Manakala
Abu `Abdullah `Amrin bin `Uthman al-Makki, nama lengkapnya ialah
`Amru bin `Uthman bin Kurabi bin Ghussas. Kunyahnya ialah Abu `Abdullah. Dia
bersahabat dengan Al-Junayd dan Abu Sa`id al-Kharraz dan lain-lain dari
kalangan shaykh-shaykh sufi, dia bertemu
dengan `Abdullah al-Nabaji. `Amrin bin
`Uthman al-Makki seorang yang alim di dalam bidang usul dan tariqat dan mampu
mengungkapkan kata-kata yang indah. `Amrin bin `Uthman meninggal di Baghdad
tahun (m. 291H.).
`Amru bin `Uthman al-Makki mempunyai sanad
kepada sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu:
Bercakap kepada kami oleh Abu Bakar, Muhammad
bin `Abdullah bin Shadzan, berkata, bercakap kepada kami Abu Bakar, Muhammad
bin Ahmad al-Asbahani al-`Uqaili, bercakap kepada kami `Amru bin `Uthman
al-Makki, bercakap kepada kami Abu Bakar al-`Aidzi al-Makhzumi, bercakap kepada kami Abu
`Abdullah al-Makhzumi dan Abu Ya`qub. Keduanya berkata al-Buwait*i, bercakap
kepada kami Ibn `Uyainah, daripada al-A`mash darpada Mansur, daripada Abi
Wa`il, daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata, ``Adalah kami berkata, sebelum
difardhukan pembacaan al-tashahhud,
``Al-Salam `ala Allah dan al-Salam ke atas fulan.``
Kami mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi
berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Ahmad al-Qanadili berkata, kata
`Amru bin `Uthman al-Makki, Bertaubat adalah wajib di atas semua dosa dan orang
yang melakukan ma`siat, kecil atau besar dosa, tiada bagi seorang keuzuran bagi
meninggalkan taubah selepas terjatuh kepada ma`siat, kerana yang melakukan
ma`siat keseluruhan Allah berjanji dan tidak gugur daripada mereka itu janji
(wa`id), melainkan dengan taubat. Ini adalah maksud yang diterangkan bahawa
taubat itu fardhu.
Dengan sanad yang sama di atas, kata `Amru, ``Ketahuilah
bahawa setiap apa yang ditohmah oleh hati engkau, atau yang berlari dalam
fikiran engkau, atau tergaris pada permukaan hati engkau dari kebaikan atau
keburukan atau kejinakan, yang bercahaya, keindahan dan keburukan, terang atau
berbayang, nyata atau khayal, Allah menyebutnya Allah Mengetahui lebih jauh mendahului daripada yang demikian itu, bahkan Dia lebih
Besar, Lebih Tinggi dan Lebih Agung.
Tidakkah engkau mendengar akan fitrmanNya
yang bermaksud:
``Tiada
seumpamanya sesuatu. Dan Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat`` (Al-Shura: 11).
FirmanNya lagi bermaksud: ``Da tidak beranak dan tidak diperanakkan
dan tidak ada siapa yang setara
denganNya .`` (Al-Ikhlas: 3 -4).
Dengan sanad yang sama kata `Amru bin
`Uthman, ``Maruah ialah melupakan kesilapan kawan-kawan.``.
Dengan sanad yang sama berkata `Amru:
`Marifat ialah berterusan kasih kepada Allah
Ta`ala, berterusan takut kepadaNya berterusan mendepaniNya, berterusan hati
mendzikirkannya. Dia adalah ilmu berhubung dengan hati dengan mengurangkan
kemahuan dan kehendak, tapi melebihkan kefahaman.
Dan Kata `Amru, bahawa ma`rifat ialah sihat
dari segi tawakkal kepada Allah Ta`ala.``
Berkata `Amru, bahawa ri`ayah adalah
bersahabat (beserta) engkau pada setiap ahwal seperti di dalam ibadat hinggalah
engkau kembali kepada Allah, demikian
juga dengan taqwa.
Berkata Amru, benar dalam wara`adalah
kemestian seperti kewajipan sabar di dalam wara`. Makna benar ialah i`tidal dan
adil.
Berkata `Amru, ``Ketahuilah bahawa mahabbah
termasuk di dalam redha,, tidak ada mahabbah tanpa redha dan tidak ada redha
melainkan dengan mahabbah, kerana engkau tidak cinta melainkan kepada perkara
yang engkau redha dan meredhai.``
Tambah `Amru, Al-Raja`termasuk pada
mentahqiqkan redha.``
Aku mendengar Muhammad bin Ja`afar al-Baghdadi
berkata, ``Aku mendengar Aba `Ali al-Isfahani berkata, aku mendengar `Amri bin `Uthman al-Makki berkata,
`Tidakku bersahabat dengan seseorang yang
lebih memberi manfaat dari segi persahabatan dan melihatnya lebih daripada Abi
`Abdillah al-Nabaji.``
Demikian kata-kata dari dua tokoh, iaitu
Ahmad bin Nasr al-Zaqqaq dan `Amri bin
`Uthman al-Makki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan