Catatan Popular

Ahad, 30 Jun 2013

MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN BAHAGIAN 2 : NAMA ALLAH YANG TERSEMBUNYI

NUKILAN HJ SAARI MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)

Nampaknya ramai yang ingin megetahui satu nama Allah yang tersembunyi. Daripada carta atau graf yang ditunjuki, terdapat seramai 339 orang daripada 1500 orang yang melayari bab itu. Daripada 1500 orang yang melayari laman web ini, hanya dua tiga kerat sahaja yang memberi maklum balas. Menandakan tidak ramai yang berminat atau berhajat kepada ilmu makrifat!.

Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menjawab persoalan ini, sekali lagi saya sarankan supaya tuan-tuan perhatikan betul-betul cerita Nabi Allah Musa dengan Bukit Thursina!.

Sebelum itu, saya ingin tuan-tuan menjadi seorang yang khasyaf terlebih dahulu, sebelum dapat mengetahui nama Allah yang tersumbunyi. Itu makanya saya sengaja mengenegah atau memperkenalkan bab Khasyaf. Supaya dengan bab khasyaf itu, tuan-tuan akan dapat melengkapkan diri bagi persediaan menerima nama Allah yang tersembunyi. Satu nama Allah yang tersembunyi itu, memerlukan kepada khasyaf, baru boleh melilhat, menilik atau memandangnya. Persediaan untuk menerima atau untuk megetahui nama Allah yang tersembunyi itu, haruslah terlebih dahulu melalui ilmu khasyaf!.

Saya minta tuan-tuan baca semula bab yang bertajuk apa ertinya khasyaf!. Dalam membaca bab itu, saya minta tuan-tuan perhatikan kiasan yang saya suruh tuan-tuan campakkan batu kedalam lautan atau kedalam sungai!. Jika tak faham sangat campakkandiri tuan-tuan kedalam lautan dalam, biar betul-betul mati. Hiduppun buat apa, jika Allah tidak kita kenal!. Hidup ini, adalah bertujuan supaya Allah dapat kita kenal, jika Allah yang menjadi tujuan hidup, tidak dapat kita kenal dengan sebenar-benar kenal, apalah ertinya hidup?, adalah terlebih baik mati betul daripada hidup yang dipenuhi dengan menduakan Allah Taala (mensyirikkan Allah Taala) dalam segala bidang pekerjaan ibadat!.

Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak dapat diampun Allah, daripada terus-terusan hidup dengan mengumpul dosa, adalah lebih baik mati, dengan mencampakkan diri kedalam lautan!. Lautan mana?, campakkan diri tuan-tuan kedalam lautan wajah Allah……………………………………………..

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati nama Allah yang tersembunyi, tuan-tuan hendaklah ikut apa yang saya sarankan. Jika ada kelapangan masa, cuba tuan-tuan mengunjungi sungai, tasik, pantai atau mana-mana tempat yang terdapat takongan air.

Saya mahu tuan-tuan campakkan batu kedalam air. Setelah tuan-tuan campakkan batu kedalam air, saya mahu tuan-tuan fikirkan semasak-masak dan sedalam-dalamnya, bagaimana caranya supaya batu itu timbul kembali!.

Ini bukan ilmu main-main atau ilmu olok-olok!. Ini bukan hendak membudak-budak atau memperbodoh-bodohkan tuan-tuan, tetapi ini adalah cerita benar. Cuba tuan-tuan fikirkan bagaimana caranya untuk supaya batu itu kembali timbul?.

Jika tuan-tuan tidak percaya akan cerita saya ini, cuba tuan-tuan telefon kepada Ketua Polis Bahagian Jenayah, di Ibu Pejabat Polis Rompin,Pahang. Orang kedua yang tahu nama Allah yang tersembunyi itu adalah blog yang bernama “kaseh” dari Sandakan Sabah!. Namanya saya tak ingat, tetapi saya ada mengunjungi beliau dua tahun lepas. Dia berpangkat kalau tak silap saya 3 paku, selaku ketua nombor satu bahagian jenayah di Balai Polis Rompin. Beliau tahu jawapan ini. Gunakan kebijaksanaan tuan untuk mendapatkan nombor telefon beliau. Katakan saya haji Shaari pemilik kitab hijau Tok Kenali dua tahun lepas. Seramai-ramai orang yang saya jumpa, hanya beliau sahaja yang tahu jawapan, bagaimana untuk menimbulkan semula batu yang tenggelam!.

Orang kedua yang saya temuai yang tahu jawapan nama Allah yang tersembunyi, adalah laman web yang bernama “kasih”, seorang perempuan dari Sandakan Sabah!. Biarpun seorang perempuan, tetapi beliau tahu akan jawapannya!. hubungilah beliau!………………

Cuba tuan-tuan fikir-fikirkan…………………………… dan sila beri jawapan………………………………….

Jam sudah menunjukkan pukul 9.57 malam. Sebentar lagi saya nak bersiap-siap kelapangan terbang antara bangsa KLIA untuk ke Sabah. Saya ada menerima undangan ceramah di Sabah oleh Ketua Agama Islam nombor satu Sabah. Bagi orang tawau, esok tunggu saya di kediaman TYT. Saya adakan ceramah dikediaman beliau selepas magrib.

Jadi saya tinggalkan dulu dengan satu pesanan. Pesanan saya supaya tuan-tuan campakkan batu kedalam air biar sampai kembali timbul. Jika kembali timbul, itulah nama Allah yang tersembunyi. Jika payah atau payah sangat nak cari jawapan, sila hubungi Tuan Polis bahagian jenayah di Rompin. Kiranya beliau sudah berpindah kebalai lain, cuba dapatkan nombor telefon balai baru tempat beliau pindah, sebab saya jumpa beliau sudah dua tahun lepas, semasa pesta pantai Rompin!.

Itu makanya saya mengajak tuan-tuan supaya terlebih dahulu belajar ilmu khasyaf. Jika tidak khasyaf, mana mungkin dapat melihat perkara yang tersembunyi?. Yang zahir hanya melalui zahir dan yang batin itu, hanya batin yang dapat melihat batin. Selagi tuan-tuan masih lagi menunggangi mata zahir, mana mungkin dapat melihat perkara yang ghaib atau yang teresmbunyi!. Untuk itu cari, korek, gali dan selamilah ilmu khasfyaf!.

Saya minta tuan-tuan selami dan hayati semula kisah Nabi Allah Musa dengan Bukit Thursina. Untuk Musa melihat Allah, hendaklah terlebih dahulu, menghilangkan bukit Thursina. Selagi terlihat atau terpandang bukit, Allah tidak akan dapat dillihat oleh Nabi Musa, setelah tidak lagi terlihat bukit Thursina, barulah wajah Allah dan nama yang tersembunyi, dapat dililhat!. Sama kiasanya dengan membuang batu kedalam sungai, sampai batu kembali timbul!.

Fikir-fikirkan dan mari kita sama-sama menjawab. Saya tak suka kiranya tuan-tuan tidak memberi respon, seolah-olah saya bercakap satu hala.

Izinkan saya bersiap-siap untuk ke Airport, sahabat-sahabat saya sudah menunggu disana. Kepada Pak Abu Wali Allah dari Melaka, sanggup datang dari Melaka semata-mata untuk menghantar saya ke Sabah. Sudah berulag kali saya halang, supaya jangan datang, tapi beliau mahu juga datang. Terima Kasih atas keikhlasan itu. Sebagaimana ikhlasnya Mohd Yusof mengurut tuboh Tok Selehong. Sambil mengurut tubuh Tok Selehong, secara tidak sedar, Tok Selehong dengan secara tak sedar telah mengajar atau telah bercerita perkara-perkara yang tidak pernah diajar semasa dikhalayak murid yang ramai.

Pak Abu dari Melaka, saya bukan Tok Selehong yag punya ilmu untuk dicurahkan, semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik tuan. amin drp hj Shaari

 

7 ulasan:

deja berkata...

Saya kira bukan tidak ramai yang berminat atau berhajat kepada ilmu makrifat.Ada yang minat tapi tidak berani 'mendekati' mungkin kerana 'kefahaman' dan tidak mendalami ilmu ini.Seperti saya tidak belajar ilmu tasawwuf melalui mana2 guru justeru itu ada perkara yg tdk fahami.Tetapi saya tertarik dengan blog tuan kerana dari beberapa artikal yg dipaparkan seolah mengajak saya untuk berfikir dan merenung terutama melihat diri sendiri.Kadang2 membaca artikal tuan untuk mencapai kefahamannya bukannya mudah.Seolah membaca buku tapi tiada tulisan.Namun saya yakin,rasa terpaut dan terbitnya ajakkan ini adalah dari dlm diri.Yg pda setiap manusia pasti ada cuma tdk menyedari.Ibarat kita hanya memandang nikmat rimbunan hujan tetapi tidak pernah memandang dan'merasai' nikmat dari setitis hujan.Kerana kita memandang pandangan yg banyak tetapi tidak pernah melihat pandangan yg satu.Saya sekadar memberi pandangan.Jika salah harap tuan beri pencerahan.

hendra arif berkata...

Sedot air sungai sampai habis. Baru terlihat batu

Tanpa Nama berkata...

pandang yg satu pada yg banyak..yang banyak2 jadikan satu..

adamkitaro berkata...

bagaimana nak menghubungi Hj.Shaari ni.. ada sesiapa boleh membantu saya atau emailkan kpda sya dia adam_caramaq@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Salam mohon share dan copy

Tanpa Nama berkata...

Tanpa kuasa Allah... Tak ada bedanya saya dan batu jika di campak ke dalam laut , kolam , tasyik dan sebgainya.

Tanpa Nama berkata...

Pandang satu pada yg satu