'Amru ini
ialah seorang daripada guru Al-Junaid. Suatu hari dia menulis sepucuk surat
kepada Al-Junaid, Syibli dan Hariri yang berbunyi, 'Orang
yang berani masuk ke dalam jalan kerohanian (tariqat sufi) ini ialah orang yang
telah mengetahui yang dia akan menempuh dua ribu batang sungai yang amat deras
airnya dan dua ribu buah gunung berapi sebelum dia mencapai 'kenal diri'.
Barang siapa yang tidak berani menghadapi percubaan itu, maka lebih baik jangan
cuba mengatakan dirinya sebagai orang yang mencari makrifatullah'.
Apabila surat dari 'Amru yg berada di Mekah itu sampai kepada aulia Allah yang
berada di Iraq, mereka mentafsirkan bahawa dua ribu buah gunung api itu sebagai
keadaan² bukan wujud yang mesti ditempuh oleh orang dalam perjalanan itu dan
dua ribu batang sungai itu sebagai wilayah wujud yang akan dimasuki supaya
sampai kepada kehampiran dengan Allah. Mendengarkan ini, Al-Junaid berkata
bahawa dia hanya telah menempuh satu halangan itu sahaja. Hariri berkata dia
hanya baru berjalan tiga langkah sahaja. Sybili berkata bahawa mereka berdua
itu telah beruntung juga kerana dia sendiri belum pun masuk ke dalam satu
daripada keadaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan