1. Pengertian al-Sunnah
Sunnah
bererti jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau carahidup. Pada mulanya
perkataan ini digunakan secara umum dengan pengertian di atas, tetapi kemudian
para 'ulama' Islam menggunakannya secara khusus untuk percakapan, perbuatandan
pengakuan Rasulullah s.a.w.
Dengan
percakapan diertikan segala perkataan yang pemah diucapkan oleh Rasulullah
s.a.w. dalam berbagai bidang; seperti bidang 'aqidah dan keimanan, hukum halal
dan haram, akhlak, 'ibadah, pendidikan, muamalah, jenayah dan sebagainya.
Dengan
perbuatan pula adalah merupakan penjelasan amali terhadap segala
peraturan-peraturan syari'at agar dapat difahami dan kemudian dilaksanakan oleh
orang-orang yang beriman. Sudut amali ini sangat penting kerana ia menjelaskan
melalui perbuatan dan tunjuk ajar yang amali terhadap perintah-perintah Allah
yang tidak dijelaskan secara terperinci oleh al-gur'an. Ini termasuklah cara
salat, cara menghadap kiblat ketika salat sunat di atas kenderaan, cara
melaksanakan zakat, mandi dari hadas besar dan lain-lain.
Taqrir
Rasulullah s.a.w. ialah keadaan baginda mendiamkan diri terhadap apa yang
dilakukan oleh para sahabatnya di hadapannya. Berdiamnya Rasulullah s.a.w.
dengan tidak melarang perbuatan sahabatnya bererti bahawa perbuatan itu tidak
maksiat dan tidak haram. Kerana mustahil Rasulullah s.a.w. akan mengizinkan
atau membiarkan sahabatnya melakukan sebarang dosa di hadapannya. Di samping
itu terdapat juga taqrir Rasulullah s.a.w. dalam bentuk baginda secara terus
terang, bersetuju dengan menyatakan dengan lisannya atas apa yang dilakukan
oleh sahabatnya.
2.
Kedudukan al-Sunnah sebagai Penjelas kepada al-Qur'an Allah mengutuskan Rasulullah s.a.w. untuk membacakan dan menerangkan ayat-ayat al-gur'an kepada manusia. Melalui sunnahnya pula, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan seluruh perintah dan larangan Allah melalui tunjuk ajar dan contoh teladan. Peranan sunnah Rasulullah s.a.w. berhubungan dengan ayat-ayat al-gur'an adalah seperti berikut:
i. Menguatkan ayat-ayat al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an pada dasamya mengandungi perkara-perkara yang cukup jelas serta mudah difahami oleh orang yang membacanya. Dalam hal-hal seperti ini peranan sunnah Rasulullah s.a.w. adalah untuk menguatkan lagi perkara-perkara tersebut serta meletakkannya di satu kedudukan yang ditegaskan melalui susunan kalimah Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai contoh firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan dengan Kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" (Al-Nisa': 136)
Dari sunnah pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:
"Islam didirikan atas lima perkara; syahadah bahawa tiada ilah melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa dalam bulan Ramadan." (Bukhari)
ii. Menghuraikan ayat-ayat al-Qur'an yang bersifat Ringkas
Terdapat ayat-ayat di dalam al-Qur'an yang menyebutkan sesuatu perintah secara ringkas. Oleh kerana keringkasannya adalah mustahil ia dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman tanpa penghuraian lanjut. Di sinilah peranan sunnah dalam menghuraikan perintah-perintah yang terkandung di dalam ayat-ayat yang ringkas. Sebagai contoh:
"Sa1at itu adaIah suatu
lcetetapan yang diwajibican ke atas orang yang beriman yang tertentu
waktunya." (An-Nisa': 103)
Demikian dengan perintah zakat, ayat al-gur'an hanya menyatakan:
Ambillah sebahagian dari harta
mereka sebagai sadeqah zakat, supaya dengannya kamu membersihkan dan mensucikan
mereka."(At-Taubah: 103)
Berkenaan
perintah dalam ayat ini, sunnah Rasulullah s.a.w. menetapkan jenis-jenis
perkara yang wajib zakat, kadarnya dan tempoh masanya.
iii. Mengkhususkan
Maksud ayat-ayat al-Qur'an yang Umum
Terdapat
juga beberapa ayat al-gur'an yang berbentuk umum maksudnya, di antaranya firman
Allah yang mafhumnya:
"Allah memerintahkan
kepada kamu mengenai pembahagian harta pesaka untuk anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak IeIaki menyamai dua bahagian anak perempuan." (An-Nisa': 11)
Sifat
umum ayat di atas dikhususkan oleh sunnah dengan mengecualikan pembunuh yang
membunuh ahli-ahli warisnya dan juga kepada Rasulullah s.a.w. dan
anak-anaknya.
iv. Membatasi ayat-ayat al-Quran yang tidak terbatas maksudnya
Ada di
antara ayat-ayat al-Qur'an yang bersifat mutlaq atau tidak terbatas, antaranya
firman Allah yang malhumnya:
"Lelaki yang mencuri
dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan keduanya." (Al-Ma'idah: 38)
Sifat
tidak terbatas ayat di atas menggambarkan seolah-olah apa sahaja benda yang
dicuri dan dalam keadaan apa sekali perbuatan itu dilakukan maka hukumannya
adalah dipotong tangan orang yang mencuri. Ayat di atas juga tidak menjelaskan
setakat manakah tangan pencuri itu akan dipotong.
Peranan
sunnah dalam hal ini adalah untuk menjelaskan kadar benda yang dicuri dan juga
had bahagian tangan yang akan dipotong.
v.
Menetatkan Hukum dan Amalan yang Tidak disebut oleh al-Qur'an
Terdapat
hukum-hukum yang yang tidak ditetapkan oleh al-Qur'an secara nas tetapi ada
asas-asasnya berkenaan perkara tersebut di dalamnya. Dalam perkara ini sunnah
menambahkan secara nas akan hukum terhadap perkara yang telah ada asasnya di
dalam al-gur'an.
Sebagai contoh mengharamkan
memakan setiap binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku panjang. Asas bagi hukum ini terkandung dalam Surah al-Ma'idah ayat 3.
Demikian juga Rasulullah s.a.w. telah menambahkan amalan-amalan seperti salat
rawatib, duha, gerhana bulan dan gerhana matahari dan seumpamanya. 3. Kedudukan al-Sunnah sebagai Sumber Pegangan Hidup
Sunnah merupakan sumber pegangan
hidup yang kedua bagi orangorang yang beriman sesudah al-Qur'an. Semua 'ulama'
sependapat, bahawa sunnah Rasulullah s.a.w. menjadi hujjah atau dalil dalam
soal-soal yang berkaitan dengan Islam. Ketetapan ini berlandaskan kepada firman
Allah yang mafhumnya:
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan
hawa nafsunya. Ucapannya itu dada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya)." (An-Najm: 3-4)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)
Sunnah
tidak dapat dipisahkan daripada al-gur'an bagi membimbing para mu'min di atas
jalan yang benar kerana sunnah adalah penjelas atau pentafsir yang amali
terhadap perintah-perintah dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam
al-Qur'an. Tidak mungkin seseorang itu dapat mematuhi perintah Allah tanpa ia
melihat bagaimana cara sebenar untuk melaksanakanpya. Sedangkan cara sebenar
untuk mematuhinya hanya terdapat dalam diri Rasulullah s.a.w. kerana baginda
diutuskan oleh Allah untuk tujuan tersebut. Kerana ini Allah secara tegas telah
berfirman yang mafhumnya: "Katakanlah: 'Jika kamu (benar-benar)
mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosadosamu."
(Ali Imran: 31)
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul
melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (A1-Nisa': 64)
"Barangsiapa yang menta'ati Rasul itu, sesungguhnya
ia telah menta'ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (darf keta'atan itu),
maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka." (A1-Nisa': 80)
Perintah
mentaati Rasulullah s.a.w. adalah dengan mengikuti sunnahnya. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang mafhumnya:
"Telahku tinggalkan bagi kamu
sekalian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama kamu berpegang teguh dengan
keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. " (Malik)
"Tidak sempuma iman seseorang kamu
sehingga keinginannya menurut kepada apa yang aku datangkan kepadanya. " (Al-Hakim)
"Tidaklah aku meninggalkan sesuatu dart apa yang
telah Allah perintahkan kepada kamu sekalian dengannya, melainkan sungguh telah
aku perintahkan kamu dengannya, dan tidaklah aku meninggalkan sesuatu dari apa
yang telah Allah larang bagi kamu sekalian daripadanya, melainkan pasti telah
aku larang kamu sekalian daripadanya.' (Ibn 'Abdil Barr)
"Hat manusia, tidak ada
sesuatu yang mendekatkan kamu sekalian kepada syurga dan menjauhkan kamu
sekalian dari neraka, melainkan telah aku perintahkan kepadamu dengannya, dan
tidak ada dart sesuatu yang mendekatkan kamu sekalian dari neraka dan
menjauhkan kamu sekalian dari syurga, melainkan pasti telah aku cegah kamu
sekalian daripadanya." (Imam al-Baghawi)
Rasulullah
s.a.w. telah memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak berpegang kepada sunnah
atau hadithnya sebagai sumber hukum dan panduan hidup maka sesungguhnya ia telah
mendustakan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w
"Hampir-hampir salah seorang dari
kamu berkata: ' Ini Kitab Allah, apa-apa yang ada dalamnya yang halal, kami
halalkannya; dan apaapa yang ada di dalamnya yang haram, kami
mengharamkannya.', Ingatlah, barangsiapa yang sampai kepadanya satu hadith
dariku, lalu ia mendustakannya, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah,
Rasul-Nya dan orang yang meriwayatkannya" (Ibn 'Abdil Barr)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan