Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah
Al-Minangkabui
- Soal: Mana orang ada perhiasan
pada sisi Allah?
Jawab: Manusia yang ada perhiasan pada sisi Allah empat perkara: Pertama, mengajar ilmu yang sebenarnya. Kedua, orang yang belajar ilmu yang sebenarnya. Ketiga, orang yang suka membuat banyak kebajikan. Keempat, orang yang murah tangannya bersedekah, manis mulut dan mukanya kepada segala karib kerabatnya. - Soal: Mana orang yang dibenci
Allah
Jawab: Manusia kebencian Allah itu ialah orang yang kaya bakhil tangannya; kedua, orang tua kasihkan dunia; ketiga, orang vang mengambil kebesaran kepada manusia, sabda Nabi s.a.w. Tidak masuk syurga tiap-tiap (orang) yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada takhbur. Lagi sabda Nabi s.a.w., Jangan kamu bersahabat dengan orang mati jadi mati pula had kamu. Bertanya sahabat, mana orang mati, ya Rasulullah, maka sabdanya, iaitu orang yang gemar akan kemuliaan dunia dan mengikut hawa nafsunya, itulah asal (bagi) tiap-tiap satu kejahatan. Dan takut olehmu mati akan bersahabat dengan orang kaya, kerana kaya itu mewarith takabur. Dan jangan kamu bersahabat dengan orang bakhil, kerana orang bahkhil itu 'aduwullah (musuh Allah). Jangan kamu bersahabat dengan orang yang kasih akan kemuliaan dunia, kerana dunia itu sangat hina pada Allah. Jangan kamu bersahabat dengan orang luba dan tamak, dan jangan kamu bersahabat dengan orang jahil, (nescaya) bertambah dosa. Larilah kamu daripada orang-orang bersifat seperti ini seperti lari kamu daripada harimau. Bersahabatlah dengan orang alim yang sebenarnya, ya'ni benar i'tiqadnya, (nescaya) bertambah ilmu dan bersahabatlah dengan orang salih (nescaya) bertambah gemarmu kepada berbuat amal ibadat. Janganlah kamu menuntut ilmu daripada orang yang tamak kepada harta dan tamak kepada kemuliaan dunia (nescaya akan) membawa (kamu) kepada kebinasaan. (Orang seperti itu) bukan orang alim yang sebenarnya syaitan la'nat Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan