غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai;
Sifat-sifat empat golongan yang dimurkai atau sesat dijelaskan dengan lebih
lanjut dalam surah-surah selepas al-Fatihah
Antara tafsir ayat ini, ada dalam ayat al-Maidah:8
Sahih
International
You will surely find the most intense of the people in animosity toward the
believers [to be] the Jews and those who associate others with Allah ; and you
will find the nearest of them in affection to the believers those who say, “We
are Christians.” That is because among them are priests and monks and because
they are not arrogant.
Malay
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras
sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi
dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang
yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah
orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang
demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli
ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ
Dan pasti kamu akan dapati orang yang paling keras di kalangan manusia itu
عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ
yang melawan orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi; mereka percaya Allah itu adalah Tuhan yang
sebenarnya, Nabi Musa itu adalah seorang Rasul dan Taurat itu dari Allah tapi
ulama mereka hanya belajar sikit-sikit, yang mereka banyak pakai adalah kitab
yang ditulis oleh ulama-ulama mereka – yang dinamakan Talmud. Dan begitu juga,
umat mereka percaya Allah Tuhan, Nabi Musa Rasul dan Taurat dari Allah tapi tak
pakai semua sekali. Sebaliknya mereka hanya pakai ajaran tok guru mereka
sahaja. Macam juga orang kita, percaya semua itu tapi tak amalkan. Cuma pakai
masa nak kahwin, mati dan sebagainya. Itulah cara Yahudi yang dibuat juga oleh
orang-orang kita.
Penerangan sifat orang Yahudi ini ada dalam Baqarah:40-141. Keseluruhan
ayat-ayat itu adalah hendak menceritakan kepada kita sifat-sifat pendita Yahudi
dan sifat-sifat orang Yahudi iaitu pengikut-pengikut mereka. Kalau kita ada
sifat-sifat itu, maka kita termasuk dalam golongan mereka juga. Sebab memang
ada ulama-ulama kita yang bersifat seperti pendita-pendita Yahudi itu. Mereka
tahu Allah itu Tuhan, Nabi Muhammad adalah Rasul dan Quran dari Allah tapi
mereka tak pakai ajaran dalam Quran dan Hadis Nabi. Mereka hanya menggunakan
kitab-kitab tulisan manusia sahaja.
Bani Israil itu adalah anak cucu Nabi Ya’kub. Nama ‘Israil’ itu sendiri
adalah gelaran kepada Nabi Ya’kub. Dia ada dua isteri. 10 anak dari satu isteri
dan dua lagi dari isteri yang muda. Dari isteri muda itulah lahirnya Nabi Yusuf
dan Bunyamin.
Yahudi itu tidak mahu belajar Taurat tapi mereka hanya terima ajaran dari
pendita-pendita mereka dan kitab-kitab yang ditulis oleh ulama mereka yang
kononnya adalah agama. Jadi kalau kita pun macam itu juga, hanya ikut kata-kata
ustaz-ustaz tanpa belajar dengan Quran, maka kita pun macam mereka juga.
وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
dan orang-orang yang buat syirik; orang Islam yang buat syirik juga dipanggil musyrikin. Yang jelas nampak
syirik adalah mereka yang sembah patung dan berhala itu. Tapi walaupun orang
Islam tidak sembah patung dan berhala dengan jelas, mereka juga ada mengamalkan
amalan syirik. Maka, mereka juga musyrikin sebenarnya.
وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ
آمَنُوا
Dan pasti kamu akan dapati orang yang paling dekat persabahatan dengan
orang-orang yang beriman
الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ
adalah orang-orang yang berkata “kami ini orang Kristian”; yang paling dekat dengan orang Islam adalah orang
Kristian, bukan Yahudi dan musyrikin.
ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ
yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya diantara mereka itu
قِسِّيسِينَ
ialah para pendita mereka; iaitu tok guru mereka – paderi. Ulama-ulama mereka.
وَرُهْبَانًا
dan rahib-rahib; yang bertapa di bukit. Kita pun banyak yang bertapa. Dalam Islam, tidak
ada amalan bertapa sebenarnya. Nabi selepas bertemu Jibril dan dilantik jadi
Rasul tak pergi bertapa di gua-gua. Nabi keluar dan hidup bersama masyarakat.
Tapi golongan nak cari ilmu sakti atau keramat masih nak buat amalan bertapa,
kerana mereka diajar oleh guru-guru yang sesat. Yang ada dalam Islam adalah
iktikaf dalam masjid.
وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
dan susungguhnya mereka itu tidak sombong.
Jadi tafsir bagi orang-orang yang Allah murkai adalah Yahudi dan Musyrikin.
Jadi kalau kita buat syirik, kita termasuk dalam golongan yang Allah murkai.
Contoh yang paling mudah kita lihat orang buat sekarang adalah bersanding dalam
perkahwinan. Hadir majis itu pun dah syirik dah. Kerana kita bersekongkol
dengan orang buat syirik. Bersanding itu adalah amalan agama Hindu sebagai pemujaan
kepada Dewa Sri Rama dan Sita Devi. Tapi kita pula ikut perbuatan mereka.
Ada juga yang mengatakan bahawa maksud ayat ini bukanlah Allah yang murka
kepada mereka. Memang Allah murka kepada mereka, tapi dari segi bahasa, tidak
ada perkataan ‘engkau’ dalam ayat ini. Ia sebenarnya adalah ‘orang-orang yang
dimurkai’. Tapi tidak disebut siapakah yang murka itu. Jadi, bukan hanya Allah
sahaja yang murka dengan mereka, tapi para malaikat, orang-orang beriman, dari
golongan terdahulu dan kemudian, semuanya murka kepada mereka. Allah terlalu
murka kepada mereka, sampai Allah tidak mahu mengaitkan namaNya dengan mereka.
Allahu a’lam.
————————
وَلَا الضَّالِّينَ
Dan bukan jalan orang yang sesat; Contoh orang yang sesat yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah penganut
Kristian atau Nasara. Mereka percaya Allah itu adalah Tuhan, Nabi Isa Rasul,
Kitab Injil dari Tuhan. Tapi silap faham tentang Tuhan sampai mereka puja Nabi
Isa. Kerana mereka percaya Nabi Isa adalah ‘anak Tuhan’. Kita percaya Allah
Tuhan, Nabi Muhammad sebagai Rasul, Quran dari Allah, tapi silap faham tentang
Allah, Nabi dan Quran sampaikan kita minta tolong kepada Nabi Muhammad.
Orang-orang Nasrani tidak memiliki ilmu agama. Kerana itu mereka ditimpakan
dengan kesesatan. Tatkala mereka hendak menuju kepada sesuatu, mereka tidak
memperoleh petunjuk kepada jalannya. Hal itu adalah kerana mereka tidak
menempuhnya melalui jalan yang sebenarnya, iaitu jalan kebenaran.
Contoh kedua orang yang sesat adalah golongan Munafik. Mereka ini dulu
sembahyang belakang Nabi tapi masih tidak mahu terima Islam. Mereka itu terdiri
dari golongan Ansar. Tidak ada yang munafik dari golongan Muhajirin. Dan tidak
ada golongan munafik semasa di Mekah. Kerana mereka yang masuk Islam di Mekah
itu adalah benar-benar ikhlas. Tapi apabila Islam berkembang di Madinah, ada
golongan Ansar yang masuk Islam kerana terpaksa sebab satu kampung atau satu
puak dah masuk Islam. Mereka hendak jaga kepentingan. Kepentingan
peribadi atau kepentingan bermasyarakat. Tapi dalam hati mereka tidak ikhlas.
Contoh mereka yang sebegini adalah ahli politik yang banyak tolong orang semasa
menjadi pemimpin. Tapi lepas jadi pemimpin, sudah tidak ada pangkat, mereka
tidak tolong orang dah. Rupanya mereka tolong orang semasa jadi pemimpin itu
adalah sebab kepentingan – mereka hendak meraih undi dan supaya mereka
dikatakan sebagai pemurah. Mereka yang seperti itu ada sifat munafik. Mereka
buat kebaikan itu bukan kerana Allah.
Penerangan tentang orang Kristian ini ada dalam Ali Imran dan Maryam.
Penerangan tentang orang Munafik ada dalam surah an-Nisa dan Baqarah:8-20.
Walaubagaimanapun, keempat-empat surah itu mengandungi empat perkara
penting dalam Quran: Tauhid – Risalah – Infaq (sedekah) – Jihad. Selain itu
tentang hukum hakam dan kisah-kisah.
Secara ringkasnya, apabila wahyu Allah iaitu Quran dibaca kepada manusia,
manusia akan terbahagi kepada lima puak:
- Yang beriman
- Yahudi
- Musyrikin
- Kristian/Nasara
- Munafik.
Selain dari mereka yang beriman, empat golongan yang lain itu akan masuk
neraka tak keluar-keluar. Kalau manusia yang kafir pun terbahagi kepada empat
golongan itu juga.
‘Orang-orang yang sesat’, kurang sedikit salah mereka. Walaupun mereka
masih salah, tapi kurang kalau dibandingkan dengan orang-orang yang dimurkai.
Untuk membayangkannya, kita ambil contoh dua orang anak yang telah diberi
arahan oleh ayahnya untuk tidak memakan makanan yang disediakan. Kerana ayahnya
hendak keluar sebentar. Ada anak yang besar, dan ada adiknya yang lebih muda.
Tapi apabila ayahnya pulang, didapati makanan itu telah habis dimakan. Tentulah
kemarahan ayahnya tidak sama kepada dua anak itu. Ayahnya lebih marah kepada
anaknya yang besar daripada anak yang kecil. Kerana anak yang kecil itu hanya
mengikut sahaja. Tapi anak yang besar itu sepatutnya lebih mengetahui.
Begitulah kita tahu bahawa Yahudi itu tahu kebenaran tapi mereka sombong untuk
mengikutinya. Tapi orang Nasrani itu dalam kebingungan dan tidak tahu apa-apa.
Itu bukanlah alasan untuk melarikan diri dari kesalahan, tapi kalau
dibandingkan dengan kesalahan orang yang sepatutnya tahu kebenaran, ianya
adalah kurang sedikit salahnya. Allahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan