Ibn
‘AtaiLlah As-Sakandari berkata:
Tuntutan anda kepadaNya lantaran adanya
kegusaran anda terhadapNya.Tuntutan anda juga lantaran anda tidak berdaya
melihatNya.Pengharapan anda kepada selainNya lantaran kurangnya rasa malu anda
kepadaNya.Malah pergantungan anda kepada yang lain daripadaNya akibat wujudnya
jurang yang luas di antara anda denganNya.
Sebetulnya
sebarang tuntutan dan permintaan adalah gejala penyebab ( ma’lul
) dan bersifat pencetus ( madkhul ) semata-mata bukan sesuatu
yang mutlak dan hakiki.Pelaksanaannya haruslah dalam rangka ‘ubudiyah
( perhambaan kita kepada Allah ) dan sememangnya menjadi haq rububiyahNya.Sebagaimana
firman Allah SWT :
Mafhumnya : Dan Tuhan mu telah berfirman : “ Berdo’alah kamu
kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan permohonanmu.Sesungguhnya orang-orang
yang sombong daripada melaksanakan ibadat kepadaKu akan dimasukkan ke neraka
jahannam dalam keadaan hina. ( Surah Ghafir ayat 60 )
- Tuntutan anda kepada Allah hendaklah dalam rangka ‘ubudiyah bukan pemaksaan lantaran Dia Maha Mengetahui sejak azali apa dituntut oleh anda itu.
- Kehampiran dan keakraban Allah dengan hambaNya tidak sepatutnya menyebabkan seseorang hamba itu merayu dan merintih seolah-olah Allah itu jauh daripadanya,walhal Allah SWT berfirman :
ولقد خلقنا
الانسان ونعلم ما توسوس به نفسه ونحن أقرب اليه من حبل الوريد
Mafhumnya : Dan
demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia,dan Kami sedia mengetahui apa
yang dibisikkan oleh hatinya,sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya. ( Surah Qaf ayat 16 )
- Pengharapan kepada yang lain daripada Allah lantaran pergantungan anda kepada al-asbab mengatasi pergantungan kepada ketentuan Allah.Sifat malu kepada Allah adalah adab yang tertinggi bagi orang yang menjalani jalan Allah.Justeru itulah mafhum daripada hadith Rasulullah SAW bahawa malu itu sebahagian daripada iman.
- Pergantungan kepada selain Allah juga membawa kepada syirik yang jail dan khafi akibat jurang yang luas wujud di antara hati seseorang yang berpenyakit.Perbuatan itu adalah sejahat-jahat adab dengan Allah
- Jelas di sini bahawa munajat kita kepada Allah adalah tuntutan akhlak dan adab hamba dengan Khaliqnya.Doa itu sendiri adalah wasilah bukannya matlamat yang mutlak dan yang menjadi tempat pergantungan.Allah Maha Mengetahui apa yang kita hajatkan,tetapi kita berdoa kerana perbuatan itu adalah perintahNya dan suatu kaedah untuk kita menghampiriNya,Firman Allah SWT :
Mafhumnya : Katakanlah
( Wahai Muhammad SAW ) :” Serukanlah nama Allah atau nama Ar-Rahman yang mana
sahaja kamu serukan ( dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka ); kerana
Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia.Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan do’a atau sembahyangmu,juga janganlah engkau
perlahankannya,dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
( Surah al-Isra`
ayat 110 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan