Catatan Popular

Ahad, 24 November 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (33). Ilmu Tasawuf

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

167 Soal: Apa kata kamu pada orang lebai menegah menuntut ilmu tasawuf. Berkata ia, "Ilmu tasawuf itu bukan ilmu kita orang awam, hanya ilmu tasawuf itu ilmu orang di atas-atas, dan lagi tiada terpegangi hukumnya, kerana kita orang awam banyak jahil." Adakah harus diperpegangi kata itu?
Jawab: Tiada harus diperpegangi kata itu kerana tersalah fahamnya ialah
(dialah) orang sesat tiada boleh diikut. Dari mana dia dapat hukuni menegah menuntut ilmu tasawuf itu, adakah dalam kitab, atau Qur'an, atau hadith Nabi, atau ittifaq (sekata) ulama'? Tiada harus diperpegangi kata itu kerana tersalah fahamnya ialah orang sesat tiada boleh diikut. Di mana dia dapat hukum menegahkan menuntut ilmu tasawuf. Adakah dalam kitab atau Qur'an atau hadith Nabi atau ittifaq ulama'. Adapun sabda Nabi s.a.w. Bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Bermula murad ilmu itu ialah fardhu 'ain. Bermula fardhu 'ain itu ialah tiga (iaitu) ilmu Usuluddin, kedua Ilmu fiqh, dan ketiga ilmu tasawuf (Manakala) perkataan itu tiada asal (baginya) dalam kitab (tetapi) perkataan itu buat kacau sahaja tiada dengan fikiran.
Adapun katanya "Bukan ilmu kita orang awam", aku jawab "Katanya ialah sebenar kata itu kerana inilah wajib menuntut ilmu itu supaya engkau ahli demikian ilmu itu. Adapun orang yang tahu ilmu, itu awalnya ialah seperti engkau juga". Adapun katanya "Ilmu orang di atas-atas kita", (maka) aku jawab pula katanya itu, adapun orang yang di atas-atas itu ialah asalnya di bawah seperti engkau jua". Adapun katanya "tiada diperpengangi hukumnya sekarang, aku jawab "bermula orang yang alim itu seperti orang yang berjalan dalam gelap dengan tiada pelita nescaya tiada, tahu baik dan jahat". Lagi sabda Nabi s.a.w Bermula ulama' itu kekasih Allah walaupun fasiq, dan orang jahil itu seteru Allah jikalau salih sekalipun. Bermula orang alim itu apabila memperbuat ma'siat hukumnya fasik, bermula orang jahil itu apabila membuat ma'siat jatuh ia kepada kufur kerana jahilnya. Sabda Nabi s.a.w. "Bermula orang yang alim itu jauh daripada kufur terlebih jauh di antara maghrib dan masyriq. Bermula orang yang jahil itu terlebih hampir kepada kufur daripada mata hitam kepada mata putih". Dan lagi sabda Nabi s.a.w. "Bermula orang buta dalam dunia nescaya buta dalam akhirat, bermula orang yang melihat dalam dunia nescaya melihat dalam akhirat. Adapun yang ditegah oleh setengah ulama' mengaji ilmu tasawuf (ialah) orang yang belum sempurna akalnya seperti budak-budak yang tiada sampai akalnya (untuk) memahami ilmu tasawuf itu lalu dijadikannya perkara mainan, intan dikatakan tahi kambing, serta mempersendakan Allah Ta'ala. Juga ditegah menzahirkan rahsia ilmu laduni dan ilmu dzauqi bukan kepada ahlinya. Inilah yang ditegah oleh ulama'. Lagi sabda Nabi s.a.w. Bermula ilmu Syari'at dengan tiada ilmu Hakikat hampa, bermula ilmu Hakikat dengan tiada ilmu Syari'at itu batil.

Tiada ulasan: