Al-Naisaburi dan sekitarannya seperti Al-Tus,
Al-Balakh dan wilayah Khurasan adalah tanah subur bagi kelahiran
tokoh-tokoh rohani.
Ini ialah kerana ramainya shaykh-shaykh kesufian yang lahir di sini
yang sudah tentu pula banyaknya ribat*, madrasah, khanaqah dan zawiah yang
menganjurkan pengajian dan penghayatan kesufian di kawasan ini. Ini juga
ditambah dengan suasana alam sekitar yang menarik indah dan lembut yang
melembutkan jiwa kesufian sehingga pancaran dari jiwa kesufian terpancar dalam
keilmuan, ungkapan kerohanian, bahkan dari segi seni bina penduduknya. Berbanding
dengan kawasan tanah `Arab yang panas dan keras, tidak banyak melahirkan
tokoh-tokoh kerohanian sebagai di tanah bahagian timur yang lebih lembut dan
menghaluskan jiwa.
Salah seorang lagi yang lahir dari daerah
berkenaan (Naisaburi) ialah Abu Zakaria
Yahya bin Mu`adz al-Razi al-Wa`iz (m.
258H.). Dia mempunyai intuisi kerohanian yang tinggi dan mendalam dalam
bidang ma`rifat. Menurut
Al-Qushairy dia keluar dari Naisabur dan
bermukim di Balakh beberapa masa dan
kembali semula di Naisaburi dan meninggal di tanah kelahirannya ini.
Manakala Al-Sulami mengatakan bahawa nama
penuh Al-Razi ialah Yahya bim Mu`dz bin Ja`afar al-Razi al-Wa`iz*. Dia berkemampuan bercakap tentang
ilmu `Al-Raja` (Harapan) dan mempunyai kemampuan berbahasa yang indah. Menurut
Al-Sulami, Yahya adalah bertiga beradik,
iaitu Yahya, Ismail dan Ibrahim. Tertua kalangan mereka ialah Isma`il, Yahya
adalah kedua dan yang bungsu ialah Ibrahim. Mereka semuanya tergolong kalangan
zuhhad.
Adapun Ibrahim keluar bersama Yahya ke Khurasan
dan Ibrahim meninggal di tempat antara Naisabur dan Balakh dan ada yang
mengatakan dia meninggal di negeri Khurzjan. Adapun Yahya keluar ke Balakh dan
berada di sana beberapa masa dan kemudian kembali menetap di tanah kelahirannya
di Naisaburi dan mati di sana (m. 258.H.).
Al-Razi mempunya sanad di dalam riwayat
kepada Ibn `Abbas sahabat Nabi Muhammad
s.a.w.
`Bercakap kepada kami Muhammad bin Ahmad bin
al-Hasan, berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Muhammad al-Auraq, bercakap
kepada kami Muhammad bin `Abdik, berkata, aku mendengar Yahya bin Mu`adz
al-Razi al-Wa`iz*, meyebut daripada Hamdan bin `Isa al-Balakhi daripada
a-Zibridan daripada al-Sha`bi, daripada
Ibn `Abbas berkata, ``Taqwa adalah mulia akhlak dan baik makanan.``
Satu lagi riwayat kepada kata sahabat ialah,
``Bercakap kepada kami al-Husain bin Ahmad bin Asad al-Harawi, berkata bercakap
kepada kami Muhammad bin `Ali bin Husain al-Balakhi, bercakap kepada kami Nasr
bin al-Harith, bercakap kepada kami Yahya bin Mu`adz, bercakap kepada kami `Is*mah
bin `As*im, bercakap kepada kami Sa`dan al-Halimi, bercakap kepada kami Ibn
Juraij daripada Ibn al-Zubair daripada Jabir berkata, ``Adalah Rasulullah
s.a.w. sentiasa bertafakkur, panjang duka dan kurang ketawa, melainkan dia
adalah tersenyum.``
Manakala kata-kata Mu`adz adalah diriwayatkan
(tidak disertakan rawi) bahawa
Abu Muhammad al-Askabi berkata, ``Aku
mendengar Yahya bin Mu`adz berkata,
``Siapa yang menuntut buka pintu kehidupan
dengan lain daripada kunci qadar, maka
dia mewakil kepada makhluk.``
Berkata Yahya, Solat ialah hirfah, tempatnya
khulwah, modalnya, ijtihad dengan al-Sunnah dan bauannya syurga.
Yahya al-Razi juga berkata, ``Sabar
berkhulwah menandakan ikhlas.``
Berkata Ya`qub al-Darimi berkata,, aku
mendengar Yahya bin Mu`adz al-Radzi berkata.
``Dunia adalah negara kesughulan, di akhirat berlaku kehuru-haraan dan
sentiasalah hamba antara kesughulan dan kehuru-haraan hinggalah dia mendapat
ketetapan menetap sama ada ke syurga
atau neraka.``
Berkata Yahya bin Mu`adz, Tiga perkara
daripada sifat awliya`,
Percaya dengan Allah pada setiap sesuatu,
kaya dengannya (tidak berhajat) kepada
tiap-tiap sesuatu yang lain dan kembali
kepada Allah pada tiap-tiap suatu.``
Berkata Yahya bin Mu`adz, ``Bagaimana
dikatakan orang zahid, sedangkan tiada kewarakan padanya, buat-buat wara`
dengan ketiadaannya pada diri engkau, kemudian
berzuhud yang ketiadaannya
(zuhud) pada diri engkau.``
Berkata Yahya bin Mu`adz, ``Jatuhnya seorang
hamba dengan darjat yang dia mendakwa dengannya.``
Berkata Yahya bin Mu`adz, ``Siapa yang suka
berkhidmat kepada Allah, segala perkara suka berkhidmat kepadanya, siapa yang
lembut matanya (tenang) kepada Allah,
tenang mata segala sesuatu kepadanya.``
Kata
Yahya bin Mu`adz lagi, ``Ketika turun bala zahirlah hakikat kesabaran dan
ketika tersingkap takdir pada sesuatu
lahirlah hakikat redha.``
Kata Yahya bin Mu`adz, `` Aku menjauhi dari
bersahabat tiga jenis manusia,
`Ulama` yang lalai, pembaca (al-Qur`an) melebih-lebihkan lagu dan sufi yang jahil
(palsu).
Berkata Yahya bin Mu`adz lagi, Anak-anak
dunia dikhidmati oleh yang berkelalaian
, manakala anak-anak akhirat dikhidmati yang berkebajikan.
Dan berkata Yahya bin Muadz lagi:, Jangan
harap balasan dari apa yang engkau tidak lakukan. Hendaklah setiap waktu yang
engkau lalu terlebih baik padanya engkau
laku.``
Demikianlah antara kata-kata yang diungkapkan
oleh Yahya bin Mu`dz yang dapat
direnugi, mungkin antaranya dapat memberi pencerahan dan panduan kepada kita di
dalam kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan