Tergelincir
hati boleh berlaku kepada mana-mana hamba Allah tidak kira walaupun dia seorang
wali Allah atau hanya orang biasa yang mana boleh mengakibatkan seseorang itu
mati dalam keadaan kufur. Dari cerita seorang pencuri kain kapan yang ditangkap
setelah mencuri dari 1000 buah kubur orang Islam. Katanya selepas ditangkap,
hanya satu jenazah sahaja yang mengadap kiblat yang lain berpaling dari arah
kiblat kerana mereka ini semasa hidup zahirnya saja Islam tapi bathin mereka
ini adalah kafir. Pada masa sekarang pun bolehlah kita lihat golongan ini walau
pun nama saja Islam, tetapi cara hidup mereka ini bukan mencerminkan seorang
Islam.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan
pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati
cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah
seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya
termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya
termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat
kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Menurut Imam
Fakhruddin Ar-Razi dan Imam Ibni Khathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan
seorang lelaki dari Negara Yaman bernama Bal’am bin Ba’ura’. Sebilangan ulama
lain menyatakan, Bal’am adalah seorang ahli ibadat yang mempunyai kemakbulan
doa dari bangsa Bani Israel.
Menurut
cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama
Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat
nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Setelah
peristiwa firaun dilemaskan dalam laut, Nabi Musa A.S dan bani Israel yang
terselamat terus mengembara sehinggakan hamper sampai dengan negeri
tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau
negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah
bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk
meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk
mengalahkan Nabi Musa a.s.
Pada mulanya
Wali Allah ini menolak permintaan raja negeri tersebut kerana takutkan Allah
SWT. Seperti jugak sejarah Nabi Adam as yang mana iblis pernah menyuruh
Nabi Adam memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT melalui Hawa.
Tetapi Nabi Adam a.s terpengaruh dengan Hawa disebabkan bisikan iblis
yang halus itu dan melanggari larangan Allah SWT dan diusir dari syurga dan
dibuang ke dunia.
Begitu juga
raja negeri tersebut telah menggunakan isteri Bal’am seperti mana iblis
menggunakan Hawa. Firaun telah memberi hadiah berupa barang-barang kemas dan
perhiasan yang mahal kepada isteri Bal’am sebagai umpan supaya Bal’am mendoakan
akan Nabi Musa as.
Pada mulanya
Bal’am masih tidak mahu mendoakan. Akan tetapi setelah isterinya tidak
bercakap, melayannya dan menyediakan makanan seperti biasa dibuat. Lama
kelamaan Bal’am pun bertanya kepada isterinya mengapa isteri beliau mogok dan
beliau tidak dilayan seperti biasa dilakukan. Isteri Bal’am berkata “berdoalah
bukan susah seperti yang dipinta oleh Raja”.
Bal’am
dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada
Nabi Musa a.s. doa Bal’am itu termakbul, menyebabkan Nabi Musa tersesat di satu
tempat yang bernama Tih (sekarang : semenanjung Sinai) selama 40 tahun.
Kesesatan
yang maha dahsyat itu, menyebabkan Nabi Musa bertanya Allah SWT, “Wahai Tuhan,
apakah dosa yang kami lakukan sehingga kami tersesat di Tih ini?”
Jawab Allah
SWT, “berpunca dari doa Bal’am”
Nabi Musa
berkata lagi kepada Allah, “wahai Allah, sepertimana kamu mendengar doa Bal’am
terhadapku, maka tolong makbulkan doaku terhadap Bal’am”
Lalu, Nabi
Musa mendoakan agar Bal’am dicabut keimanan dari dirinya. Doa Nabi Musa
dimakbulkan oleh Allah, menyebabkan Bal’am mati dalam keadaan kufur dan
lidahnya terjelir sepertimana anjing.
“Minta berlindung kita
dengan Allah daripada menjadi seperti Bal’am bin Ba’ura’”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan