Catatan Popular

Sabtu, 8 Oktober 2011

TOKOH TAREKAT BA‘ALAWI : AL IMAM AL HABIB UMAR AL MUHDHOR (WAFAT 833 H)

Salah satu Ijazah dzikir istighosat yang diberikan oleh maha guru saya di pesantren Darul Hadist Al faqihiyyah kepada santri-santrinya adalah Istighosat Habib Umar Al muhdhor yang senantiasa dibaca menjelang sholat subuh secara berjamaah.( “YA U’MAR BUU U’MAR KHU U’MAR AKHWAT U’MAR SYAI LILLAH ” 100 X ” YA TARIM WA AHLAHA 100 X).

Nasabnya:

Umar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ibunya adalah as-Sayyidah ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Wara’ bin Ahmad asy-Syahid bin al-Faqih al-Muqaddam. Beliau dilahirkan di KotaTarim, Hadramaut. Mendapat didikan awal daripada ayahnya al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Pada usia yang masih kecil beliau sudah menghafaz al-Quran dan kitab al-Minhaj. Selain ayahnya, beliau juga berguru kepada al-Faqih Abu Bakar bin Muhammad Bilhaj BaFadhal. Menurut Muhammad bin Abu Bakar asy-Syili, al-Habib Umar al-Muhdhor mencapai tahap mujtahid mutlaq didalam ilmu syariat.

Mujahadahnya:
Beliau adalah seorang yang sangat kuat bermujahadah. Al-Habib Umar al-Muhdhor, selama 30 tahun tidak memakan kurma. Ketika ditanya kepadanya mengapa? Beliau menjawab: aku tidak memakannya kerana kurma membuatkan aku dirangsang oleh nafsu syahwat. Oleh sebab itu akau melarang diriku untuk memakannya. Selain dari terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah, beliau juga terkenal sebagai seorang yang maqbul doa, kasyaf dan mempunyai pelbagai karamah. Sebagaimana biasa kaum ‘Alawiyyin memilih unuk khumul dan menghindari syuhrah (kemasyhuran).

Sifatnya:
Walaupun al-Habib Umar al-Muhdhor seorang hartawan keran memiliki banyak kebun kurma, namun beliau sangat terkenal dengan sifat pemurah. Ia mendirikan banyak masjid dan mewaqafkan harta untuk pembiayaannya. Terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Muhdhor di Kota Tarim. InsyaAllah, akan aku ceritakan nanti … Selain itu, al-Habib Umar al-Muhdhor juga menjamin nafqah untuk beberapa buah keluarga yang miskin. Rumahnya tidak pernah sepi dari tetamu yang datang berkunjung baik untuk kepentingan agama mahupun kepentingan duniawi.

Karamahnya:
Diantara karamah beliau:
  • Kisah 1 : Pernah al-Habib Umar al-Muhdhor memberi kepada sahabatnya segantang kurma yang dibubuhnya dalam keranjang. Setiap hari shahabatnya itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian tersebut si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Swaktu ditimbang, ternyata kurma tetap beratnya segantang saja seperti yang diberikan oleh al-Habib Umar Al-Mudhor sebelumnya. Walaubagimanapun setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja, sedangkan sebelum ini jumlah yang sama bertahan selama beberapa bulan. Kemudian, keluarga tersebut mengadukan kejadian itu pada al-Habib Umar al-Muhdhor. Beliau menjawab: “Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun”.
  • Kisah 2 : Seseorang datang mengadu pada al-Habib Umar al-Muhdhor: “Kalung isteriku dicuri”. Al-Habib Umar al-Muhdhor berkata: “Katakan pada orang banyak di sekitarmu, sesiapa yang mengambil kalung tersebut hendaklah segera mengembalikannya, jika tidak, dalam jangkamasa tiga hari, orang yang mengambil kalung tersebut itu akan mati dan kalung itu akan dibaju pencuri terbabit. Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut. Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia mendapati orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Sewaktu diperiksa ia mendapati kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh al-Habib Umar.
Beliau adalah putra dari Syeikh Habib Abdurrahman As-Seggaf. Beliau seorang wali besar yang mempunyai karamah luar biasa. Karamahnya banyak diceritakan orang.diantaranya Harta bendanya dibiarkan begitu saja tanpa dijaga sedikitpun. Anehnya siapa saja yang berani mengganggunya pasti terkena bencana seketika itu juga walaupun seekor binatang sekalipun yang berani mengganggu tanamannya tanpa pengetahuan beliau, binatang itu akan mati seketika itu juga.

dikisahkan ada seekor burung gagak yang makan pohon kurmanya. Burung itu segera dihalaunya. Tidak lama kemudian, burung gagak itu pun kembali makan pohon kurma beliau. Dengan izin Allah burung gagak itu tersungkur mati seketika itu juga.

Pelayan beliau ada yang mengadukan tentang banyaknya kijang yang menyerang kebun beliau dan para tetangga beliau banyak yang mentertawakannya. Habib Umar menyuruh pelayannya untuk mengusir kijang tersebut yang mengganggu tanamannyan atas izin Alloh Kijang-kijang tersebut berpindah kekebun tetangganya yang menertawakan tersebut kecuali hanya seekor kijang saja yang tidak mau berpindah. Dengan mudah kijang tersebut dipegang oleh beliau dan disembelih.
Seorang datang mengadu pada beliau: “Kalung isteriku dicuri”. Habib Umar Al-Muhdhor berkata: “Katakan pada orang banyak di sekitarmu, siapa yang merasa mengambil kalung itu hendaknya segera dikembalikan, kalau tidak dalam waktu tiga hari ia akan mati dan kalung tersebut akan kamu temui pada baju pencuri itu”. Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut. Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia dapatkan orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Waktu diperiksa ia dapatkan kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh Habib Umar Muhdhor.

Pernah beliau memberi kepada kawannya segantang kurma yang ditempati dalam keranjang. Setiap hari orang itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian itu si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Waktu ditimbang ternyata hanya segantang saja seperti yang diberikan oleh Habib Umar Al-Mudhor. Anehnya setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja. Waktu keluarga itu mengadukan kejadian itu pada Sayid Umar beliau hanya menjawab: “Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun”.

Doa beliau sangat musta’jab, banyak orang yang datang pada beliau untuk mohon doa. Ada seorang wanita yang menderita sakit kepala yang berpanjangan. Banyak doktor dan tabib yang dimintakan pertolongannya. Namun tidak satupun yang berhasil. Si wanita itu menyuruh seorang untuk memberitahukan penderitaannya itu kepada Sayid Umar Al-Muhdhor. Beliau berkunjung ke rumah wanita yang sakit kepala itu dan mendoakan baginya agar diberi sembuh. Dengan izin Allah wanita itu segera sembuh dari penyakitnya.

Ada seorang lelaki yang mengadu pada beliau bahwa ia telah kehilangan uang yang berada di dalam pundi-pundinya. Beliau berdoa kepada Allah mohon agar wang lelaki itu dikembalikan. Dengan izin Allah pundi-pundi itu dibawa kembali oleh seekor tikus yang menggondolnya.

Karamah beliau banyak sekali sehingga sukar untuk disebutkan semua


Kewafatannya:
Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat pada hari itsnin 12 Dhulqaedah 833H didalam keadaan sujud sewaktu sholat dhuhur. Beliau dimakamkan di pemakaman Zanbal.

Tiada ulasan: