Catatan Popular

Rabu, 4 Mei 2011

SILSILAH KE 10 TAREKAT NAQSYABANDI : HADHRAT KHWAJAH ‘ABDUL KHALIQ AL GHUJDUWANI ra (BUKHARA UZBEKSITAN,- 435 -575)

HADHRAT Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dilahirkan di Ghujdawan, sebuah bandar yang berdekatan dengan Bukhara yang kini dikenali sebagai Uzbekistan. Bapanya bernama Hadhrat Imam ‘Abdul Jalil Rahmatullah ‘alaih, seorang dari kalangan Wali Besar serta ‘Alim yang masyhur dalam berbagai bidang ‘Ilmu Zahir dan Batin di zaman kegemilangan Byzantin. Silsilah keturunan bapanya sampai kepada Hadhrat Imam Malik Rahmatullah ‘alaih. Ibunya adalah seorang puteri Raja Seljuk Anatolia dari kerajaan Rom.

Semenjak zaman kanak-kanak lagi beliau telah mempelajari Al-Quran dan Tafsirnya, ‘Ilmu Hadits, Nahwu dan Saraf bahasa ‘Arab dan ‘Ilmu Fiqah dari Hadhrat Syeikh Sadruddin Rahmatullah ‘alaih di Ghujdawan. Setelah beliau menguasai bidang ‘Ilmu Syari’at, beliau telah mengalihkan tumpuannya kepada Mujahadatun Nafs sehinggalah dia telah mencapai pada suatu kedudukan yang tinggi lagi suci. Kemudian beliau telah berpindah ke Syria di mana dia telah mendirikan sebuah Madrasah yang telah melahirkan begitu ramai penuntut. Mereka kesemuanya menguasai bidang Fiqah dan Hadits serta ilmu-ilmu keruhanian di Tanah Khurasan dan di Tanah ‘Arab.
 
Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih telah memperolehi nisbat ‘Ilmu Batin menerusi Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan salah seorang khalifah besar Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih dan mencapai kedudukan kewalian yang tertinggi dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah dan menjadi penghulu bagi Tariqat ini. Perkataan beliau adalah hujjah dan pada hakikatnya menjadi dalil bagi perjalanan Tariqat. Beliau merupakan Syeikh bagi sekelian Syeikh, Mujtahid serta Qutub pada zamannya. Beliau juga dikenali sebagai Syaikhul Karamah kerana memiliki banyak Keramat. Cahaya Ruhaniahnya bersinar seumpama mentari dan beliau merupakan seorang Mahaguru dalam tingkatan Ruhani yang tertinggi pada zamannya. Beliau merupakan seorang ‘Arif yang Kamil dalam bidang Tariqat Tasawwuf dan dianggap sebagai pancuran limpahan ‘Ilmu Ma’rifat di kalangan Para Asfiya serta diibaratkan seumpama sebuah mata air bagi Para Masyaikh dan Khwajahgan.
Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam telah memberitahu suatu khabar berita yang gembira kepada bapanya Hadhrat Imam ‘Abdul Jalil Rahmatullah ‘alaih sebelum kelahirannya,
“Bahawa kamu akan menerima kelahiran seorang putera lelaki dan hendaklah diberikan nama ‘Abdul Khaliq kepadanya. Daku telah menerimanya sebagai anakku dan daku akan memberikan kepadanya sebahagian dari Nisbatku.”
Di dalam kitab Al-Hadaiqul Wardiyah ada menceritakan tentang bagaimana
beliau telah mencapai tahap keruhanian yang tinggi dalam Silsilah Emas. Beliau elah memperolehi limpahan Faidhz dari Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam setelah bertemu dengannya dan bersuhbah dengannya. Beliau mengambil darinya ‘Ilmu Ketuhanan dan menambahkannya pada ‘Ilmu Keruhanian yang telah diperolehinya dari Syeikhnya, Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih.

Pada suatu hari, Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sedang mempelajari ‘Ilmu Tafsir dari gurunya Hadhrat Maulana Sadruddin Rahmatullah ‘alaih. Apabila tiba pada suatu ayat dari Surah Al-A’raf ayat 55 yang bermaksud,
“Serulah Tuhan Pemeliharamu dengan merendahkan diri dan secara
tersembunyi, sesungguhnya Dia tidak mengasihi orang yang melampaui batas.”

Beliau telah bertanya kepada Gurunya Hadhrat Maulana Sadruddin Rahmatullah ‘alaih bagi mendapatkan kepastian tentang hakikat mengingati Allah secara tersembunyi dan bagaimanakah kaedah perlaksanaannya? Lalu mengajukan soalan,“Tariqat apakah yang Allah Ta’ala terangkan ini? Jika orang yang berzikir

melakukan Zikir dengan suara yang keras atau menggerakkan tubuh badan pada Maqam Zikirnya, maka zikirnya itu dapat diketahui oleh orang lain dan keadaan ini tidak lagi dinamakan sebagai Zikir yang tersembunyi dan jika dia berzikir menerusi hatinya, maka menurut sebuah Hadits bahawa, “Syaitan mengalir di dalam urat
saraf anak Adam pada tempat mengalirnya darah,” yang mana Syaitan pula dapat
mengetahuinya. Maka wahai Guruku, apakah yang dimaksudkan dengan
menyeruNya secara tersembunyi di dalam hati?”
Gurunya pun menjawab,

“Ini adalah ‘Ilmu Laduni, ianya tersembunyi dan daku berharap mudah- mudahan Allah Ta’ala menemukan kamu dengan seorang Wali Allah yang dapat memberikanmu penjelasan di lidah dan di hatimu tentang hakikat Zikir yang tersembunyi ini.”

Semenjak dari waktu itu, Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sentiasa sibuk mencari-cari Auliya Allah dan menanti-nanti bilakah doanya akan dikabulkan. Pada suatu ketika pada hari Jumaat, beliau sedang duduk di pintu gerbang sebuah taman, Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih terlihat seorang yang Salih datang kepadanya. Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun memberikan penghormatan serta memuliakan Buzurg tersebut.
Kemudian orang Salih itu berkata kepada Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih,
“Wahai orang muda, daku mendapati kesan kesalihan ada di dalam dirimu,
apakah kamu ada berbai’ah pada tangan mana-mana Syeikh?”
Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun
berkata,
“Tidak, semenjak sekian lama daku berusaha mencarinya.
Lalu orang Salih itu pun berkata,
“Daku adalah Khidhzr dan daku telah menerimamu sebagai seorang dari anakku. Daku akan memberi kamu suatu pelajaran dan hendaklah dikau tetap mengamalkannya dan padamu akan terbuka segala rahsia. Daku telah mendapat keizinan dari Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mentalqinkan pada lidah dan pada hatimu akan suatu Zikir yang tersembunyi beserta jumlah bilangannya.”
Kemudian Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam menyuruh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih turun ke tasik dan menyelam dalam air serta mengucapkan dalam hati kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH. Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun terus mengerjakannya dan tetap dengan Zikir yang telah ditalqinkan oleh Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam tersebut setiap hari sehingga terbuka berbagai rahsia tentang Nur, Hikmah, Cinta dan Jazbah terhadap Zat Yang Maha Suci pada hatinya. Dengan mengamalkan Zikir tersebut, orang ramai mula tertarik kepada Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan telah menuntut untuk menuruti jejak langkah perjalanan Tariqatnya, maka beliau telah membawa mereka menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam.
Setelah berlaku peristiwa itu, suatu ketika Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘Alaih telah tiba di Bukhara, maka Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun mengambil kesempatan itu untuk pergi berkhidmat padanya dan telah mengambil Bai’ah darinya.

Ketika berada di samping Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sentiasa hadir untuk bersuhbah dengannya dan telah menghasilkan banyak faedah limpahan Faidhz dan Barakah darinya. Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih merupakan orang yang mula-mula dalam Silsilah Tariqat yang menggunakan Zikir Khafi dan telah dianggap sebagai seorang Mahaguru dalam perlaksanaan Zikir tersebut.
 
Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam merupakan Syeikhnya dalam pelajaran Zikir dan Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih pula merupakan Syeikhnya dalam Khirqah dan Khilafat atas perjalanan Tariqat. Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Ketika daku berusia 22 tahun, Hadhrat Syeikh Yusuf Hamadani telah mengarahkan Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam agar tetap mendidikku dan tetap memerhatikan diriku sehingga saat kematianku.”
Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih, seorang sahabat dan penulis riwayat Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih menyatakan dalam kitabnya Faslul Kitab bahawa kaedah Zikir yang diamalkan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani dan pengajarannya tentang lapan prinsip Tariqat telah dianuti dan diamalkan oleh kesemua 40 jalan Tariqat sebagai jalan menuju kebenaran dan kemuliaan serta jalan kesedaran dalam menuruti
Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam dengan meninggalkan segala bentuk Bida’ah dan Mujahadah untuk menundukkan segala nafsu yang bersifat rendah. Beliau merupakan seorang Mahaguru pada zamannya dan menduduki tingkatan yang tertinggi dalam bidang keruhanian.

Beliau telah menampilkan 8 prinsip asas Tariqat ‘Aliyah Taifuriyah Khwajahganiyah yang seterusnya menjadi asas bagi Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah seperti berikut:

1.Hosh Dar Dam - Kesedaran dalam nafas.
2.Nazar Bar Qadam - Memerhatikan pada langkah.
3.Safar Dar Watan - Melakukan perjalanan dalam kampung diri.
4.Khalwat Dar Anjuman - Menyendiri dalam khalayak manusia.
5.Yard Kard -Mmelakukan ingatan Zikir.
6.Baz Gasht - Kembali ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
7.Nigah Dasyat - Memelihara pandangan Musyahadah bersungguh-sungguh.
8.Yad Dasyat – Melakukan ingatan Zikir dengan bersungguh-sungguh.


Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih mempunyai
empat orang Khalifah:

1. Hadhrat Syeikh Ahmad As-Siddiq Rahmatullah ‘alaih
2. Hadhrat Kabirul Awliya Syeikh ‘Arif Awliya Al-Kabir Rahmatullah ‘alaih
3. Hadhrat Syeikh Sulaiman Al-Kirmani Rahmatullah ‘alaih
4. Hadhrat Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘alaih


PERKATAAN PETUNJUKNYA DAN PETUNJUK PERKATAANNYA

BELIAU sentiasa berada dalam hal keadaan Khauf dan ketakutan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga walau di mana sahaja beliau duduk, beliau akan duduk seolah-olah dirinya akan dibunuh. Pada suatu hari ketika berada di tempat ibadatnya, beliau sibuk dengan menangis. Para sahabatnya bertanya kepada beliau,

“Dengan segala kelebihan yang Allah Ta’ala telah kurniakan kepadamu, mengapakah kamu begitu Khauf ketakutan dan menangis?

Beliau menjawab,

“Apabila daku memikirkan tentang Sifat Allah Ta’ala yang tidak bergantung kepada sesuatu, maka Ruhku hampir-hampir terkeluar dari jisimku dan tangisanku ini adalah disebabkan mungkin pada diriku ada sesuatu tindakanku yang tidak daku ketahui dan ianya tidak disenangi di hadapan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”
Beliau pernah berkata,

“Ketika daku berusia dua puluh tahun, Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam telah meminta Hadhrat Khwajah Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih memberikan sokongan kepadaku dan mewasiatkannya agar memberikan Tarbiyah kepadaku.”

Pada suatu ketika, seorang Darwish datang kepadanya lalu bertanya apakah erti Taslim? Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,

“Taslim ialah apabila seseorang Mukmin itu dengan diri Nafsnya dan hartanya menerusi perjanjian Alastu Birabbikum, menjualkannya pada Tangan Allah Ta’ala lalu membeli Syurga, dan sehingga kini inilah yang maksudkan dengan Taslim bahawa maksud Firman Allah Ta’ala, “Seseungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin itu akan diri mereka dan harta mereka dengan menggantikan bagi mereka Syurga. Diri dan harta hendaklah Taslim dengan menganggap bahawa diri dan hartanya adalah milik Allah dan memahami bahawa dirimu adalah amanah Haq Allah Ta’ala, sehinggakan setakat mana yang kamu mampu, dengan diri dan hartamu itu buatlah kerja kebaikan terhadap hamba-hamba Allah Ta’ala dan jangan mengharapkan sebarang Ihsan dari sesiapa pun. Harta dan kebendaan Duniawi hendaklah dikeluarkan dari hati dan dirimu hendaklah tetap memelihara Hukum Allah.”

Pada suatu ketika, seorang Khadim datang kepadanya lalu bertanya apakah erti Faraghat? Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,

“Erti Faraghat pada hati ialah seseorang itu tidak menemui sebarang jalan untuk mencintai Dunia bukan bermakna dia bebas dari sebarang urusan Dunia.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan menerusi Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala,

“Fa Iza Faraghta Fansab” pada Surah Alam Nasyrah ayat 7 yang mafhumnya, “Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain,”

ianya bermaksud bahawa kosongkanlah hatimu kemudian sibukkanlah diri dengan mengingati Kami. Sesungguhnya bagi Para Ahlullah, dalam urusan jual beli mereka dan perbualan mereka sesama makhluk tidak menjadikan ingatan Zikir terhadap Allah Ta’ala itu sebagai suatu kesukaran. Kerana itulah Allah Ta’ala memuji jemaah golongan tersebut dan inilah yang dimaksudkan sebagai para lelaki yang sebenar menerusi FirmanNya,

“Para lelaki yang tidak dilalaikan pada mereka perniagaan dan tidak pula jual beli dari mengingati Allah Ta’ala.”

Seterusnya beliau berkata,
“Jika kamu berada dalam golongan tersebut, maka semoga kamu memperolehi Keberkatan. Jika kamu tidak tidak berupaya menjadi seperti golongan tersebut, maka hendaklah kamu berkhidmat kepada golongan tersebut dengan diri dan harta kamu, dan menenteramkan hati mereka dan menyediakan asbab Faraghat untuk mereka supaya mereka dapat menyibukkan diri mereka mengingati Allah dengan hati yang tenang dan bagi kamu juga akan dapat memperolehi bahagian dari amalan kebaikan mereka kerana kekuatan yang diperolehi menerusi suapan makanan yang mana mereka dapat melaksanakan amal ketaatan dan ‘Ibadah, pahalanya akan diberikan juga kepada orang yang memberinya makanan dan minuman, dan darjat, maqamat serta kesempurnaan mereka juga akan dituliskan kepada orang yang memberikan makanan dan minuman kepadanya, dan barangsiapa yang mengasihi mereka dan sentiasa membantu keperluan mereka, menurut firman Nabawi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Al-Mar-u Ma’a Man Ahabba,” yang bermaksud bahawa pada Hari Qiyamat, Insan akan ditempatkan bersama mereka yang dicintainya sewaktu di Dunia. Dari kalangan mereka itu terdapat sebahagian yang meletakkan pengkhususan dalam Ma’iyat mencintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka pada waktu itu mereka akan dikurniakan dengan Tasarruf Ketuhanan.

“Jazbatun Min Jazbatillah Tawari ‘Amalats Tsaqilain,” yang bermaksud bahawa satu Jazbah dari Jazbah yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala adalah melebihi amalan sekelian Jin dan Manusia. Maka inilah merupakan hal keadaan mereka, bahawa barangsiapa yang berkhidmat kepada mereka dengan sebahagian diri dan hartanya, juga akan bernasib baik menerima kebaikan-kebaikan mereka dan ini akan menjadi suatu nikmat yang besar kepadanya yang mana jika berkumpul seluruh manusia dari Timur dan Barat masih tidak akan dapat memikirkan keadaan orang yang memberikan khidmat tersebut, seumpama berada di atas titian yang tidak diketahui dari mana puncanya dan ke mana penghujungnya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengisyarahkan perkara ini menerusi FirmanNya yang bermaksud,
“Dan apa-apa yang telah Allah Ta’ala kurniakan kepadamu hendaklah kamu menggunakannya untuk membina Negeri Akhirat dan janganlah melupakan bahagian kamu di dunia, dan berbuatlah kebaikan dengan makhluk Allah sepertimana Allah telah berbuat kebaikan kepada kamu.” Melakukan sesuatu khidmat kepada Ahli Allah adalah bererti melakukan sesuatu untuk mencapai keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”


Prinsip-prinsip Jalan Naqsybandi

'Abdul Khaliq al-Ghujdawani telah menciptkan kalimat berikut ini yang sekarang dianggap prinsip Kumpulan Naqshbandi:

1. Hush dar dam artinya : Menjaga nafas secara sedar (Kesedaran dalam nafas)

Hush artinya "fikir". Dar artinya "dalam". Dam artinya "nafas". pengertian dalam pelaksanaannya berikut ini :
Dalam setiap tarikan nafas yang naik turun kita senantiasa berpikir akan kebesaran Allah Swt.
Hamba yang cerdas/bijak harus selalu mengontrol napasnya terhadap kelalaian, dalam keadaan menarik dan melepaskan nafas tersebut, dengan itulah selalu menjaga hatinya senantiasa hanya tertuju kepada Allah Swt.
Kita harus selalu menjaga napas dengan ingat berkekalan kepada Alla Swt, sebab tiap tarikan dan hembusan napas yang demikian itu adalah akan hidup dan menyambung dengan Allah Swt, tiap tarikan dan hembusan napas dengan kelalaian adalah akan mati dan terputus hubungan dengan Allah Swt, ajaran ini di bangun atas teori dasar napas, jadi suatu keharusan bagi semuanya untuk menjaga napasnya pada waktu menarik dan menghembuskan, selalu menjaga napasnya dalam lingkungan ingat kepadaNYA di antara menarik dan menghembuskan napas sepanjang hidupnya.
Nama Allah Swt terdiri dari empat huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha, dalam pengertian ini  di nyatakan bahwa zat Allah Swt yang sempurna di katakan pada huruf terakhir yakni "Ha", huruf ini mewakili dialah yang maha ghaib dan sempurna.
Lam adalah untuk (tacrif) menyatakan pencarian identitas, sedangkan Lam yang kedua adalah untuk mubalagha (penekanan).
Seharusnya hal di ketahui oleh kita semua bahwa menjaga napas dari kelalaian ingat adalah suatu pekerjaan yang susah bagi seseorang, sehingga kita harus melakukan hal itu dengan cara mencari ampunan (istighfar) karena mencari ampunan akan membersihkan dan mensucikan diri kita dan akan menimbulkan keyakinan bahwa sesungguhnya Allah Swt yang memang nyata berada di mana - mana.

2. Nazar bar qadam artinya : Mengintip langkah / Memerhatikan pada langkah.

Itu artinya bahwa kita sewaktu berjalan hendaknya pandangan mata hanya tertuju kepada objek (fokus).
Kemanapun arah kakinya hendak dia tempatkan atau langkahkan, maka pandangan mata kita hendaknya tertuju kesitu pula.
Jangan melemparkan pandangan kesana kemari, seperti melihat kekiri atau kekanan atau kedepan, agar pandangan yang satu tidak menutupi hatinya, karena timbulnay hijab/dinding kebanyakan di sebabkan pada hati yang liar (tidak tetap) selama melangkah dalam perjalanan tersebut, karena berbagai macam keinginan yang tercetak di dalam pikiran kita, berbagai gambaran itu, maka itu akan menjadi tabir yang akan menutup hati.
Hati yang telah di bersihkan melalui zikir terus menerus akan menjadi cermin untuk penglihatan mata hati, maka dengan itulah kita di perintahkan untuk merendahkan pandangannya agar supaya tidak diserbu oleh anak panah syaithan.
Merendahkan dan menafikan pandangan juga merupakan tanda kerendahan hati, orang yang bangga dan sombong tidak akan pernah melihat akan tujuan mereka, tetapi bila selalu melihat ke arah perjalanannya dengan fokus dan mantap, maka gerak menuju arah tujuannya akan tercapai.
Jika ini sudah tercapai, maka kita tidak melihat kemana - mana kecuali hanya kepada Tuhan, laksana seseorang yang ingin sampai ke tujuannya dengan cepat, demikian juga seseorang yang menuju Allah bergerak dengan cepat, tidak melihat ke kanan atau ke kirinya, tidak berbilang-bilang, tidak mudah terkagum akan apa yang di jumpainya, tidak melihat kepada keinginan duniawi, tetapi hanya melihat kepada Allah Swt.
Pandangan mendahului langkah dan langkah mengikuti pandangan....Ingatlah!!!!!!!!!! Untuk perjalanan yang meningkat/keatas (mi’raj) atau ke maqam yang lebih tinggi di mulai dengan pandangan yang satu, di ikuti dengan langkah, apabila langkah mencapai level tinggi dari pandangan, maka pandangan akan naik lagi ke tingkat berikutnya, atas itulah langkah juga mengikuti secara bergilir.
Pandangan akan di angkat ke tempat yang lebih tinggi lagi dan langkah akan mengikutinya secara bergilir, dan begitu seterusnya sampai pandangan mencapai tingkat kesempurnaan, ke arah itulah langkah akan di tarik.
Pahamilah..."Bila langkah mengikuti pandangan, maka kita telah mencapai tingkat kesiapan dalam mendekati langkah yang lurus dan benar, maka langkah yang lurus dan benar itu di sebut juga sebagai awal atau pertama dari semua langkah lainnya".
 
3. Syafar dar watan, artinya : Perjalanan kembali/pulang

Maknanya adalah kita berjalan dari dunia menuju kepada dunia ibadah.
Rasulullah Saw mengatakan : "Saya akan mengunjungi Tuhanku dari satu maqam ke maqam yang lebih baik (tinggi) dan dari satu daerah ke daerah yang lebih tinggi". Artinya kita harus berjalan untuk kembali dari keinginan hal terlarang kepada keinginan untuk Allah Swt.
Di definisikan lagi :
a. Perjalanan Luar
Artinya : Berjalan dari satu tempat ketempat yang lain guna menambah suatu ilmu dan amal, untuk lebih meningkatkan dan mendekatkan kita kepada Allah Swt.
b. Perjalanan Dalam
Artinya : Untuk kemantapan perjalanan luar, dalam perjalanan luar terdapat banyak sekali kesukaran yang berkemungkinan takkan sanggup di tanggung oleh kita, di khawatirkan malah akan jatuh kepada tindakan terlarang, ini di sebabkan karena masih dalam ibadahnya.
Jika dua hal di atas dapat kita laksanakan dan meninggalkan akhlaq buruk mereka dan meningkatkan akhlaq yang lebih tinggi, menguasai akan semua keinginan dunia dari hatinya, maka kita akan di angkat oleh Allah Swt dari keadaan yang tidak bersih kepada keadaan bersih dan suci.
Apabila telah di sucikan hatinya, maka membuatnya jernih seperti air, transparan bak kaca, mengkilap seperti cermin, di perlihatkan kebenaran dari semua hal dalam kehidupannya sehari - hari, dalam hatinya akan muncul semua hal yang di perlukan untuk kehidupannya dan untuk mereka yang berada di sekelilingnya.

4. Khalwat dar anjuman artinya : Sendiri dalam ramai /Menyendiri dalam khalayak manusia.

Khalwat artinya menyendiri secara sendirian atau berjama'ah, artinya tampak dari luar bersama - sama dengan manusia di sekelilingnya, sementara secara batin atau dalam hatinya senantiasa selalu ingat/bersama Allah Swt. Terdapat juga dua kategori “khalwat”. Pertama adalah penyendirian eksternal dan kedua adalah penyendirian internal.
Khalwat ini ada dua macam :
1.  Khalwat dengan sendirinya pada suatu tempat yang tidak ada orang lain selain dari orang - orang yang khalwat, berkonsentrasi dan bermeditasi pada zikir kepada Allah Swt, dengan tujuan untuk mencapai kebenaran Allah Swt menjadi nyata kebesaranNYA (Tajalli).
2.  Khalwat yang menyendiri di antara keramaian (dalam lingkungan masyarakat), di sini kita hendaknya selalu hadir dengan Allah Swt sambil secara zahirnya berada di tengah - tengah keramaian tersebut, selalu mengkaitkan zikir sir (tersembunyi) dalam hati sanubari meskipun kita masuk dalam kancah keramaian manusia, usahakan secara selalu mengekalkan ingat kepada Allah Swt, dalam keadaan ini adalah posisi yang tertinggi pada apa yang di namakan khalwat atau suluk, hal ini adalah benar dan lurus, sesuai dengan yang tersebut dalah qur'an "Orang - orang yang tak dapat di alihkan perhatinnya dari mengingat Allah oleh bisnis maupun keuntungan".
Khalwat utama seorang Syeikh Thariqat adalah kesendirian dalam keramaian, mereka bersama Allah Swt dan sekaligus bersama manusi,. seperti kata Rasulullah Saw : "Saya memiliki dua sisi, satu muka menghadap Al - Khaliq muka lainnya menghadap ciptaan (makhluq)".
Syeikh Thariqat selalu menekankan kebaikan akan berjamaah, bermajelis (berkumpul), Thariqat kita adalah persahabatan (kebersamaan), dan kebaikan berada dalam kebersamaan.
Kesempurnaan bukan pada peragaan kekuatan karomah, tapi kesempurnaan adalah duduk bersama orang ramai (banyak), menjual dan membeli, menikah dan mempunyai anak, namun tak pernah meninggalkan kehadiran Allah Swt dalam sekejap pun.

5.  Yad kard, artinya : Zikir yang utama/ Melakukan ingatan

Kita hendaknya melakukan zikir dengan penolakan dan penerimaan, pada lidahnya senantiasa zikir kepada Allah Swt sampai mencapai keadaan muraqabah.
Keadaan itu akan di capai pada tiap hari dengan ucapan : LA ILAHA ILLALLAH pada lidah, antara 5,000 dan 10,000 kali, membuang dari hatinya segala unsur yang akan mengotori dan membuat hatinya berkarat.
Zikir ini akan memoles hati dan membawa kita ke dalam kenyataan, kita harus melakukan zikir harian itu sepanjang usia, baik dengan hati (syir) atau dengan lidah jasmani secara luar dalam, membaca ALLAH - ALLAH dalam hati sanubari, yang akan mewakili (meliputi) semua asma dan sifat NYA, atau dengan aturan napi istbat melalui penyebutan LA ILAHA ILLALLAH, zikir ini akan membawa kita kepada pengakuan akan ke-esa-an Allah Swt.
Kita senantiasa hendaknya mengulang zikir ini dengan setiap napas, menghirup dan meniup, selalu membuatnya mencapai hati, arti dari zikir ini adalah membawa  sasaran kita hanya satu - satunya kepada ALLAH Swt dan tidak ada sasaran lain lagi bagi kita.

6.  Baz ghast, artinya : Pulang/kembali/ Kembali ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Keadaan ini di mana yang melakukan zikir dengan sampai kepada pengertian ungkapan Rasulullah Saw, "illahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi" artinya : Ya Allah, hanya engkaulah yang kumaksud dan keridhoan engkaulah yang kutuju".
Munajat ini akan menambah kesadaran kita  tentang Ke-Esa-an Allah Swt, sampai kita mencapai keadaan di mana keberadaan semua ciptaan (makhluq) lenyap dari pandangan mata, semua yang kita lihat, kemanapun kita memandang, adalah Allahu Swt.
Kita membaca zikir macam ini agar supaya menerangkan hati akan rahasia yang maha satu (Al - Ahad), dan untuk membuka diri kepada kenyataan Allah Swt.
Bagi pemula tidak boleh  meninggalkan zikir ini bila dia tidak mendapatkan hasil/kekuatan itu muncul dalam hatinya, harus tetap membaca zikir ini, karena Rasulullah Saw telah mengatakan : "Barang siapa meniru suatu golongan orang, dan akan menjadi bagian dari golongan itu".
Makna Baz Ghast adalah kembali kepada Allah Swt, dengan menunjukkan kepasrahan diri yang sempurna dan tunduk kepada kehendakNYA, dan kerendahan diri ini akan sempurna dengan menyampaikan semua pujian kepadaNYA, Itulah alasan Rasulullah Saw menyebutkan dalam doanya : "ma dzakarnaka  aqqa dzikrika ya madzkar" artinya :  "Kami tidak mengingat engkau sebagaimana seharusnya engkau di ingat, Ya Allah".
Kita tidak akan dapat datang kepada hadhirat Allah Swt dalam zikir, dan tidak dapat mengungkapkan Rahasia dan Sifat Allah Swt dalam zikir, bila tidak melaksanakan zikir itu dengan dukungan Allah Swt dan tanpa Allah Swt mengingat mengingat balik akan diri kita.
Singkatnya, kita tidak dapat melakukan zikir oleh atau dengan sendirinya, tanpa mengetahui bahwa Allah Swt adalah justru yang sedang melakukan zikir melalui diri hambaNYA.

7. Nighah dast, artinya : Memperhatikan/perhatian/memelihara pandangan Musyahadah bersungguh-sungguh.

Senantiasa membuat suatu pandangan, artinya kita hendaknya mengendalikan hati dan melindunginya dengan cara mencegah masuknya pikiran buruk.
Kecenderungan akan hal - hal yang buruk akan menghalangi hati dari Allah Swt, bagi seseorang yang dapat melindungi hatinya dari kecenderungan buruk selama lima menit saja adalah merupakan sebuah hasil yang besar.
Untuk ini saja dia sudah akan di akui sebagai seorang yang sampai, ajaran sufi/tasawwuf adalah sebuah kekuatan untuk melindungi hati dari pemikiran buruk dan menjaganya dari kecenderungan rendah.
Barang siapa berhasil dengan di atas, dia akan mengerti hatinya, dan barang siapa mengerti akanj hatinya, tentu akan mengenali Tuhannya. Rasulullah Saw mengatakan :  "Barang siapa mengenal dirinya sendiri, niscaya akan mengenal Tuhannya".

8. Yada dast, artinya : Ingatan/ Melakukan ingatan Zikir dengan bersungguh-sungguh.

Membaca zikir akan melindungi hatinya dengan dalam tiap hembusan napas tanpa meninggalkan ingat Allah Swt, hendaknya kita mempertahankan hati supaya selalu berada dan dekat dengan Allah Swt.
Ini akan membuat kita menyadari dan merasakan Cahaya (nur) dari Allah Sw, kita harus membuang tiga dari empat bentuk pikiran yang terasa, yakni teorinya :
Pikiran egois, Pikiran jahat, dan Pikiran malaikat, sambil mempertahankan dan membenarkan, kita hanya membentuk pikiran keempat, yaitu : Pikiran kebenaran, keyakinan, hal ini akan membimbing kita menuju ketingkat tinggi dari kesempurnaan dengan membuang semua khayalan dan hanya mengambil kebenaran yang benar adalah esanya Allah Swt.


Tiada ulasan: