Sebahagian
orang ada yang menggelar alam ini sebagai “alam semula jadi”. Contohnya, ketika
berkelah di taman, mendaki gunung, meneroka hutan atau berdayung, ada di antara
kita yang berkata “Kami sedang mengecapi kecantikan alam semula jadi” atau
“Sungguh indah alam semula jadi ini”. Selain itu ada juga yang menggelar alam ini
sebagai “Mother Nature” kerana terikut-ikut kepada
gelaran
yang biasa digunakan oleh orang Barat. Sebenarnya ini adalah gelaran yang salah
kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Alam ini adalah ciptaan Allah Subhanahu wa
Ta‘ala. Allah berfirman:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia
melindungi
malam dengan siang yang mengiringinya
dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan
bulan serta bintangbintang,
(semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,
kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.
Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]
Malah keindahan alam ini sepatutnya
menjadi faktor yang mengingatkan seseorang kepada penciptanya, tidak
sebaliknya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengingatkan
kita:
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit
dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap
sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit
dan
bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang
yang
berakal;
(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian
langit dan
bumi (sambil berkata):
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari
azab
neraka.” [Ali Imran 3:189-191]
Oleh itu tidak sepatutnya kita menggelar
alam ini sebagai “semula jadi”, tetapi sebutlah ia sebagai “alam ciptaan
Allah”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan