itu, membenarnya akan dia, terimanya akan dia, simpulnya akan dia, jazamnya akan dia, amalnya akan dia
Syarah MH
Apa-apa perkara ugama itu luas skopnya, bukan saja dari segi akidah, bahkan dari segi hukum-hakam, syariat dan lain-lain. Itulah dikatakan SIMPULAN IMAN. Iman bukan saja ucap dilidah tetapi hendaklah TASDIQ dihati dan amalkan. Maksud amal disini ialah setelah kita yaqin, kita kena amal apa-apa suruhan Allah swt. Bila kita dah yaqin adanya Malaikat kiraman-katibin yang mencatat amal baik dan jahat, kita kena jaga segala tuturkata, perbuatan dan lain-lain. Kita kena bertindak berdasarkan keimanan itu.
Matan: Makna Islam itu, ikutan anggota luar yakni junjung dan mengaku mulut dan mana-mana anggota luar dengan apa-apa perkara ugama itu dan terimanya akan dia dan amalnya akan dia dengan sarih.
Syarah MH
Mengaku mulut itu seperti mengucap dua kalimah syahadat. TERIMA – amal anggota luar seperti bacaan dalam solat dan gerakkan anggotanya. Mengaku saja tak jadi,kena terima dan amal.
Matan: Makna Ihsan itu, mengelokkan akan Iman dan Islam itu yakni menyuci akan keduanya dan menghias akan keduanya itu dengan membuang akan perkara-perkara yang ditegah kedua-duanya dan dengan memsempurnakan akan syarat-syarat dan rukun-rukun dan apa-apa disuruh kedua-duanya.
Syarah MH
Jika kita lihat tok guru tulis:
1. Sucikan apa yang ditegah kedua-dua nya
2. Hiaskan apa yang disuruh oleh kedua-duanyanya, syarat-syarat, rukun-rukun
Elok IMAN dan ISLAM. Atau TAHQIQ IMAN & HENING ISLAM. Bagi MH,IHSAN ialah IMAN dan ISLAM juga, yang diamal oleh HATI yang sempurna. IMAN -diamal oleh HATI. ISLAM – diamal oleh anggota zahir dengan perintah HATI. HATI itu RAJA. Jika RAJA itu sempurna, eloklah zahir. Hendak dapat kesempurnaan HATI itu kena BAIKI HATI. Bila hati sedah elok, eloklah IMAN dan ISLAM. Oleh itu, IHSAN itulah IMAN yang ELOK dan ISLAM yang elok.
IHSAN itu IMAN yang bertaraf IMAN Haqiqat dan HAQ. IHSAN itu ISLAM yang bertaraf tareqat dan haqiqat.
Matan: Bicara akan iman itu, ilmu Usuluddin. Keberhasilan itu bicara, beredar antara islam dan kufur dan bid’ah dan fasik yang jadi dari bid’ah itu.
Syarah MH
Apa itu IMAN kita kena jelas. Bolehkah ia bertambah dan berkurang? Kita kena pasti IMAN yang ada pada kita itu adalah yang sebenar. Dari Ahlussunah Waljamaah. Sebab Bab IMAN ini sendiri telah berpecah banyak puak. Qadariah pun percaya ada Allah swt TAPI pegangan mereka dari aspek usaha ikhtiar sudah berbeza.
Matan: Bicara akan islam itu, ilmu furu’ ad-din (feqah) kehasilan bicaranya beredar antara tujuh (7) perkara: Wajib, sunat, haram, makhruh, harus, sah dan batal. Empat daripadanya itu dapat pahala iaitu kerjakan yang wajib dan sunat; meninggalkan yang haram dan makhruh; dengan syarat ada NIAT pada sekaliannya itu. Dan satu darinya dapat dosa iaitu mengerjakan yang haram dengan syarat ada niat padanya. Dan dua daripadanya itu tidak ada pahala dan dosa iaitu mengerjakan yang harus dan meninggal akannya.
Syarah MH
Jika kita lihat pintu PAHALA lebih banyak dari DOSA. Lorong yang nak masuk pahala ada 4. Lorong nak dapar dosa hanya 2 yakni buat yang haram dan tinggalkan yang wajib. Jadi kita lihat ahli tareqat seperti tok guru sangat menekankan bab TAKWA ini. Bukanlah bila sebut saja ahli tareqat, asyik dok zikir saja, tidak buat kerja dan lain-lain. Tok guru kata tak jadi TASAUF jika tak ada USULUDIN dan FEQAH.
Matan: Bicara akan Ihsan itu, ilmu ihsanuddin (tasauf). Keberhasilan bicaranya itu beredar antara takhalli( تخلي ) dan tahalli ( تحلي ).
Syarah MH
Tok guru kata ihsan itu ilmu IHSANUDDIN atau tasauf. Ihsan ini diambil dari hadis Jibril yang menerangkan berkenaan IHSAN itu. Jibril berkata kpd Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam أخبرني عن الإحسان. Khabarkan kepadaku apa itu IHSAN. Nabi saw bersabda: ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك Maksudnya: IHSAN ITU, KAMU BERIBADAT KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT ALLAH, JIKA KAMU TAK MELIHAT ALLAH, ALLAH MELIHAT KAMU. Cuba kita perhati secara halusi akan maksud IHSAN itu. Banyak ilmu kita boleh dapat dari nya.
MH lihat begini:
1. Ibadatlah
2. Seolah-olah lihat
3. Kamu tak dapat lihat
4. Allah swt lihat kamu.
Apa yang tuan-tuan faham dari keempat-empat fakta itu?
Jawapan dari PERHALUSAN itu ada dalam kitab RISALAH TASAUF oleh Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal, Mengenal Diri & Wali Allah oleh Ustaz Mustafa al-Jiasi, Ramuan Tasauf oleh Ustaz Mustafa al-Jiasi ,Bidayatul Hidayah oleh Imam al-Ghazali ,Minhaj al-‘Abidin oleh Imam al-Ghazali, Siyarus Salikin oleh Syeikh Abdul Salamd al-Falimbani dan Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali.
Insyallah,akan kita pelajari.
Ibadat lah:-
Nak ibadat kena ada ilmu usuluddin. Jika tidak ibadat tak “JADI”. Nak ibadat kena ada ilmu Feqah. Jadi kena ada IMAN, kena ada ISLAM. Jika ada ilmu baru lah sah IBADAT. IBADAT adalah antara kita dengan Allah swt. Dua MAUJUD.
WUJUD kita ada 2:-
1. Jasad
2. Ruh
Jadi kena tahu alatan-alatan apa nak berhubung dengan Allah swt. Wujud Allah swt tak serupa wujud kita. Jadi macam mana nak berhubung.Oleh itu hubungan itulah melalui ibadah.
Matan: Makna takhalliah itu, menyuci akan zahir dan batin daripada tipa-tiap perkara yang menegah akan suluk dan wusul kepada ALLAH swt.
Syarah MH
Ilmu Tasauf bukan lah ilmu hanya sekadar tahu saja. Memang betullah, tasauf ada dua jenis:-
1. Tasauf ILMI
2. Tasauf Amali atau praktikal.
Tasauf ILMI, orang kafir pun reti bahkan lebih tahu dari kita seperti Nicholson, Martin Lings dan lain-lain. Baca kitab ,pindah-pindah kitab, pindah-pindah guru, itu semua bersifat ILMI. Yang penting ialah AMALI atau PRAKTIKAL. Ini yang susah, Imam al-Ghazali berkata dalam kitab Munqiz Minal Dhollal, ILMU ITU LEBIH MUDAH DARI AMAL. Jadi tok guru nak tekankan AMALAN. TASAUF AMALI melibatkan usaha-usaha TAKHALI.
Tok guru menekankan CUCI dulu baru HIAS. Jika tak cuci akan mengakibatkan perjalanan TERTEGAH, LAMBAT. Tak sampai langsung pun ada, lambat pun ada. Sebab apa tak SAMPAI langsung. Sebab apa lambat. Jadi kena cuci.
Matan: Mencuci akan zahir itu daripada tiap-tiap yang haram dan yang makhruh dan yang harus yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan menegah dan melambat akan suluk dan wusul kepda ALLAH swt.
Syarah MH
Disini Tok Guru ingin memberitahu kepada ahli tareqat bahawa bila sudah ambil wirid tareqat, jangan sangka, dengan wirid-wirid saja boleh berjaya dan WUSUL. TIDAK!!!! Jika tidak jaga anggota zahir seperti tangan, mata, kaki dan lain-lain dari maksiat, dari melakukan perkara-perkara haram, bukan lambat sampai TAPI tak sampai langsung, tertegah dari sampai.
Perkara haram lain seperti riba, judi, tenung nasib, mencuri, membunuh, minum arak, merogol dan lain-lain akan TERTEGAH dari SAMPAI. Oleh itu, ahli tareqat kena hindarkan dari melakukan perkara-perkara yang HARAM. Wiridlah banyak mana, zikirlah banyak mana jika yang haram masih lagi buat, jangan harap nak sampai makrifatullah dgn. SYUHUD. Begitu juga buat perkara makruh. Ini akan melambatkan perjalanan kerohanian walaupun tidak TERTEGAH. Buat yang harus yang sia-sia pun, boleh melambatkan WUSUL. Seperti duduk ditangga petang-petang sembang dengan keluarga. Itu harus. Tapi sia-sia. Boleh juga membuat perkara haram pulak seperti mengumpat dan melekehkan orang lain. Oleh itu ZAHIR kena dicucikan dari yang haram, makruh ini. Inilah digelar TAKHALLI ZAHIR. Jadi tidak timbul kata-kata mengatakan ahli tareqat, tasauf tak ikut syariat, tak ikut al-Quran dan as-Sunnah. Sebab jika tareqat yang muktabar, guru akan berpesan akan perkara ini. ekian,dari maksud MATAN itu.
Oleh itu CUCI zahir ini sangat penting. Jangan sangka bila kita dah amal wirid-wirid tareqat, boleh abaikan bab ini. Cuma, jika ada rahmat Allah swt, jika buat juga, disamping itu kita buat maksiat juga,akan di TEGUR. MH pernah pada suatu masa dulu, mula-mula ambil tareqat, pergilah gunting rambut kat UNISEX Salun.Perempuan seksi yang gunting. Berdebar darah MH. Malamnya ,MH mimpi murshid MH datang dengan garang sekali dan berkata “Hizam haram tu ..mengapa mu gi gunting dengan pompuan”. Lantas MH terus bertaubat dan barulah Sheikh peluk MH, katanya nak PERAH dosa disentuh perempuan ajnabi. Sambil berzikir kami dalam mimpi itu. Bila sedar MH sangat menyesal dan tak gunting-gunting lagi. Jika nak perempuan gunting pun ,MH suruh isteri gunting kan.
Sekian,dari maksud MATAN itu.
Matan: Mencuci akan batin itu daripada tiap-tiap iktiqad yang salah, dan daripada tiap-tiap mazmumah dan daripada ingat dan cita-cita dan angan-angan yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan tiada manafaat akan suluk dan wusul kepada Allah swt daripada aghyar yakni daripada barang yang lain daripada Allah swt yang didalam hati.
Syarah MH
Jadi bukan saja zahir kena cucikan tapi batin/hati juga kena sucikan barulah boleh berhias. Macam orang perempuan hendak pakai gincu bibir, kenalah basuh muka dulu. Perkara batiniah yang kena cuci, Tok Guru tekan:
1. IKTIKAD-IKTIKAD yang salah. Disinilah banyak yang kecundang sebab salah akidah. Mereka dah betul dah tapi sebenar membawa ke kekufuran. Didalam Siri 2 Risalah Tasauf ada Tok Guru senaraikan lebih 52 akidah kufur yang Tok Guru ketemui sekitar Pasir Puteh Kelantan saja. Sila rujuk kitab tersebut, sebab MH tahu ramai disini dah ada. Tapi senyap jer. Harap mereka. IKTIKAD ni saja ada 72 jenis pula yang terdiri dari Mujasimah, Qadariah, Jabariah, Rafidiah dan lain-lain. Golongan sufi-sufi pun ramai yang “pakai” iktikad salah spt puak-puak HULULIYAH danlain-lain
Insyallah, MH akan buka tajuk lain tentang SUFI-SUFI yang salah. IKTIKAD kena betul seperti iktikad AHLUSSUNAH WALJAMAAH. Jika iktikad tak betul, ini Tok Guru kata akan TERTEGAH dari SAMPAI/WUSUL. Bab IKTIKAD ini banyak yang orang salah pegangannya. Ada seorang kenalan MH, dia ahli Tareqat Ahmadiah juga, tapi IKTIKAD bagi MH adalah salah. Sebab dia iktikad Allah swt ini asalnya seperti BOLA besar. Kemudian berlaku BIG BANG!!!!!! … lantas yang pecah tu jadi langit,bumi arash dan lain-lain.
Masih lagi bicara akan TAKHALLI zahir dan batin.Sebenar syarah bagi iktikad saja akan masa panjang dan Tok Guru sudah syarahkan di Siri Kedua dalam RISALAH TASAUF ini. Begitu juga sifat-sifat mazmumah jika nak detail elok rujuk kepada kitab IHYA’ ULUMUDDIN oleh Imam al-Ghazali. Maksiat zahir dan maksiat batin akan MENEGAH daripada SAMPAI atau WUSUL kepada Allah swt. TAPI bagi MH, maksiat batin seperti riya’, ujub, sombong, dengki dan lain-lain itu ianya tidak terungkai dari hati hanya dengan membaca kitab IHYA” Ulumuddin. HATI yang suci dari sifat-sifat mazmumah atau tercela, dosa-dosa akan TERCUCIKAN dengan istighfar, taubat dan amalan-amalan yang soleh. HATI yang betul-betul suci ialah HATI yang disinari NURULLAH atau WARIDAH secara ISTIQAMAH. WARID “tidak pergi mari’, tapi menetap dihati. Jika masih lagi ‘GI MARI’ itu tanda hati tidak bersih lagi disisi ahli Tasauf. HATI yang suci bersih akan melimpah kepada zahir yang suci dari maksiat dan noda.
Begitu juga suci dari aghyar atau MASIWALLAH. Bukan dengan zikir Allah, Allah, Allah.. itu sudah dikatakan suci dari MASIWALLAH atau selain dari Allah swt.
Jadi SUCI adalah pokok utama dalam perjalanan kerohanian, suci dari hadas kechil, hadas besar, suci makanan, pakaian, tempat tinggal, suci dari dosa-dosa zahir, dari dosa-dosa batin, dari dosa ingat yang lain ,selain Allah swt. Yang penting sekali ialah suci dari IKTIKAD-IKTIKAD yang salah dan suci hati dari sifat-sifat mazmumah dan zahir kita dari dosa-dosa kerana buat yang haram. Jadi ahli tareqat tidak saja zikir, tapi kena buat usaha pencucian. Kebanyakan TAREQAT sesat ,tidak suci dari akidah. Banyak lagi iktikadkan Allah swt dan makhluk adalah sama, Nur Muhammad itu sifat Allah swt, Muhammad, Adam dan manusia lain-lain adalah sama SEMUA adalah sebahagian dari Nur Zat Allah swt. MH sendiri sudah banyak ketemu puak-puak tareqat yang iktikad sebegini. Pernah ambil tareqat dari guru yang SURUH IKTIKADKAN UMUR KITA ADALAH TUA SATU HARI DARI ALLAH SWT, masa kita solat, semasa rukuk itu, sebenarnya kita sedang cium pusat Nabi Adam as dan lain-lain. Ahlussunah waljamaah, Qadariah, Jabariah … sendiri sudah berlainan iktikadnya. Sama-sama ulama’, sama-sama solat berjamaah TAPI dalam hati siapa tahu? Apa yang diiktikadkannya. Oleh itu kita kena belajar ilmu tauhid yang betul. Sebab semua mereka kata IKTIKAD mereka yang betul. Jadi kena usahakan kita beriktikad yang sebenar. Barulah dapat sucikan hati yang batin.Tak guna jua, zikir tareqat ribu-ribu, tapi iktikad rosak.Lebih baik tidak zikir mana-mana tareqat TAPI iktikad benar!!!!!!!
Ada yang minta MH huraikan dgn. detil IKTIKAD2 yang salah dan kufur.Jadi MH ambil MATAN nya dari Risalah Tasauf siri KEDUA di Bismillah yang keenam.
Matan dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam: Segala perkara dan kufur yang didapati anakan dia pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya daripada mereka itu amat banyak. Setengah daripadanya itu disebut akan dia disin untuk jadi contoh dan dijaga akan dia supaya selamat ugama.
Pertama:
Nabi Muhammad itu zat tuhan. Misalnya seperti garam ialah air laut bukan lainnya berubah namanya itu kemudian daripada bekunya jua. Ini iktikad KUFUR
Syarah MH
Tok guru jumpa iktikad sebegini disekitar Pasir Puteh dan Bukit Yong, Trengganu. Bila berhadapan dengan Tok Guru, mereka tidak boleh susut (sembunyikan), tiba-tiba mereka akan keluarkan apa yang mereka iktikad. Pernah ada seorang yang suka main judi, tikam ekor, pergi jumpa Tok Guru Hj. Daud nak minta nombor ekor dengan Tok Guru. Bila berhadapan dengan Tok Guru jadi begini.
Tok guru : Ada apa hajat?
A : Emmm..nak belajar ugama.
Tok guru : Lagi?
A : Nak belajar tareqat.
Tok guru : Lagi?
A : Nak solat sekali dengan Tok Guru.
Tok guru : Lagi?
A : Nak itu, nak ini ..bla..bla..bla..
Tok guru :(dgn. nada kuat) LAGIIIIIIIIIIII?
A : Nak minta nombor ekor, Tok Guru…
Jadi tak boleh susut depan tok guru. Begitu juga Iktikad yang salah ini. ZAT Tuhan dan zat Muhammad dikatakan SAMA sejenis. Sebelum dijadikan Ruh Muhammad dinamakan Tuhan. Selepas terjadi, dikatakan Muhammad. Jadi inilah dikatakan Muhammad QADIM. Atau jika dipadang dipanggil orang mengkuang. Tapi diatas rumah dipanggil tikar. Benda sama. Tok Guru kata jika ada iktikad begini, Allah swt dan makhluk adalah sama, jadi kafir. Kena mengucap semula. Qadha semua solat dan lain-lain. Jadi jika ada iktikad begini, masih lagi kotor hati itu, dan ini akan melambatkan WUSUL atau mendapat MUSYAHADAH dengan Allah swt. Wahai sahabatku sekelian, AWAS jangan ikut jemaah tareqat atau lain-lain jika iktikad sebegini. Jangan tertipu dengan guru itu keramat, boleh kashaf, boleh baca hati/scan dan lain-lain. Itu semua TERPEDAYA.
Matan dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam:
Kedua:
Zat Tuhan itu Nafas Muhammad. Sifat Muhammad itu Nyawa kita. Ini iktikad KUFUR.
Ketiga:
Dirinya itu Tuhan, Muhammad dan Adam. Ini iktikad KUFUR.
Syarah MH
Iktikad-iktikad diatas itu, ramai orang iktikadkan begitu. Konon mereka dapat setelah baca kitab-kitab karangan ibnu Arabi. Oleh itu kita kena berhati-hati dan jangan dekat jika ada nak cerita atau mula nak bercerita kat kita.
MH rasa yang sudah ada RISALAH TASAUF itu boleh rujuk, berbagai-bagai iktikad salah. Kebanyakannya bab Ketuhanan. Kesimpulannya, nak pastikan iktikad terhadap tuhan itu tidak rosak, asasnya. … ALLAH swt itu BERSALAHAN dengan makhluk DAN jangan baca kitab IBNU ARABI, dan ambil faham tulisan zahirnya. Seperti yang MENYEMBAH DAN DISEMBAH ADALAH SAMA dan lain-lain kerana jika difaham secara zahir akan bercanggah dengan SYARIAT. Sebab itulah ulama’ Tasauf mengharamkan membaca kitab-kitab tasauf Ibnu Arabi tanpa guru yang murshid. Bila faham-faham sendiri atau guru bukan ahli yang beritahu, nanti tersalah iktikad dan akidah. Kitab Ibnu Arabi hanya untuk MUNTAHI saja, sebab mereka dikurniakan ilmu laduni dan mukashafah. MH akan meneruskan syarah…
Matan: Makna tahalliah itu, menghias akan zahir dan batin dengan tiap-tiap perkara yang menarik akan suluk dan wusul kepada Allah swt.
Syarah MH
Insyallah bab MENGHIASKAN pula. Selepas kita cuci, kita hiaslah pulak. Nak bedak, bergincu, mascara dan lain-lain.
Matan: Menghias akan zahir itu ialah, dengan tipa-tiap amal yang wajib, dan yang sunat dan wirid-wirid tareqat dan dengan usaha yang halal yang menolong akan suluk dan wusul kepada Allah swt dengan ketiadaan tamak akan dia dan ketiadaan melebihi dan ketiadaan meluput akan habuan akhirat dan ketiadaan mengalangi dan melambat akan suluk dan wusul kepada Allah swt.
Syarah MH
Jika kita lihat, Tok Guru masukkan empat (4) amalan utama. Ini digelar TAHALLI ZAHIR. Kita kena amalkan yang FARDU tidak dapat tidak seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, mengelaurkan zakat dan mengerjakan haji. Yang sunat termasuklah solat-solat sunat, puasa sunat, baca quran, zikir selepas solat, sedekah, iktikaf, ziarah orang mati dan sakit, qurban, akikah dan lain-lain. Wirid-wirid tareqat sebagai tambah dari amalan-amalan sunat. Ia amalan sunat jugak cuma wirid-wirid tareqat ini ada karan atau nur atau warid sebagai kenderaan bagi hati menuju Allah swt.
Kerja-kerja yang halal sekadarnya untuk keluarga, cari rezeki agar tidak ganggu tok mertua, ayah ibu dan lain-lain. Kena usaha kerana masih dimaqam ASBAB. Tak kerja tak leh makan, tak kerja tak dok pitih. Jangan susahkan orang lain, jangan minta-minta pada orang lain. Usaha kerjalah TAPI jangan sampai tak solat, tak ibadat. Meeting hari jumaat sampai tak gi solat Jemaat.
JADI KAT MANA ORANG KATA AHLI TAREQAT TAK IKUT QURAN DAN SUNNAH? Bukankah amalan-amalan yang MH sebut itu suruhan seperti dalam al-Quran dan hadith Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Matan: Menghiaskan akan batin itu dengan tiap-tiap sifat mahmudah dan dengan muraqabah akan Allah swt pada tiap-tiap amal ibadat dan pada tipa-tiap barang yang didapat akan dia dengan pancaindera supaya membawa kepada musyahadah akan Allah swt pula dan dengan ingat akan dia didalam tipa-tiap masa dan tiap-tiap hal senang dan susah.
Syarah MH
Cuba tuan-tuan dan adik-adikku sekelian lihat betapa telitinya Tok Guru Hj. Daud memecahkan huraian. Disini amal batin akan menghasilkan CINTA. Kuliah cinta ini agar kita berjaya mencapai apa yang Allah swt firmankan dalam al-Quran yang bermaksud lebih kurang. MH tak ingat dah surahnya, nanti MH rujuk semula. “SESUNGGOHNYA ORANG MUKMIN ITU TERSANGAT-SANGAT CINTA KEPADA ALLAH SWT”. Nah! mari kita masuk kuliah cinta ini, hebat lagi daripada cinta Erra Fazira kepada Yusri, cinta Zalikha kepada Nabi Yusof as. Abang zam akan sambong esok untuk kalian adik-adikku dijalan Allah swt.
Kita sudah lihat MATANnya. Ia terdiri dari SUCI dan HIAS. Ada zahir dan batin. HIAS batin dan suci batinlah yang paling susah. Ia tidak akan berhasil dengan membaca kitab-kitab tasauf sahaja. Ia adalah hasil dengan beramal wirid-wirid tareqat. Kaedah Muraqabah MH jelaskan esok.
Matan: Makna MURAQABAH akan allah swt pada tiap-tiap amal ibadat itu hadhir hati dan perhatinya dan mengintainya akan Allah swt, diselang-selangi dan dicelah-celah maana kalimah-kalimah amal ibadah itu dengan sungguh hati sedapat-dapatnya semacam kerja kuli dihadapan mandor.
Syarah MH
Maksud Tok Guru itu agar kita perhatikan maana bacaan yang kita baca dalam solat dan lain-lain itu. Lebih baik dihafal arti setiap kalimah dalam bacaan ibadat kita itu. Dengan tahu arti bacaan itu boleh kita tumpukan kpd kerja ibadat itu. Perhati dan tumpu pada bacaan, TOK GURU kata seperti seorang kuli kerja sunggoh-sunggoh apabila dihadapan seorang mandor. ATAU sunggoh-sunggoh perhati sebagaimana kucing perhatikan seekor tikus yang baru saja masuk lubang. Atau semasa kita mencari sebatang jarum yang terjatuh atas rumput. Itulah MURAQABAH AMAL. Walaupun itu masih lagi MURAQABAH SYARIAT, tak apa. Teruskan sebab kita tidak ada warid lagi. Jika sudah ada warid yang hasil dari amalan wirid-wirid tareqat masing-masing, barulah MURAQABAH AMAL itu meningkat kpd MURAQABAH TAREQAT.Sekian.
Daripada MATAN RISALAH itu dapat kita lihat ada TAKHALLI dan TAHALLI sahaja. Tidak ada di huraikan TAJALLI. Sebenarnya TAJALLI dihurai di Siri ke-4 dan lain-lain didalam risalah itu. Tugas kita hanya TAKHALLI dan TAHALLI. TAJALLI itu haq Allah swt nak kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tak semesti ada TAKHALLI dan TAHALLI dulu. TAPI sebab sunatullah kena ada SEBAB dan AKIBAT. Dan Allah swt tuntut kita ikut SUNNATULLAH. TAJALLI adalah Allah swt kurniakan. Kita hanya perlu tunggu saja. Teruskan ibadat. ARIFTU RABBI BIRABBI.. Aku kenal Tuhan dengan Tuhan juga …… TAKHALLI dan TAHALLI itu hanya usaha dan ikhtiar kita saja YANG tak boleh beri BEKAS. Sebab kita ini adalah orang TAKLIFI yakni diberati dengan hukum syariat. Jadi kena ikut perintah saja. Dalam Tareqat Ahmadiah, misalnya,ada amalan bacaan AHZAB KHAMSAH. Kata-kata dalam ahzab adalah banyak dalam bentuk MOHON TAJALLI. Dan ahzab itu adalah Nabi saw ajar terus kepada Sidi Ahmad Idris. Ini berarti … minta TAJALLI … dibolehkan.
Jadi:-
1. Tunggu saja untuk diTAJALLIkan.
2. Mohon agar diTAJALLIkan.
Tak salah kedua-duanya. Asalkan ada TAKHALLI dan TAHALLI dipehak kita. Ada TAKWA dan wirid-wirid zikir dipehak kita. Allah swt itu TIDAK BOSAN SEHINGGA KITA BOSAN. Begitu lah MH tutup matan ini. Insyallah ,esok kita sambong matan seterusnya.Yang mana-mana yang dah dapat kitab RISALAH TASAUF itu boleh rujuk siri ketiga.Insyallah.
Kesimpulan dari konsep takhalli dan tahalli
Jika kita lihat dalam konsep TAKHALLI dan TAHALLI ini ada unsur spt TAKWA dan wirid Tareqat.Ini bermakna sudah menyeluruh.
Ada dua Tareqat disitu.
1. Tareqat Umumi
2. Tareqat Khususi
TAKWA itu tareqat UMUMI yang merangkumi IMAN ISLAM IHSAN. Tareqat Naqshahbandi, Ahmadiah dan lain-lain itu tareqat KHUSUSI. Jadi kedua PELAKSANAAN itu masih lagi SYARIAT. Hasil dari gabungan dua tareqat itulah menatijahkan WARIDAH. Bila ada WARIDAH dihati barulah TERBINA JALAN untuk menuju HAQIQAT. Sebab HAQIQAT atau TAJALLI tidak akan dibukakan jika tidak melalui JALAN/TAREQAT.
Konsep TAKHALLI & TAHALLI zahir dan batin itu mesti ketimbang dengan MIZAN atau timbangan SYARIAT. Ada suruh, ada tegah, ada zikir, ada muraqabah, ada wirid-wirid tareqat dan lain-lain. Apa saja perkara-perkara ugama semua sudah termasuk dalam TAKHALLI dan TAHALLI itu. Jadi tidak ada sebab, nak kata TASAUF dan TAREQAT bukan dari ajaran Islam. Ia bukan penambahan dalam Islam. Teknik amalan TAKHALLI ini dan TAHALLI ini sudah merangkumi, semua. Jika lihat MATAN Risalah Tasauf Tok guru itu, jelas sudah merangkumi habis.
Takhalli Zahir
SUCIKan zahir dari yang HARAM & MAKRUH. Ini adalah unsur TAKWA. Jadi tak timbul, ada orang kata ahli tareqat, asyik dok zikir saja. Sucikan zahir dari perkara 2 haram, pancaindera, makan, minum, pakaian, rumahtangga dan lain-lain. ITU boleh MENEGAHKAN WUSUL. Maksud tok guru ialah tak akan dapat makrifat syuhud. Walaupun bijak dalam ilmu usuludin, ada PHD dalam Usuluddin dari Universiti al-Azhar, tapi jika masih lagi dok tengok tarian gelek di Sg. Nil, masih lagi mata dok tengok CD-Siti dan lain-lain, telinga masih dok dengar lagu BUNGA2 CINTA Misha Umar dan lain-lain, selagi itulah TERTEGAH untuk WUSUL.
TAKHALLI zahir ini sangat mustahak kerana dosa-dosa ,haram dianggota zahir, mata, telinga, riba, dan lain-lain akan MENEGAH daripada sampai makrifat secara TASAUF. Cuba tuan-tuan rujuk kitab PENAWAR HATI untuk tahu detail dosa-dosa di bahagian anggota zahir manusia. MELAMBATKAN wusul kerana buat banyak perkara-perkara makruh, harus yang sia-sia. Jadi mari kita sucikan zahir kita dari perkara-perkara haram, makruh dan harus yang sia-sia. Ini lah maksud Tok Guru dalam menerangkan tentang TAKHALLI zahir ini.Dan boleh tambah lagi lah sendiri-sendiri detailnya dalam senarai tuan-tuan.
Takhalli Batin
Tok guru kata apa, mula-mula sekali? Naam … SUCIKAN BATIN kita dari iktikad yang salah. Iktikad ni macam-macam. Orang Islam jugak TAPI macam iktikad bidaah. Selagi ada iktikad bidaah, iktikad HARAM akan TERTEGAH WUSUL. Bukan lambatkan bahkan tidak DAPAT langsung makrifat. SEBAB akidah ini yang betul hanyalah dari AHLUSUNNAH WALJAMAAH. 1 saja tok guru kata betul. 72 lagi salah. Dan masuk neraka. 72 lagi ,yang salah itu dipecahkan 6 puak secara kasar. Setiap puak ada 12. Jadi semua nya 72. Insyallah, akan MH detailkan bab ini. AKIDAH YANG betul dalam pandangan Tok Guru Hj. Daud Bukit Abal, yang alim dan bertaraf wali ini. Insyallah.
Masih lagi di TAKHALLI BATIN yang boleh MENEGAH dari pada WUSUL. Iktikad yang salah bukan saja MENEGAH bahkan boleh membuatkan masuk neraka. Bab iktikad ini pada peringkat awalnya adalah KASBI. KASBI atau usaha zahir ialah dengan belajar dari kitab-kitab usuluddin yang muktabar. Bab iktikad ini orang tak tau. Apa yang orang lain iktikadkan kita tak tau WALAUPUN sedang solat berjamaah bersebelahan. Entah-entah yang disebelah kita, iktikadkan perkara-perkara kufur. Kita tidak tahu. Dalam RISALAH TASAUF ini , disiri Kedua, ada diterangkan lebih dari 50 iktikad kufur, yang tok guru temui disekitar Pasir Puteh saja. Mereka juga solat, puasa, sedekah TAPI iktikad kufur. Ini lah yang kita takut. Jadi kita kena pastikan IKTIKAD kita adalah apa yang diiktikadkan oleh AHLUSUNNAH WALJAMAAH. Jadi kena belajar. Jika iktikad rosak, batin kita juga rosak. Sebab itulah dalam RISALAH TASAUF ini diselang-selikan dengan bab-bab iktikad ini selain dari matan Ilmu Tasauf. Tok Guru sendiri, sehinggalah beliau meninggal dunia, tak pernah ‘miss’ mengajar Ilmu Usuluddin ini. Oleh itu jangan kita terjebak dengan iktikad-iktikad yang salah dari iktikad-iktikad Jabariah, Qadariah, Mujasimah, Rafidiah/Syiah dan lain-lain.
Alam Lahut
Matan: (Tok Guru berkata): Dan alam lahut itu, alam ketuhanan, yakni alam makrifat dengan Tuhan, zauk akan Tuhan, bersedap-sedap dengan Tuhan, berkasih-kasih dengan Tuhan, bersunyi diri dengan Tuhan, Maha Suci dari tiap-tiap yang lain daripada Tuhan dan lain-lain lagi.
Syarah MH
Tok Guru nak cerita apa sebenar nya itu alam LAHUT. Orang akan segera ingat bila sebut alam seperti alam mulki dan malakut, ia adalah tempat. Bagi MH ia bukan tempat. Sebagaimana juga, misalnya ALAM PERCINTAAN … cuba royak mari ke abe .. mano alam percintaan itu?
Alam Lahut dan Jabarut kedua-duanya alam ketuhanan. Adakah kita masuk kealam itu? Mesti jelas disini. Inilah pengajian di Bukit Abal, perguruan dari tareqat Ahmad Idris, nak perjelaskan apa itu alam LAHUT. Tok Guru kata alam makrifat akan Tuhan yakni KENAL akan Tuhan. Nak kenal Tuhan ini Tok Guru kata ada dua cara sahaja:
1. kenal dengan DALIL & BURHAN
2. Kenal dengan SYUHUD.
Tuan Guru Dr Jahid Sidek kata:
1. kenal secara KASBI
2. kenal secara LADUNNI.
MH kata: kedua-duanya COMEL: DALIL mengambil bukti alam, sebagai nak yaqin ada ya Allah swt itu. SYUHUD nak ‘LIHAT” sendiri adanya Allah swt itu. KASBI – usaha,memikir. LADUNNI – diperlihatkan, dibawa melawat. Semuanya bagus, nak kenal Allah swt inilah MAKRIFAT akan Allah swt. MAKRIFAT dialam LAHUT lebih tahqiq dari makrifat dengan DALIL. Jadi maksud tok guru ialah, makrifat di alam lahut ialah makrifat SYUHUD bukan dengan DALIL.
Mengambil alam sebagai nak KENAL TUHAN pun boleh. MH bagi caranya begini. Misalnya, kita lihat OMBAK BESAR TSUNAMI. Itu adalah ALAM. Itu adalah BEKAS. Sebagaimana tapak kaki harimau merupakan bekas. Tentu ada pemberi bekasnya. Harimau itu sendiri pemberi bekas. Lihat bekas teringat kepada pemberi bekas. Lihat tapak kaki harimau, teringat kepada harimau, tentu ada berkeliaran. Bila lihat TSUNAMI .. ia ujud. Ada depan mata. Menggulung rumah-rumah dan kenderaan dan lain-lain. Itu adalah BEKAS. Kita akan ingat kpd QUDRAT Allah swt. QUDRAT adalah SIFAT dan ia berdiri pada ZAT Allah swt. QUDRAT tidak memberi bekas pada HAQIQAT nya. Tok Guru kata, jika bersyarikat dengan QUDRAT dan ZAT pada memberi bekas maka itu masih syirik lagi. QUDRAT tidak sepakat dengan ZAT untuk menggerakkan TSUNAMI. ZATlah yang memberi bekas. ZATlah yang menggerakkan. Bila kita lihat TSUNAMI .. disitu kita sudah yaqin wujudnya Allah swt, sebab ia adalah bekas dan pemberi bekas ialah Zat Allah swt. TAPI cara ini bukan lagi alam lahut. Sebab itulah … selepas lihat Tsunami kita masih lagi lupa kpd Allah swt dan berbuat maksiat. Masih buat endah tak endah saja kepada perentah Allah swt.
Alam Lahut adalah ZAUK dengan Tuhan. ZAUK ini adalah rasa, rasa macam mana? Adakah seperti rasa-rasa makanan didunia ini? Rasa-rasa ini adalah rasa-rasa dimartabat ketuhanan.Tidak serupa dengan rasa-rasa didunia ini. RASA takut, hebat, kebesaran Tuhan dan lain-lain. ZAUK-ZAUK ini masih makhluk lagi. Bukan sifat-sifat Tuhan berpindah kepada hati. Tapi dengan dapat tertangkapnya rasa-rasa itu, kita merasakan ‘melihat’ Allah swt. Basirah yang itulah yang terhijab lantas ia dipanggil BUTA.
Bersuka-suka dengan Tuhan hatinya, semasa mengalami zauk-zauk dialam lahut itu … tersangatlah gembira dan suka dgn. KEHADIRAN Allah swt itu berbagai-bagai “bentuk”.
Matan: Tiap-tiap perkataan perbuatan, perangai yang keluar sekeliannya itu daripada seorang yang duduk didalam alam lahut sebagai keluar dengan terkerasi, dengan ketiadaan terasa, dengan ketiadaan kesedaran, dengan ketiadaan sengaja, hal-hal yang diantanya dan Tuhannya, kesemua itu adakalanya tidak munasabah, tidak terima dan sebangsa, zahir hukumnya didalam Islam.
Kerana perkara-perkara itu, sebagai terjemah, hikayat, isyarat, gambaran, kelaksanaan akan perkara-perkara yang berlaku diantaranya dan antara Tuhannya didalam maqam alat lahut itu dari hal-hal ketuhanan samada dizahir seorang itu atau dibatinnya
Syarah MH
Alam Lahut ini ada bahayanya. Tapi alam lahut bahayanya bagi orang lain yang melihat TIDAK seperti alam Malakut. Alam malakut bahayanya bagi yang memasuki. Pasal apa bagi yang melihat?
1. Perangai pelik dan perkataan menyalahi syariat spt AKU ALLAH !!!
2. Kerana ia adalah hakikat
Ia macam ni.
A bercakap dengan B.
B kata AKU B.
A pun terlatah ..mengatakan .. Aku B. Itulah maksud terkerasi atau Syatah.
Apa-apa yang berlaku adalah Sisalik dengan Allah swt, semua itu dialam Lahut. Sisaliklah akan faham dan melihat dan lain-lain. Allah swt lah yang berkata kepada salik AKU Allah . Oleh sebab terlampau lazat, sedap, manis,indah dan lain-lain .. sisalik mengalami SYATAH, dan terkeluar dari mulutnya AKU Allah. Orang-orang lain yang tak tahu, tak mengaji, ahli syariat … akan kata … KAMU SYIRIK … sebab kata kamu itu Allah swt. Sedangkan ia tak syirik. Inilah bahaya bagi yang melihat, yang mendengar, yang tidak merujuk kepada ahlinya. Sebenar sisalik tidak syirik. Cuma zauk dialam lahut terlampau kuat, menyebabkan dia tersyatah. Dia tidak boleh dikira salah sebab … tidak ada aqal, tidak sedar kepada alam zahir, sebab saking hebat dan lazatnya tawajuh kepada Allah swt.
Berkata-kata Allah … itu adalah yang layak di maqam ketuhanan. Bagaimana? Walahu’alam. Tapi sesiapa yang masuk kealam lahut, ia akan faham begitu kerana alam lahut ialah alam antara sisalik dan Allah swt berdua-duaan. Apa-apa rahsia, apa-apa kashaf adalah antara sisalik dan Allah swt saja yang tahu. Dan sisalik di”buka’ faham. Berapa lama? Itu diatas kehendak Allah. Ada sekejap , ada lama, ada selama-lamanya(tak sedar).
Siapa yang dipilihnya? Ahli tasauf yang ahli atau guru murshidnya. Sisalik tidak tahu. Yang dia tahu Allah swt saja yang wujud. ATAU bila dia sedar kembali dari mabuk ketuhanan nya atau SOBER setelah Intoxicated, diberitahu baru dia tahu yang dia itu telah mengalami SYATAH.
Mestikah seseorang salik sebelum meningkat maqamnya perlu melalui zauk ini? Walahu’alam. Itu urusan Allah swt. Tentu sekali yang taat kepadanya, banyak mengingati, yang suci hatinya dan ada juga dikalangan orang-orang2 kafir seperti yang pernah berlaku dimasa Shaikh Abdul Qadir al-Jilani … ada seorang paderi kristian … tiba-tiba dimasukan kealam lahut … dan diberi pangkat WALI ABDAL. Dan Shaikh Abdul Qadir diperintah menjemput paderi itu ke majlis wali-wali. Mana boleh buat-buat sendiri. Allah swt lah yang menarik masuk kealam lahut. Naam … dari satu maqam ke satu maqam … tentu lah setelah mengalami zauk-zauk haqiqat ketuhanan.
Fana itu HASIL dari Zauk. FANA tu tak kabar … sebab zauk/sedap makan budu … tok tuo (mertua) lalu belakang pun tak sedar. Tak kabar – itulah fana. Sedap budu – itulah zauk.
Zauk terdiri daripada pelbagai rasa kah? Naam. Ada zauk ZAT, ada zauk sifat ,ada zauk asma’, ada zauk af’al. Tok Guru kata ada berjuta-juta rasa. Antara satu dengan yang lain tidak sama. Misalnya zauk qiam tidak serupa dengan zauk sujud. Zauk baca alhamdullilah hirabbil ‘alamin tidak serupa dengan zauk baca malikiyau middin. Dalam solat saja ada berjuta-juta zauk. Dan zauk itu tidak serupa dengan zauk makanan, buah-buahan, zauk bersetubuh dengan isteri dan lain-lain. Bahkan lebih lazat, sedap, manis … dan ia BANGSA KETUHANAN. Siapa rasa dia tahu. Begitu lah tok guru beritahu.
Ia bukan zauk semata-mata, tetapi diiringi dengan ilmu-ilmu laduni, sir-rahsia-rahsia ketuhanan dan alam, rahsia zikir dan lain-lain. Zauk yang menghasilkan ilmu. Ilmu haqiqat – laduni.
Matan: Sehingga disangka oleh yang mendengar atau yang melihat yang tiada biasa dengan perkara-perkara yang didalam alam lahut itu dengan sangkaan baik, jahat, fasiq, kufur, zindiq, keluar dari ugama. Dinama akan perkara-perkara yang zahir semacam itu dengan nama syatah (kelatahan) seperti yang keluar dari Hallaj dan seumpamanya hingga dibunuh orang akan dia
Syarah MH
Biasanya guru yang arif akan mengurung murid-murid yang mengalami SYATAH ini buat sementara waktu. Bagaimana pula jika guru yang syatah? Sebab pernah berlaku …. ada seorang anak murid, baru dapat anak.Pergilah sianak murid itu kepada gurunya, untuk minta berikan nama anaknya. Ketika itu gurunya sedang mabuk dalam alam lahut. ANAK MURID: Tok Guru, tolong berikan nama kepada anak saya ini. TOK GURU: ALLAH. Terpinga-pinga anak murid, boleh kan anak nya nama ALLAH!
Biasanya guru yang arif akan mengurung murid-murid yang mengalami SYATAH ini buat sementara waktu. Bagaimana pula jika guru yang syatah? Sebab pernah berlaku …. ada seorang anak murid, baru dapat anak.Pergilah sianak murid itu kepada gurunya, untuk minta berikan nama anaknya. Ketika itu gurunya sedang mabuk dalam alam lahut. ANAK MURID: Tok Guru, tolong berikan nama kepada anak saya ini. TOK GURU: ALLAH. Terpinga-pinga anak murid, boleh kan anak nya nama ALLAH!
MABUK Allah atau FANA ini pada peringkat permulaan saja. Jika tidak syatah terselamatlah dari fitnah atau sangkaan-sangkaaan.
Dari segi syariat, tiada hukum sebab tidak ada AQAL. Sebab zauk terlampau kuat, menyentap aqal berfikirnya. TAPI ada juga MH dengar, yang mengatakan ia dihukum sebab menceritakan tentang rahsia ketuhanan. Sheikh Junaid al-Baghdadi, meluluskan ia dihukum dari segi syariat. Shaikh Abdul Qadir Jailani pula mengatakan, jika Hallaj hidup zaman aku, aku akan tahan dia dari dihukum.
Ada juga riwayat dari ahli tasauf mengatakan..ketika Aisyah masuk ingin jumpa bertemu Nabi saw. Nabi saw sedang mabuk ketuhanan.
Nabi saw : Siapa kamu?
Aisyah : Ana. Aisyah.
Nabi saw : Siapa Aisyah?
Aisyah : Anak Abu bakar.
Nabi saw : Siapa Abu Bakar?
Aisyah : Mertua Muhammad.
Nabi saw : Siapa Muhammad?
Dari riwayat ini MH tidak berapa boleh terima KERANA Nabi saw adalah istimewa, baginda tidak akan mengalami FANA atau mabuk ketuhanan. Walahu’alam.
Matan: Maka sebenarnya, perkara-perkara yang seumpama itu, yang keluar dari seseorang yang didalam alam itu, ialah sebagai mengkhabar, menterjemahkan, menghikayatkan akan perkara-perkara yang berlaku antaranya dan antara Tuhannya, di dalam alam itu samada perkara iktikadnya sendiri atau bukannya.
Bandingannya ialah sebagaimana perkataan yang keluar daripada mulut orang sakit yang masuk hantu, disangka oleh setengah daripada orang yang mendengar ialah perkataan orang sakit itu, pada halnya, perkataan hantu yang diorang sakit itu, menumpang ia akan mulutnya pada mengkhabarkan kehendak-kehendaknya, kerana orang sakit kemudian dari takdok (tiada) hantu itu padanya, sedar ia, dan tak tahu ia akan apa-apa yang berlaku padanya daripada perkataan dan perbuatan dan perangai dan lain-lainnya. Kerana bangsa jin dan malaikat tidak boleh bercakap dengan cakapan manusia melainkan dengan menumpang akan mulut manusia atau berupa dengan rupa manusia atau masuk manusia itu kedalam alam jin iaitu alam malakut.
Bandingannya ialah sebagaimana perkataan yang keluar daripada mulut orang sakit yang masuk hantu, disangka oleh setengah daripada orang yang mendengar ialah perkataan orang sakit itu, pada halnya, perkataan hantu yang diorang sakit itu, menumpang ia akan mulutnya pada mengkhabarkan kehendak-kehendaknya, kerana orang sakit kemudian dari takdok (tiada) hantu itu padanya, sedar ia, dan tak tahu ia akan apa-apa yang berlaku padanya daripada perkataan dan perbuatan dan perangai dan lain-lainnya. Kerana bangsa jin dan malaikat tidak boleh bercakap dengan cakapan manusia melainkan dengan menumpang akan mulut manusia atau berupa dengan rupa manusia atau masuk manusia itu kedalam alam jin iaitu alam malakut.
Demikanlah bermacam-macam zauk ketuhanan yang merasa akan dia, oleh orang yang hadir didalam alam lahut hingga berubah hal-hal setengah dari orang yang merasa akan dia itu, dengan bermacam-macam hal kerana mengikutnya akan bermacam-macam zauk itu, dinama akan dia oleh ahlinya itu dengan bermacam-macam nama seperti: Wahdatul Wujud, Jama, Fana, Baqa’ dan lain-lainnya.
Sekianlah matan dari kitab Risalah Tasauf berkenaan Alam Lahut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan