Pengertian dan
Cara Berabithah
Adalah merupakan suatu pandangan umum jika kita mengatakan bahawa akal dengan pemikiran positifnya dan juga negatifnya akan mempengaruhi manusia melakukan amal perbuatan selaras dengan apa yang difikirkannya. Ketika seseorang membayangkan fikiran yang kotor/negatif, maka bayangan itu akan mengantarkannya kepada perkara yang tidak suci. Sebaliknya memantapkan suatu bayangan positif dalam alam fikirannya akan mendorongnya kepada amal perbuatan yang bermanfaat. Kerana manusia adalah makhluk yang diberi cahaya akal untuk berfikir maka langkah awal adalah berfikir baru menerapkan kepada tindakan.
Manakala bayangan fikiran yang tak semestinya memasuki kedalaman hati manusia, maka fikiran-fikiran negatif dan syaitani akan menyebar benih, yang akan memusnahkan tanaman-tanaman indah hati. Tempatnya kemudian diganti dengan bayangan fikiran jahat. Pada akhirnya hasil-hasil fikiran jahat ini mempersiapkan manusia untuk melampiaskan berbagai bentuk kejahatannya, yang akan menghitamkan hati serta menghancurkan seluruh hidupnya.
Bayangan fikiran itu seperti pohon berkembang yang beransur-ansur, dan boleh menghasilkan buah yang manis atau pahit. Suatu bentuk bayangan fikiran yang baik adalah merupakan benih yang akan menghasilkan buah perbuatan yang baik dan harum. Dengan senantiasa memelihara bayangan fikiran yang baik, seiring berlalunya waktu, mereka melarikan akar-akar mereka di seluruh penjuru jiwanya dan tumbuh menjadi pohon besar dan kuat.
Melakukan rabithah diumpamakan seperti bercermin. Di hadapan cermin aplikasi perbuatan menyesuaikan diri dengan objek yang ada di hadapannya. Meskipun sifat atau karakter manusia yang telah terbentuk sulit diubah, tetapi apabila orang melakukan usaha-usaha yang tekun untuk menghapus ciri-ciri yang tak diinginkan itu maka keutamaan dan kebajikan secara beransur-ansur menghampirinya. Untuk itu diperlukan pusat perhatian kepada nilai-nilai kebaikan/terpuji, termasuk bayangan kepribadian yang boleh menjadi self-suggestion di setiap waktu dan tempat.
Rabithah ertinya ikatan atau berhubungan, yang bererti proses terjadinya hubungan atau ikatan ruhaniyah antara seorang murid dengan Guru Mursyidnya. Mengikat atau menghubungkan diri dengan Ilahiyah seperti yang diungkapkan Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang memiliki iman, bersabarlah! jadikanlah kesabaran atasmu, berabithahlah (agar diteguhkan), dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan engkau termasuk orang-orang beruntung". (QS. Ali Imran[3]: 200)
Melakukan rabithah mengandung makna menghadirkan/ membayangkan rupa Syeikh atau Guru Mursyidnya yang Kamilah di dalam fikiran ketika hendak melaksanakan ibadah, lebih khusus ketika berdzikir kepada Allah Ta'ala.
Menurut beberapa Ulama sufi, berabithah itu lebih utama daripada zikirnya seorang Salik. Melaksanakan rabithah bagi seorang murid lebih berguna daripada zikirnya, kerana Guru itu sebagai perantara dalam wushul ke hadirat Allah Jalla wa ‘Alaa bagi seorang murid. Apabila bertambah rasa dekat dengan gurunya itu, maka akan semakin bertambah pula hubungan batinnya, dan akan segera sampai kepada yang dimaksud, yakni makrifat. Dan bagi seorang murid harus Fana dahulu kepada Guru Mursyidnya, sehingga akan mencapai Fana dengan Allah Ta'ala".[1]
Menurut Syekh Muhammad bin Abdulah Al-Khani Al-Khalidi dalam kitabnya Al-Bahjatus Saniyyah hal. 43, berabithah itu dilakukan dengan 6 (enam) cara:
1. Menghadirkannya di depan mata dengan sempurna.
2. Membayangkan di kiri dan kanan, dengan memusatkan perhatian kepada ruhaniyahnya sampai terjadi sesuatu yang ghaib. Apabila ruhaniyah Mursyid yang dijadikan rabithah itu tidak lenyap, maka murid dapat menghadapi peristiwa yang akan terjadi. Tetapi jika gambarannya lenyap maka murid harus berhubungan kembali dengan ruhaniyah Guru, sampai peristiwa yang dialami tadi atau peristiwa yang sama dengan itu, muncul kembali. Demikianlah dilakukan murid berulang kali sampai ia fana dan menyaksikan peristiwa ghaib tanda Kebesaran Allah. Dengan berabithah, Guru Mursyidnya menghubungkannya kepada Allah, dan murid diasuh dan dibimbingnya, meskipun jarak keduanya berjauhan, seorang di barat dan lainnya di timur. Selain itu akan membentenginya dari fikiran-fikiran yang menyesatkan sehingga memicu pintu ruhani yang batil memasuki dirinya (baik ruhani-ruhani ataupun i'tikad-i'tikad yang batil),
3. Mengkhayalkan rupa Guru di tengah-tengah dahi. Memandang rabithah di tengah-tengah dahi itu, menurut kalangan ahli Thariqat lebih kuat dapat menolak getaran dan lintasan dalam hati yang melalaikan ingat kepada Allah Ta'ala.
4. Menghadirkan rupa Guru di tengah-tengah hati.
5. Mengkhayalkan rupa Guru di kening kemudian menurunkannya ke tengah hati. Menghadirkan rupa Syekh dalam bentuk keempat ini agak sukar dilakukan, tetapi lebih berkesan dari cara-cara sebelumnya.
6. Menafikan (meniadakan) dirinya dan mentsabitkan (menetapkan) keberadaan Guru. Cara ini lebih kuat menangkis aneka ragam ujian dan gangguan-gangguan.
Dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin, karangan Sayyid Abdurrahman bin Muhammad disebutkan: "Perkataan seorang mukmin yang menyeru ‘Wahai Fulan' ketika di dalam kesusahan, termasuk dalam tawasul yang diseru kepada Allah. Dan yang diseru itu hanya bersifat majaz bukan hakikat. Makna ‘Wahai Fulan! Aku minta dengan sebabmu pada Tuhanku, agar Dia melepaskan kesusahanku atau mengembalikan barangku yang hilang dariku, yang diminta dari Allah SWT. Adapun yang diucapkan kepada Nabi/Wali menjadi sebagai majaz (kiasan) dan penghubung, maka niat meminta kepada Nabi/Wali hanyalah sebagai sebab saja.
Dan diucapkan pada syara' dan adat, contohnya adalah seperti permintaan tolong kita kepada orang lain: ‘tolong ambilkan barang itu'. Maka apa yang sebenarnya adalah kita meminta tolong dengan sebab orang tadi, hakikatnya Tuhan Yang Kuasa atas segala sesuatunya. Apabila kita meyakini orang itu mengambil sendiri secara hakikatnya, maka barulah boleh dikatakan syirik. Maka begitu pulalah berabithah itu sebagai sebab yang menyampaikan bukan tujuan.
Berbicara mengenai sebab, telah banyak ayat Al-Quran dan Hadits Qudsi yang menyatakan bahwa segala perkara yang diperlukankan manusia dan makhlukNya didapati dan dikaruniakan oleh Allah Yang Kuasa, apakah itu makanan, minuman, pakaian, rezeki, kesembuhan, dan sebagainya. Maka untuk kesemuanya itu perlu adanya sebab yang menyampaikan. Penyampaiannya boleh cepat atau lambat. Dan seseorang yang menerima rezeki dari seseorang lainnya, sepatutnyalah berterima kasih kepadanya sebagai adab atas penyampaian rezekinya itu. Begitu pulalah seseorang meminta akan sesuatu hanya kepada sahabat atau lainnya, tentu ada adab-adab atau tatacara tertentu yang harus dilakukan, agar hajatnya itu terpenuhi sesuai dengan kehendaknya. Dan tidak hanya lahiriyyah saja, perkara-perkara ruhaniyahpun memiliki adab atau tatacaranya, agar tercapai penyampaian maksudnya ke Hadhirat Allah Yang Suci.
Maka penyampaian kehendak seseorang hamba kepada lainnya, yakni yang memerlukan sesuatu selain Allah adalah suatu bentuk majaz bukan hakikat. Kalau ia beri'tiqad memohon secara hakikat, maka jadilah syirik yang menyekutukan Tuhannya.
Syekh Muhammad Amin Al-Kurdi Al-Irdibiy Rhm. mengatakan:
"Sesungguhnya rasa dekat dengan Syekh Mursyid bukan kerana dekat zatnya, dan bukan pula kerana mencari sesuatu dari peribadinya, tetapi kerana mencari hal-hal yang dikaruniakan oleh Allah kepadanya (kedudukan yang telah dilimpahkan Allah atasnya) dengan mengi'tiqadkan (meyakini) bahwa yang membuat dan yang berbekas hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala seperti orang faqir berdiri di depan pintu orang kaya dengan tujuan meminta sesuatu yang dimilikinya sambil mengi'tiqadkan bahwa yang mengasihi dan memberi nikmat hanya Allah yang mempunyai gudang langit dan bumi, serta tidak ada yang menciptakan selain dari-Nya. Alasan ia berdiri di depan pintu rumah orang kaya itu kerana ia meyakini bahwa di sana ada salah satu pintu nikmat Allah yang mungkin Allah memberikan nikmat itu melalui sebab orang kaya itu". (Tanwirul Qulub : 527)
Dalam kitab Mafaahiim Yajiibu an Tus-haha karangan Syekh Muhammad ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani bahwa Al-Hafizh Ibnu Katsir menyebutkan:
"Sesungguhnya syi'ar kaum muslimin dalam peperangan Yamamah adalah: ‘Wahai Muhammad! (tolonglah kami)".
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika telah menyesatkan akan kamu sesuatu atau ingin minta pertolongan, sedangkan dia berada di satu bumi yang tidak ada padanya kawan, maka hendaklah dia berkata: ‘Wahai hamba Allah, tolonglah aku!' Maka sesungguhnya bagi Allah itu ada hamba-hamba yang tidak dapat dilihat. Dan sungguh terbuktilah yang demikian itu". (HR. Thabrani)
Dan lagi sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah memiliki malaikat selain Hafazhah yang menulis apa-apa yang jatuh dari pohon. Maka apabila menimpa kepincangan di bumi yang luas, hendaklah dia menyeru: ‘Tolong aku, wahai hamba Allah". (HR. Thabrani)
Firman Allah menyebutkan:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
(QS. An-Nisa‘[4]: 59)
Ulil Amri yang kita patuhi adalah orang yang menjalankan syari'at Islam, bukan orang yang di luar kriteria itu, dan bukanlah pemimpin yang membawa kepada selain sistem yang diajarkan Nabi kita SAW.
Dikisahkan ketika anak-anak Ya'qub As. merasa bersalah (kerana berusaha mencelakakan Yusuf As.), mereka semua menghadap orang tuanya, dan memohon kepada Ya'qub As.
"Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)". Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dialah Yang Pengampun lagi Penyayang (kepada seluruh hamba-Nya)". (QS. Yusuf[12]: 96-98).
Inilah salah satu bukti bahwa permohonan do'a ampunan tidak hanya dilakukan si pemohon, tapi dapat dimintakan tolong kepada seseorang yang dianggap soleh atau dekat kepada Allah SWT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan