Catatan Popular

Isnin, 25 November 2013

PENCEMARAN TAUHID KITA (3) : MENGAGGAP MAKHLUK WUJUD MELALUI PROSES EVOLUSI

Para pengkaji bukan Islam menganggap makhluk yang wujud masa kini, termasuklah manusia, semuanya terhasil melalui proses evolusi. Semua makhluk asalnya wujud dalam bentuk satu sel, kemudian dalam masa ratusan tahun, ia berevolusi menjadi makhluk-makhluk yang lain sehinggalah kepada apa yang wujud masa kini. Sayang sekali teori ini juga telah menyelinap masuk dalam pemikiran orang Islam. Banyak sumber yang menerang dan membenarkan teori evolusi sehingga sebahagian umat Islam menganggap ia sebagai penemuan yang muktamad.

Sebenarnya teori evolusi tidak lain adalah teori semata-mata bagi menjustifikasi kebingungan kaum Athies yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha

Pencipta.3 Mereka mencari-cari asal usul kewujudan makhluk melalui pemikiran dan fakta sains. Apabila tidak ditemui jawapan yang muktamad, mereka mencipta teori

evolusi bagi menyatakan asal usul kewujudan makhluk. Tanpa disedari, teori evolusi juga tidak memberikan jawapan yang muktamad kepada mereka. Paling kurang

terdapat tiga persoalan yang masih membingungkan mereka:

 
 Ini tidaklah bermaksud kita menolak sumber-sumber tersebut.

Akan tetapi hendaklah kita mengkaji dan menganalisanya. Sebagai contoh

siri dokumentari saluran satelit National Geographic dan Discovery

Channel memiliki manfaat yang banyak di dalamnya. Akan tetapi keduadua

saluran ini adalah di antara yang mempercayai teori evolusi dan

banyak mewar-warkannya dalam dokumentari mereka. Oleh itu hendaklah

kita menonton dengan sikap menganalisa antara yang baik dan buruk,

benar dan salah.

3 Teori evolusi yang dipersoalkan di sini ialah sel satu makhluk

berevolusi menjadi sel makhluk yang berbeza, seperti sel kera yang

berevolusi menjadi sel manusia dan sel dinosor yang berevolusi menjadi

sel badak, buaya, gajah dan sebagainya. Adapun evolusi dalam bentuk

pembiakan sel, maka memang ia diakui. Seperti satu sel manusia yang

berkembang biak menjadi beberapa sel atau satu sperma yang berkembang

biak menjadi janin, kemudian bayi, kemudian manusia yang bertahaptahap

umurnya dari kanak-kanak sehingga ke tua.

 

1. Jika benar semua makhluk asalnya berevolusi daripada satu sel, bagaimana pula sel yang pertama tersebut boleh wujud pada asalnya?

 
2. Jika benar sel tersebut berevolusi menjadi makhluk-makhluk tertentu, apakah yang menyebabkan sel tersebut mampu berevolusi?

 
3. Jika benar sel tersebut berevolusi, apakah kuasa yang mengatur proses tersebut sebegitu lancar sehingga mampu membentuk makhluk yang sempurna? Seandainya proses evolusi berlaku dengan sendirinya, sudah tentu hasil evolusi adalah tidak teratur, menjauhi sifat kesempurnaan. Bagi kita orang Islam, semua makhluk termasuk manusia tidak terhasil melalui proses evolusi. Akan tetapi ia adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah menerangkan tentang awal penciptaan manusia:

 
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu

berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku

hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang

kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah

warna dan baunya. Kemudian apabila Aku

sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan

padanya roh-Ku, maka hendaklah kamu sujud

kepadanya.” [al-Hijr 15:28-29]

 

Demikian juga dengan penciptaan makhluk yang lain seperti binatang, Allah berfirman:

 

Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak

bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan

Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang

menetapnya supaya bumi itu tidak menghayunhayunkan

kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai

jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari

langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis

tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman

31:10]

 
Jika golongan athies bertanya, siapa atau apa yang mencipta Allah? Kami menjawab, “mencipta” adalah sifat Allah manakala “dicipta” bukan sifat Allah. Memang setiap

sesuatu makhluk memiliki asal usulnya, akan tetapi Allah bukanlah seumpama makhluk sehingga dengan itu dapat dibicarakan asal usulnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

 
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku)

ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi

tumpuan sekalian makhluk untuk memohon

sebarang hajat; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak

diperanakkan; Dan tidak ada apa jua yang serupa

dengan-Nya.” [al-Ikhlas 112:1-4]

 
Jika golongan yang percaya dengan teori evolusi bertanya, bagaimana dengan penemuan-penemuan fosil yang menunjukkan kesamaan yang amat hampir antara

sebahagian spesis kera tertentu dan manusia zaman terdahulu? Kami menjawab, bahawa ia terdiri daripada dua kemungkinan:
 

1. Kesamaan yang amat hampir itu hanyalah satu

kebetulan. Namun kesamaan fosil tidaklah bererti

kesamaan jenis makhluk. Ini kerana penemuan fosil

tidak dapat menentukan samada “pemilik” fosil

tersebut adalah makhluk berakal atau tidak.

Digariskan bahawa perbezaan antara manusia dan

haiwan ialah manusia dianugerahkan Allah dengan

akal yang dengan itu dia dapat memilih pelbagai

tindak-tanduk. Manakala haiwan tidak diberi akal,

mereka hanya bertindak berdasarkan kebiasaan

tabiat dan fitrah yang dianugerahkan oleh Allah.

 

2. Kesamaan yang amat hampir itu mungkin benar,

akan tetapi ia tidak membuktikan bahawa spesis

kera tersebut telah berevolusi menjadi manusia.

Akan tetapi manusialah yang berevolusi menjadi

spesis kera tersebut. Ini kerana al-Qur’an telah

sedia mencatit sebahagian manusia yang oleh

kerana tindakan mereka melanggar hukum Allah,

mereka dihukum dengan perubahan menjadi kera.

Ayat berikut menjadi rujukan:

 

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui

(bagaimana buruknya akibat) orang-orang di

antara kamu yang melanggar (larangan) pada

hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada

mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu

sebagai suatu hukuman pencegah bagi orangorang

yang ada pada masa itu dan orangorang

yang datang kemudian, dan suatu

pengajaran bagi orang-orang yang (hendak)

bertaqwa. [al-Baqarah 2:65-66]

 

Perhatikan juga bahawa tujuan Allah menghukum mereka menjadi kera tidak sekadar sebagai peringatan kepada orang-orang yang hidup pada saat itu, tetapi juga kepada orang-orang yang hidup selepas itu. Maka penemuan fosil masa kini

yang menunjukkan kesamaan antara sebahagian spesis kera dengan manusia menjadi bukti akan kebenaran ayat-ayat al-Qur’an di atas. Lebih penting, ia menjadi peringatan kepada manusia secara umum dan orang bertaqwa secara khusus

bahawa akibat daripada melanggar perintah larangan Allah adalah amat berat.4

Kembali kepada perbincangan asal, kewujudan makhluk-makhluk adalah hasil daripada ciptaan Allah dan bukannya daripada proses evolusi. Lebih dari itu,

kehadiran makhluk-makhluk ini sepatutnya menjadi isyarat kepada manusia akan kekuasaan Allah yang mencipta semuanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

 

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat

tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah)

bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian

diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala

binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tandatanda

(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi

orang-orang yang meyakininya. Dan (pada)

pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga

(pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit,

lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di

bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran

angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda

(yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang

mahu menggunakan akal fikiran. [al-Jathiyah 45:3-5]


Sebahagian ahli tafsir berpendapat, manusia tidak ditukar

menjadi kera akan tetapi tingkah-laku mereka yang ditukar menjadi seperti

kera. Saya berkata, jika demikian maka hal itu hanya akan menjadi

peringatan kepada orang pada zaman tersebut dan tidak kepada orang

zaman terkemudian. Memandangkan ayat 66 menerangkan bahawa hukum

pertukaran manusia menjadi kera adalah peringatan kepada orang zaman

itu dan terkemudian, maka yang ditukar adalah jasad dan tingkah-laku

supaya orang terkemudian dapat mengambil peringatan daripada

penemuan fosilnya.                                        

Walaubagaimanapun ditarik benang merah bahawa apa yang saya

sebut di atas hanyalah satu kemungkinan yang masih perlu dibuktikan

secara ilmiah. Semua ini membuka ruang yang luas lagi baru kepada para

pengkaji Islam. Kita tidak boleh berharap kepada para pengkaji bukan

Islam kerana seandainya mereka menemui bukti ilmiah bahawa spesis

kera tertentu sebenarnya berasal daripada manusia, nescaya mereka akan

menyembunyikannya. Menyatakan penemuan ini kepada orang ramai akan

membuktikan kebenaran al-Qur’an dan sekali gus Islam dan ini sudah

tentu tidak diingini oleh para pengkaji bukan Islam.

Selain manusia yang ditukar menjadi kera, ada juga sebahagian

lain yang ditukar menjadi khinzir. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

maksudnya: Katakanlah: “Mahukah, aku khabarkan kepada kamu

tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang

demikian itu? Iaitu orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan

dimurkai-Nya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka

sebagai kera dan babi.” [al-Maidah 5:60]

 

Tiada ulasan: