Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah
Al-Minangkabui
- Soal: Berapa
jenis manusia yang diharamkan Allah masuk syurga?
Jawab: Orang yang diharamkan masuk syurga itu ada, empat jenis. Pertama orang yang durhaka kepada dua ibu bapa; kedua, orang jadi alan-alan (?) zina; ketiga, orang yang minum arak; keempat, orang yang jahat perangainya, keji lidahnya, menyakitkan hati orang sekampung, masam mukanya, dan bakhil tangannya - Soal: Berapa
perkara awal-awal manusia masuk neraka?
Jawab: Empat perkara: Pertama, orang qari kerana hendak dipuji akan qarinya; kedua, orang yang murah kerana hendak dipuji akan murahnya; ketiga, orang perang sabil kerana hendak dipuji akan beraninya; keempat, raja-raja yang zalim akan orang di bawah perentahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan