Catatan Popular

Isnin, 8 Oktober 2018

WASIAT -WASIAT IBN ARABI - WASIAT 5 : WASIAT IHWAL ZIKIR KEPADA ALLAH


Kitab Al-Washaya li Ibn al-‘Arabi

Hendaknya engkau berzikir kepada Allah dalam keadan sembunyi mahupun terang terangan, dalam keadaan sendiri mahupun berkumpulan.

Allah berfirman: Ingatilah kepada Ku, niscaya Aku akan ingat kepadamu (QS Al Baqarah,2.:152)

Jawapan atas zikir hamba kepada Nya adalah zikir Allah kepadanya.

Kesengsaraan apakah yang lebih besar di derita seorang hamba selain dosa?

Dalam keadaan sempit beliau berdoa: ‘Alhamdulillah ‘ala kulli hal (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan).

Dan dalam keadaan lapang, beliau berdoa sebagai berikut: ‘Alhamdulillah al-Mun’im al-Mufdhil (segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat dan memberikan keutamaan).

Jika engkau merasakan hatimu selalu melantunkan zikir kepada Allah dalam segala keadaan, nescaya hatimu akan diterangi dengan cahaya zikir.

Cahaya itu akan memberikan kepadamu al-kasyf (penyingkapan).
Dengan itu akan memberikan atau tersingkaplah segala sesuatu. Jika penyingkapan itu tampak, maka tampaklah pula rasa malu yang menyertainya.

Buktimu atas hal itu adalah perasaan malu yang menyertainya. Buktimu atas hal itu adalah perasaan malumu kepada tetangga dan kepada orang orang yang engkau miliki hak dan kemampuan.
Tidak pelik lagi, keimanan memberikan kepadamu pengagungan hak mu.

Allah SWT berfirman: Dan laki laki dan perempuan yang banyak mengingat Allah (QS Al Ahzab, 33:35).

Dan zikirlah yang paling agung adalah mengingati Allah dalam apa jua keadaanmu.

Tiada ulasan: