SYARAH TO'KU LI KE 20:
Mafhumnya :
Seseorang yang menjalani landasan penyucian jiwa tidak akan menghentikan cita-citanya ke arah tersebut sungguhpun tersingkap di hadapannya beberapa pencapaian,melainkan suara-suara hakiki berseru ( apabila dia menghentikan usahanya ) : “ Apa yang anda cari telah terbentang dihadapan anda ! “( teruskan perjalananmu ! ) Berikutnya tidak terserlah baginya gejala-gejala lahiriah melainkan suara-suara nuraninya berseru,” sebenarnya kami adalah fitnah ( cubaan ) semata-mata.Justeru itu janganlah anda mengengkari “ ( ni’mat-ni’mat Allah SWT ).
ما أرادت همة سالك أن تقف عند ما كشف لها، الا ونادته
هواتف الحقيقة: الذي تطلبه أمامك ! ولا تبرجت له ظواهر المكنونات
الا ونادته حقائقها : انما نحن فتنة فلا تكفر
الا ونادته حقائقها : انما نحن فتنة فلا تكفر
Mafhumnya :
Seseorang yang menjalani landasan penyucian jiwa tidak akan menghentikan cita-citanya ke arah tersebut sungguhpun tersingkap di hadapannya beberapa pencapaian,melainkan suara-suara hakiki berseru ( apabila dia menghentikan usahanya ) : “ Apa yang anda cari telah terbentang dihadapan anda ! “( teruskan perjalananmu ! ) Berikutnya tidak terserlah baginya gejala-gejala lahiriah melainkan suara-suara nuraninya berseru,” sebenarnya kami adalah fitnah ( cubaan ) semata-mata.Justeru itu janganlah anda mengengkari “ ( ni’mat-ni’mat Allah SWT ).
- Orang yang menjalani jalan Allah ( Salik ) tidak perlu menghentikan usaha dan perjalanannya itu walaupun telah terbuka sebahagian anwar dan asrar ( cahaya pertunjuk / ilham dan rahsia ma’rifah ).Ini disebabkan perjalanan itu tiada noktahnya dan tiada penamatnya sehingga nyawa sampai ke halqumnya.Sehinggalah Allah SWT berfirman :
ياءيتها النفس المطمئنة ارجعي الي ربك راضية مرضية
فادخلي في عبادي وادخلي جنتي
Maksudnya : “ Wahai orang yang mempunyai yang sentiasa tenang tetap
dengan kepercayaan dan bawaan baiknya ! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
keadaan engkau berpuas hati ( dengan segala ni’mat yang diberikan ),lagi
diredhai ( di sisi Tuhanmu )! Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu yang
berbahagia ! dan masuklah ke dalam syurgaku! “. ( Surah
al-Fajr ayat 27 – 30 )
- Sehubungan ini, Syeikh Abu al-Hassan al-Syazali r.a. menyarankan seandainya anda ingin mencapai apa yang dicapai oleh para Awliya` Allah sewajarnya anda mengasingkan diri daripada manusia kecuali manusia yang boleh memberi manfa’at kepada anda ke jalan Allah dengan isyarat yang betul serta dengan amalan-amalan yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
- Selanjutnya janganlah anda memandang hebat dan kagum kepada dunia serta jadikanlah seteru Allah sebagai musuhmu.Seandainya anda telah mencapai tahap tersebut iaitu berpaling daripada kehebatan dunia dan bersifat zuhud terhadap segala manusia tentunya anda meneruskan perjalanan dan perjuangan anda dengan sentiasa bermuraqabah kepada asrar Allah SWT,melazimkan diri bertawbat iaitu sentiasa memelihara diri daripada kemurkaan Allah dan sentiasa pula beristighfar dan tunduk kepada hukum-hukum Allah dengan penuh istiqamah.
- Ketahuilah bahawa selagi orang yang menjalani jalan Allah itu memiliki cita-cita ( himmah ) dan kemahuan selagi itulah jalan yang akan ditempuhinya semakin jauh dan penuh ranjau sehinggalah dia mencapai fana` iaitu peleburan diri dan penafian dirinya dan tahqiq dia dengan wujud Allah Yang Mutlak.Sehubungan ini Allah SWT berfirman :
لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم
الشقة
Mafhumnya : Kalau apa yang
engkau serukan kepada mereka ( wahai Muhammad SAW ) sesuatu yang berfaedah yang
mudah didapati,dan sesuatu perjalanan yang sederhana ( tidak begitu jauh
),nescaya mereka akan mengikutmu,tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi
mereka dan penuh kepayahan. ( Surah al-Tawbah ayat 42 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan