Catatan Popular

Khamis, 28 Mac 2024

BAHAGIAN 4 JENIS-JENIS HATI MANUSIA DAN KETERANGAN YANG BERKAITAN DENGANNYA : 4.1) Penjelasan.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Masalah pokok yang menjadi perbicaraan kita mengenai hal manusia pada pandangan Allah ialah hati tanpa menoleh kepada bentuk tubuh kasar dan hiasan pakaian cantik hodohnya, kerana yang bertanggungjawab pada segala perkara yang dilakukan oleh manusia itu ialah hati. Pendek kata, kalaulah kejadian manusia itu tanpa hati nescaya batang tubuh manusia itu disembelih orang dan dipenjual-belikan dagingnya semacamlah lembu kerbau. Babi anjing dikeji orang bukanlah kerana bentuk tubuh dan dagingnya tetapi kerana perangainya. Demikian juga manusia dikeji atau dipuji bukanlah kerana bentuk tubuh badannya tetapi kerana perangai hatinya. Dan oleh kerana hati itu menjadi tempat sasaran untuk dipuji atau dikeji maka eloklah kita cuba mengkaji selok-belok hati ba￾gaimana yang kita akan terangkan dalam buku ini, Insya Allah.

Mengikut garis kasar bahawa jenis hati manusia itu adalah terbahagi kepada:

1.      Hati Busuk.

2.      Hati Wangi.

 

Hati Busuk:

Ialah hati yang melekat bergadik atau berselaput dengan suatu sifat-sifat tercela. Seperti sifat-sifat: bakhil, tamak dan loba pada harta dunia, panjang angan angan, sombong takabur, ingin dan kasih pada kemegahan, ingin namanya terkenal masyhur, berlagak megah hendak tunjukkan eksyen agas melenggak, suka menipu, suka berbohong, tak lekat amanah, buat aniaya kepada orang, makan suap, ingin supaya dikenal orang kejahatannya, hasad dengki, dendam kesumat, khianat, niat jahat, ria, ‘ajub, sam’at, bertabiat lalai kepada Allah, ingin kepada benda-benda haram dan lain-lain lagi. Barangsiapa tercetus di hati atau rasa ber- degup di hatinya dengan salah suatu daripada sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan hati jenis busuk itu dan bukanlah pula bererti apabila tidak tercetus suatu daripada sifat-sifat itu pada hal di hatinya dengan salah suatu daripada sifat tersebut maka itulah tandanya ia suci daripada sifat-sifat demikian.

Malah hanya ia terpendap ke dalam jiwa dan menunggu masa akan keluar. Ia tidak akan hapus dengan tidak bersebab. Hati yang penuh dengan sifat- sifat demikian rupa kerap kali digelar juga ‘hati berkarat keramat’ atau ‘hati gelap-gelemat’ dan tidak berbau syurga. Penyakit-penyakit sifat demikian tidak akan terhapus dan suci melainkan dengan tercapainya warid di dalam hati sebagai penawar untuk pelebur sifat-sifat tercela itu manakala warid itu pula tidak akan tercapai melainkan dengan ibadat tariqat kerana tariqat tidak diciptakan melainkan untuk menghasil- kan warid (nur). Warid adalah benda rasa yang dapat dirasa oleh siapa-siapa yang mencapainya. Demikianlah jalan orang sufi. Pendek kata, tidaklah dicipta atau timbulnya tariqat yang bermacam-macam nama itu melainkan ia adalah sebagai cara untuk mengubat hati sakit atau penyakit hati.

Maka timbulnya Tariqat Ahmadiyah misalnya adalah suatu cara perubatan hati menurut cara Ahmadiyah dan timbulnya Tariqat Naqsyabandi adalah suatu cara perubatan hati menurut cara Naqsyabandi dan begitulah pada lain-lain tariqat lagi.

Kita berani mencabar kepada golongan-golongan yang anti-tariqat sufiah, cubalah tunjuk suatu jalan yang lain jika ada selain dari tariqat tasauf bagaimana hendak dapat mencapai kejayaan mengubat hati, bagaimanakah suatu cara hendak dibuat untuk mencapai warid atau nur dan bagaimana pula untuk mencapai syuhud, suatu makam yang tertinggi yaitu semacam wali-wali dan nabi-nabi, cuma masalah sekarang, tariqat itu adalah berupa masalah teknik (cara mengubat), bukan masalah sumber ugama, bahkan tariqat tak lain sebagai sebuah sekolah teknik atau hospital orang sufi untuk memberi rawatan pesakit roh atau penyakit hati apabila tercapai maksudnya apakah dia bidaah lagi? Meskipun demikian di dalam tariqat itupun banyak terdapat bahan-bahan dan unsur-unsur ugama dan juga cara teknik ugama.

Adakah itu bidaah namanya?

Adalah tariqat juga namanya, misalnya di zaman nabi apabila melihat seorang itu melihat nabi maka tercampaklah ke dalam hatinya warid atau nur dengan serta-merta dan terubahlah hal hatinya serta mendapat keyakinan berhubung dengan masalah ketuhanan atau ugama maka itupun dinamakan tariqat juga kerana diri atau tubuh nabi sendiri itu adalah tariqat sebab ia punca mengeluarkan nur atau warid.

Dan suatu daripada sifat pokok hati busuk itu ialah lalai hati mengingati Allah baik dengan cara berzikir atau lainnya. Terutama sekali lalai daripada menunaikan ibadat dan tugas- tugas yang diwajib oleh Allah umpama sembahyang dan puasa, demikian juga lalai daripada meninggal sepenuhnya segala Iarangan Allah seperti pezina, peminum arak, tahi judi, ketagih dadah, penindas, perasuah dan lain-lain lagi. Hati busuk laksana bangkai dan yang berahi menghidu baunya ialah syaitan malah syaitan laksana anjing dan tabiat anjing itu selalu suka mencari bangkai-bangkai busuk untuk santapannya. Sabda Nabi s.a.w.:

Ertinya: “Sesungguhnya syaitan itu mencucukkan belalainya pada hati anak Adam, maka jika ia (seorang) mengingatkan Allah Taala (berzikir), nescaya lari sembunyi ia dan jika ia lupakan Allah Taala nescaya hatinya ditelan syaitan (dimamah dan dimakan).

 

Adapun Hati Wangi:

Ialah hati yang suci bersih dari sifat-sifat yang tercela, sebaliknya melekat serbak dengan bau sifat-sifat yang terpuji. Dan sifat-sifat hati wangi yang terpuji itu sangatlah banyak, di antaranya ialah seperti sifat- sifat: tak sayangkan harta kerana bersedekah, berasa cukup dengan harta kurniaan Allah yang ada, berilmu Laduni (Ilham), timbul sifat tawaddu’, khusyu”, redha, sidiq, khauf, raja’, muhibbah, ikhlas, wara’, zuhud, taubat yang benar, sabar, yang benar, iahan menanggung kesusahan, tak lekat wang di tangan kerana buat kebajikan, tawakkal yang benar, bersifat ‘arif dan bijaksana, kuat beribadat, syukur yang benar, redha pada segala-gala yang diletak oleh Allah, taqwa yang benar, tinggal perkara-perkara yang bukan kerjanya, tunai dan tepatkan perintah-perintah Allah, tinggi kesusilaan atau budi pekerti, lemah-lembut dalam pergaulan semacam nabi-nabi, sentiasa selira berdampingan dengan Allah, sentiasa berfikir pada kebesaran Allah dan lain-lain lagi.
Hati wangi yang demikian rupa tiada lain melainkan hati orang wali yang mempunyai syuhud. Dan syuhud itu adalah suatu benda yang sangat payah hendak dicapai melainkan dengan berusaha melalui jalannya dan dengan sebab itulah orang sufi membuat peraturan dan mengadakan jalannya. Jalan dan

peraturan itu orang tasauf menamakannya ‘Tariqat’. Hati manusia apabila bersih daripada sifat-sifat yang tercela dan daripada dosa dan maksiat dikatakan ‘Hati Wangi’.

Walaubagaimanapun tidaklah digelarkan hati wangi melainkan setelah bersih ia daripada tiga perkara yang pokok bagaimana diterangkan di bawah ini:

•       Bersih daripada dosa zahir.

•       Bersih daripada dosa batin.

•       Bersih daripada dosa aghyar.

 

Dosa zahir ialah tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anggota zahir manusia, seperti mengenyit mata kepada gadis untuk menjamunya selira nafsu mata, rasa jamah anak gadis orang untuk mencari kelazatan sentuh tangan, tangan mengambil barang hak orang, kaki pergi ke tempat larangan maksiat, mulut makan minum barang yang haram, lidah bercakap yang haram dan lain-lain lagi.


Dosa batin
ialah tiap-tiap sifat keaiban hati yang didapati terselit dalam hati manusia, misalnya seperti sifat angkuh: “Oh! …..akulah orang-orang besar”, hairan pada kebaikan diri: “Hai! ….. akulah orang yang rajin sembahyang, orang lain semuanya pemalas” atau “Hai! …… akulah orang yang bersih hati, orang lain belum tentu bahkan berkarat”, ria: “Dibuatnya ibadat supaya ditengok-tengok orang”, samiah: “Misalnya diperdengarkan bacaan Quran sedap-sedap supaya dipuji orang”, demikianlah antara misalnya dan lain-lain lagi.

Bersih daripada aghyar. Semua ingatan kepada perkara yang lain daripada Allah dikatakan ‘aghyar’.

Jadi, hati yang suci daripada aghiyar ertinya hati yang tidak ingat kepada perkara lain sedikit pun selain daripada Allah dalam setiap denyutan jantung dan di detip hidup. Dan tidak ada hati yang sebegini rupa melainkan hati orang auliya’ Allah, hati nabi-nabi dan rasul-rasul. Ingatan yang demikian rupa tidak akan terjadi melainkan dengan kedapatan kesedapan suatu rasa zuqq atau kelazatan wajdan, yaitu jenis manusia-manusia yang dapat mengecap nikmat ma’rifat dan hakikat. Inilah maksud tiada ingat selain daripada Allah atau hati suci daripada aghyar.

Bukan semacam ingatan yang hanya membaca di hati akan bacaan kalimah “Allah, Allah, Allah …………”, kalau demikian maka semua orang boleh membuatnya, tetapi apabila tertidur atau sibuk maka ingatan demikian sudah tentu akan padam.

Hal zuqq itu ialah perkara pengalaman rasa, yaitu suatu kedapatan rasa yang ada kesedapan dan kelazatan hasil daripada syuhud yang mana orang tasauf menggelarkan ‘ma’rifat’ atau hakikat’.

Tidak ada rasa ‘kesedapan demikian’ tidak boleh dikatakan ‘zuqq’. ” :

ertinya siapa tidak rasa tidaklah ia mengetahui”. Walaubagaimanapun hal zuqq itu tidaklah dapat dikenal atau dicam melainkan melalui ahli atau guru yang pakar dalam hal itu kerana rasa-rasa itu ada beribu-ribu macam serupalah bagaimana rasa-rasa yang berlainan yang terdapat pada jenis-jenis buah yang beribu-ribu macam, buah rambutan rasanya begini dan buah durian rasanya begitu dan kiaslah seterusnya, tiap-tiap nama Allah (Asmaa’ul-Lah), tiap-tiap sifat Allah (Sifatul-Lah) dan tiap-tiap Af alul-Lah semuanya itu mempunyai rasa-rasa yang teristimewa belaka apabila Allah Tajallikan (Tajalli: Ertinya Allah Taala bukakan rasa (zuqq) ke dalam hati) perkara itu kepada hati orang yang benar-benar cukup bersih. Misalnya nama Tuhan yang bernama ‘Ar-Rahman’ rasanya begini dan sedapnya begini, sifat Tuhan yang bersifat ‘Al-Ilmu’ atau ‘Al-Hayat’ maka rasanya begitu dan sedapnya begitu ………… dan begitulah seterusnya.

Pendek kata pada kesimpulannya hati manusia itu pada pokoknya ada dua jenis.

Pertama hati busuk yaitu hati yang menjadi rumah syaitan dan yang keduanya hati wangi yaitu hati yang menjadi rumah Allah, tempat sentiasa menerima tajalli Allah.

Di sana timbul pula hati jenis golongan yang ketiga yaitu hati jenis yang sederhana yang tiada terlampau busuk dan tiada pula terlampau wangi. Pendek kata, kedua-duanya ada bercampur dan kedua-duanya masing-masing menerima perincian dan peratus. Ada wangi dan busuknya sama-sama lima puluh peratus. Ada pula wangi tiga puluh peratus dan busuknya tujuh puluh peratus. Dan ada pula busuk tiga puluh peratus dan wanginya tujuh puluh peratus. Pendek kata, ada sajalah degree menurun dan menaik itu mengikut kadar perincian masing-masing.

Hati jenis golongan yang ketiga inilah terkena kepada hati kebanyakan orang Islam dalam golongan orang awam kita atau golongan orang sufi awam.

BAHAGIAN 3 LINTASAN HATI MANUSIA : PENJELASAN PENUH.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Hati manusia itu ibarat air, jika ia tenang dan tiada tercetus apa-apa lintasan maka dinamakan dia ‘hati kosong’ iharat air tenang yang tiada beralun dan berombak apa-apa. Tetapi jika dipermukaan hati itu tercetus suatu apa-apa gerakan ibarat air yang baru ditiup angin lalu beralun dan berombak- ombak maka ia dinamakan ‘lintasan hati’. Pengertian lintasan hati ada banyak peringkat. Jika tercetus di dalam hati seorang itu suatu lintasan tanpa dipengaruhi oleh tekanan apa-apa, bahkan ia merupakan semata-mata lintasan kosong maka dinamakan ‘Hajis’. Tetapi jika tercetus di dalam hati itu suatu lintasan yang dipengaruhi oleh tekanan kehendak hati maka dinamakan dia ‘Khatir’ atau ‘Al-Khawatir’ ertinya lintasan hati. Kemudian Khatir atau lintasan hati itu jika ia dipengaruh oleh keaslian nafsu maka dinamakan dia ‘Khatir Nafsani’, dan jika Khatir Nafsani itu disokong oleh syaitan yang baru datang maka dinamakan dia ‘Khatir Syaitani’.

Dan jika lintasan hati itu dicetuskan oleh keaslian akal bersih maka dinamakan dia ‘Khatir Rohi’, tetapi jika Khatir Rohi itu disokong oleh malaikat yang baru datang maka dinamakan dia ‘Khatir Ma- laki’.

Maka jadilah nama lintasan-lintasan di otak atau di hati manusia itu ada empat macam:


1. Khatir Nafsani.

2. Khatir Syaitani.

3. Khatir Rohi.

4. Khatir Malaki.


Pendek kata, tiap-tiap dalam diri seorang manusia itu ada nafsu dan ada pula akal. Penyokong nafsu ialah syaitan dan penyokong akal ialah malaikat. Malah tidak sunyi dalam hati tiap-tiap anak Adam itu. Allah s.w.t. telah menjadikan malaikat dan wakil kepadanya sebagai penunggu dan tukang seru kepada kebaikan dan maksud kebaikan di sini ialah segala apa kebaikan dan kebajikan untuk munafaat akhirat. Dan Allah Taala telah wakil dan menjadikan pula lawan malaikat itu syaitan sebagai penunggu dan tukang seru kepada keburukan dan kejahatan dan maksud keburukan itu ialah segala apa yang membawa kepada kecelakaan di akhirat. Kedua-keduanya adalah ibarat semacam kepala kura-kura katup. Apabiia ia (kepala kura-kura) itu dikejutkan oleh hati orang itu nescaya kerluk ia memasukkan kepalanya ke dalam tubuhnya. Dan apabila hati orang itu lalai daripada dikejut dan mengusik-usiknya nescaya keluar ia yakni kepala kura-kura itu dan muncul ia kembali, demikianlah tabiat kedua-duanya berlaku di dalam hati manusia.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


“Tiadalah dalam diri seorang di antara kamu melainkan telah diwakil kepadanya mempunyai teman daripada jin (syaitan) dan mempunyai teman pula daripada malaikat. Mereka bertanya Rasulullah: Bagaimana engkau sendiri ya Rasulullah? Nabi menjawab: Aku sendiri pun demikian. Tetapi Allah Taala telah menolong aku menewaskan syaitanku, maka jadilah aku selamat kerana ia tidak menyuruh aku melainkan pada kebaikan”.

Pada kesimpulannya, jika tercetus di dalam hati seorang itu lintasan-lintasan atau gerak-rasa-gerak-rasa yang dipengaruhi oleh tujuan-tujuan buruk malah ditekan oleh kehendak-kehendak serotig dan jahat maka hendaklah ia ketahui dan mengecam bahawa demikian itu adalah daripada syaitan. Dan bisikan-bisikan atau hasutan-hasutan pada melakukan demikian di-namakan ‘Was-was Syaitan’.

Dan jika tercetus lintasan-lintasan atau gerak-rasa-gerak-rasa yang dipengaruhi oleh tujuan-tujuan baik malah ditekan oleh kehendak-kehendak sihat dan baik maka hendaklah ia faham dan mengecamnya bahawa demikian itu adalah daripada malaikat. Dan seruan-seruan pada melakukan demikian dinamakan dia ‘Ilham’ mengikut pengertian ilham dengan makna yang lebih umum.

Di sana terdapat pengertian ilham dengan makna yang lebih khusus yaitu seperti ilham-ilham yang terjatuh pada hati orang-orang wali. Tetapi baik-jahat itu hendaklah disukat dengan neraca syarak atau ugama. Kerana baik-jahat itu tidak dapat disukat oleh neraca pemikiran semata-mata, sebab sesuatu yang jahat boleh jadi akal pemikiran mengatakan baik seperti persetubuhan suka sama suka adalah baik mengikut sikap pemikiran kebanyakan orang-orang barat, Dan mungkin pula suatu yang baik itu dianggap perkara buruk seperti tidak pandai menipu orang adalah buruk dan dipandang keji pada pendapat kebanyakan pemikiran umum orang zaman sekarang. Sebab itulah kalau tidak diturunNya ugama atau tidak diutusNya rasul maka jadilah alam pemikiran manusia di atas permukaan bumi ini adalah di dalam sesat semata-mata.


Dan kerap kali berlaku pula di dalam diri seorang itu suatu pancingan syaitan yang merupakan pada lahirnya benda baik dan didesaknya kita melakukannya tetapi pada hakikat sebenarnya benda yang baik itu adalah benda yang buruk dan merosakkan akibat yaitu seperti kita didesaknya supaya memberi sedekah atau hadiah sesuatu kepada seorang. Sedekah dan hadiah merupakan kebajikan pada lahirnya, Tetapi ia (syaitan) tidak mendesakkan kita melakukan sedekah atau hadiah itu melainkan adalah
bertujuan supaya kita dihormati orang, disanjung tinggi dan dipuji oleh masyarakat malah dikenali orang sebagai dermawan dan sebagainya, dan ini adalah suatu perkara buruk dan tidak ikhlas. Demikian contoh pancing syaitan berlaku dalam diri manusia.


Sebagaimana kita maklum sebentar tadi bahawa ada suatu ‘sebab’ yang menyebabkan tercetusnya lintasan-lintasan atau gerak-rasa-gerak-rasa sama ada yang menunjukkan kepada jalan baik atau jahat di dalam hati seseorang itu. Sebab-sebab itu bagaimana kita ketahui tadi ialah syaitan atau malaikat. Maka ketahuilah pula bahawa syaitan itu ialah suatu kejadian makhluk Allah yang dibahasakan kepada rohani
(roh yang seni) dan tabiat perangainya ialah suka menggoda dan menjahanamkan hati orang dengan suntikan sifat-sifat jahat dan tercela. Rohani atau roh seni umpama itu apabila dikasyaf kepada seorang
nescaya akan dilihatnya hijau-hijau dan hidup- hidup roh itu.

Demikian juga malaikat yaitu suatu jenis kejadian makhluk Allah yang dibahasakan kepada rohani dan tabiat khususnya adalah dijadikan Allah untuk melimpahkan rahmat kebaikan kepada sekalian alam seperti mendedahkan ilmu, membukakan fahaman, menunjukkan kebenaran kepada hati seorang, menjalankan kerja-kerja menyuburkan tanaman, mengering/membasah, menyejuk/memanas, menerbangkan dan mengumpulkan awan, memecahkan air dari awan, menghecerkan rezeki, memutarkan udara turun naik, menggelapkan siang jadi malam, mencerahkan malam jadi siang, mewarna dan mewangikan bunga-bunga, menterapung-apungkan segala planet-planet di angkasa, menjalankan putaran matahari, bulan, bumi dan planet-planet dan sebagainya. Dalam suatu bentuk peraturan dan sistem pekerjaan yang raksaksa yang tidak
dapat dilihat rahsianya di sebalik itu.


Maka alam kejadian roh-roh seperti malaikat, syaitan, iblis, jin, hantu dan lain-lain lagi adalah digelarkan ‘Alam Malakut’ atau ‘Alam Arwah’ yang semuanya juga pada suatu istilah yang lain disebut ‘Junudul-Lah’ ertinya, tentera-tentera Allah, yaitu pegawai-pegawai Allah yang raksaksa, yang bekerja dan menjalankan tugas untuk melaksanakan segala urusan dalam kerajaan Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung. Allah s.w.t. telah berfirman:

 “Dan tidaklah diketahui bilangan tentera-tentera Allah itu melainkan Dia (Allah)”.

Selain daripada itu maka hendaklah kita faham pula, bahawa ‘sebab’ atau apa yang digelarkan ‘Malaikat atau Syaitan’ itu tadi adalah suatu perkara asing daripada ‘Iradat Hati’, ‘Ikhtiar’ dan ‘Usaha’ seorang. Malah iradat hati, ikhtiar, usaha, malaikat dan syaitan adalah mempunyai tugas masing-masing. Tugas malaikat menunjuk jalan yang baik, tugas syaitan menunjuk jalan yang buruk malah tugas kedua-duanya adalah sebagai memberi dan menyampai jua. Tugas iradat hati ialah menentukan, tugas ikhtiar ialah memilih jalan yang baik atau jahat dan tugas usaha ialah melakukan. Apabila tugas malaikat atau syaitan disahut oleh ‘Iradat Hati’ manusia maka iradat hati manusia di waktu itu mempunyai kuasa ‘Kebebasan Memilih’ yang kita namakan dia ‘Ikhtiar’.

Jadi tugas iradat hati adalah menentu dan memilih, dan dari penentuan dan pemilihan hati itu lahirlah perbuatan yang kita namakan ‘Usaha’. Pendek kata, pada kesimpulannya ialah tugas malaikat atau syaitan itu menyampai dan memberi, dan tugas iradat hati itu memilih (ikhtiar), kemudian baru ia melakukan perbuatan usaha”, maka hukuman denda jahat dan baik itu adalah terjatuh pada perbuatan usaha yang dilakukan oleh seorang, yakni bukan terkena di atas malaikat atau syaitan.

Maka apabila berlaku di dalam hati seorang manusia itu suatu ketegangan dengan sebab hadir ancaman musuh syaitan maka kewajipan hati hendaklah mengisytiharkan perang mujahadah. Demikianlah perintah Allah kepada hati atau roh manusia di waktu hidup di dunia alam syahadah ini, kerana alam syahadah yang sementara ini dijadikan Allah sebagai tempat pertarungan dan perjuangan antara manusia dengan syaitan untuk persediaan menerima ganjaran di alam akhirat ‘Alam Malakut’ tempat kesenangan abadi.


Setelah kita tahu dan faham bahawa di sana ada banyak tentera-tentera Allah ‘Junudul-Lah’, maka ketahuilah pula bahawa di dalam hati manusia itu ada dua pasukan tentera. Kedua-dua pasukan itu sentiasa bertarung dan bertemu sengit antara satu sama lain. Dan kemenangan di antara kedua- duanya itu berganti-ganti atau bergilir-gilir kalah menang. Yang menang hari ini besok menerima kekalahan dan yang kalah itu mengambil tempat menang kembali.

Begitulah menurut adatnya berlaku pertarungan antara kedua-dua itu dalam kerajaan hati manusia. Tetapi yang paling anehnya ada yang menerima kekalahan terus menerus sampai bila-bila, sampai yang kalah dalam pertarungan itu tak boleh mengangkat kepala. Ketahuilah! Yaitu ‘Akal Manusia’, dan yang menerima kemenangannya ialah ‘nafsu manusia’.

Apabila akal menerima kekalahan dan nafsu menjadi raja maka hancurlah kerajaan hati, hancurlah kerajaan budi, ertinya kerajaan buangan nafsu telah berjaya, maka timbullah ketegangan-ketegangan di sana-sini dan masalah-masalah tidak boleh diselesai dalam kerajaan hati yang hancur itu, timbullah penyakit-penyakit pendusta, penyamun, pengkhianat amanah, mabuk penindasan, penipu, hendak memuas hawa perut besar tempayan berisi tahi, perasuah, ketagih perempuan-perempuan, ketagih minum-minuman, ketagih cuti sembahyang, perogol, kelab malam, bogel, lucah dan lain-lain, maka jadilah syaitan-syaitan pada ketika itu dapat peluang menari-nari di atas pentas hati manusia dan bersuka ria dengan segala senang hatinya.


Sabda Nabi s.a.w.:

“Di dalam hati itu ada dua gerakan: Satu gerakan daripada malaikat, yaitu menyeru hati seseorang supaya berbuat baik dan membenar barang yang hak, maka siapa-siapa yang mendapat demikian itu hendaklah ia ketahui bahawa sanya ia daripada Allah s.w.t. dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu gerakan lagi daripada musuh (syaitan) yaitu menghasut hati seseorang supaya berbuat jahat dan mendusta barang yang hak, dan menegah barang kebaikan, maka siapa-siapa yang mendapat demikian itu hendaklah ia pohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”.

Dengan keterangan hadis tersebut di atas jelas kepada kita bahawa di dalam hati manusia itu memang wujud pertarungan antara dua pasukan (pasukan syaitan—malaikat), dan menjadi raja pemerintah agung ialah hati. Seolah-olah dalam diri seorang manusia itu laksana sebuah kerajaan yang mempunyai raja (presiden), menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai tentera, pegawai-pegawai pejabat dan rakyat jelata. Apabila terdapat di dalam kerajaan hati itu pasukan yang memberontak dan membuat ketegangan hendaklah cepat- cepat memohon bantuan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. danmengisytiharkan perang mujahadah. Dan apabila terdapat pasukan pengaman hati yang menjalankan
tugas dengan baiknya, maka hendaklah ia bersyukur dan memuji Allah s.w.t

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.13) Zahir Keramat Para Orang-orang Wali.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Tidak syak lagi bahawa orang sufi yang menguasai keempat-empat perkara (syariat, tariqat, ma’rifat dan hakikat) tadi akan terzahir kepada mereka keramat-keramat, khususnya keramat batin, atau beroleh kepada mereka kedua-duanya sekali yaitu keramat batin dan keramat zahir. Keramat batin ialah orang-orang yang diberi Allah menguasai kesucian hati sampai jadi sejernih-jernih hati hingga mereka tercapai makam musyahadah yang kita gelarkan syuhud dan jadilah hati mereka berkaran yang boleh menangkap suatu dan suatu itu pula jadi cermin yang mereka nampak Allah belaka, bukan semacam hati kita melihat suatupun buta dan tidak memberi jelira apa-apa kesan, hanya tengok setengok-tengok jua bahkan semacam tikus tengok besi jua. 

Dan keramat zahir itu ialah seperti keramat-keramat yang dapat kita saksi dengan mata kepala kita yaitu perkara-perkara yang mencarik adat berlaku pada tangan mereka. Dan tidaklah asemestinya orang yang mencapai keramat batin tercapai pula keramat zahir. Tetapi harus sebaliknya yakni orang yang mencapai keramat zahir sudah tentu akan tercapai pula keramatbatin, maksud keramat zahir di sini bukanlah keramat-keramat yang hasil dari campur-aduk dengan ilmu-ilmu khadam atau sihir tetapi keramat zahir itu adalah hasil dari pengizinan Allah dan pemberian Allah yang terus menerus semata-mata. Bahkan perkara yang berlaku yang boleh mencarik adat kebiasaan melalui campuran khadam atau ilmu sihir. Tidaklah dinamakan keramat mengikut istilah tasawuf. Tetapi jika ia dinamakan keramat maka ia adalah dari kerana kekeliruan yang tidak dapat difaham oleh orang ramai.


Berbagai-bagai cerita keramat telah berlaku pada hamba- hamba pilihan Allah yang kita panggil keramat orang auliya’ Allah sebagai memuliakan mereka. Orang yang mengingkari berlakunya keramat pada hamba-hamba pilihan Allah samalah dengan mengingkari isi-isi cerita dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran terdapat berbagai-bagai cerita keramat dan telah sabit berlaku pada hamba-hamba pilihan Allah bagaimana diceritakan oleh Allah sendiri, demikian juga cerita-cerita keramat umpama itu telah berlaku dan sabit diceritakan oleh hadis-hadis nabi dan juga cerita-cerita yang mutawattir. Untuk maksud penjelasan, kita akan bawakan sedikit cerita-cerita keramat umpama itu, di antaranya ialah bagaimana berikut:


Suatu keramat telah berlaku pada Siti Mariam binti ‘Imran, seorang gadis wali Allah yang terkenal saleh, beliau juga ibu Nabi ‘Isa a.s. bagaimana diterangkan oleh Allah dalam Quran dengan firmanNya

Ertinya: “Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk menemui Mariam di mihrab (tempat ibadat), ia dapati rezeki buah- buahan yang luar biasa berada di sisinya”. Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Mariam! Dari mana engkau dapati buah-buahan ini?” Mariam menjawab: “Dari Allah, sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.

Pada suatu ayat yang lain pula Allah menerangkan cerita keramat yang berlaku pada Siti Mariam dengan firmanNya:

Ertinya: “Dan hendaklah engkau (hai Mariam!) gegarkan (goncang) batang tamar yang berhampiran dengan engkau itu supaya gugur kepada engkau buah-buah tamar yang masak (pada hal musim itu bukan musim pokok tamar berbuah)”.

Suatu keramat telah berlaku pada diri Saiyyidina ‘Umar r.h.a. yaitu tatkala ia membaca khutbah Jumaat di Madinah, waktu itu ia dapat tahu angkatan tentera Islam dari jauh sedang dikepung oleh musuh lalu terucap di lidah Saiyyidina ‘Umar dengan katanya: “ Maksudnya,“wahai angkatan tentera Islam hendaklah kamu berlindung di atas bukit itu supaya kamu terselamat”, maka suara Saiyyidina ‘Umar yang berpuluh batu jauh dari angkatan itu dengan lantangnya dapat didengar oleh angkatan tentera Islam di masa itu. Demikian zahir dua keramat Saiyyidina ‘Umar r.h.a. pada masa itu. Pertama ia dapat mengetahui angkatan musuh sedaag mengepung tenteranya. Keduanya, suara perintah Saiyyidina ‘Umar dapat didengar dengan jelas oleh angkatan tentera Islam yang begitu jauh jaraknya.


Demikian juga kisah keramat berlaku pada Asaf bin Barkhia seorang wali Allah yang terkenal saleh di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. Ia dapat mengangkatkan singgahsana Balkis raja perempuan dari negeri Saba’ dan meletakkannya di hadapan Nabi Allah Sulaiman a.s. di negeri Palestin dalam sekelip mata jua. Dan lain-lain iagi cerita keramat yang kita tahu berlaku pada Khidir dan Zulkarnain. Cerita-cerita umpama itu semuanya dapat kita lihat terdedah dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya. Maka dengan jalan apakah lagi bahawa setengah-setengah pengarang moden yang mengaku dirinya sebagai orang Islam tetapi mengingkari wujudnya keramat pada orang-orang wali Allah.

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.12) Tercapai Rahsia Ilmu Pengetahuan (Ilmu Laduni) Dengan Tak Perlu Belajar.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Tidak syak lagi bahawa orang sufi yang menguasai atau yang tercapai akan ‘hakikat’ itu tentulah secara otomatik ia dapat menguasai ‘ma’rifat’. Dan erti ma’rifat itu ialah segala pengalaman atau ilmu pengetahuan yang hasil daripada tercapai rasa ‘hakikat’. Sebagaimana kita misalkan sebentar tadi, hakikat itu ialah seperti tercapainya rasa kesedapan gula yaitu setelah diletak di atas lidah dan rasanya begitu, dan tentulah hasil daripada kecapan rasa itu tercapainya pula wujud pengalaman atau ilmu
pengetahuan mengenai hal gula itu. Biarlah saya bawa suatu bandingan yang Iain begini:


Orang-orang sufi (wali) itu ialah orang-orang yang suci jilah hatinya. Dan oleh kerana suci jilah yang sebegitu rupa, maka jadilah hati itu laksana cermin, manakala Tuhan laksana matahari dan rahsia ilmu pengetahuan yang indah-indah itu laksana gambar-gambar sesuatu yang kelihatan memenuhi alam ini, umpama langit, awan, bukit-bukit, gunung-gunung, pokok-pokok kayu dan sebagainya. Apabila matahari itu naik cerah memancar, dan pancaran cahaya matahari itu dapat menerangkan alam sekitar yang menampakkan gambar- gambar alam ini, kemudian hendaklah dihalakan cermin tadi supaya bersua dan bersetentangan dengan matahari dan alam sekitarnya, pada waktu itu apa akan terjadi kepada cermin itu? Jawabnya: Tentulah gambar matahari itu sendiri yang kita ibaratkan sebagai Tuhan dan juga gambar-gambar alam sekitar yang kita ibaratkan sebagai rahsia ilmu, akan kelihatan terwujud di dalam cermin ini dengan seterang-terangnya. Tetapi jika cermin itu terkena asap yang tebal maka akan terhalang kepadanya menangkap gambar matahari masuk ke dalam cermin dan oleh sebab gambar matahari itu tidak dapat ditangkap oleh cermin kerana asapnya maka gambar-gambar alam sekitar pun turut serta tidak kelihatan dalam cermin itu, kerana gambar-gambar alam sekitar itu hanya menumpang masuk dalam cermin melalui pancaran cahaya matahari jua sedangkan cermin yang masih menebal asapnya tidak boleh ditembusi cahaya.


Maka begitulah juga bandingan hati orang wali yang bersih berkilat, apabila cermin hatinya tercapai hakikat syuhud itu maka dengan otomatik tertajalli Allah pada hatinya, dan di waktu itu juga berhasillah ma’rifat secara otomatik yaitu segala rahsia ilmu yang aneh-aneh yang hasil dari tangkapan karan hakikat syuhud dan tajalli Allah pada hati itu, yakni pada waktu itu tiada terlindung sedikit pun segala rahsia ilmu yang sungguh ajaib dan aneh pada cermin hati mereka. Maka jadilah hati itu seolah-olah cermin yang nampak Allah belaka bahkan ia hidup dan sedar dalam setiap ketika. Sebab itulah air sembahyang Nabi Muhammad atau wali yang besar-besar tidak batal dengan semata-mata tidur. Tetapi jika hati mereka sebaliknya yakni kotor dan tebal dengan asap- asap karatnya maka rahsia-rahsia ilmu umpama tadi tidak akan terlihat atau terguris sedikit pun dalam cermin hati kerana asap kekotoran hati menghalang nur rahsia-rahsia ilmu itu dari masuk ke dalam hati dan lebih-lebih lagi menghalangnya dari dapat syuhud dan tajalli (terbuka rasa zuqq pada hati orang wali). Maka tiada jalan lain lagi untuk menghapus asap karat hati itu melainkan hendaklah ia disempuh, dibakar dan dileburkan lebih dahulu
dalam dapur mujahadah dan ibadat tariqat. Demikian contoh bandingan bagaimana cara orang sufi yang dahulu mengambil segala rahsia ilmu yang indah-indah daripada Allah s.w.t. dengan tidak payah belajar.
Allah berfirman:

Ertinya: “Mereka-mereka yang bermujahad pada jalan Kami nescaya akan Kami tunjukkan mereka pada jalan-jalan Kami”.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Ertinya: “Siapa-siapa beramal dengan apa ilmu (ugama) yang ia tahu nescaya Allah akan memberi pesaka ilmu pengetahuan yang ia, belum ketahui”.

 

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.11) Amal Ibadat Manusia Ada Tiga Maqam.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Tiap-tiap amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, kita katakanlah umpamanya ibadat sembahyang atau lain-lain lagi, ada tiga darjat atau makam:


1. Darjat Syariat, yaitu amal ibadat yang dilakukan itu sah pada bentuk rupa lahir tetapi hatinya mati dan tidak hidup malah ia kosong dari dapat merasai apa-apa. Yaitu amalan yang dikerjakan mengikut peraturan yang sah pada rukun dan syaratnya dan tiada cacat apa-apa yang terdapat pada bentuk rupa lahirnya. Dan sembahyang umpama inilah sembahyang yang berlaku kepada kebanyakan orang awam kita, dan sahlah ia pada iktibar hukum syariat yang lahir dan sembahyang umpama ini adalah sembahyang adat resam jua pada pandangan orang sufi.

2. Darjat Tariqat, yaitu amal ibadat yang dilakukan oleh seorang dengan hati yang hidup dan penuh dengan warid-warid atau nur daripada Allah. Dan tidak dikatakan hati hidup melainkan hati yang mendapat warid atau nur Ilahi, darjat ini memang tinggi daripada darjat yang pertama tadi, orang yang beroleh warid dalam ibadat tariqat dan bersembahyang ia dengan warid adalah daripada golongan orang yang berhak menduduki darjat tariqat ini. Sembahyang darjat yang kedua inilah makna sembahyang yang dimaksud oleh Tuhan bagaimana tersebut di dalam Al-Quran:

Ertinya: “Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar”.

Sembahyang orang yang tiada mempunyai warid atau nur maka berertilah sembahyang yang tiada jatuh kepada makam tariqat yaitu ‘sembahyang yang dapat mencegah daripada perbuatan mungkar’, demikian juga pada ibadat-ibadat yang lain. Sebab itiulah maka kebanyakan orang awam kita selepas ia melakukan sembahyang, ia pergi pula menipu orang, bercakap bohong, pecah amanah Tuhan dan lain-lain lagi. Jadi, ertinya jahat tiada habis-habis.


3. Darjat Hakikat, yaitu amal ibadat yang apabila dilakukan nescaya tercapai di dalamnya suatu kedapatan yang lazat dengan rasa zuqq hakikat. Sembahyang darjat yang ketiga ini ialah jenis sembahyang rasul-rasul, nabi-nabi dan orang-orang sufi. Pernah kita dengar suatu cerita bahawa seorang sahabat nabi yang terkena anak panah dalam satu peperangan dan melekatnya anak panah pada tubuhnya hingga tak dapat hendak dicabut-cabut lagi dan ia sakit berjerit-jerit bila hendak dicabutnya, tetapi apabila ia masuk sembahyang barulah anak panah itu dapat dicabut dengan tiada merasai apa-apa sakit kerana
ketika itu ia sudah masuk ke dalam alam yang baru, sembahyang yang terdapat di dalamnya kesedapan dan kelazatan dengan zuqq-zuqq dan syuhud (musyahadah).

Pendek kata, amal ibadat itu laksana padi, ada yang bernas, ada yang hampa, ada yang separuh hampa, ada yang separuh bernas, ada yang dua pertiga hampa atau bernas dan macam-macam lagi. Maka amal ibadat yang bernas seratus-peratus itu ialah amal ibadat yang penuh berisi pada ketiga- tiga sudut itu dan tidak pula cacat sedikitpun pada ketiga-tiga darjat itu yaitu darjat syariat, tariqat dan hakikat, wal-hasilnya, jika ia diuji menerusi ketiga-tiga meja itu tadi yaitu meja syariat, tariqat dan hakikat nescaya lulus belaka. Demikianlah amal ibadat yang bernas seratus peratus. Maka hidupnya orang umpama itu dalam dunia ini adalah penuh bertuah dan beruntung besar walaupun ia hidup dalam umur- nya yang singkat.

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.10 ) Keterangan Syariat, Tariqat dan Ma’rifat (Hakikat).

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Erti Syariat ialah segala amalan zahir yang dilakukan oleh anggota zahir kita yaitu seperti bacaan-bacaan wirid, terutama sekali wirid zikir tariqat dan juga ibadat-ibadat zahir yang lain, inilah maksud syariat bagaimana yang dikehendaki dalam kata-kata istilah tasawuf itu. Kita berharap hendaklah benar-benar faham maksud syariat itu. Di sana ada orang mencampur-adukkan erti syariat itu dengan syariat yang bererti segala hukum-hakam Allah yang diturunkan kepada nabi melalui Jibril, itu bukanlah syariat yang dikehendaki dalam perbicaraan kita kerana ia lebih umum. Itu adalah berupa undang-undang yang ditulis atas kertas jua. Wirid-wirid zikir tariqat yang dibaca yang kita namakan syariat atau amalan zahir itu apabila diamal, lama-kelamaan ia akan jadi terpendap jelira masuk ke hati laksana merah api masuk ke dalam besi jadi
sebatian, kemudian selepas itu ia diikuti pula dengan berolehnya ‘warid’ atau ‘nur’ yang dapat kita rasanya sendiri dan jadilah hati pada waktu itu hidup dan sedikit demi sedikit ia mulai mempunyai karan atau jadi macam besi berani, maka hati yang tercapai hal demikian dinamakan ‘tariqat’ atau ‘hati tariqat’, yakni hati telah menguasai hal tariqat.

Dengan erti yang lain tariqat itu ialah hati yang dapat menguasai amalan batin dan tidaklah dikatakan amalan batin itu melainkan ialah pekerjaan hati atau hal hati yang barpindah dari suatu sifat yang buruk bertukar menjadi sifat yang baik. Orang yang dapat menguasai amalan batin inilah ertinya hati hidup dan hati tidak mati namanya. Dia bekerja maknanya, misalya dahulu dia bersifat pemalas ibadat, kedekut, bakhil dan sombong tetapi sekarang (setelah mendapat nur atau warid) dia telah bertukar kepada bersifat perajin ibadat, pemurah hati dan tawaddu’ (rendah hati) atau misal lain-lain lagi.


Apabila kita dapat menguasai warid atau nur itu sepenuhnya sekira-kira ia dapat tinggal menetap dan terpacak kejap di lubuk hati yang kita gelarkan Istiqamah, maka jadilah hati pada waktu itu suci jilah dan bersih secara otomatik, dan setelah hati itu pula mempunyai atau menguasai karan sepenuhnya maka barulah tercampak ke dalam hati perkara syuhud yang maha penting itu. Maka di kala itu terhasil kepadanya apa yang kita namakan tadi ‘hakikat’ ertinya dapat mengena! Allah Taala dengan jalan dapat rasa zuqq yang kita namakan ‘syuhud’. Dan lazim daripada dapat rasa hakikat umpama itu tercapai pula ‘ma’rifat’ ertinya tercapainya ilmu pengetahuan yang hasil daripada pengalaman rasa zuqq atau syuhud
itu. Inilah maknanya orang-orang wali itu dapat ilmu pengetahuan dengan tidak payah belajar. Sebagai contoh atau bandingan, cubalah letak gula di atas lidah tentulah kita dapat rasa kesedapan gula itu begitu rasanya. Maka dapat kesedapan rasa gula itulah dinamakan ‘hakikat’. Dan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang hasil daripada kecapan rasa itulah dinamakan dia ‘ma’rifat’.

Dan ma’rifat kepada Allah Taala itu ada tiga martabat, Pertama ma’rifat mengikut jalan ilmu usuluddin yaitu Ilmul-Yakin, dan yang kedua dan ketiganya ialah ma’rifat mengikut jalan ilmu tasauf yaitu ‘Ainul-Yakin dan Hakkul-Yakin namanya.


Maka seluruh kesimpulan keterangan tersebut hendaklah difaham begini:


• Syariat dapat menguasai amalan zahir dengan beribadat wirid tariqat dan amalan-amalan fardhu yang diwajib oleh Allah dalam ugama kita.
• Tariqat dapat menguasai amalan batin dengan berolehnya warid (nur).
• Ma’rifat dapat menguasai ilmu pengetahuan yang hasil daripada rasa syuhud.
• Hakikat dapat menguasai rasa zuqq (syuhud) yang hasil daripada hati suci jilah yang berolehnya warid yang istiqamah.

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.9) Hati Rasul-rasul, Nabi-nabi dan Auliya’ Allah.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Semua hati orang-orang wali dan lebih-lebih lagi hati nabi-nabi dan rasul-rasul adalah terdiri daripada golongan yang menguasai makam zuqq atau syuhud itu, yaitu jenis hati yang mempunyai karan atau besi berani yang dapat menangkap sesuatu apabila ia lalu atau lintas di permukaan hatinya (bukan hati jenis mati atau mampus yang tidak mempunyai bateri umpama hati kita orang awam ini). Dan sebagai suatu tanda yang paling mustahak untuk dikenal atau dicam ialah bahawa tidaklah dinamakan zuqq jika tidak ada campur rasa kelazatan dan kesedapan pada waktu tercapai makam itu.

Dan sesuatu yang dapat ditangkap oleh hati itu maksudnya ialah sama ada ia melihat atau teringat di hati kepada salah satu daripada perkara-perkara yang berikut:

1.      Af’alul-Lah.

2.      Asmaa’ul-Lah

3.      Sifatul-Lah.

4.      Zatul-Lah.

Afalul-Lah maksudnya ialah segala perbuatan yang berlaku dalam sendiwara lakonan alam ini. Sendiwara perbuatan Allah itu berlaku pada setiap nafas dan ketika dan bagi hati orang yang mempunyai karan
yang sudah tersedia ada apabila dapat menangkap Afalul-Lah itu nescaya tercapailah kepadanya suatu jenis zuqq serta kesedapan dan kelazatan. Kesedapan dan kelazatan itu sukar hendak dibanding. Dan tiap-tiap orang yang tercapai zuqq itu adalah masing-masing tidak serupa pada kesedapan dan kelazatan umpama itu.


Asmaa’ul-Lah ertinya nama-nama Allah. Dan nama-nama Allah itu sangat banyak. Segala apa yang berlaku dalam alam ini memang mempunyai nama. Dan nama-nama itu akan terpulang kepada ampunya asal yaitu Allah. Misalnya kita melihat suatu keindahan di alam ini maka tentulah di sebalik itu ada tukang yang menciptakan keindahan ini dan namanya pada ketika itu ialah dan bagi hati orang yang mempunyai karan yang sudah tersedia ada apabila dapat menangkap salah suatu daripada Asmaa’ul-Lahitu nescaya akan tercapai kepadanya suatu jenis zuqq serta ada kelazatan dan kesedapan yang sukar hendak dibanding.


Sifatul-Lah ertinya sifat-sifat Allah seperti qudrat, iradat, ilmu, hayat dan lain-lain lagi. Dan pula sifat-sifat Kamalatul- Lah sangatlah banyak. dan sifat-sifat yang umpama itu memang dapat dilihat pada tirai lakonan alam ini. Dan bagi hati orang yang mempunyai karan apabila dapat menangkap salah satu daripada Sifatul-Lah nescaya akan tercapai kepadanya suatu jenis zuqq serta ada kelazatan dan kesedapan yang payah hendak ditulis dengan pena atau hendak diterang dengan cakapan biasa.


Zatul-Lah, bagi jenis hati yang mempunyai karan atau hati macam besi berani, umpama apabila ia melihat alam sekitar ini nescaya jadilah alam ini seolah-olah cermin yang ia nampak di dalamnya Allah belaka dan terhapuslah pada ketika itu hatinya akan ingatan yang lain selain daripada Allah. Maka jadilah alam ini dipakai atau diganti Allah belaka pada penglihatan zuqq mereka serta ada kelazatan dan kesedapan tetapi bukanlah pula bererti bahawa alam ini ialah Allah atau Allah itu ialah alam ini, kerana keduanya adalah masing-masing zat yang berlainan yang tetap bersalahan dan tidak serupa. Dan barangsiapa yang mengi’tiqadkan serupa nescaya kafirlah dia.

Na’uzubillahi Min Zaalik.


Dan maqam syuhud umpama itu pada satu ketika orang tasawuf menamakan dia makam ‘musyahadah’ dan pada suatu ketika yang lain pula ia menamakan pula makam ‘Al-Ihsan’ bagaimana sabda Nabi s.a.w.:

“Ihsan itu ialah bahawa engkau sembah akan Allah seolah-olah engkau melihat Allah dan jika tidak engkau melihat Allah maka Ia melihat engkau”.

Dan perkara ihsan umpama ini ialah perkara rasa yang tidak boleh hendak dibuat-buat melainkan dengan zuqq yang ada kemanisan dan kelazatan.


Semua hati rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali besar menguasai makam syuhud itu adalah dengan jalan baqa’ bukan dengan jalan fana’. Sebab itulah mereka semua digelarkan ‘Al-Insanul-Kamil’ ertinya manusia sempurna. Makam baqa’ ertinya hati mereka dalam kesedaran menguasai dua alam, alam zahir dan alam batin. Alam zahir mereka sedar dan dapat hidup, berbicara dan jadi pemimpin bersama masyarakat sedangkan alam batin pula ialah hati mereka terus hidup bersama Allah dalam sentiasa kesedapan dan kelazatan yakni hatinya tidak mati dan mampus semacam hati kita. Adapun makam fana’ maka mereka hanya dapat kesedaran di alam batin saja, tetapi di alam zahir mereka tidak sedar dengan alam sekitarnya. Mereka tidak dapat bermasyarakat dan bercampur dengan orang ramai kerana hatinya pada ketika itu hanya tertumpu dan berharap kepada kesedapan dan kesedaran alam batin jua yaitu hati hidup bersama Allah semata-mata.


Mengapa hati orang-orang wali sampai jadi sebegini sekali?

Jawabnya, hati yang berupa demikian mustahil tercapai melainkan apabila terhasilnya peringkat-peringkat perjuangan dilakukan oleh mereka yaitu peringkat-peringkat:

•       Pertama Syariat,

•       Kedua Tariqat dan

•       Ketiga Ma’rifat atau Hakikat.

Isti-lah-istilah demikian biasa kita dengar diucap oleh orang-orang tua di kampung berbunyi: “Syariat, tariqat, ma’rifat dan hakikat”. 

Apakah maksudnya istilah itu?

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.8) Kemusykilan Apakah Gunanya Berjuang Bermati-Matian Mencari Syuhud?.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Jika tercetus atau tersua di dalam hati tuan kemusykilan, yaitu apakah faedahnya dan apakah gunanya orang-orang tasawuf berjuang bermati-matian hanya untuk mendapat kesedapan zuqq dan syuhud yang umpama itu jua, pada hal Tuhan itu tidak nampak hendak dilihat, Ia bukan macam benda yang boleh dipegang dengan tangan, bukan macam wanita yang boleh dicurah kasih sayang, bukan macam makanan dan minuman yang boleh dimakan dan diminum, bukan macam kereta yang boleh dinaiki. Tetapi, kalaulah Tuhan itu macam demikian maka sangatlah patut dan munasabah jika mereka berjuang bermati-matian dan berfaedah juga untuk mereka.


Bagi menjawabnya, maka ketahuilah bahawa kehidupan manusia di atas muka bumi ini bermati-matianBmengejar dan mencari kemajuan dan kemakmuran tiada lain melainkan hanya untuk mendapat rasa sedap jua. Mereka makan minum tiada lain melainkan kerana mencari rasa sedap untuk lubang tengkok dan tali perut. Mereka buat rumah besar-besar dan cantik-cantik tiada lain melainkan kerana hendak mencari rasa sedap untuk kesenangan, sedap tubuh jasmani jua. Mereka mencari wanita dan beristeri banyak tiada lain melainkan kerana mencari rasa sedap untuk memuaskan nafsu syahwatnya. Mereka beli kereta dan naik kereta tiada lain melainkan kerana mencari rasa sedap untuk kerehatan tubuh.
Mereka pergi ke panggung wayang dan melihat wayang gambar tiada lain melainkan kerana mencari rasa sedap untuk mata. Mereka mendengar lagu, nyanyi dan muzik tiada lain melainkan kerana mencari rasa sedap untuk halwa telinga. Pendek kata mereka hidup berjuang dan bekerja pada masa hidup di dunia ini tiada lain melainkan kerana mencari kesedapan jua, bahkan mereka ingin rasa sedap itu dan sedap ini pada seumur hidup dan tiada lain melainkan sedap, sedap …..


Demikian juga orang-orang tasawuf, mereka berjuang bermati-matian tiada kerana lain melainkan kerana mencari kesedapan, rasa sedap, yaitu sedap pada zuqq dan syuhud mereka untuk roh yang kekal abadi dan itulah kebahgiaan roh yang hakiki, bukan untuk kesedapan-kesedapan yang palsu yang akan menerima kehancuran yaitu kesedapan-kesedapan pada lubang tengkok, tali perut, biji lubang telinga, syahwat dan lain-lain lagi pada tubuh jasmani yang semuanya itu akan menerima kehancuran belaka, masuk di dalam lubang tanah. Tetapi roh tidak hancur. Sebab itulah mereka orang tasauf berjuang mencari kebahagiaan untuk yang tidak hancur itu amat tepat sekali kena pada matlamat dan tujuannya.
Dan dengan tercapainya kebahgiaan demikian maka bermaknalah sudah tercapai kesihatan roh yang sejati.


Selain daripada itu, apabila tercapai kepada mereka syuhud dan zuqq yang diperjuangkan itu nescaya akan beroleh kepada mereka faedah-faedah yang lain lagi selain daripada faedah tercapainya kebahagiaan untuk roh (yang kekal) abadi itu, yaitu faedah-faedah dunia di masa mereka hidup di dunia ini.

•       Yang pertama sekali setelah mereka tercapainya syuhud dan zuqq demikian itu mereka akan beroleh rahsia-rahsia ilmu yang indah dengan tak payah belajar (ilmu laduni).

•       Yang kedua mereka tercapai kesenangan hidup dunia apa saja yang mereka ingin dan mahu.

•       Yang ketiga mereka akan beroleh berbagai keramat. Dan yang keempat mereka mendapat keredhaan Allah Taala dalam di tiap hidup dan gerak- geri mereka dan lain-lain lagi.

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.7) Bandingan Syuhud.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Apabila ia (orang yang telah suci jilah hatinya) melihat segala lakonan alam ini atau sandiwara alam ini maka terbukalah karan di hati yaitu bahawa dirasa suatu kelazatan dan kesedapan yang paling mujarab di hati bahawa yang melakukan lakonan alam ini ialah Allah Yang Maha Esa jua dan tiada yang lain yang berbuat lakunan itu melainkan Dia. Ibarat orang yang dapat melihat pakaian gadis yang sangat dikasihinya (belum lagi melihat tubuh) maka terbukalah kepadanya di waktu itu karan kelazatan cinta rindu padanya sehingga dirasanya bahawa tiada yang lain yang dicintai melainkan dia jua.

Demikian bandingan yang agak-agak boleh diberi mengenai tercapainya syuhud dan syuhud pada lakonan alam demikian dinamakan dia dengan ‘Tauhidul-Afal’ atau ‘Wahdatul- Af’al’. Apabila ia mendengar akan nama-nama benda di alam ini disebut orang maka terbukalah karan di hati yaitu bahawa dirasa suatu kelazatan dan kesedapan yang paling jelira di hati bahawa yang menamakan nama-nama pada benda di alam ini ialah Allah Yang Maha Esa jua dan tiada yang lain yang memberi nama demikian melainkan dia jua. Ibarat orang dapat mendengar nama si gadis tunangannya yang sangat dikasihi itu disebut orang (belum melihat tubuh lagi) maka terbukalah kepadanya di waktu itu suatu karan kesedapan cinta rindu padanya sehingga dirasanya bahawa tiada yang lain yang dapat dicintai melainkan dia jua. Demikian bandingan yang agak-agak boleh diberi mengenai syuhud pada ‘Asmaa’ul-Lah’ dan dinamakan syuhud demikian dengan ‘Tauhidul-Asmaa” atau ‘Wahdatul-Asmaa”.

Apabila ia melihat tanda-tanda sifat qudrat, iradat, hayat dan sebagainya berlaku di alam ini dan khususnya dilakukan oleh manusia maka terbukalah karan di hati yaitu bahawa dirasa suatu kelazatan yang paling kemuncak di hati bahawa yang berqudrat dan beriradat yang berlaku dalam alam ini adalah dari Allah Yang Maha Esa jua dan dirasanya pula bahawa tiada yang lain daripada yang berqudrat, beriradat dan berilmu dan lain-lain lagi melainkan Dia (Allah) jua. Ibarat ia dapat melihat sifat-sifat tingkah-laku atau budi perangai seorang gadis tunangnya yang sangat dikasihi itu maka pada waktu itu terbukalah kepadanya suatu karan kelazatan rindu cinta yang amat sangat padanya serta dirasanya bahawa tiada yang lain yang dapat ditandingi rasa cinta sayang itu melainkan dia jua. Demikian bandingan ‘Tauhidus-Sifat’ dan juga orang tasawuf menamakannya ‘Wahdatus-Sifat’.


Apabila ia melihat apa-apa benda yang maujud di alam ini maka terbukalah karan di hatinya yaitu bahawa dirasanya se- suatu itu dengan mendapati kelazatan dan kesedapan semacam karan yang tak dapat dibandingkan bahawa manakala ia melihat segala benda yang maujud yang di alam ini dirasanya seolah-olah laksana cermin yang ia nampak di dalamnya kekasih yang tunggal yaitu Allah Taala yang menguasai segala yang maujud ini dan dapat dirasa pula bahawa tiada yang lain untuk dikasihi dan dicintai melainkan Dia jua. Ibarat seorang yang baru dapat bertemu dari dekat dengan gadis kekasihnya yang baru jadi isteri serta baru dapat bercakap dan beramah mesra dan dapat bergurau-senda dengannya maka di kala itu akan terbukalah di hatinya suatu kedapatan rasa macam karan yang tak pernah dirasa dan tak dapat ditanding lagi dan pada ketika itu tercapailah maksudnya hingga seolah-olah dapat dirasa bahawa tiada di dalam bajunya dan selimutnya melainkan dia jua. Demikianlah bandingan ‘Tauhiduz- Zat’.

 

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.6) Huraian Syuhud.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Sekarang kita telah fardhukan masalah bersih hati sudah tercapai, yaitu setelah warid itu datang menduduki dalam lubuk hati secara menetap (Istiqamah) yakni ia tidak bergoyang dan tercabut lagi. Menurut biasanya warid itu tidaklah terus datang selalu apabila kita melakukan ibadat tariqat itu tetapi ia datang setelah lama kita melakukan ibadat atau setelah melalui masa-masa yang tidak boleh ditentukan. Ini adalah disebabkan kerana hati itu masing-masing mempunyai sifat kedegilan yang berlainan.

Kedatangan warid itu tidakiah pula ia terus tinggal menetap duduk di hati, malah ia pergi dan datang berulang-alik, ia datang kemudian ia pergi, kemudian ia datang pula dan selepas itu ia pergi lagi dan begitulah berlakunya dalam masa-masa yang tidak boleh ditentukan.

Apabila warid itu datang dan terus tinggal menetap duduk di lubuk hati maka itulah tandanya dia beroleh peluang yang baik. Yaitu mempunyai peluang untuk mendapat syuhud. Syuhud ertinya mendapat suatu zuqq mesra dengan Tuhan. Yaitu datang ke dalam hati orang yang sudah suci bersih, suatu kedapatan rasa yang ada kemanisan, kesedapan dan kelazatan yang apabila melihat atau teringat kepada salah satu daripada Afalul-Lah (sendiwara alam perbuatan Allah), As- maa’ul-Lah, Sifatul-Lah dan Zatul-Lah, dan tercapainya kewafatan rasa demikian orang menamakan dia ‘Zuqq’.

Pendek kata, adalah tabiat hati suci bersih orang yang demikian memang mempunyai khasiatnya iaitu hatinya mempunyai karan atau jadi semacam besi berani untuk menangkap rasa sesuaiu dengan zuqq segala apa saja yang dilalu atau terlintas di hadapan permukaan hatinya semacamlah karan kita kasih kepada seorang gadis. Dan dengan tercapainya syuhud demikian maka berertilah ia sudah mendapatt ma’rifat dan hakikat dan barulah ia dipanggil wali Allah ataupun “” yakni sampai kepada Allah Taala.

BAHAGIAN 2 CARA MENGUBATI HATI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU KESIHATAN ROH : 2.5) Ibadah Tariqat Melahirkan Budi Perangai yang Baik.

BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.

Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.

Melakukan ibadat wirid tariqat mendatangkan warid yang mana ia digelarkan juga dengan ‘nur’ atau ‘waridah’ atau ‘sir—rahsia’ atau ‘israr—rahsia-rahsia’ atau lain-lain lagi mengikut pengertian istilah tasawuf.

Dan warid yang tercapai dari hasil ibadat tariqat itu mempunyai dua khasiat:

1.    Membersih hati.

2. Mendapat syuhud.

Dengan erti yang lain ‘membersih hati’ itu ialah kita dapat menguasai segala sifat-sifat yang terpuji melekat memupuk di hati kita. Cara tercapai kebersihan demikian harus terdapat dengan jalan beransur-ansur mengikut beransur-ansur kuat lemahnya ibadat tariqat yang dilakukan itu. Hal demikian seorang yang beramal tariqat itu amat mustahak sekali kepada pimpinan dan tarbiah guru yang pakar dalam ilmu ini. Hal yang serupa itu adalah mengikut tajribah dan pengalaman oleh semua lapisan orang sufi yang telah dicuba dari zaman berzaman lagi dan kebanyakan yang berjaya menjadi wali yang besar-besar adalah melalui jalan ini.

Adapun wirid-wirid yang bukan dari wirid tariqat walaupun dilakukan seberapa kuatnya maka tidaklah ia akan mencapai warid yang dimaksudkan, kalau tercapai pun hanya kemanisan dalam ibadat jua.

Sekalipun demikian jika tercapai warid dalam wirid-wirid ibadat yang bukan tariqat maka warid-waridnya itu tidak mempunyai khasiat mendapat syuhud dan ma’rifat. Dan tidak syak lagi bahawa ibadat wirid tariqat adalah bertujuan untuk mencanai hati dengan kesan-kesan warid atau nur dan kesan-kesan itu akan bertambah banyak bila ibadat tariqat dilakukan dengan banyaknya, manakala ibadat umpama itu dibuat sepanjang umur nescaya jadilah pahalanya bertambah lebih banyak, nafsunya lebih suci bersih dan jernih dan budi perangai pun lebih indah cemerlang dan lebih kuat malah ia menjadi lebih kejap dan teguh, pendek kata, budi perangai ahli ibadat adalah terjamin dan tetap terpelihara baik jika kita banding dengan budi perangai orang sufi demikian maka alangkah pelik dan ajaibnya budi perangai orang kita khususnya muda-mudi kita zaman sekarang yang tetap masih terpengaruh kepada kebudayaan yang asasnya tak tentu hujung-pangkal itu, kebudayaan yang masih tetap dipuja, dikembang dan dipopularkan dengan seluas-luasnya.

Adakah dia tetap istimewa? Atau tetap rugi? Siapakah yang bertanggungjawab? Guru-guru? Ulamak-ulamak? Universiti-universiti, Sekolah- sekolah? Penulis-penulis? Atau siapa?


Tiap-tiap negara dalam dunia ini adalah tetap dengan konsep falsafahnya masing-masing dan tetap terusberjuang untuk menegakkan falsafahnya itu. Dan demikian juga tiap-tiap negara dalam dunia ini memang mempunyai falsafah kilang-kilang pendidikan bangsanya yang tertentu. Jika kilang-kilang itu terus menerus berusaha dan mencapai matlamatnya maka itulah negara yang sebenar berjaya.

Tetapi jika ia tidak mencapai matlamatnya atau matlamatnya tidak tentu hujung-pangkal maka itulah tandanya dia dan negaranya adalah gagal segagal-gagalnya dan dia tetap akan buruk menerima akibat. Mengapa tidak demikian? Kita katakan gagal demikian, kerana jika manusia-manusia itu dicanai mengikut bentuk acuan hanya untuk menggemuk hadan dan kesihatan jasmani semata-mata maka berertilah masyarakat manusia yang lahir itu sengaja dibentuk mengikut falsafah kambing lembu atau ayam itik jua, mereka dipelihara, dijaga baik-baik, diberi makan gemuk-gemuk dan diawasi kesihatan tanpa mempunyai nilai jiwa dan roh maka jadilah manusia di waktu itu manusia binatang semata-mata yakni manusia tidak seimbang, manusia yang berpengaruh kepada benda semata-mata semacam kambing lembu, manusia yang tidak mengerti tujuan falsafah hidupnya. Dia datang dari mana? Dan akan pergi ke mana? Dan dimana dia sekarang?.