Tokoh selanjutnya yang disusun oleh
Al-Qushairy ialah Yusuf bin al-Husain
atau dipanggil Abu Ya`kub al-Razi, Shaykh di Al-Rayy dan Al-Jibal pada
zamannya. Dia adalah satu-satunya
pendukung tariqatnya, iaitu `Menggugurkan kemegahan kedudukan,
Meninggalkan sifat berpura-pura dan hendaklah bersifat ikhlas.`
Dia
adalah seorang yang alim dan juga sasterawan. Dia bersahabat dengan Dzu
al-Nun al-Misri dan Abu Turab al-Nakhshabi dan rapat hubungan dengan Abu Sa`id
al-Kharraz. Dia meninggal pada tahun (m. 304H.).
Sebagai bukti bahawa Yusuf Al-Razi tinggi
dengan komitmen tariqatnya, bahawa dia berkata,
``Sekiranya aku menemui Allah Ta`ala
dengan segala dosa yang aku lakukan, terlebih suka bagiku menemuiNya dengan satu dzarrah pura-pura.``
Berkata Yusuf bin al-Husain, ``Apabila engkau
melihat seorang murid mencari keringanan (rukhs*ah), sesungguhnya tidak memberi
faedah (kemalasan) baginya.
Yusuf al-Razi menulis kepada Al-Junayd,
``Allah tidak memberimu makanan bagi diri engkau, kerana jika engkau
merasainya, maka engkau tidak merasainya kebaikan selepasnya selama-lamanya.``
Berkata Yusuf bin al-Husain, ``Aku melihat kekejian orang-orang sufi pada bersahabat dengan orang
baru, mu`asharah dengan lawan dan berlembut dengan orang yang lalai dan lupa.``
Yusuf al-Razi turut meriwayatkan Hadith dan
namanya terdapat sebagai sanad bagi matan Hadith.
Bercakap kepada kami oleh Abu Na*sr,
`Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ahmad
bin Husain al-Razi berkata, aku mendengar Yusuf bin al-Husain berkata, bercakap
kepada kami setengah kawan-kawanku, daripada Abi Bakr bin Da`wud al-Isbahani
daripada bapanya dari Suwayd bin Sa`id daripada `Ali bin Misbar, daripada Abi
Yahya al-Fattat dari Mujahid dari Ibn `Abbas berkata, bersabda Rasulullah
s.a.w. bermaksud: ``Siapa yang `ishqi dan murni dan dia sembunyikan, maka dia
mati, maka dia shahid.`` Hadith D*aif diriwayatkan oleh Khatib dengan sanad kepada Ibn `Abbas r.a.
Sebuah lagi Hadith terkenal yang Yusuf adalah menjadi sanad di
dalamnya, iaitu,
``Mengkhabarkan kami oleh `Abdullah berkata,
bercakap kepada kami Muhammad, bercakap kepada kami Yusuf, bercakap kepada kami
`Abdullah bin Hadhir, bercakap kepada kami Ahmad bin Hanbal, bercakap kepada
kami Rauh, daripada Sa`id, daripada Qatadah, daripada Anas berkata, bersabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidak beriman salah seorang daripada kamu
sehingga dia mengasihi saudaranya apa yang dikasihi bagi dirinya.``Hadith
Sahih.
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-T*usi
berkata, aku mendengar Aba Ja`afar Muhammad bin Ahmad al-Razi berkata, aku
mendengar Yusuf bin al-Husain berkata, ``Kaum itu mengetahui bahawa sanya Allah
melihat mereka itu, maka sepatutnya siapa yang dilihatNya menjaga segala sesuatu . (agar tidak salah laku).
Katanya, berkata Yusuf, ``Siapa yang
mengingati Allah dengan hakikat dzikir terhadapNya, maka lupa ia dari ingatan
yang lain, siapa yang lupa mendzikirNya,
dia lupa Tuhan dan Tuhan melupainya.``
Berkata Yusuf, ``Ringan perut mengurangkan
syahwat dengan kelebihan bertambah ibadat.``
Yusuf ditanya
tentang faqir sebenar, katanya, ianya tidak kisah dengan akibat waktu, jika siapa selalu mengiranya
untuk pendapatan, maka tidalah layak ia sebagai faqir.``
Berkata Yusuf, `` Asal akal ialah senyap,
batin akal ialah sembunyi rahsia dan zahir akal ialah mengikut Sunnah.``
Berklata Yusuf, kebaikan ibarat berada di
dalam satu rumah, kuncinya ialah tawadhu`, kejahatan juga ibarat berada di
dalam rumah, kuncinya ialah takabbur. Dan apa yang menjadi dalil kepada
engkau,, bahawa Adam a.s. adalah tawadhu` bahawa dia berdosa. Dia mohon
kemaafan dan keampunan, sedang Iblis adalah takabbur dan tidak memberi sesuatu
manfaat.``
Katanya, berkata Yusuf, ``Dengan beradab
(dalam belajar) memudahkan kefahaman terhadap ilmu, dengan ilmu membetulkan
amal, dengan amal mencapaikan hikmah, dengan hikmah memberi kefahaman tentang
zuhd dan taufik dengannya, dengan zuhud meninggalkan aspek-aspek keduniaan,
dengan meninggalkan aspek-aspek keduniaan mendorong kepada kegemaran terhadap
akhirat, dan dengan kegemaran terhadap akhirat mencapai keredhaan Allah.``
Berkata Yusuf, ``Aku memerhati tentang
kecacatan adab makhluk. Aku kenal dari
mana datang. Aku melihat kekejian sufi dalam berkawan, bergaul tanpa memilih
kawan, dan menurut kemahuan mereka.``
``
Berkata Yusuf lagi, ``Aku berjanji dengan
Allah ratusan kali, tidak berkawan dengan sembarangan orang, menjaga sempadan,
tertib pergaulan, waspada dari maksiat daripada terjatuh pada melakukan, lebih
baik bersendirian.``
Berkata Yusuf, Di dunia ada dua jenis keegoan
(kesombongan):
Pertama: Ego dengan ilmu sebagai ilmuan dan
intelektual, menghilangkan ego dan kesombongan ini ialah dengan beribadat dan
menyedari hakikat diri.
Kedua: Ego dengan harta, sebagai orang berada
dan kaya yang mendapat apa saja dengan harta. Bagi mengatasi ini ialah dengan zuhud.``
Dan dikatakan, menyoal Yusuf daripada sabda
Nabi, ``Arihna ya Bilal` - bermaksud, Istirihatkan kami wahai Bilal, menurut
Yusuf bermaksud, ``Maknanya , rehatkan kami daripada kegusaran dunia dan
perkara yang berlaku, kerana `Qurrat `Ayn` Rasulullah s.a.w. ialah bersolat.``
Demikian cetusan pendapat Yusuf bin al-Husain
al-Razi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan