Catatan Popular

Jumaat, 25 Januari 2013

SUFI KLASIK IBNU SAMA’ BAH 1 : HARGA SEBUAH KERAJAAN TIDAK LEBIH DARI SEGELAS AIR



Tercatat dalam kitab "Syadzraat dzahab fii akhbaari man dzahab"  karangan Ibnul Imaad al-Hanbali , ketika mencatatkan biografi Khalifah Harun ar-Rasyid rahimahullah, berikut nukilannya:

Pada suatu hari Ibnu Samak pernah masuk ke istana Harun ar-Rasyid, maka ar-Rasyid meminta untuk dibawakan air minum untuknya. 

Berkata Ibnu Samak kepada beliau: 

"Wahai amirul mu'minin! Demi Allah, saya bertanya kepadamu, jika seandainya engkau terhalang dari meminum air ini, berapa dirhamkah akan engkau bayar? 

Beliau menjawab: "Dengan setengah kerajaanku". 

Ibnu Samak bertanya lagi: 

" Kalau seandainya setelah kamu meminumnya lantas tidak boleh keluar dari badanmu, berapa banyak akan kamu bayar? Beliau menjawab: "Dengan setengah lagi dari kekuasaanku". 

Ibnu Samak lantas mengatakan kepadanya: "Sungguh kerajaanmu nilainya tidak lebih dari segelas air. Oleh kerana itu tidak selayaknya untuk saling berlumba-lumba untuk mendapatkanya".

Tiada ulasan: