Catatan Popular

Sabtu, 1 Oktober 2011

MUHASABAH 1: MAKNANYA





Konsep muhasabah diri merupakan konsep yang tidak boleh ditinggalkan oleh mana-mana individu yang ingin mencari keredhoan Allah. Tanpa muhasabah diri terhadap amal yang telah kita lakukan maka sering sahaja kita merasa cukup dan mulalah penyakit hati meresap menguasai jiwa.

Antara penyakit hati yang bahaya ialah “Tulul amal” atau panjang angan-angan seperti yang dinyatakan didalam buku “An-Nasaih Dinniyah Al-Wasaya Imaniyah” karangan Imam Hadad merupakan petanda kerasnya hati seseorang manusia. Bahaya “Tulul amal” ialah seseorang individu itu merasa aman dan berangan bahawa akan dapat mengecapi syurga sedangkan usahanya kearah itu amat sedikit sekali.

Orang yang tinggi takwanya tidak akan merasa aman dengan amal ibadat yang telah dilakukannya kerana dia menyedari bahawa amal yang baik belum dapat memastikan dia mati dalam husnul khatimah. Justeru itu dia akan terus berusaha meningkatkan amal moga dengan itu Allah mengasihinya dan memberikannya pengakhiran yang baik. 

Usaha meningkatkan amal perlu diteruskan demi mendapat keredhaan Allah. Sebagai inisiatif saya telah membuat worksheet muhasabah diri menggunakan “excel” (ini sahaja kemampuan saya)untuk memudahkan kita memuhasabah amal harian kita. Diharapkan worksheet yang telah saya masukkan beberapa formula penilaian ini merupakan permulaan dan dapat diperbaiki oleh mereka yang mahir dalam computer. Sistem muhasabah ini saya usahakan agar dapat digunakan untuk meningkatkan amal ahli-ahli usrah dari seminggu ke seminggu. Jika ingin dapat perisian ini saya boleh bagi dengan percuma melalui email NAMUN dengan syarat sahabat-sahabat menghantarkan reply muhasabah kepada saya kembali. Ini adalah untuk membolehkan saya memperbaiki “Kebolehpercayaan” sistem ini melalui respons sahabat-sahabat. Marilah kita berkhidmat untuk Islam.. Bagi yang berminat sila tuliskan email sahabat-sahabat dibahagian komentar…(Hujung minggu ini baru saya dapat sendkan.. internet slow di tempat kursus ini tidak memampukan saya menghantar sesegera mungkin)

Dalilnya :Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al Hasyr S 59 A18)

Orang beriman diperintahkan oleh Allah swt supaya memilih waktu yang mana ianya digunakan untuk memerhatikkan amalannya sepanjang hari. Apakah ia telah melakukan apa yang diperintahkan ataupun apakah ia telah meninggalkan larangan-larangan Allah swt. Walupun detik atau masa yang diambil itu mungkin tidak lebih dari setengah jam dari jumlah masanya yang Allah swt kurniakan selama 24 jam sehari kepadanya, namun ianya cukup berharga untuk menentukkan tindakan hidupnya yang seterusnya. Ia merenung dan memikirkan  dimanakah kekurangan, pengabaian dan maksiat atau dosa yang telah ia lakukan sepanjang hari?
Kadangkala berfikir itu lebih utama dari beramal seribu tahun, bahkan di dalam Al- Quran seringkali kita temui perkataan ” tatafakkarun, yatafakkarun ” yang membawa maksud yang berkaitan dengan berfikir. Disebabkan untuk berfikirlah, Allah swt mengurniakan akal kepada manusia. Dan berakal itu adalah salah satu rukun yang penting di dalam islam untuk Allah SWT mengtaklifkan sesuatu kepada manusia.

Sekiranya seseorang yang beriman itu tidak mempunyai hitungandi dalam hidupnya bagaimanakah ia hendak memperbaiki dirinya. Dia kan sering mengatakan pada dirinya bahawa ia telah melakukan banyak kebaikkan di dalam hidupnya namun kiranya ia menyelidikki keadaan itu boleh menjadi sebaliknya.

Orang yang cerdik di dalam hidupnya ialah mereka yang selalu menghisab, memperbaikki amalan hidupnya dan menambah amalan – amalan solehnya, hasil dari muhasabah terhadap dirinya.

Sementara orang yang rugi ialah mereka yang terus bermaksiat sehingga sampai ajalnya kerana ia tidak pernah memperuntukkan masa untuk mennilai dirinya.

Hakikat muhasabah itu bolehlah diumpamakan seperti seorang peniaga yang mesti meneliti perniagaannya, mengira modalnya, untungnya dan ruginya . hasil dari penelitian itulah ia akan mengetahui akan untung ruginya perniagaannya dan mencorak langkah yang wajar diambilnya.
 Dengan melakasanakan Muhasabah, seorang hamba akan selalu menggunakan waktu dan jatah hidupnya dengan sebaik-baiknya, dengan penuh perhitungan baik amal ibadah mahdhah maupun amal sholeh berkaitan kehidupan bermasyarakat. Allah SWT memerintahkan hamba untuk selalu mengintrospeksi dirinya dengan meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Diriwayatkan bahwa pada suatu ketika Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. melaksanakan shalat shubuh. Selesai salam, ia menoleh ke sebelah kanannya dengan sedih hati. Dia merenung di tempat duduknya hingga terbit matahari, dan berkata ; 

“Demi Allah, aku telah melihat para sahabat (Nabi) Muhammad SAW. Dan sekarang aku tidak melihat sesuatu yang menyerupai mereka sama sekali. Mereka dahulu berdebu dan pucat pasi, mereka melewatkan malam hari dengan sujud dan berdiri karena Allah, mereka membaca kitab Allah dengan bergantian (mengganti-ganti tempat) pijakan kaki dan jidat mereka apabila menyebut Allah, mereka bergetar seperti pohon bergetar diterpa angin, mata mereka mengucurkan air mata membasahi pakaian mereka dan orang-orang sekarang seakan-akan lalai (bila dibandingkan dengan mereka).” » 

Muhasabah dapat dilaksanakan dengan cara meningkatkan ubudiyah serta mempergunakan waktu dengan sebaik-baiknya. Berbicara tentang waktu, seorang ulama yang bernama Malik bin Nabi berkata ; « “Tidak terbit fajar suatu hari, kecuali ia berseru, “Wahai anak cucu Adam, aku ciptaan baru yang menjadi saksi usahamu. Gunakan aku karena aku tidak akan kembali lagi sampai hari kiamat.” 

Waktu terus berlalu, ia diam seribu bahasa, sampai-sampai manusia sering tidak menyadari kehadiran waktu dan melupakan nilainya. Allah SWT bersumpah dengan berbagai kata yang menunjuk pada waktu seperti Wa Al Lail (demi malam), Wa An Nahr (demi siang), dan lain-lain.
Waktu adalah modal utama manusia. Apabila tidak dipergunakan dengan baik, waktu akan terus berlalu. Banyak sekali hadits Nabi SAW yang memperingatkan manusia agar mempergunakan waktu dan mengaturnya sebaik mungkin.

“Dua nikmat yang sering disia-siakan banyak orang: Kesehatan dan kesempatan (waktu luang).” (H.R. Bukhari melalui Ibnu Abbas r.a).

1 ulasan:

Rustam Effendi berkata...

tolong form muhasabah dalam bentuk excel di kirim ke rustam29@gmail.com. terima kasih