BUKU RAMUAN ILMU TASAUF.
Oleh Al Fakir Al Mukhlis Mustapha
Muhammad Al Jiasi Al Ahmadi, Kota Bharu Kelantan.
Apabila ia (orang yang telah suci jilah hatinya) melihat segala
lakonan alam ini atau sandiwara alam ini maka terbukalah karan di hati yaitu
bahawa dirasa suatu kelazatan dan kesedapan yang paling mujarab di hati bahawa
yang melakukan lakonan alam ini ialah Allah Yang Maha Esa jua dan tiada yang
lain yang berbuat lakunan itu melainkan Dia. Ibarat orang yang dapat melihat
pakaian gadis yang sangat dikasihinya (belum lagi melihat tubuh) maka
terbukalah kepadanya di waktu itu karan kelazatan cinta rindu padanya sehingga
dirasanya bahawa tiada yang lain yang dicintai melainkan dia jua.
Demikian bandingan yang agak-agak boleh diberi mengenai tercapainya
syuhud dan syuhud pada lakonan alam demikian dinamakan dia dengan
‘Tauhidul-Afal’ atau ‘Wahdatul- Af’al’. Apabila ia mendengar akan nama-nama
benda di alam ini disebut orang maka terbukalah karan di hati yaitu bahawa
dirasa suatu kelazatan dan kesedapan yang paling jelira di hati bahawa yang
menamakan nama-nama pada benda di alam ini ialah Allah Yang Maha Esa jua dan
tiada yang lain yang memberi nama demikian melainkan dia jua. Ibarat orang
dapat mendengar nama si gadis tunangannya yang sangat dikasihi itu disebut
orang (belum melihat tubuh lagi) maka terbukalah kepadanya di waktu itu suatu
karan kesedapan cinta rindu padanya sehingga dirasanya bahawa tiada yang lain
yang dapat dicintai melainkan dia jua. Demikian bandingan yang agak-agak boleh
diberi mengenai syuhud pada ‘Asmaa’ul-Lah’ dan dinamakan syuhud demikian dengan
‘Tauhidul-Asmaa” atau ‘Wahdatul-Asmaa”.
Apabila ia melihat tanda-tanda sifat qudrat, iradat, hayat dan
sebagainya berlaku di alam ini dan khususnya dilakukan oleh manusia maka
terbukalah karan di hati yaitu bahawa dirasa suatu kelazatan yang paling
kemuncak di hati bahawa yang berqudrat dan beriradat yang berlaku dalam alam
ini adalah dari Allah Yang Maha Esa jua dan dirasanya pula bahawa tiada yang
lain daripada yang berqudrat, beriradat dan berilmu dan lain-lain lagi
melainkan Dia (Allah) jua. Ibarat ia dapat melihat sifat-sifat tingkah-laku atau
budi perangai seorang gadis tunangnya yang sangat dikasihi itu maka pada waktu
itu terbukalah kepadanya suatu karan kelazatan rindu cinta yang amat sangat
padanya serta dirasanya bahawa tiada yang lain yang dapat ditandingi rasa cinta
sayang itu melainkan dia jua. Demikian bandingan ‘Tauhidus-Sifat’ dan juga
orang tasawuf menamakannya ‘Wahdatus-Sifat’.
Apabila ia melihat apa-apa benda yang maujud di alam ini maka terbukalah karan
di hatinya yaitu bahawa dirasanya se- suatu itu dengan mendapati kelazatan dan
kesedapan semacam karan yang tak dapat dibandingkan bahawa manakala ia melihat
segala benda yang maujud yang di alam ini dirasanya seolah-olah laksana cermin
yang ia nampak di dalamnya kekasih yang tunggal yaitu Allah Taala yang
menguasai segala yang maujud ini dan dapat dirasa pula bahawa tiada yang lain
untuk dikasihi dan dicintai melainkan Dia jua. Ibarat seorang yang baru dapat
bertemu dari dekat dengan gadis kekasihnya yang baru jadi isteri serta baru
dapat bercakap dan beramah mesra dan dapat bergurau-senda dengannya maka di
kala itu akan terbukalah di hatinya suatu kedapatan rasa macam karan yang tak
pernah dirasa dan tak dapat ditanding lagi dan pada ketika itu tercapailah
maksudnya hingga seolah-olah dapat dirasa bahawa tiada di dalam bajunya dan
selimutnya melainkan dia jua. Demikianlah bandingan ‘Tauhiduz- Zat’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan